Pages

Wednesday, March 1, 2017

Jom Makan : ChaCUP Cafe, Denai Alam

Kali ni aku bawa korang gi makan kat satu tempat ni. Lokasinya di Denai Alam.

Tak tau Denai Alam kat mana? Sila Google... Anuar Zain duk sini kot....

Nama tempat makan ? Ya.. nanti aku 'cakap' nama cafe dia. Sabar na...............

Sebenarnya, plan kami nak pegi makan kat Brew Up Cafe ni di Denai Alam. Tapi tutup. Dah 2 kali aku datang dan dua dua kali tutup. Memang susah betul nak makan situ. Tak pasti la cafe tu dah memang tutup ke tokey dia dah kaya raya dah tak nak berniaga ke apa.

Sebab dah ada di kawasan Denai Alam tu, so kami pusing pusing nak cari tempat makan tengahari.

Tup tup jumpa ni.

ChaCUP cafe

Hah. Jangan kata aku tak cakap pulak nama dia !

Kira kebetulan je la ni singgah sini. Kami pun cuba cuba la kot la menarik. Nampak setting kedai macam OK je style jugak lah. Lokasi dia sebelah Pizza Hut. Sebelah satu lagi bengkel kereta.

Tapi jangan risau, tak de la bising pun bunyi orang bertukang.

Park kereta dan masuk. Layan setting kafe ni dulu.

Ada table kat luar

Dan kat dalam. Kiranya tona dalaman dia kaler merah.

Dan ada juga dua tiga set kerusi ala ala santai

Hiasan di dinding

Dan ini. Oh.. jangan ingat ni kedai Siam ke apa. Memang sah milik Melayu

"Nampak macam tak sedap kot makanan dia?"

Aku borak borak dengan OR. Dia angguk tanda setuju. Aku pun tak tau cemana aku boleh simpulkan macam tu walhal order pun belum.

Sampai je kami duduk dan di layan oleh waiter kat situ. Muda lagi budaknya. Ada 2 orang. Sorang tu muka ketat skit, dan sorang lagi muka jambu.

Boleh pulak OR aku kata budak tu comel. Dia cakap budak tu comel depan aku !!! Ya.....

Agak agak la.. Boleh mengundang kemarahan sejagat okeh !

"Ya lah.. Awak memang suka yang muda muda je lah sekarang ni. Saya dah tua.... Tak pe lah. Pegi la ngorat dia. Biar saya bawak budak budak pergi dari sini....."

Begitu statement kekecewaan yang terluah dari sudut hati.

* seka airmata dengan tisu jamban.

Hah tapi budak waiter tu jambu la kot. Tu yang OR suka. Maybe penyeri kafe ni.

Aku sempat tanya dia. Cemana nak sebut nama cafe ni.

ChaCup as Cha-Cop atau Cha-kap? Dia jawab... Cakap ! So ini Kafe Cakap.

Di beri menu dan usha apa yang menarik.

Set menu dan makanan di sini.

Ada menu.. Nasi Goreng Jer ! Ahaks... Ada western, grill dan jugak asian. Order la ikut selera masing masing.

Minuman. Banyak jugak pilihan sampai anak anak aku rambang mata tak tau nak order apa. Kejap itu kejap ni. Asyik bertukar jer..  Lama pulak budak waiter jambu tu duduk kat meja aku. OR suka lah, aku je menyirap.

"Sirap panas satu Dik ! Nak terbakar dah dada abam ni kau duduk lama lama kat sini !"

Begitu ....

Dan menunggu. Masa memula kami datang tak de orang. Pastu datang lah dua tiga puak lagi memenuhi sudut ruang cafe ni.

Saja nak tunjuk Skuter si Princee. Pantang singgah isi minyak, ada je mainan dia nak beli

Dan minuman sampai dulu....

Ini seleksi pilihan aku. Haloba sentiasa. Air kena ada dua.

Minuman lain tiba juga... Gegar Vaganza jadi nya....

Dan macam biasa, anak bujang aku nak sosej... So sosej sampai dulu.

Dan makanan utama tiba. Ni aku punya. Nasi Goreng ChaCup. Masa aku order ni Princess tanya... "Papa.. Kenapa Papa order nasi goreng cakap?" Hahaha..... Pening. 

Ni Nasi Putih dengan Paprik Campur. 

Nasi Goreng Chicken Buttered

Bihun Soup. Princess lah ni konon macam nak.

Dan Grilled Lamb Chop untuk OR.

Kesimpulannya.

Macam orang kata, dont judge the book by its cover. Judge the book by its author !

Semua makanan makanan dia sini agak sedap. Memang kena dengan selera. Nasi Goreng ChaCUP aku tu pun sedap. Princess yang tolong habiskan. Bihun dia tak makan. OR kata lamb tu pun not bad. Dia kan susah nak kena selera kalau makan kat luar ni tapi kat sini dia kata OK. Cuma Hero je makan tak abis, sebab dia kenyang makan sosej tu kot.

Anyway.... makanan memang sedap dan menyelerakan.

Cuma bila sampai bab bil dia....

Oh my ....... RM 116.90 makan tengahari !

Tapi bagi aku OK je. Tak cuba tak tahu, at least makanan dia sedap sedap belaka. Dan Waiter jambu tu, boleh pulak menambah duka lara aku lepas tu......

Dia bagi pewangi ni kat OR

"Kita memang bagi free gift ni kalau customer belanja kat sini lebih pada RM 100"

Kecik kecik je aku tengok budak tu. Kalau kutu aku tindas tindas jer. Sudah la luka di hati aku tercalar tadi, boleh pulak kau bagi bagi hadiah kat OR aku pulak ya??

Memang nak kena ni.

Dah ! Tak nak repeat dah !

* hempas pasu bunga tanda amarah.

Hahahaha. Tak de lah. Boleh di cuba kalau berada di Denai Alam.

Chacup Cafe  
6-1, U16/F,
Persiaran Elektron, Denai Alam,
40160 Shah Alam,
Selangor, Malaysia

FB : ChaCUP Cafe

Call 03-6734 6426 Anything just ChaCUP!!

Operation Hours:
Everyday / 12noon till 11pm

Bila tulis entry ni, baca baca sikit baru la aku tau yang sebenarnya ChaCUP Cafe ni sebenarnya adalah milik Shajiry, penyanyi kumpulan apa ntah. Dia jugak seorang pelakon drama.

Cafe ni diusahakan bersama wife dia.

Oh... kalau aku tau aku mintak makan FREE ! Hahaha. Macam la dia kenal aku pun.

Baca sini 

So sesuai dengan lagu dia, dia ajak korang ke sana... Hadirlah Kasih ke Cafe ChaCUP !



Hadir dalam mimpiku
Hadirlah cinta...
Hadir dalam hidupku

Dalam perjalananku
Masih jauh harusku tuju
Aku mencari-cari cinta
Cinta yang tulus dan sejati

Kerna aku percayakan
Cinta suci yang datang dari hati

Hadirlah kasih...
Hadir dalam mimpiku
Hadirlah cinta...
Hadir dalam hatiku
Hadirlah sayang...
Hadir dalam hidupku
Hadirlah kasih...
Agar tercapai segala-galanya

Harus aku mencari
Cinta yang tulus dan suci
Punya segala-galanya
Apa yang aku impikan

Kerna aku percayakan
Cinta suci yang datang dari hati

Kalau ditakdirkan
Bertemuku denganmu
Akan kubina istana bahagia
Agar kita bersama
Kekal selamanya

Hadirlah kasih...
Hadir dalam mimpiku
Hadirlah cinta...
Hadir dalam hatiku
Hadirlah sayang...
Hadir dalam hidupku
Hadirlah kasih...
Agar tercapai segala-galanya

14 comments:

  1. hahahahahaha...gelak besau aku...penjelas gak ko rupanya Meng...takpe..tu tandenya sayang bini....ala..kasi le bini sesekali nak cuci mata kannn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib aku x lari keluar kedai..... tercabar la jugak sebab abam tau abam dah tua dan tak berdaya saing... ( juga tak hipster )

      Delete
  2. Hahaha..mana gamba waiter jambu tue?? ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak izin gambar dia menyentel dlm hp aku..... malas nak ambik.... tak jambu pun sebenarnya.... (percayalah)

      #cemburubuta

      Delete
  3. Sayam jugok abam kat bini abam ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kepada rasa tercabar sebab waiter tu muda.... hahahhaa

      Delete
  4. Meng;

    Sedap nama kafe nih .. Cakap ... mudah and catch gitu !

    Hahahahhaha Seperti biasa .... lawak tetap lawak !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama dia catchy tapi confusing pun ader....

      makanan dia oke. harap dapat bertahan....

      Delete
  5. maaf abg meng.. saya dah pergi sekali. mungkin sebab seleksi nasi lagi sedap kut. tapi saya makan pasta aglio olio.. mmg lari jauh dr terms aglio olio. lepas tu datang tny feedback.. saya cakap ni bukan aglio olio, tapi diorg jawap..kat sini mmg aglio olio mcm ni.. *tepuk dahi*

    and mmg pricey. brew up cafe.. haihhh pengalaman buruk bila order kek sebijik..sampai sudah tak pergi dah. last last selalu mkn kat sya sya delight. hahahaha kedai tomyam biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ka? nasib kami order nasik kalau tak dapat oglio olio dari planet asing.. hehehe...

      tak best ke brew up tu?? hmmmm bertambah semangat nak pegi.. kalau x best memang nak tumpang keji.. hahahaha

      Delete
  6. Alhamdulillah Supermeng Malaya... thanks for the compliment.. InsyaAllah jika ada kekurangan kami akan perbetulkan.. jemput le dtg lagi tapi kali ni kalau sy ada sana please tegur ye.. nnt sy bagi diskaun 😊☝SHAJIRY

    ReplyDelete
    Replies
    1. ajak makan free lah !

      hahaha. no problem bro. selamat maju jaya ~!

      Delete