Pages

Wednesday, February 22, 2017

Jom Makan : Wood & Steel U3, Subang Perdana

Banyak sungguh cafe cafe ala ala hipster muncul di muka dunia sekarang ni.

Ada yang muncul dengan tarikan yang tersendiri. So kadang kadang bila nampak tu macam ada keinginan jugak nak singgah dan cuba.

Bangunan lot tempat cafe Wood & Steel terletak

Wood & Steel muncul sebagai sebuah cafe dan kedai perabut.

Tak percaya? Tengok gambar gambar ni dulu.....





Menarik kan setting ID dia? 

Baca ni !

Wood and Steel Design originally started as a custom-made furniture line built to fit the needs of modern day lifestyle. Where Ierfan Azriff, the Creative Designer creates various designs and styles at an affordable price that values with good quality materials such as 'Wood' and 'Steel' to cater for all homes, leisure nor commercial sites. After approximately half a year of being the sole founder, he & Adam, the younger brother, came across the idea to expand his range by combining the furniture line with coffee since Adam had the utmost passion, experience and it has always been a dream of his to run a cafe of his own.

Then, came along the idea to merge these two elements and combine a gallery/cafe where everything displayed in the shop is for sale: ranging from stool, coffee tables, to lightings allowing our customers to enjoy their freshly brewed coffee while casually having a feel of our furniture. Coffee itself has been a steadfast movement, a lifestyle and also a platform for people to socialize.

Wood & Steel Cafe / Gallery is a creative space that offers a wide array of food including delectable brunch, coffee and desserts to enjoy. However we opt to become a cultural cafe that not only focuses on coffee and furniture, but also art and music, encouraging customers to linger around intimate surroundings and friendly staffs.

So bila datang sini, expect datang kedai perabut tapi ala ala cafe so boleh order makanan dan kalau berkenan boleh bawak balik meka yang korang duduk dan tersuka tanpa sengaja tu !

Ya. Boleh beli...... 

Kami berkunjung untuk makan makan di sini. Tak pernah cuba sebelum ni walaupun dah nampak beberapa kali. Kali tu nak usha dan kunjungan kami agak selesa jugak la sebab orang tak ramai. Lagi mudah aku nak buat keje keje paparazzi.

Jadi.. layan gambar setting dalam cafe ni dulu.

Boleh duduk luar

Lepak lepak layan borak 

Atau duduk dalam

Setting dia agak interesting dan menarik

Dengan peralatan dan perabot dari kayu

Mahupun steel...

Jadi lah dia Wood & Steel !

Masuk duduk dan kami di layan ramah mesra oleh pekerja pekerja mereka. Kebanyakkannya muda mudi Melayu yang bekerja di sini.

Ambik seat dan di beri menu list.

Pilih !

Mains

Drinks, Coffee dan Desserts

Pilihan di tangan masing masing dan di tekak sendiri. Mostly banyak western food kat sini plus coffee dan desserts yang menjadi tarikan utama.

Dah tengok menu, sila la ke meja cashier untuk mengorder....

Order di sana. Bayar dan tunggu nanti makanan di hantar

Servis agak pantas jugak time tu sebab memang customer masih tak ramai. 

Tak lama menunggu, satu persatu hidangan yang kami minta datang dihidangkan di meja.

Ambik bau !!!

Anak bujang aku nak Mocha dengan Ice Cream.... Aku memang pantang kalau dia minum kopi, tapi kadang kadang kemahuan dia kena turuti, kalau tak muncung je bad mood.

Aku order Marley Cooler. Sedap gak ada perisa peach, green tea dan apple. Terasa nak nyanyi lagu Bob Marley je lepas minum air ni.

OR aku minum Lemon Lime dan Princess nak air masak jer. Bagus. Jaga body !

Now... makanan pun tiba.

Appetizer. Cauliflower Soup. Boleh tahan sedap. Princess lah ni nak soup

Calamari Rings.... Sedap ! Aku jamah sikit tapi Princess yang habiskan. Gigih kunyah sotong tapi memang Calamari Rings kat sini mantap !! Tak rugi order.

Princess punya jugak. Oglio Alio Seafood. Kata je nak, makan tak abis. Kenyang makan benda lain la tu. Aku jamah. Tak berapa sedap sangat.

Aku punya. Grilled Chicken apa benda ntah. Portion dia agak besar jugak. Kuah dia creamy gila. Memula rasa sedap, lama lama muak tahap nak muntah belahak atas meja sebelah. Boleh di cuba, tapi aku makan tak abis.

Anak bujang aku nak Carbonara. Dia bantai je semua benda. Semua pun sedap. Aku jamah skit, boleh lah. Tapi maybe boleh cuba Creamy Tempura Pasta, dengar kata memang mantap jugak.

Highlight of the day - Lamb Shank !

Of chos la yang mengembek ngembek ni bukan pilihan aku. Aku tak terasa nak jamah pun. Tapi OR aku cakap sedap. Lamb dia lembut memang menggetar tulang temulang bila makan.

Buktinya, dia makan abis benda alah ni minus all tumbuhan tumbuhan dan potato yang sekadar menjadi penghias pinggan jer.

Dan tutup majlis dengan Princess nak Cheese Cake.

Overall, food kat Wood & Stell ni kira mantap jugak la. Boleh tahan semuanya ada rasa. 

Service pun kira OK la sebab tak ramai orang time tu. Ambience pun menarik nak lepak lepak especially kalau kat luar.

Satu je yang aku rasa macam minus sikit kat sini adalah harga dia ! Harga dia agak high end lah.

Kos kami makan semua tu adalah RM 225.80.

Mahal gak kan? 

Dan harga lamb shank tu adalah RM 46. Meal lain between RM 20-30 sepinggan. Appetizer kira RM belas belas jugak. Air satu dalam RM 10. Dan cheese cake dia RM 14 sepotong tu !!!

Hmmmph. Tapi kira sedap dan tengok kedai boleh agak la mahal. So datang sekali, dan tak payah la datang lagi dah. Hiks.

Anyway, kalau sesapa nak mencuba, boleh mencuba. Mereka ada cawangan lain juga di TTDI dan Kota Damansara.

Skit gambar lagi.






Wood & Steel  
12, Jalan U3/5 (BK),
Seksyen U3, Subang Perdana,
40150 Shah Alam, Selangor.

Mon - Thu: 10:00am - 11:00pm
Fri: 3:00pm - 11:00pm
Sat - Sun: 10:00am - 12:00am

FB : Wood & Steel U3

18 comments:

  1. Waaahhhh.....sedap2 nya food uncle mkn....terliur seri tgk....tetiba rasa lapar sgt ni......

    ReplyDelete
    Replies
    1. WS ni ada outlet merata. buleh gi usha nanti bila dah gaji.

      Delete
  2. Aku suka mknn kt WS ni. Sedap! Creamy chicken tu fav sbb aku suka creamy sauce dia...kopi pun sedap sini. Nyum nyum

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap tapi mahal sgt lah... lain la kalau gi makan dpt free kerusi kayu satu.. gi 4 kali dah dapat 1 set.. kali ke 5 usahakan dpt meja pulak.

      Delete
  3. ini cafe tempat saya bergossipan dengan rakan sebaya ni bang meng. tapi tak pernah try langsung heavy food dia. lagi satu yang dekat U3 ni waiter and barista dia cute2 belaka. eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. muda mudi ramainya kan? tak sempat nak usha cute ke tak.

      tempat dia cozy. sesuai utk melepak. tapi kek macam mahal sgt.

      Delete
  4. Replies
    1. tak boleh tahan !

      sekali setahun buleh la dtg berkunjung. x pun bekal air sendiri. makan je kat sini

      Delete
  5. Rasa rasa macam dah baca dah pasal WS kat blog nih ... Dejavu lak ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. * tembak en ghaz dgn pistol air..

      itu hanya ilusi. my first time ke WS neh.

      Delete
  6. Kalu dtg sini selalu order mocha ais sambil bergossipan..hihi. Mocha ais nya mantap.Tapi rega makanan mmg hipster ler..#kesianwalletku huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga moga mereka kekal bersaing lama. byk lagi cafe cafe hipster ala ala dakwechat bakal muncul nanti.

      Delete
  7. Saya pernah makan kat cawangan Wangsa Maju. Member payung. Alhamdulillah. Bagi saya agak mahal jugak. Calamari tu mmg sedappp.... Pastu kek dia pun sedap juga... Setahun sekali kalau nak lepak cam org kaya boleh laa...

    Kalau ke Wangsa Maju cubalah singgah D'Timer Cafe... Masakan asli Johor dgn aneka kopi.... Sedappp!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. sekali sekala. or ada occasion tertentu buleh la terjah sini kalau selalu buleh pokai..

      wangsa maju tu macam di luar kawasan jajahan but maybe one day. insha allah. thanks

      Delete