Pages

Thursday, March 23, 2017

Jom Makan : Shell Out, Setia Alam

Seperti orang lain jugak, kadang kadang bila dengar orang cerita atau terbaca di mana mana especially tempat makan yang best, terdetik jugak di dalam hati dan perasaan dari sudut nurani yang dalam ini aku pun nak mencubanya..... 

Tapi................

Kadang kadang banyak kekangan yang melambat lambatkan proses menjadikan apa yang di fantasi itu sebagai realiti.

Namun begitu, keinginan tidak pernah pudar Rossa. Ku rasa pudar dalam hati ku rasa cinta yang ada untuk diri mu, ku rela.. na na na na na.. 

Sebenarnya aku nak bagitau yang aku merapek kat atas ni adalah satu tempat makan yang aku dah lama nak try tapi tak tertry iaitu....

SHELL OUT !

Tempat ni macam dah viral lama kan? Satu kampung malah orang Felda pun mungkin pernah datang makan kat sini, tapi aku? Masih belum dapat merasakannya....

Kira ketinggalan keretapi lah jugak ni. Tapi tak pe. Bak kata orang, kalau dah jodoh tak ke mana. Kalau dah rezeki, masanya pasti akan sampai juga.

Akhirnya..................... aku heret semua dan kami pegi dinner di Shell Out di cawangan di Setia Alam !

Outlet di Setia Alam

Kami pergi tak de booking booking pun. Main terjah je ikut suka hati. Dengan bantuan Waze sampai jugak ke sana dan lokasi dia sebenarnya dekat dengan Cafe Aaron Aziz iaitu Kidz & Creme.

Restoran dia macam shop lot tapi satu bangunan dan ada parking sendiri. Kami datang masih awal so tak de ramai orang lagi. Parked kereta dan mencuba nasib nak menjamu selera di sini.

Terkejut aku tengok dinding resto ni abis kena conteng. Memula nampak macam berseni jugak, tapi bila banyak sangat jadi sakit mata. Macam vandal pun ada.

Dan tak lupa nama Kak Mah sentiasa meniti di bibir peminat maupun cuma di dinding dinding contengan. Bless U Kak Mah !

Macam macam benda di tulis. Kebanyakkannya adalah mengarut dan syok sendiri. Rosak pandangan mata nak membacanya

Waktu kami tiba memang tak de ramai orang lagi 

Ada waitress menanti di muka pintu menyambut kehadiran kami.

Meja menunggu di luar. Tengok lah kerusi pun abis di conteng nya

"Encik ada booking ke?"
"Tak de.. Kenapa penuh ke?"
"Errr.. Kalau nak cakap tu memang kita full house malam ni. Tapi kalau Encik nak, saya boleh bagi seat tapi kena pulangkan balik table tu kat saya sebelum 8.30 malam"

Tetiba bayangan hantu Maya Karin terbang dari atas bumbung dan berlagu sendu...

Pulangkan....................  

Aci pulak kasi pinjam meja dan kena pulang sebelum waktunya.

Tengok tengok, macam cukup masa so aku setuju jer. So kami di alu alukan masuk ke dalam dan sebaik saja masuk, staff staff mereka menyambut kami dengan greeting dan sorak sorai...

"Welcome............................."

Beramai ramai. Tanjat boboi !

Macam riuh rendah lak jadi nya.

Layan setting dalam resto Shell Out ni.

Table setting.

Semua part dalam resto ni dah kena contengan di merata rata tempat termasuk la dinding. Yang suci aku rasa lantai jer.

Pelanggan yang sedia ada

See ? Lampu pun dah barai kena conteng

Dah dapat meja 'pinjam' tu sorang waiter datang melayan kami dan dia bagi kami buku menu.

Nasib baik buku menu tak kena conteng

Cara cara mengorder makanan di sini. Ikut panduan yang ada dan ikut selera serta bajet masing masing.

Dan kalau tak nak ala carte, boleh pilih hidangan combo yang siap sedia ada.

Side dishes dan minuman

Sebab ini kiranya first time dan aku tak berapa reti nak order so aku ambik set Combo jer. Belasah je lah.

Sebelum makanan sampai, kami di beri plastik ni buat alas baju

Anak anak aku je la yang dok pakai bersungguh.

Menunggu tak lama. Minuman sampai dulu.

Aku nak air kelapa tapi mamat tu goda suruh order benda alah ni. Ingatkan air rupanya macam puding coconut. Nasib baik la sedap.

Servis memang pantas. Tak lama menanti, satu persatu hidangan tiba. Ni fried potatoes. Tapi macam manis je. Buat kudap kudapan.

Sebab anak aku si Hero tu kurang sikit seafood seafood ni, so special untuk dia, chicken nuggets

Hidangan menggoda perasaan. Kumpulan seafood termasuk ketam, lala dan udang hadir ke meja untuk beraksi berahi menggoda untuk di nikmati

Kaki kaki ketam yang runcing dan mengiurkan dengan sayur sayuran pelengkap piramid makanan kesihatan.

Keunikan makan di sini. Makanan di hidangkan di atas meja dan di makan secara pukal. Macam makan dalam dulang.

Makanan semua dah tersedia, jangan membuat masa. Bantai makan tanpa perlu nak cover cover sopan dah !!!!!!!!!!!!!!

Nom Nom Nom....

Dan tak sampai setengah jam,.......

Licin dan yang tinggal hanya tulang temulang

Kalau boleh meja pun nak di jilat.....

Dah abis makan now buleh bagi verdict.

Bagi aku makanan dia sedap !. Kami ambik Combo A dan di makan sekeluarga. Rasa memang sedap la dan kena dengan selera. Cukup masam, masin, pedas. Cukup segala. Cuma portionnya agak sikit. Tak sedar tetiba je dah abis.

Dan atas kesedapan itu, Princess bukan main lagi puji bertalu talu.

"Sedapnya Papa.... Adik suka lah. Nanti nak datang lagi boleh tak?"

Ada la dekat 5 kali dia ulang pasal makanan yang sedap kat sini. So kesimpulannya memang sedap lah. Bukan main main punya sedap ni.

Cukup sedap dan puas hati !

Selesai makan, dok melepak jap. Hero sempat gi memerut. Standard la dia kalau lepas makan mesti nak terberron. Si Princess pun ikut pegi toilet.

Toilet tak usah cerita lah. Sampai ke mangkuk tandas abis semua kena conteng.

Nak di jadikan cerita, lama sungguh aku menunggu anak anak aku ni masuk toilet. Bila gi check, masing masing dalam toilet. Lama betul sampai aku kena datang semula dan panggil dia orang.

Rupa rupanya, dia orang membaca semua benda yang di conteng dalam toilet tu !

Ergh................. Nasib aku gi sergah, kalau tidak, sampai esok pun belum tentu sudah dan habis di bacanya.

So makanan memang sedap dan tidak mengecewakan. Servis cepat dan pantas. Staff dia sangat happening dan attentive. Cuma ada 2 benda je yang agak kureng. No 1, portion makanan yang agak sedikit dan no 2, Harga.............. !

Fuh.. Sekali dinner dekat RM 300. Pengsan kalau selalu selalu macam ni.

Tapi kalau sekali sekala mencuba tak de salahnya. Lagi sesuai kalau datang nak meraikan sambutan atau keraian. Elok juga makan kelurga, boleh mesra mesra.

Shell Out Setia Alam.

Lepas settle semua dan kenyang abis makan. Berjaya kami pulangkan meja sebelum waktu yang di minta. Alhamdulillah. Sedap betul. Sampai masuk kereta pun Princess dok ulang ulang lagi.

"Terima kasih Papa bawak adik makan sedap sedap"

Tanda seronok lah tu.

Kurang seronok sikit tempat ni tak de surau. Terpaksa bergegas keluar dan cari surau kat tempat lain.


Shell Out Setia Alam
11, Jln Setia Dagang AK U13/AK,
Setia Alam,
40170 Shah Alam,
Selangor, Malaysia

Phone: +60 16-419 4616
Hours: Everyday · 12–11 PM

FB : Shell Out Setia Alam

Boleh di cuba. Tapi tak leh selalu selalu. Selain harga yang mahal, seafood jugak tak berapa elok untuk kesihatan. Nanti gout. Ingat ! Gout itu boleh meruntuhkan negara................... !

24 comments:

  1. yg conteng2 ni depa sediakan marker pen ke? teruk betul view, sib baik makanan sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknya la kot..... kalau memang bawak marker pen sendiri memang dah tak de civic sgt la tu

      Delete
  2. jangan kecewakan anak2 bila dah disebut banyak kali. hahhahahha (silalah guilty dan pasni order set kombo triple). *nyanyi lagu ziana zain sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe... lambat skit repeat.. plus ada kedai kedai shell out yang lain jugak skrg ni.. boleh usha.. harga pun lebih murah kot. cuma rasa tu la tak pasti sedap ke tidak

      Delete
  3. Penah pegi kat sini sekali, kat kota damansara sekali. Sedap tp 1 jer, dlm menu dia tulih octopus tp bila sampai dpt sotong botol jer rupanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah octopus CIMB dah ambik.....

      mahal jugak sotong botol tu

      Delete
  4. skarang dh byk restoran buat menu shell out cuma yg shell out ni yg paling awal xsilap...tu la tgk kwn2 mkn yg shell out ni, harga bole tahan tp sesekali merai family apa salahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya benar.... nanti nak pi try kedai yang lain lain tu pulak. tapi x leh selalu seafood ni... tak bagus

      Delete
  5. dekat penang ni bersepah jgak la kedai shell out ni...
    tapi satu pun x penah try... kena try jgak lepas tgk entry ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah kalau nak rasa authentic tu kena try shell out ni la... yang lain2 tu tak pasti rasa dia cemana

      Delete
  6. Haha.. Actually kalau nak murs boleh buat sendiriiiii shedapp okay #icook gitu. Sama sejiban rasanyaaa hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. I is cooking no clever.... u can lah... beli paste dia eh?

      Delete
  7. Meng;

    Ingatkan ada ler video klip PULANGKAN ... hahahhaah tapi keciwwaa kali nih tak ada video klip (hahahahhaa ke situ lak)

    Kita memang teringin sangat ngan shell-out nih !!! Pernah makan shell-out ala ala omputih kat Seattle ... tapi rasanya dia orang nyer SHELL-OUT tak sama ngan Malaya nyer kot ... sebab dia orang nyer , tak ada pedas pedas ker ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. tak sempat nak selit lagu...

      buat sendiri la shell out kat calgary nuh.. tapi seafood pulak mesti susah nak dpt kan? vancouver maybe banyak la kot. seattle of chos

      Delete
  8. Meng, kalau dah si princess yang tak suka makan tu puji melantun melantun, maknanya sedap sesangat la tu...ok, pwincess, acik caya...hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... kalau dia ckp mcm tu memang sedap sgt la tu bagi dia.. saja nak pujuk aku nak repeat... kedai mahal mahal lak tu.

      Delete
  9. Dah try..mmg sedap tapi mahaii naw..sekali skala boleh ler

    ReplyDelete
  10. pernah mkn disini sampai Rm800++

    ReplyDelete
  11. Pernah mkn kat cni skali mmg sdp n nk repeat lagi....

    ReplyDelete