Pages

Monday, March 20, 2017

Jom Makan : Eulala by Kokopelli, TTDI

Kau Buat Ku kata... Ooh! La! La! La! La!
Setiap Masa... Ooh! La! La! La! La!
Bicara Mempesona... Ooh! La! La! La! La!
Mana Saja Kau Di Minda... Ooh! La! La! La! La!

* masuk masuk je terus rapping sambil senjosh senjosh kaki.

Tau senjosh tu apa? Pergi cari kamus Hitaly !

Dah penat rap, kita makan. Kali ni ayuh kita ber Eulala di Kokopelli cafe di TTDI, KL.

Aku pernah berkunjung dan makan makan di cawangan Kokopelli, SS14 PJ dulu.

Dah lama dah tak pasti wujud lagi ke tidak tempat tu.

Seingat aku dulu kunjungan aku ke sana agak memuaskan hati tapi tak sempat nak repeat. tup tup dengar khabar ada bukak cawangan baru di TTDI. Kira senang sikit nak pegi. Tapi aku pernah datang sini dua tiga kali tapi tempatnya tutup.

Cafe Kokopelli di TTDI yang di tambah Eulala di depannya.

Hampa kecewa especially Hero sebab dia ingat sungguh dengan Creme Brulee kat sini yang kononnya tersedap pernah dia rasa.

Namun kunjungan aku kali ni bukan dengan family tapi dengan BW dan IH. Dia orang ajak keluar makan then aku target je nak datang sini, tup tup memang rezeki, bukak pulak dah.

Jadi.................................. bersiap siaga para jemaah semua. Ayuh kita melawat kawasan dulu.

Eulala Kokopelli ni terletak dekat area belakang Maybank cawangan Rahim Kajai. Lawa tak keta baru aku? Baru booking... bayar pakai air liur jer... 

Turut menyelit sama. Oh teratai bunga indah...........

Kami datang untuk lunch. So just nice sampai je perut dah mula bergelora minta di isi. Tapi sebelum tu, usha kiri kanan tengok setting kedai dulu.

Ada seats belah luar untuk ambik ambik angin. Tapi sebab cuaca panas dan Artis Antarabangsa memang tak boleh panas panas ni. Nanti muka berminyak...............

Jadi Artis Antarabangsa pun masuk ke belah dalam.

Masuk masuk. Duduk.

"Waitress... kuatkan aircond sikit !.... Ketiak I dah becak becak ni..........."

* maunya waitress tu hempas kerusi kalau perangai poyo begitu.

Eh tak abis lagi tengok setting dalam resto ni. Sambung usha...........

Masuk masuk je di sambut dengan gubahan bunga sebesar alam ni. Bunga plastik je aku rasa

Dan kek besar yang menjadi perhiasan. Jangan buat gila pegi culik dengan jari nak rasa....

Dan usha lagi setting dalam kedai dengan interior dia yang ala ala bertema apa pun aku tak tau ni.

Banyak betul frames

Dinding belah satu lagi

Dari sudut lain

Ada gaya klasik FM sikit di sini

Tapi aku agak suka dengan tona warna dalaman dia dengan natural lightnya. Membangkitkan ambience yang tenang dan bersopan santun walaupun kau lapar tapi sure kau tak akan jadi gelojoh !

Juga dengan setting table dengan kertas menu yang colorful

Eh ! Apsal aku tetiba komen pasal design kedai orang ni.

Eric Leong........... where are you??????

Tapi bahagian lain pun tak kurang juga menariknya

Bar dia.... sedikit di adun dengan warna warna ceria............... * Eric Leong ! Come come faster !!!!!!

Okey. Duduk dan kami di beri kertas menu.

Menu 

Drinks 

Dishes and menu pilihan

Selection menu dia tak de lah banyak mana tapi cukup la untuk membuat pilihan makan tengahari mahupun malam. Selain tu ada jugak lunch set dan makanan Melayu seperti bubur dan apa benda ntah tersedia.

Tak sabar ni nak makan. Lapar.... tapi kan aku cakap tadi, confirm kat sini rasa gelojoh tu tak de sebab tempat dia relax jer.

Sekali air datang dengan warna warna terang membuat gelojak nak teguk air secara berhabisan. Aku pun tak tau air hijau tu air apa. BW punya. Macam biasa untuk kekal langsing, Artis Antrabangsa kena minum air berlemon lemon sikit.

Tu air IH dengan Kuew Tiaw yang dia order

Memang Kokopelli ni terkenal dengan signature dish dia iaitu Kuew Tiaw ni. Memang boleh tahan sedap dan harga pun antara yang termurah di sini. Dalam RM 11 lebih. Makanan lain harga adalah di level have have.

Makanan si BW ni. Grilled Lamb apabenda ntah katanya daging lamb NZ ! Harga pun dekat RM 40. Tapi BW kata sedap. 

Aku memang tak pandang la lamb lamb ni.... Dah nama pun Artis Antarabangsa... tak sekufu lah dengan kambing biri biri ni... 

So nak tau Artis Antarabangsa order apa?

Jeng Jeng Jeng...............

Chicken Ala King.... yang di datangkan dengan nasi putih.

Tapi nasik nya sikit je. Ada ke King makan nasi sejemput macam ni? Aku ni King Kong.... memang nasi tu macam tak mencukupi.

Tapi bila dah makan tu OK lah kenyang. Tapi makanan ni tak de lah sedap memukau. Kalau King makan mesti King kecewa. Aku yang Artis Antarabangsa ni pun rasa macam muak sebab creamy kuah carbonara tu macam tak leh pegi dengan nasi. Dan rasa pun tak pedas. Bila mintak cili potong, bertempik pulak aku rasa tetiba....................

Zas ! Pedasnya tu fuh !!!!! Dia punya tak tahan ....SUPPPPPP, naik ke atas. Doktor, suruh saya gunakan Sensodyne. Sensodyne banyak menghilangkan rasa ngilu. Kawan ajak makan aiskrim ....Okey.

Ajak makan Creme Brulee? Lagi Okey !!

Terima kasih Sensodyne. Yahooo !!!!!

Jadi kami order Creme Brulee sebagai dessert.

Serious shit sedap ! Tapi tu lah.... kecik sangat. Harga RM 9 each

So dah makan. Dah kenyang. Overall food is above average. Sedap lah. Paling best masa tu tak ramai orang. Cuma ada satu meja muda mudi anak anak orang kaya Taman Tun kot celebrate birthday. Suprise birthday agaknya sebab macam ada drama drama sikit.

Well.. Artis Antarbangsa tak ambik port drama drama murahan ni. Aku busy melantak.

Kos makan adalah RM 107.

Info dan maklumat Eulala by Kokopelli ni

Eulala by Kokopelli
36, Lorong Rahim Kajai 14,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur.
+60 3-7731 5566
12–3PM, 6–10:30PM


Highly recommended dan selamat mencuba............ !

Layan lagu zaman muda muda.



Khabar-khabarnya bukanlah calang wanita
Aku terpesona dengan lirikan matanya
Oh aku bukannya mudah untuk jatuh cinta
Tapi kini kupercaya cinta pandang pertama

Hei wanita lihat apa telah kau lakukan
Aku hanyut dalam khayalan
Gerak gaya dansamu menggoda
Sukar untuk dilupakan siang malam kufikirkan

Kau Buat Kukata... Ooh! La! La! La! La!
Setiap Masa... Ooh! La! La! La! La!
Bicara Mempesona... Ooh! La! La! La! La!
Mana Saja Kau Di Minda... Ooh! La! La! La! La!

Uuh jelita
Hatiku telah kau curi dan kurela
Ingin bersama walau dalam lena
Dan aku bukannya mudah untuk jatuh cinta
Sekali kuterpandangmu selamanya merindu

Kau punya reputasi sehangat api
Menjadi tarikan mata walau dimana
Kehebatanmu hmm... sering diperkata
Sudah pasti kutergoda bila bertentang mata
Ekspresi ku ini tentunya dikau mengerti
Moga hasrat di hati kan merealisasi
Tetap harap cinta kan menggerlap
Makin wajahmu kutatap semakin kuterperangkap

Yang ku alami mungkin misteri
Ketika ini
Mungkinkah sudah ku jatuh cinta
Yeah dapatkah kau rasakan apa yang kurasa

Oh tak pernah tak bisa ku kawal diriku
Separuh nyawa aku merindu
Ku berdebar bila bersemuka
Ku tidak tahu mengapa reaksiku yang ketara

Dalam kehidupan lampau, aku nak join group KRU.... konon nak pelat pelat style Yursy.. tapi selalu tersasul jadi Ajai...

Shalahkan ku.. jangan shalahkan ku....

* sambung menari senjosh senjosh kaki depan kedai tunggu kena baling dengan selipar

10 comments:

  1. Apa yg ko merepek ni Meng? Hahah.
    Yes, aku penah mkn kat sek14 PJ. Ms tu dia bukak dekat rumah. Owner dia friendly abis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. rasanya dah tutup banglo tu kot. now buleh gi ttdi je...

      Delete
    2. Banglo tu mmg dah tutup, dia bukak kat depan tu (3 two square). Nama br dia owl and pussycat cafe by kokopelli. Go go

      Delete
    3. owh ... sittu.. nanti la buleh gi jenguk

      Delete
  2. Terasa nak nyanyi dgn abam Yusry plak dh pepagi ni. Saya tau senjosh tu apa... maklum le asal Hitaly jugak keh keh keh

    ReplyDelete
  3. pindah ke ttdi ke...jenuh iol cari kat pj sejak dah tutup tu, x tau mana dia pegi. lepas tu terus terlupa dah. bole la usha2 kaw nnti...tq for sharing

    ReplyDelete
  4. hahaha..first time comment setelah bertahun silent reader gegara iklan sensodyne

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn la duk bertapa je.. sekali sekala.... bila kawan ajak makan tu.... okey kan jer.

      * campak sensodyne perisa pudina

      Delete