Pages

Friday, March 10, 2017

Inap Bajet : youniQ Hotel, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang

Ke mari ! Ke mari !

Aku nak share satu hotel yang boleh di kira agak mampu-inap bagi yang mencari penginapan untuk transit atau sementara menunggu flight di airport KLIA.

Nama hotelnya.............


The YouniQ Hotel

Hotel ni terletak di Bandar Baru Salak Tinggi dekat area Sepang.

Sepang? Kenapa masih di Sepang? Kenapa aku masih tak move on dengan Sepang ni???? Kenapa masih di sini?????

Ambik mood layan lagu jap.



Lenaku di buai bayangan seribu bintang
Kasih tertumpah di bingkai awan
Demi kemilau sang mentari
Yang tak bisa mengerti

Biar ku titipkan keperihan pelayaran
Hingga terdaya ku melafazkan
Salju sebening kasihku
Kepadamu oh kekasih

Inginku buktikan keyakinan dalam diri
Ku punya jiwa nan suci
Untuk ku miliki sepenuhnya nirwanaku

Oh Pedihnya Terpanah arjunamu
Terbelenggu aku di dalam menunggu
Bergelora sindiran asmaramu
Di pelantar rindu yang menghempas
Namun kerana tulusmu
Masih mampu ku berdiri
Demi Naluri yang sama
Kita masih di sini

Inginku buktikan keyakinan dalam diri
Ku punya jiwa nan suci
Untuk ku miliki sepenuhnya nirwanaku
Demi kasih dan cinta ku
Aku masih di sini

Ya. Pertanyaan itu masih belum aku nak jawab. Sampai masa nanti korang akan pasti tau juga. So hari ni, kebetulan aku berada di area Sepang ni dan aku 'terpaksa' mencari penginapan di kawasan ini, jadi hotel youniQ ni telah menjadi pilihan aku untuk bermalam seketika cuma.

Jadi, aku share tempat ni semoga boleh menjadi option kalau yang turut sama mencari penginapan di kawasan ini !

Dari luar bangunan dia simple je. Macam rumah kedai biasa dan few units telah dijadikan hotel.

Tapi apa yang menariknya dengan hotel ni, yang aku found out selepas aku overnite kat sini adalah design dan concept dia yang nampak raw serta mewah. Tak de la luxury macam 5 stars hotel tapi design dia nampak macam boutique hotel yang cukup menarik dan selesa dan harga bilik adalah tak mahal mana !

So ayuh kita usha kawasan hotel youniQ ni.

Kawasan main entrance

Lobby

Reception area

Dekorasi di lobby yang tak macam kebanyakkan hotel bajet yang lain.

Hiasan di meja

Info mengenai hotel ni.

The YouniQ Hotel is located in the picturesque street of Salak Tinggi, a 10-minute drive from Kuala Lumpur International Airport and Sepang International Circuit and 15 minutes from Low Coast Carrier Terminal. 

The YouniQ Hotel is consists of four floors and 60 modern, stylish rooms. Airport transfers, pick-ups, and drop-offs are provided for guests. There is a lot in the area to explore as well. Each room is well equipped, and every space of the hotel has been utilized to create comfort and affordability.

The hotel provides laundry facilities and a mini cardio gym to extend the comfort. Even more, fast food breakfast can be ordered for next morning upon arrival. Coffee and tea is served all morning in the dining hall.

Walaupun ini bukan hotel mewah kebabo tapi facilities dia agak not bad lagi lagi untuk yang transit atau mencari penginapan sebelum menunggu flight time.

Mereka menyediakan drop off ke airport dengan harga RM 5.50  

Ada jugak transfer ke mana mana lokasi yang di inginkan

Breakfast untuk tetamu tetamu mereka

Kemudahan laundry

Parking

Serta kedai serbaneka di bahagian bawah berdekatan dengan lobby untuk memberi kemudahan bagi yang mencari keperluan

Aku agak impressed dengan design hotel ni walaupun harga bilik bagi aku agak murah tapi mereka tak mengabaikan seni hiasan dalaman yang menarik untuk tetamu datang menginap di sini.

Macam aku cakap, aku adalah 'terpaksa' stay sini dan aku datang pun hanya untuk tidur malam tu sebab esoknya pagi pagi aku ada hal jadi aku tak sempat nak explore mana. Breakfast pun tak cuba tapi bagi aku memang menarik la hotel ni dan kemudahan bilik dia pun agak comfortable.

Jom tengok bilik penginapan di sini.

Naik lif ke tingkat atas

Jenis bilik di sini ada banyak. 

Single. Double. Family dan juga dorm khas untuk lelaki mahupun perempuan. Harga memang agak OK lah. Single room tak sampai RM 100 dan dorm dalam RM 45 seorang. OK lah tu kan?

No?

So aku ambik Super Deluxe Room.

Melilau aku cari nombor bilik, rupanya kat lantai nuh.

Memula dia bagi aku bilik ni

Masuk je, baru nak snappy snappy, lampu bilik dah bukak katup bukak katup sendiri. Isk.. Macam ada entiti jer.... ! 

Aku agak something wrong dengan wiring. Letih la kejap trip pastu nak kena cucuk kad balik semula. So aku call receptionist bawah tu dan mintak tukar bilik,

"Encik dah baring atas katil belum?"

Eh !! Kau ingat aku apa??? King Coco? Baru je masuk kot. Kentut pun belum, ini lagi nak kecah kecah katil.

Sebab tak kecah katil, dia kata OK dia bagi bilik lain !

Tukar bilik baru

Bilik yang sama. Katil bantal semua OK lah. Selesa

Toilet bersih. Hot water pun OK

Sinki yang unik

Ruang bilik yang tak sempit mana dan tak ler luas. Kira OK lah.

Aircond OK. TV ada. Channel aku tak check pulak sebab tak semapt nak bukak tv pun

Boleh buat kopi

Lampu 

Sebab kat sini ada hotel jugak so ada macam common area untuk budak budak dorm melepak. Sempat la aku nampak geng geng Afrika yang maybe menginap kat sini duduk berlonggok longgok.

Maybe guna wifi dan berborak borak.

Common area untuk dorm

Ada laundry dan smoking zone kat tingkat atas

Smoking zone

Senja yang tiada

Pendek kata aku puas hati dengan hotel ni.

Wifi pun laju. Cuma breakfast je aku tak sempat nak rasa sebab pagi tu dah kena bergegas pagi pagi.

Satu yang aku kurang suka adalah dinding dia tak kalis bunyi, malam malam orang sebelah bising aku siap boleh dengar. Memekak pukul 2 pagi menganggu tidurku yang lena. Patut aku siap siapkan gumpal tahik dan baling bila perlu ke bilik mereka !

The rest semua OK. Dia orang siap bagi late check out dengan kadar RM 10 setiap se jam.

youniQ Hotel, Sepang

So macam aku cakap, kalau ada yang mencari penginapan tak jauh dari KLIA/KLIA2. Ini aku boleh recommend !

the youniQ Hotel offers an ultimate comfort with style and yet providing price tag within reach!

The youniQ Hotel,
(Kuala Lumpur International Airport)
Bandar Baru Salak Tinggi Business Park,
42, Jalan 2, Bandar Baru Salak Tinggi,
43900 Sepang, Selangor,
Malaysia

Phone: +60 3-8706 6988

Website dan booking : Theyouniqhotel

8 comments:

  1. wahh...boleh try ni..yg penting rate murah dan bilik & surrounding area bersih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.... mcm hotel mahal mahal gaya dia.. so kau mantain gaya mahal tu agar sentiasa kekal oke

      Delete
  2. dekat dah dgn rumah sy ni... ^_^ klau datang BBST, roger la.. boleh ngeteh.. :)

    ReplyDelete