Pages

Wednesday, January 4, 2017

Jom Audit : Rezeki Dia, Rezeki Kita......

Dah masuk tahun baru ni. 

Jom kita sama sama audit. 

Layan senja di Langkawi dulu....

Sedarlah .................

Rezeki dalam hidup kita adalah berlainan.

Ada orang.. Rezeki dia, dapat kahwin awal dan settle down
Ada orang.. Rezeki dia, ada wang yang tujuh keturunan pun tak akan habis
Ada orang.. Rezeki dia, ada anak2 yang baik, yang sedang hafaz Al Quran
Ada orang.. Rezeki dia, dapat solat di masjid setiap waktu
Ada orang.. Rezeki dia, cukup makan dan pakai setiap hari
Ada orang.. Rezeki dia, dapat travel sana-sini
Ada orang.. Rezeki dia, business maju dan bertambah maju
Ada orang.. Rezeki dia, dapat belajar sampai tahap yang tertinggi
Ada orang.. Rezeki dia, mudah belajar dan baca Al Quran
Ada orang.. Rezeki dia, ahli keluarga masih ada di sisi_
Ada orang.. Rezeki dia, ada rumah yang selesa di diami

Hakikatnya.

Allah menjadi kan kita semua, orang yang kaya dengan rezeki yang tersendiri. Cuma kadang kadang kita yang tak nampak & tak sedar sebab kita selalu nampak rezeki itu dalam bentuk wang & material_

Alhamdulillah.

Semua benda yang baik adalah rezeki dari Allah, Walaupun hanya dengan dapat baca satu ayat Al Quran dalam sehari sebab ada orang yang Allah tak bagi rezeki nak baca Al Quran walaupun sekali dalam hidup dia

Carilah Allah dalam mencari rezeki yang berkat. Utamakan kehendak Allah, InSha Allah rezeki sangat mudah sampai kepada kita dalam semua perkara.

Berlapang dadalah dalam mencari rezeki, Bersyukurlah dalam setiap rezeki yang kita perolehi

Rezeki kita. Masih hidup lagi hari ni & berkesempatan untuk bertaubat, Sebab ada orang yang hari ni sudah tidak bernafas lagi dan telah pergi berjumpa Allah tanpa sempat bertaubat.

Ingatlah, rezeki Allah itu luas dan rezeki itu bukan hanya datang daripada sumber kewangan sahaja tetapi melebihi dari sekadar itu.

Sentiasa ikhlaskan hati dalam melakukan sesuatu, syukur selalu !

Semoga tahun baru hadir membawa sinaran suci



Kasihku kau menjelma
Bersama keharuman cinta
Kau membawa harapan dialam sepiku
Ku terjaga dari mimpi yang duka

Kasihku beginikah suratan
Pertemuan ini
Kau sinari duniaku cahaya cintamu
Ku bahagia bila disampingmu

Hadirmu membawa
Sinaran cinta yang suci
Hilanglah keresahan dijiwaku
Bahagia oh kasih

Janjiku padamu
Pengorbanan kasih suci
Bersama kejujuran kan kubina
Milikku cintaku abadi

Kasihku kau menjelma
Bersama keharuman cinta
Kau membawa harapan dialam sepiku
Ku terjaga dari mimpi yang duka

Kasihku beginikah suratan
Pertemuan ini
Kau sinari duniaku cahaya cintamu
Ku bahagia bila disampingmu

p/s wordings aku copied from somewhere....

10 comments: