Pages

Monday, March 27, 2017

Kisah Di Sebalik Tirai Besi.................... continued

Sambungan yang mungkin korang nantikan.................

Bangunan mahkamah

"Telefon keluarga ke sedara mara ke, kawan ke. Mintak dia datang bayar kan. Suruh dia bawak duit !"

Alamak !!! Tetiba aku jadi bengong kejap.

Sapa aku nak cari? Bukan dekat ni. Sepang kot. Aku tak de kenal sesiapa pun kat kawasan ni !!!!!

Pastu pakcik tu terus suruh aku masuk balik dalam kamar perbicaraan tu dan dia suruh turun ikut tangga khas ke bahagian bawah.

Aku buntu. Nasib baik kat situ ada sorang mamat yang sama jugak. Duit tak cukup. Pastu ada 3 orang Afrika yang tangan dia orang sama sama bergari. Mesti kesalahan PATI kot, tapi dia orang tengah tunggu dibicarakan dan jatuh hukum.

Kami berlima di suruh tunggu kat tangga ni.

Dah satu hal, aku nak call orang tak boleh. Line tak de. Dua dua phone aku tak de coverage. Memang dalam court dia block agaknya. Berpeluh kejap nak fikir apa nak buat.

Mamat yang sorang tu dia dah call boss dia, dan boss dia on the way. Duit dia tak cukup RM 50 je nak bayar. Dia kena denda RM 1000 atas kesalahan bawak lori tanpa lesen.

Duduk kat tangga tu, aku pun konon nak makan Fisherman's Friends yang ada dalam poket. Aku keluarkan dan makan sebijik. Bagi mamat sorang lagi tu sebijik. Pastu nampak 3 Afrikas tu terkebil kebil tengok. Aku tanya dia orang nak ker.. Masing masing angguk.

Aku nak bagi tapi tangan dia orang bergari... Salah sorang tu terpaksa kena suap !!!  Dah la bibir dia sekor paling tebal !

Geli pun ada ! Nak tergelak pun ya.

Aku memang tak leh digest apa dah, nak call memang tak boleh. Last sekali aku gi jumpa Polis tua tadi tu, dia punya la garang. Tak bagi aku cakap, terus dia suruh turun ke bawah. Dia bukak pintu dan kat bawah tu ada 2 jail.  Ada 3 orang polis jaga. Dalam jel satu tu ada pesalah bergari. Tup tup dia suruh aku masuk jel tu.

Kena bagi rokok, lighter apa semua kat polis yang jaga tu dan dia kunci aku dalam jail tu bersama sama dengan pesalah pesalah yang bergari. 

Oh Tuhan ku.. Apakah yang berlaku?????

Tetiba sedar sedar aku dah dalam jail. Tapi dia tak de la gari aku. Then dia orang boleh ajak borak lagi. Aku bagitau duit tak cukup nak bayar kompuan tu, then aku nak try telefon orang lain tapi tak de coverage. Bongok lah Celcom. Nasib baik abang abang polis ni suruh mamat yang sama dengan aku tadi tu bagi aku pinjam phone dia.

So aku tak fikir lain dah. Aku terus call member aku IH sebab dia lah yang aku rasa paling dekat time tu.

Dah lah tak leh cakap lama lama.

"Beb.. Aku ni.... "
"Haa? Sapa?"

Sebab nombor phone tak familiar.

"Aku lah. Meng. Kau free tak? Boleh datang Mahkamah Sepang. Bawak duit RM 600"
"Sekarang?"
"Haah. Sekarang ! RM 600 tau"

IH akur. Aku sebenarnya ada RM 400 dalam wallet. Memang tak expect kena jatuh hukum dan terus kena bayar la la tu jugak. Nasib lah.

Tengah duk dalam jel tu tetiba 3 Afrikas bibir tebal tadi tu turun. Dia orang dah dijatuh hukum. Hukuman penjara tapi bermula dari tarikh dia orang kena tangkap so kira dah tamat lah. Punya la happy 3 ekor tu siap berjoget joget dalam jail. Mamat Polis tu marah gak lah sambil bebel dia orang macam Tarzan.

"I cant wait brother. I want to go back. I want to see my mother"

Pastu gelak, menyanyi berjoget joget. Huru hara betul. Yang lagi haru, dia orang bergari 3 orang. Sorang kencing, yang 2 lagi kena ikut. Hahaha.

Sebab jail tu macam dah riuh dan ramai lak orang, so mamat polis tadi tu suruh aku pindah duk sel satu lagi yang kosong. So aku dengan mamat yang tak cukup duit tadi tu then lepas tu turun lagi 2 orang pesalah yang sama. Semua tak cukup duit nak bayar time time tu.

Process seterusnya adalah bersembang dan sesama kami. Ada 5 orang pesalah termasuk sorang pesalah yang maki polis. Kena denda RM 4000. Dia masuk paling last tapi dia keluar paling awal. Mak bapak dia datang jamin. 

Aku macam biasa, baik hati jamu semua banduan banduan ni dengan Fisherman Friends aku tu.

Last sekali tinggal aku bertiga je. Mamat yang tak cukup RM 50 pun dah keluar. Then sorang lagi lepas tu wife dia datang bayar. Wife dia siap nangis nangis lagi kat pintu. Tinggal aku berdua pulak.

"Bang.. Cemana? Sapa datang bawak duit?"

Mamat polis tu tanya aku. Dia orang OK la walaupun aku dalam jel dan dia orang kat tengah tu tapi layan borak gak lah. Cuma aku musykil kenapa dia kunci jel aku tu macam aku buat salah jenayah jer.

Aku mintak phone aku untuk call IH sekali lagi. Dalam hati pun tertanya tanya mana lah IH ni... !

Dalam sel takde line coverage gak, terpaksa aku naik atas tembok.

Dalam sel yang aku duduk

Jamban uols... Berani nak berak?

Aku naik atas tembok tu sebab nak cari signal phone. Haram.

Last sekali intai kat luar nampak ada orang.

"Psst ! Psst ! Bro.. Bro.. Sini Sini "

Melilau pulak dia cari mana datang arah suara aku. Rupanya kat atas.

"Boleh tolong call member saya tanya dia kat mana?" 

Then aku bagi nombor phone IH.

Baik hati mamat kat luar ni tolong hubungi IH.

Tak lama lepas tu, pintu depan sel terbuka.

"IH !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Rasa nak meraung je time tu. 

"Kawan abang ke?"
"Haah. Kawan saya. Cepat keluarkan saya dari sini !!!!! I dont belong here....."

Hahahaha.

Mamat mamat polis tu OK..... lepas settle documentation then dia release aku keluar. Merasa jugak lah aku duduk dalam penjara tu sejam lebih sementara tunggu IH sampai.

Masa nak keluar tu tetiba..

"Brother.. Brother... Sweet ! Sweet !!"

Isk. 3 ekor Afrikas ni nak Fisherman Friends lagi ! Polis polis tu ingat dia mintak rokok dengan aku.

"Nah !!! Jangan harap aku nak suap ke mulut korang lagi. Pepandai la suap sendiri. Semoga balik negara Affrika nanti buleh jadi nelayan ker mana tau  !."

Aku bagi je semua gegula tu kat depa. Biar berangin sikit bibir tambah tebal mengalahkan Kak Nitta.

Mamat mamat polis tu siap bersalam salam lagi. Of course dengan nasihat....

"Jangan masuk lorong kecemasan lagi ya Bang..."

Heheehe.

Dan begitu la ceritanya.. kisah di balik tirai besi...

IH tak abis abis gelak tengok aku duduk dalam jail. Perut aku dah lapar, lepas tu kami terus gi makan sambil bergossip riang.

Kenangan hari ni dalam sejarah. Aku merasa macam mana berada di dalam penjara ! Sejam pun aku dah terasa bosannya, apatah lagi kalau duduk bertahun tahun.

Moralnya di sini, jangan masuk lorong kecemasan ketika memandu.................. !


Aku rasa yang aku kena jail ni adalah kes terpencil dan bukan menggambarkan sistem sebenar kehakiman negara dan mohon jangan diperbesar besarkan hal ni dan boleh menganggu gugat penerimaan orang lain. 

Logically disebabkan kes ni ada approach lain yang lebih sopan selain daripada 'humban' dan suruh aku menunggu dalam lokap. Ambik je la IC dan aku boleh tunggu depan kaunter bayaran. Takkan la aku nak lari.

Aku redha dan anggap ini satu pengalaman. 





Entry ini adalah perkongsian pengalaman dan bukan lah bermaksud mencari kesalahan pihak pihak yang berkenaan.

Terima kasih.



Kerana menjaga hati
Rela ku berdiam diri
Menelan segala
Apa kau idamkan
Asal jangan menuduh
Ku tak mengenang jasa

Gerak langkah dan tindakan
Bukannya datang dariku
Segala dikawal
Malah diawasi
Jikalau ku membantah
Pasti dosa bertambah

Bagai ikan dalam kaca yang berharga
Berenang-renang tak berkawan
Aku perhiasan mata
Pada yang sudi memandang
Jari jemari yang tidak membelai
Terhalang oleh kaca berharga

Dalam hati bergelora
Tuhan saja mendengarnya
Semakin disimpan makin menyiksakan
JIkalau diluahkan
Kelak putus ikatan

Bagai ikan dalam kaca yang berharga
Berenang-renang tak berkawan
Aku perhiasan mata
Pada yang sudi memandang
Jari jemari yang tidak membelai
Terhalang oleh kaca berharga

Aku perhiasan mata
Pada yang sudi memandang
Jari jemari yang tidak membelai
Terhalang oleh kaca berharga

26 comments:

  1. dulu saya pernah juga kena.bicara di mahkamah selayang sb road tax mati..tak ingat kena denda berapa ..tapi saya minta kurang..dan bayar jam2 tu jugak..
    seram juga tengok ada pesalah2 yg bergari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergari tu kes jenayah kot....

      tu la.. moga2 jadi ikhtibar pada diri sendiri dan pada yang membaca entry ni.

      Delete
  2. Adeh mmg berharga pngalaman ko ni meng...tapi jamban tuuu, hilang selera nak membuang!hahaha ko klo kena next time kt situ carik aku je, cpt sikit sampai. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh kalau dah perut memulas cemana? takkan nak tahan. kalau tangan kena gari sekaligus mcm afrika tu lagi parah.

      "korang dok sebelah aku. aku nak berak !"

      hahaha tutup idung pun tak buleh.

      Delete
  3. Huh, klu la semua pemandu bc entry ni aku rs tobat depa xnak lalu lane kecemasan lg dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia org mesti gelak mengilai2 sebab dia org terlepas dan aku terkena...
      huks...

      Delete
  4. zery dulu bukan la msuk lokap...tp kena bicara kes tuntutan sara idup kes arwah suami pun rsa mcm pesalah ja... ketaq msa ddk kat kndang saksi tu.... apa-apa pun satu pengalaman yang tak semua orang dapat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la.. selalu tgk dalam tv je.. ni first time tgk rambut hakim in real mcm tu... ketaq lutut khabaq ang....

      Delete
  5. ini entry bro yg sgt menarik perhatian sy hingga membuatkan sy ter komen.huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau saja nak menaikkan nafsu amarah aku kan?

      tak pe. ada lori ada bas. lori atau bas dua dua jangan sesekali ikut lorong kecemasan... hahahaha

      Delete
  6. Nak gelak 😂 tapi kesian...tapi tergelak jugak...maaf Bang Meng...mmg tertunggu2 entri ni...kena jail jugak ya...huhuhu...kena amik iktibar dr cerita Bang Meng...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa ingat ! jangan memandu di lorong kecemasan kecuali kau bawak ambulan

      Delete
  7. Dah dok dalam pon hang sempat snappy2 lg..steady meng..haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. curik curik. dah hp sempat ada kat tangan....

      celebriti kena la berkongsi berita dgn peminat peminat.

      Delete
  8. Meng;

    Tragis .... nasib baik tak kena tidur sana kan ... esp with that 3 black african around hahahhahahahaa

    Anyway, Thanks for sudi to share ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ewwww 3 afrikas tu memang mengerikan. dgn bibir tebal nya. kak nita tengok pun kak nita seram.... hahahah

      Delete
  9. Meng.....pengalaman tu yang penting...tapi memang kelakar la...ko ingat senang ke nak masuk lokap..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah ! tapi senang ! tapi aku tak patut di lontar kan ke kancah penjara hanya kerana tak cukup 200 ringgit !

      * hentak hentak kaki sambil mamah fisherman friends perisa apple cinammon

      Delete
  10. steadynya kau meng. kalau aku mesti dah mengongoi2 nangis huhu.
    tapi pengalaman berharga ni. boleh cerita kat anak cucu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakak aku lagi panik.. soalan dia..

      "abis dia kasi makan ke tak?"

      macam la aku duduk lama. nak masak nasi pun tak de lauk kat situ

      Delete
  11. boleh x kira aku panggil ko bekas banduan? ihikk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau memang ar.... mencalar balar hati dan perasaan aku...

      "bertahun sudah ku menunggu diri mu...nanananananna milik ku..... tapi sayyyyyangggg"

      tarik key salem

      Delete
  12. first time komen. saya pnh kne jgk naik court yg sama. kes jpj jgk yg kelakarnya kena saman dkt roadblock dpn makhamah sepang ni. mula2 pergi lupa nk register so x kena bicara n tukar tarikh lain. nasib baik jgk sbb x bwk duit pun masa 1st time tu. then pegi 2nd time bwk duit siap2. masa ngaku bersalah tu dia bg chance buat rayuan. ptt byr 2k plus dpt diskaun 800 je byr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak tu diskaun.. untung lah. hari tu dia tak bagi buat rayuan pun. jatuh hukum terus pastu tak sempat nak merayu ( cepat cepat cari tisu kesat air mata )...

      Delete