Pages

Tuesday, January 31, 2017

GBS Road Trip New Zealand - 19 | Day 07 : Queenstown - Part 1

Rasa seronok berada di Glenorchy dengan keindahan pemandangan di sana terpaksa kami lupakan kerana perjalanan seterusnya patut di teruskan.

Bergerak semula ke arah Queenstown, kami berkira kira petang tu kalau sempat nak singgah di Queenstown Botanical Garden atau Queenstown Gardens dan kalau ada masa kami akan naik Skyline Gondola ke puncak lookout point yang terkenal di bandar Queenstown ni.


The Remarkables


Suasana petang dengan senja yang bakal menjelang


Lake Wakatipu


Queenstown Garden di tengah tengah bandar Queenstown berdekatan di atas Lake Wakatipu.

Sewaktu kami memasuki pekan Queenstown kami terus ke Queenstwon Gardens. Hajat nak singgah situ sekejap tengok view dari tengah tengah Lake Wakatipu sebelum naik gondola di station Skyline Queenstown.

Melalui pekan Queenstown

Sampai di Queenstown Gardens.

The Queenstown Gardens, located next to the town of Queenstown, New Zealand is a botanical garden which contains a variety of exotic and native trees and plants as well as a large pond and a range of facilities. Some of the facilities in the Garden include Tennis, Lawn Bowls, Skate Boarding, BMX Biking, Skating, Disc Golf and Ice Skating/Ice Hockey  

There is a variety of trails in the garden with views of the surrounding mountains and of Lake Wakatipu and the Frankton Arm as well as Queenstown itself.

The most visible large tree species in the garden is that of the Douglas fir of which there are many large specimens. This tree also forms a protective forest that surrounds much of the gardens. There is also a Rose Garden just past the tennis court.

Plan kami memang nak singgah sekejap je kat sini.

Welcome to Queenstown Gardens

Masa sampai kat sini, aku dengan BW gerak dulu sebab IH sibuk nak siap siapkan gadjet dia. Macam biasalah, dia akan bawak kamera Canon dia. GoPro dan segala accessories yang ada untuk dia snappy snappy.

Hari dah petang so kami just jalan jalan je la ikut laluan di Queenstown Gardens ni. Usha usha apa yang menarik di sini.

Nampak bandar Queenstown di seberang

Ada ponds dan kawasan taman taman. Ada itik itik berenang riang.

Suasana di Queenstown Gardens petang tu tak de lah ramai orang. Ada la satu dua geng dok main frees bee. Ada yang berjogging. Tak lupa yang bersiar siar tanpa tujuan macam kami.

Masa aku jalan dah jauh dengan BW tu baru IH muncul. Lama jugak dia kat kereta tadi tu. Tapi tak kisah lah. Kami tunggu jer sambil usha usha sekeliling.

Sebab tak banyak bunga di sini, so macam tak de la menarik mana pun kawasan ni masa kunjungan kami ni.

Bunga Magnolia

Tak tau bunga apa

Roses

Tak tau la apa nama dia

Dan bunga bungaan

Pokok pokok

Sebenarnya misi kami adalah nak cari toilet nak terkencing. 

So ikut panduan yang ada dalam taman tu, maka masing masing pegi membeser. 

Impressed dengan toilet yang cukup noden ni

Lepas tu kami turun di tepi tasik dan santai santai lepak lepak di situ.

Suasana tepi Lake Wakatipu dengan The Remarkables di belakang

Suasana petang agak mendamaikan.

Masa lepak lepak kat sini, IH tetiba ada tanya.

"Eh. Aku bawak tak handphone aku?"

Masa tu dia tengah sibuk snappy dengan BW. Aku pun buat tak endah je lah knowing IH ni memang jenis cermat dan berhati hati. Kalau dia tak bawak tu mesti la tertinggal kat kereta sebab dia memang penuh tangan dengan banyak gadjet.

IH sendiri yakin yang dia maybe tertinggal kat kereta, so kami ambik masa jalan jalan lagi sebelum berpatah balik dan kembali ke tempat parking.

Sampai kat kereta IH dok cari handphone dia tak jumpa !

Sudah !

Abis dia geledah dalam beg apa semua tapi tak tau ada kat mana phone dia tu. Masa on the way balik dari Glenorchy tu, aku perasan dia masih pegang hp dia ambik gambar time berenti kat jalan tadi.

"Cemana?"

Aku tanya dia.

"Ke kat toilet tadi kot"

IH meneka.

"Jap la. Aku gi cari semula"

So IH berlari ke toilet tadi. BW dah bongkar satu kereta. Dalam beg apa semua tempat dia cari. Aku tunggu je la kat tepi kereta tu tak berbuat apa apa.

Tak sampai setengah jam lepas tu IH muncul semula.

"Ada tak?"

Dia geleng kepala.

Alamak ! Ni macam kes bahaya ni. Aku memang tau IH banyak ambik gambar dengan hp dia tu, kalau hilang memang masak ! Habis semua gambar gambar yang ada.

"So cemana?"

Aku tanya dan dia diam je.

"Jom kita masuk balik. Kita lalu tempat yang kita jalan tadi. Maybe tercicir ker"

IH setuju. Dan aku dengan IH masuk ke Queenstown Gardens semula dan mulakan misi mencari.

Segala tempat yang kami jalan tadi kami lalu sekali lagi.

Tapi macam hampa semua nya.

Dok cari cari mana polis taman ke guard ke apa nak tanya tapi macam tak de orang. Tempat nak bertanya pun tak der. Last sekali kami pusing satu laluan yang kami lalu tadi dan kembali ke kereta.

Hampa !

"Cemana?"

Tu soalan yang tak boleh di jawab oleh sesapa. Kalau aku jadi IH pun aku kecewa. Dan aku tau dia frust jugak la kalau hp dia hilang !

Fuh.

Kami lepak jap fikir dan akhirnya aku bagi dia cadangan sekali lagi.

"Kita masuk sekali lagi. Kita tanya kat tempat Tennis Court tadi tu, kot ada sesapa yang jumpa dan bagi kat situ?"

IH setuju.

Dan kami masuk kali ke 3. IH dah kira 4 kali pusing taman ni. 

Hari pun dah hampir mengundang suasana kegelapan

Tennis court yang ada di dalam Queenstown Gardens ni

So aku terus pegi ke pusat tennis tu tanya.

Malangnya tak de sesiapa pun boleh membantu. Pakcik kat situ kata, kalau orang jumpa pun, orang akan hantar kat polis kat town. Tapi aku fikir, kalau orang jumpa hp, kalau orang yang tak baik, tak mungkin dia akan pulangkan. Abis abis dia kebas je lah.

Dan sekali lagi kami pasrah selepas habis pusingan ke 3 di taman ni.

Hari pun dah gelap. Malam pun dah menjelang.

Aku pun buntu nak bagi suggestion lagi. Boleh je kalau nak ajak pusing taman tu lagi dan lagi tapi harapan macam dah tipis jer.

Nak tak nak, kami akur bila malam betul betul datang.

"Tak pe lah. Dah tak de rezeki !"

Tu kata kata IH menutup segala pencarian hp Samsung dia tu. Memang aku tau dia kecewa. Sebagai kawan aku pun bersedih. Kalau aku yang hilang phone mau meraung berguling guling tak leh terima, tapi knowing IH... dia cepat redha walaupun di hatinya terguris luka.

Queesntown meninggalkan pengalaman perit buat IH. Dan dia kehilangan hp dia di sini.

Sehari sebelum birthday dia yang jatuh pada hari esoknya !



Closed off from love
I didn't need the pain
Once or twice was enough
And it was all in vain
Time starts to pass
Before you know it you're frozen

But something happened
For the very first time with you
My heart melted to the ground
Found something true
And everyone's looking round
Thinking I'm going crazy

But I don't care what they say
I'm in love with you
They try to pull me away
But they don't know the truth
My heart's crippled by the vein
That I keep on closing
You cut me open and I

Keep bleeding
Keep, keep bleeding love
I keep bleeding
I keep, keep bleeding love
Keep bleeding
Keep, keep bleeding love
You cut me open

Trying hard not to hear
But they talk so loud
Their piercing sounds fill my ears
Try to fill me with doubt
Yet I know that their goal
Is to keep me from falling

But nothing's greater than the rush that comes with your embrace
And in this world of loneliness
I see your face
Yet everyone around me
Thinks that I'm going crazy, maybe, maybe

But I don't care what they say
I'm in love with you
They try to pull me away
But they don't know the truth
My heart's crippled by the vein
That I keep on closing
You cut me open and I

Keep bleeding
Keep, keep bleeding love
I keep bleeding
I keep, keep bleeding love
Keep bleeding
Keep, keep bleeding love
You cut me open

And it's draining all of me
Oh they find it hard to believe
I'll be wearing these scars
For everyone to see

I don't care what they say
I'm in love with you
They try to pull me away
But they don't know the truth
My heart's crippled by the vein
That I keep on closing
You cut me open and I

Tak de apa lagi yang boleh di lakukan.

Masing masing diam tak mahu bersuara. Takut salah bicara dalam keadaan macam ni bakal menguris hati hati yang ada.

Dari kawasan Queenstown Gardens kami ke pusat bandar Queenstown semula. Jaraknya tak de la jauh mana dan kebetulan kami dapat parking tengah tengah bandar. Park je la situ.

Masa tu misi nak naik gondola Skyline Queenstown dah pasti sah berkubur ! 

Kami tak de banyak masa lain nak ke sana. Esok pun kami ada aktiviti lain. Jadi malam ni, kami teruskan dulu dengan acara shopping di Queenstown Mall. 

Queenstown Mall

Area ni banyak kedai kedai luxury, pusat informasi dan kiosk kisok aktiviti.

Tempat tempat makan dan melepak lepak

Dan restaurant restaurant high class dan jugak yang biasa biasa

Tapi tujuan kami adalah ke kedai cenderamata yang terletak di tengah tengah kawasan Queenstown Mall ni

Ni lah kedai yang menjadi tarikan untuk pelancong especially dari Malaysia untuk datang membeli souevnirs di Queenstown dan NZ ni.

Memang ada banyak pilihan cenderamata di sini.

Baju, FM, barangan asli NZ dan macam macam lagi boleh diperolehi.

Harga tu tak pasti lah tapi bagi aku macam mahal jugak la. Tapi since orang cakap sini murah, so maybe lah murah dari tempat tempat lain. ( lebih murah dari airport for sure). FM pun bagi aku agak mahal. Tapi nak tak nak kena gak la beli.

Baju baju pun banyak. T shirt dan sweater, ikut kemahuan lah. Memang sini ramai orang Malaysia dan Indonesia datang. Boleh dengar cara dia orang bersembang. Semua macam seronok shopping di sini.

Baju All Blacks NZ pun ada tapi ya ampun mahal sungguh ! Tak jadi aku nak beli.


Lama jugak kami spent masa dalam ni. Nak beli itu nak beli ini. Kejap ambik, masuk bakul pastu letak balik.

Yang paling banyak membeli IH lah. Maybe rusuhan perasaan sebab hilang handphone kot. Hiks.

IH dengan BW yang lama memilih. Aku tunggu dia orang sempat 2 kali keluar masuk kedai gi hisap rokok kat luar.

Sudahnya ini lah hasil rampokan !

IH mengungguli carta shopping dan dia abis RM 600 lebih. Aku di tangga ke dua dengan RM 500 plus dan BW mengekori dengan jumlah RM 300 plus.

Abis shopping, tiba lah masa untuk mengisi perut ! 

Masa shopping tak ingat lapar. Dah abis tu masing masing kelaparan. 

Time dia orang dok shopping, aku sempat riki riki cari maklumat di mana tempat makan halal yang terdekat. Dengar cerita ada Nando's halal di Queesntsown ni tapi lepas riki riki macam tak jumpa lokasi. Kalau ada pun maybe jauh dari pekan ni.

Sudahnya cari cari dan aku shortlisted few restaurants. Memang nak ajak dia orang makan sedap malam ni sebab nak meraikan birthday IH.

So let's cari kat mana nak celebrate !

Kat sebelah kedai souvenir di Queenstown Mall tu ada kiosk Kebab. Boleh take away di sini.

So kami jalan kaki dari area Queenstown Mall tu mencari restoran.

Jumpa statue ni. Tapi tak leh lepak lama lama sebab sejuk gila !

Syok gak dapat makan lepak lepak kat luar tapi cuaca sejuk gila membataskan semuanya

Pusing pusing ikut waze

Akhirnya kami jumpa ! Tandoori Palace. Indian Cuisine

Masuk dan duduk. Ni setting dalam kedai

Buku menu

Order ikut tekak masing masing

Kami makan besar malam tu. Ada nasi. Nan. Kari ayam. Kari daging dan macam macam lagi.

Makanan sedap !!!

Memang mengenyangkan !!!

Lupa lah harga makanan tapi memang kami makan besar bagi meraikan birthday IH ni. Puas hati sampai tersadai kami di buatnya.

Ada banyak kedai Indian dan mostly Halal di area Queenstown ni.

Lepas makan then kami gerak jalan kaki balik ke kereta. Agak jauh jugak la berjalan tapi malam malam OK jer cuma cuaca sejuk gila gila.



Dan kami cari kedai SkyDive NZone yang mana kami akan datang awal pagi esok untuk aktiviti yang telah kami rancangkan di Queenstown ni. 

Skydiving !!!

nZone Skydive Queenstown.

Masing masing dah teruja untuk terjun esok hari.

Memang kami plan nak buat skydiving di Queesntown ni esok. Segala plan dan tempahan dah pun di buat seawal kami di Malaysia lagi. IH lebih excited sebab dia bakal buat skydiving di hari jadi dia. Memang dia pilih tarikh esok untuk merealisasi impian dia.

Aku pun sama teruja. Tak kisah la bukan di hari jadi, tapi ni salah satu impian yang aku sendiri nak buat untuk mencabar diri sendiri.

Esok segalanya akan membukti satu pengalaman baru dalam hidup masing masing di sesi lawatan ke NZ ni.

Dah kenyang dan sampai ke kereta, kami terus bergerak ke penginapan malam tu. Kami menginap di Queenstown Holiday Park & Motels Creeksyde. Lokasinya tak jauh dari town. Tak sampai 10 KM. Tapi nak sampai ke sana berpusing pusing jadinya.

Lagi haru bila kami sampai tempat ni dah tutup. Cuma dia tinggalkan kunci dan panduan ke arah bilik.

Malangnya tempat ni macam maze. Nak cari bilik, nak cari parking tak terjumpa. Berpusing pusing kami dalam tempat ni. Dah lah gelap dan susah nak nampak.

Dekat 30 minit jugak la terperangkap dan tak jumpa bilik. Dah lama baru jumpa rupanya bilik kami kena masuk ikut entrance lain. Directions dia bagi macam hampeh !

Tapi bilik besar dan selesa. Cuma toilet jauh nak kena menapak. ( tapi sebenarnya toilet tu ada dekat belakang bilik kami je ).. Memang direction ntah hapa hapa boleh buat naik darah jer...

Malam tu masing masing teruja menanti hari esok. Tapi keletihan mengatasi segalanya. Agak jauh perjalanan hari ni dan macam macam terjadi.

Tapi sebelum tidur, kami sempat celebrate birthday IH sekali lagi. Kebetulan masa jalan jalan kat Queenstown tadi aku jumpa kedai kek dan sorok sorok beli tanpa pengetahuan dia. Dan nasib baik jugak ada lilin.

Birthday boy tiup lilin.

Semoga panjang umur dan di murahkan rezeki untuk IH. Hari ni mencipta kenangan tersendiri di Queenstown ni bila IH hilang hp dia. Tapi maybe itu penanda untuk dia beli hp baru.

Esok pastinya menjadi hari lebih bermakna buat dia sebab dia nak skydiving di hari ulangtahun dia.

Semoga semuanya dipermudahkan ! Kami yang lain turun sama teruja.

"Dah tiup ni, potong lah kek"

Kek siap di potong.

"So sapa nak makan?"
"Tak nak lah. Dah gosok gigi !"

Semua dah gosok gigi. Kang makan kang, nak kena gi toilet, sejuk sejuk kat luar tu... fuh. tak sanggup !

bersambung........................

16 comments:

  1. Replies
    1. puok puok hok mari awal dinung.... ada entry next aku tulih nama dia

      Delete
  2. alahai sian IH. Takde rezeki la tu :(
    Anyway, happy birthday IH!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alah dia dah beli hp baru dah pun. dah hebat bergaya

      Delete
  3. Happy birthday IH..hp hilang maybe sbb nk dpt hadiah hp baru tue..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. masa dah time... hp dia tu pun agak zaman neolitik lagik

      Delete
  4. Hp hilang tak jadi hal, boleh beli lagi...yg penting ada kawan yg boleh bikin hati riang...kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.... nasib kawan perangai cam badut.... boleh la terkinja kinja menghiburkan masyarakat sejagat

      Delete
  5. Turkish kebab tu boleh makan kat dalam yg ada foodcourt. Kebab dia sedap.

    Pastu ada Patagonia Chocolate Cafe kat depan lake wakatipu tu. Sedap gila hot chocolate dia dan churros dip with dark chocolate. Next time gi nanti try la..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi nak try sampai jauh ke sana.... jauh sgt tu...

      aku try yang dekat dekat je lah. mana kau rekomen?

      Delete
  6. sedihnya hilang tepon kat negara orang plak tu... sob sob sob

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. maybe kalau dia roaming buleh dpt balik kot tapi IH tak roaming so nak call pun tak buleh.

      Delete
  7. HP hilanggg...sebak pulak rase. abam meng umo IH baru masuk 30 ke? lilin ade 3. hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat cemana. tak de rezeki la tu...

      ya.. IH muda setahun dari abam ni...

      Delete