Pages

Sunday, April 9, 2017

EUROPE | PARIS - 07 : Night In Paris

Hari ke empat di bumi Paris. 

Hari terakhir di sini ni sebelum kami bergerak ke London esoknya.

Macam biasa seharian pagi sampai petang busy dengan urusan kerja. Abis keje balik hotel penginapan dan bersiap siap. Tetap nak keluar merayap dan abiskan masa yang ada untuk pegi ke tempat tempat menarik di Paris ni sebab ada geng yang first time sampai Paris so dia kena la pegi tempat tempat ni dah alang alang sampai.

Tak remaja la kalau travel tapi tido awal kan?

Jadi untuk meremajakan diri walaupun hari dah nak malam. Dari hotel, ambik teksi dan kami ke Notre Dame.

Senja di kota Paris

Driver teksi yang kami naik tu Mak Itam. Punya la bawak taxi macam pelesit pastu sambil drive sambil membebel. Garang betul. Aku lak tersilap masa bayar terbagi duit syiling Malaysia.... amokan puaka kejap Mak Itam tu tengok duit tak laku. ... Hahahaha

Notre Dame. Salah satu mercu tanda dan ikon kota Paris dengan senibina gothic Perancis.

Gereja yang di bangunkan bermula tahun 1163 dan mengambil masa selama 44 tahun untuk siap ( Tahun 1240 )

Notre Dame ini memiliki 2 pintu masuk yang diperhalusi dengan banyak ukiran patung. Pintu masuk selatan menggambarkan kisah hidup St. Stephen manakala pintu Selatan menceritakan kisah Jesus dan Theuphilus dengan patung Virgin Mary.

Sebab dah petang sangat, gereja pun dah tutup. Dulu aku datang pun tak masuk jugak.  Kalau berkesempatan boleh masuk dan naik ke tingkat 3 menara yang mana boleh melihat lonceng terkenalnya, Emanuel, dan patung gargoyle secara lebih dekat. 

Selain ke ruang gereja, boleh juga naik ke atas menara katedral Notre Dame dengan mendaki 387 anak tangga yang terdapat di atas beberapa tangga spiral. 

Terdapat juga ruang bawah tanah yang menyimpan banyak kesan sejarah pembinaan awal gereja ni dan di bahagian belakang ada satu taman yang agak lawa jugak untuk santai santai. Tapi sebab dah malam, malas nak usha berlebih lebih.

Bangunn di persekitaran Gereja Notre Dame. Area ni dengan dengan Latin Quarter... aku suka area situ sebab banyak tempat makan. Tapi kali ni tak gi usha kat situ dah.

Notre Dame Cathedral

Hari dah nak malam. Abis lepak lepak kat area Notre Dame.

Kami memulakan misi lain iaitu mencari tempat makan !

Check tempat makan berdekatan, ada satu kedai Indonesia berdekatan. Dekat tak dekat jugak lah. Kena jugak menapak.

Trip kali ni memang aku langsung tak naik Metro. Ajet ajet trip mewah main naik teksi jer....

Jalan jalan nampak orang jual Nougat. So singgah beli kejap sementara ada yang nak pegi kencing. Tumpang kencing kat Mc Donald's kena bayar tau di Paris ni !

Setelah beberapa lama menapak dalam cuaca yang agak sejuk juga akhirnya sampai di tempat tujuan untuk makan malam !

Agak cozy jugak kedainya.

Restaurant Indonesia di Paris. Aku order Nasi Goreng. Yang lain lain order makanan lain. 

OK Lah makanan kat sini. Boleh jugak la menghidupkan roh !

Abis makan merayap tanpa tujuan. Tak tau nak gi mana main jalan ikut kaki. Pastu konon nak balik hotel tapi rasa masih awal lagi. Untuk kekal remaja, kami decided nak sambung merayap. Usha usha suasana malam di kota Paris ni. Esok dah nak gerak dah.

Dari area tu kami ambik teksi ke The Louvre. Muzium terbesar di dunia !

Muzium berada dalam kawasan Istana Louvre (Palais du Louvre), yang pada mulanya adalah sebuah kubu yang dibina ketika lewat abad ke-12 di bawah pemerintahan Raja Philippe II.

Grand Louvre dan glass piramid

Malam malam ramai jugak orang datang walaupun muzium di tutup.

Pyramid kaca yang cukup ikonik di kota Paris ini.

Ni first time aku datang malam. Few times datang siang ke sini dan sekali je masuk. Tak de lah teruja mana dah. Usha usha teman dia orang je bergambar di area ni.

Muzium ini dibuka pada 10 Ogos 1793 dengan pameran 537 lukisan, kebanyakkan karyanya dirampas dari gereja dan hak milik diraja. 

Antara koleksi yang ada dibahagikan di kalangan lapan jabatan kurator: Purba Mesir; Purba Timur Dekat; Purba Greek, Etruscan, dan Purba Rom; Kesenian Islam; Arca; Seni Hiasan; Seni Lukis; Cetakan dan Lukisan.

Muzium The Louvre ni menjadi kontroversi sebab mempamerkan banyak barangan yang dirampas dari seluruh dunia. Namun kini di wartakan sebagai UNESCO site.  Sebuah muzium satelit telah di buka di Abu Dhabi dan koleksi pameran di tukar bergilir gilir di antara 2 muzium ni. Ada yang dah pegi?

Menikmati malam di The Lourve. Cun jugak siap ada orang bergambar pre wedding lagi

Masa dah time. Abis melepak di sini, kami bergerak ke lokasi lain pulak.

Geng geng tak berapa remaja ni masih ingin cuba mengekalkan keremajaan dengan sambung merayap. Dari sini kami ambik teksi lagi menuju ke........................................

Taraa................ kelmarin datang siang.. Ni usha time malam malam pulak.

Tiap jam bila masuk jam baru, lampu akan bergemerlapan di bangunan Eiffel Tower ni.

Siang malam orang ramai kat area ni. Datang dari mana ntah? Tak reti nak tido ke? Takkan semua nak kekal remaja selamanya????

Mungkin orang lain pun macam kami gak lah. Datang sekali sekala nak usha sini

Lampu lampa bergemerlapan.

Abis tu kami jalan naik ke area Trocadero pulak

Usha Eiffel Tower dari sini di malam hari.................

Selamat malam Eiffel Tower.... nanti kami datang lagi na... 

Pastu tak reti nak balik jugak. Lepak pulak kat cafe ni minum kopi sambil borak borak. Lepak kat luar sejuk sejuk syok juga.. Dari tempat lepak boleh usha Eiffel Tower bergemerlapan di sinari lampu lampu dan layan cappuccino... feeling feeling orang kaya....  * nampak tak ke-poyo-an sesekali datang bila di tempat orang? Tapi cafe cafe kat Paris ni memang orang duduk mengadap jalan... anti sosial je rasa.

Keremajaan itu ada jugak hadnya. Sampai masa rebah menerima takdir yang keremajaan itu tak boleh kekal sentiasa..... 

Ambik teksi balik hotel...... Mamai mamai masuk bilik.... dan rebah dalam pelukan malam di kota penuh romantis ni.

Romantis lah kononnya. Kalau penat dan mengantuk romantik cemana pun dah tak ambik tau !



Des yeux qui font baisser les miens
Un rire qui se perd sur sa bouche
Voilà le portrait sans retouche
De l'homme auquel j'appartiens

Quand il me prend dans ses bras
Il me parle tout bas
Je vois la vie en rose

Il me dit des mots d'amour
Des mots de tous les jours
Et ça me fait quelque chose

Il est entré dans mon cœur
Une part de bonheur
Dont je connais la cause

C'est lui pour moi, moi pour lui dans la vie
Il me l'a dit, l'a juré pour la vie

Et dès que je l'aperçois
Alors je sens en moi
Mon cœur qui bat

Des nuits d'amour à ne plus en finir
Un grand bonheur qui prend sa place
Des ennuis, des chagrins, s'effacent
Heureux, heureux à en mourir

Quand il me prend dans ses bras
Il me parle tout bas
Je vois…

bersambung............

2 comments: