Pages

Tuesday, April 25, 2017

EUROPE | ISTANBUL - 02 : Masjid Sultan Ahmed ( Blue Mosque )

Lepas breakfast kami dibawa melawat ke lokasi pertama dalam tour Istanbul yang di bawakan khas oleh Turkish Airlines ini.

Lokasi yang di maksudkan adalah Masjid Sultan Ahmed atau lebih dikenali sebagai Blue Mosque.

Masjid Biru, Istanbul

Masjid Sultan Ahmed (bahasa Turki: Sultanahmet Camii) ialah masjid bersejarah di Istanbul, bandaraya terbesar di Turki dan ibu negara Empayar Uthmaniyyah (dari 1453 hingga ke 1923). 

Masjid ini ialah salah satu daripada beberapa buah masjid yang dikenali sebagai Masjid Biru oleh kerana jubin birunya menghiasi dinding di bahagian dalamnya. Ia dibina antara tahun 1609 dan 1616, sewaktu pemerintahan Ahmed I. 

Seperti kebanyakan masjid lain, ia mengandungi satu kubur penemunya, sebuah madrasah dan sebuah hospis. 

Masjid Sultan Ahmed telah menjadi salah satu tarikan pelancong yang terhebat di Istanbul.

Menara dan kubah masjid yang dapat di lihat dari jauh

Bahagian belakang Masjid Biru, Istanbul

Untuk sampai ke area Masjid, kena lalu kawasan kedai kedai dulu. Ada banyak jugak hostel dan hotel di perkarangan kawasan Sultanahmet ini.

Bangunan berwarna warni

Kemudian kami di bawa menuju ke kawasan berhampiran Sultanahmet Square

Kawasan dataran yang dijadikan sebagai tapak yang luas dengan gerai dan restoran tersedia di sepanjang jalan

Di sini juga terdapat banyak historical landmark seperti The Obelisk dan Serpent Column.  

The Obelisk or Theodosius Obelisk is an Ancient Egyptian obelisk located on the south side of Sultanahmet Square near the Serpentine Column . It was brought to Egypt by the Roman emperor Theodosius I in 390 AD and stood there.

The Serpent Column, also known as the Serpentine Column, Plataean Tripod or Delphi Tripod, is an ancient bronze column at the Hippodrome of Constantinople in what is now Istanbul, Turkey.

Kawasan bersejarah di Sultanahmet

Museum of Turkish and Islamic Arts

Hippodrome. Letaknya sebelah Masjid Biru. Dulunya adalah lapangan pacuan kuda pada jaman Romawi, namun yang tertinggal hanyalah 3 pilar. Sekarang tempat ini terdapat tempat-tempat duduk untuk bersantai setelah lelah berkeliling di kawasan Sultanahmet.

Masa lawatan ni, tour guide tu suka la panggil semua orang berkumpul untuk dia terangkan setiap satu tempat yang dia berhenti ni. Tapi sebab aku malas nak turut serta, aku keluar dari group tu dan mula langkah sendiri.

Dan dari kawasan ini lah, salah satu entrance untuk masuk ke Masjid Sultan Ahmed yang terkenal di Istanbul ini.

Itu la tujuan pertama aku setelah berpisah dari puak puak tour tadi tu.

Pintu C

Gateway to the courtyard.

Entrance

Inner courtyard

Arcades in the inner courtyard.

Arcaded forecourt sebelah one of the entrance gates.

So sebelum kita masuk ke dalam, mai ambik tau pasal sejarah Masjid Biru ni dulu.

Untuk baca mengenai Sejarah Masjid Biru.

Terdapat satu cerita menarik di sebalik pembinaan Masjid Biru ini.

Pembinaannya dimulai pada tahun 1609 dan arkitek terkenal pada zaman itu iaitu Mehmed Aga telah dipertanggungjawabkan untuk mereka masjid ini. Masjid ini mengambil masa 7 tahun dan siap sepenuhnya pada tahun 1616.

Sultan Ahmed I membangunkan Masjid Biru ini untuk menandingi Hagia Sophia yang telah di bina oleh Byzantine iaitu Constantinople. Hagia Sophia dulunya adalah Gereja Byzantine sebelum jatuh ke tangan kerajaan Ottoman Turki pada tahun 1453 M .




Masjid Biru ini memiliki 6 menara dengan diameter kubah 23,5 meter dan tinggi kubah 43 meter.

Menurut legenda, Sultan Ahmed I meminta  Mehmed Aga untuk membuat menara yang diperbuat daripada emas. Emas dalam bahasa Turki adalah “altin”. Tetapi beliau tersilap dengar mengira Sultan Ahmed I ingin memiliki masjid dengan 6 menara. Enam dalam bahasa Turki bunyinya “alti”.

Akhirnya dibinalah Blue Mosque dengan 6 menara, bukannya 4 menara daripada emas. 

Mehmed Aga merasakan beliau bakal di penggal kepala oleh Sultan Ahmed 1, namun setelah selesai, Sultan Ahmed I telah terpukau dengan rekaan 6 menara yang unik itu.

Pintu masuk utama ke dewan masjid. Yang menariknya, masuk ke Masjid Biru ini adalah percuma.

Dari luar Masjid Biru ini kelihatan seperti masjid biasa saja. Namun di bahagian dalamnya barulah nampak bahawa interior masjid ini dihiasi 20.000 keping ceramik berwarna biru yang diambil dari tempat ceramik terbaik di daerah Iznik . Kawasan Turki yang terkenal dalam menghasilkan ceramik terbaik berwarna biru, hijau, ungu, dan putih.

Layan interior Masjid Biru, Istanbul ini.

Terdapat tiang tiang marmar dan 200 jendela kaca patri dengan berbagai rekabentuk yang memancarkan cahaya dari luar dengan dibantu lampu chandeliers. 

Dekorasi lainnya adalah kaligrafi ayat-ayat Al Qur’an yang sebagian besar dibuat oleh Seyyid Kasim Gubari, salah satu kaligrafer terbaik pada masa itu.

Dalam chandeliers diletakkan telur burung unta untuk mencegah laba-laba membuat sarang di situ. 

Karpet sutera yang menutupi lantai masjid berasal dari tempat pemintalan sutera terbaik 

 Lampu-lampu diperbuat daripada kristal merupakan produk import. 

Ceramik yang menghiasi dinding masjid bermotifkan daun, tulip, mawar, anggur, bunga delima atau motif-motif geometris. 

Banyak barang-barang dan hadiah berharga di masjid ini, termasuk Al Quran bertuliskan tangan. 

Terdapat 260 jendela di dalam masjid ini, sehingga bila kita berada didalamnya, suasananya redup dan hawanya mendinginkan

Elemen penting dalam masjid ini adalah mihrab yang terbuat dari marmar yang dipahat dengan hiasan stalaktit.

Mimbar 

Mihrab

Tembok disekitarnya dipenuhi dengan ceramik. Masjid ini di reka agar dalam situasi yang penuh dengan jemaah sekalipun, semua yang ada di masjid tetap dapat melihat dan mendengar Imam.

Satu daripada 6 menara Masjid Biru

Bangunan masjid dengan taman di perkarangan

Aku tak duduk lama dalam masjid ni. Mula macam nak solat sunat tapi fikir nak cepat, skip lah. Ambik gambar pun main snap je tak de masa nak check check.

Masjid Biru yang sangat indah dengan masterpiece architecture nya

Masjid dengan nilai sejarah yang tinggi

Wajib datang dan singgah di sini

Ada banyak tempat lain aku nak terjah sebab tour aku ni tak cover semua attractions. So aku dengan niat nak cover sendiri, tu yang aku cuba lari dari tour group aku tadi tu.

Pecut !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Bak yıldızlar altında
Gözlerimin içine
Duy rüzgarların bize
Anlattığı bir şey var...

Bak yıldızlar altında
Gözlerimin içine
Duy rüzgarların bize
Anlattığı bir şey var...

Bir fısıltı gibi bazen
O en büyük çığlıklar
Bilmezler mi gelir geçer
En büyük fırtınalar?

Biz aşkı meleklerden çaldık
Birbirimize sımsıkı bağlandık

Biz aşkı meleklerden çaldık
Birbirimize sımsıkı bağlandık

Bak yıldızlar altında
Gözlerimin içine
Duy rüzgarların bize
Anlattığı bir şey var...

Bak yıldızlar altında
Gözlerimin içine
Duy rüzgarların bize
Anlattığı bir şey var...

Bir fısıltı gibi bazen
O en büyük çığlıklar
Bilmezler mi gelir geçer
En büyük fırtınalar?

Biz aşkı meleklerden çaldık
Birbirimize sımsıkı bağlandık

Biz aşkı meleklerden çaldık
Birbirimize sımsıkı bağlandık

Biz aşkı meleklerden çaldık
Birbirimize sımsıkı bağlandık

Biz aşkı meleklerden çaldık
Birbirimize sımsıkı bağlandık...

bersambung.............

4 comments:

  1. Haha. Jiwa kembara apa brg dgr taklimat tour kan

    ReplyDelete
  2. Meng ...

    Niceeee ... Tak tau ler kot kot hanya hari Jumaat jer kot ... sebab waktu saya nak solat Jumaat kat sini suatu ketika dulu, dia ada Qari yang membaca Al Quran dengan penuh merdu ... I was there from 11 ... Qari tuh tak berhenti henti baca ... (bukan main dari kaset taaauuu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti la org ngaji live.. sure yang biasa ngaji ngaji kat mekah suara merdu bak buluh perindu...

      kalau suara ke laut.. dapat spot azan subuh je.. hahahah

      Delete