Pages

Friday, December 30, 2016

Recap 2016 - Jelajah Bumi Tuhan

2016 akan melabuhkan tirainya tak lama lagi.

Saja nak imbas tempat tempat yang sempat aku jejak dan lawati. Ada tempat baru, ada lawatan sekali lagi, ada pergi atas urusan peribadi, ada jugak atas tuntutan kerja, semuanya memberi pengalaman dan kepuasan tersendiri.

2016 - Sederap kaki melangkah................

Jom usha lagi, destinasi destinasi gi mari gi mari, situ sana dan sini......................

* tarik nafas, masukkan ruh

01 - JANUARY

2016 bermula dengan lawatan ke Melaka.

Cuti cuti dan berbekalkan misi tersendiri

Melaka yang pastinya tak jemu jemu di kunjungi.

Selain Melaka, Penang juga turut menjadi destinasi awal tahun 2016

Berkunjung atas sebab musabab berurusan di sana. Tak lama tapi puas melepas rindu pada Pulau Mutiara.

Tak lupa cuti cuti santai di kota Kuala Lumpur

Mencari kedamaian sekeluarga di celah celah hiruk pikuk kotaraya

02 - FEBRUARY

Tanjung Harapan. Destinasi santai petang.

03 - MAC

Bulan Mac. Trip singkat ke negara seberang

Kota Palembang, menyingkap 1001 kenangan. Destinasi baru yang kini termaktub telah di jejaki

Mengintai gerhana sang mentari

Bulan yang sama, trip santai keluarga ke Ipoh Perak

Menyelinap di sebalik sejarah dan pembangunan kota bijih timah yang utama

04 - APRIL

Dan bila april menjelma............

April di Blue Wave Shah Alam

Tak lupa short trip urusan kerja di negeri Darul Iman

Ibarat sirih pulang ke gagang

Sambil menyelam minum air............

05 - MAY

Dan datangnya May 2016. Kenangan dan pengalaman yang akan tetap terpahat di hati dan sanubari.

Ziarah dan umrah mencari keredhaan Sang Pencipta

Pengalaman yang tidak ternilai harganya

Destinasi yang tak tergambar ketenangan dan kedamaian di sana.

06 - JUN

Jun menjelang dengan trip trip santai keluarga

StayCation sekitar ibu kota

Dan di bulan Jun. Ramadan sekali lagi tiba.

07 - JULY

Dan bulan Julai, bulan meraikan hari kemenangan.

Dan kunjungan kunjungan singkat serata kawasan jajahan

Bersiar siar sambil menikmati pengalaman dengan 1001 kenangan

08 - OGOS

Dan Ogos datang menyinarkan harapan

Menambah kekuatan diri dan merebut segala peluang yang diberikan  

Berselang seli dengan keriangan dan keseronokan

August, teguh menyusuri hari hari lain yang bakal mendatang

09 - SEPTEMBER

Awal september, langkah semakin jauh dihayunkan..................

Satu lagi nikmat dipermudahkan

Melihat sendiri kekuasaan Tuhan sekelian alam

Mencabar diri yang penuh dengan sifat lemah dan ketakutan

September tidak berakhir di situ saja

Kalau setiap kali ditinggalkan pasti tidak di lupakan.

10 - OKTOBER

Bukan satu tragedi, tapi sudah ketentuan.

Dari kutub selatan ke kutub utara demi tanggungjawab dan pelbagai urusan

Kota seni penuh sejarah sekali lagi jejak kaki melangkah

Sambil melihat perubahanan yang berlaku di lain lain kawasan

Namun kunjungan kali ini tidak begitu mempesonakan

Tapi penjelajahan tidak hanya berakhir di kota besar itu

Jauh lagi ke utara, di situ tempat aku tuju.

Dan peluang yang ada tidak di sia siakan.

Di Istanbul, satu lagi impian tercapai dan misi dilaksanakan.

11 - NOVEMBER

November datang..................

Dengan kesibukan dan urusan urusan semasa yang perlu di selesaikan.  

12 - DISEMBER

Dan.............. Disember sebagai pengakhiran.....

Yang pastinya bakal ditinggalkan dengan sejarah dan kenangan. Untuk setahun lagi penambahan. Usia dan pengalaman. Yang mana memungkinkan, jejak kaki ini akan melangkah lebih jauh dan jauh lagi.

Mencari destinasi.............................

....................... mencari kepuasan diri....

2016 ................

Berjuta langkah telah di atur. Beribu jarak telah di tempuhi. Moga sejauh mana pun aku pergi, aku akan kembali pulang. Pada fitrah dan kesucian insan. Walaupun tahun lepas tak banyak travel sangat tapi aku puas hati jugak la dapat jejak tempat tempat baru.

Cuma satu yang agak menjadikan aku sedikit terkilan untuk tahun 2016 ni. Tahun 2016, aku kena saman sebab speeding 2 kali. AES pun 2 kali dan terkantoi memandu di lorong kecemasan sekali ! Ni tengah ready nak naik court ni.

* menangis hiba belakang palang besi

Kalau kena jail korang datang lawat aku bawak coconut shake okeh !

Apa apa pun, sebagai manusia yang menumpang nikmat dan kesejahteraan-Mu Ya Allah.

Bukakanlah jalan dan segala kelapangan :

.... untuk aku melangkah lebih jauh lagi
.......untuk melihat kekuasaan dan kehebatan Mu, di langit dan di bumi dan keseluruhan alam ini
.........untuk menginsafi dan mensyukuri atas apa segalanya yang Engkau beri.

Dengan rahmat untuk setiap makhluk ciptaanNya nikmati !

Alhamdulillah. Amin ! Syukur selalu...............



Mata terpejam
untuk ku tahan
tangis ku linang
berpanjangan
makin ku lawan
makin ku ronta
tangis ku luruh bercucuran

Berkilau cahaya
di ufuk pandangan
masih ku nampakkan
wajahmu..
yang terindu - rindukan

Baru kusedar kenapa tercipta kesepian
kenapa hidup harus berpasangan
kerana tuhan mahu menyatakan cintanya kepada kita insan

Makin ku lawan, makin ku sedih
tangis ku tangis
berlarutan

Sandaran asmara
hanyalah harapan
esokku dambakan
disisimu.. tak lagi ku akan...

Baru kusedar kenapa tercipta kesepian
kenapa hidup harus berpasangan
kerana tuhan mahu menyatakan cintanya kepada kita insan

Syukur ku sedar sebelum bercerai nyawa badan
sempatlah diri buat perhitungan
janganlah pulang dengan kekesalan
cintanya...
tak pernah ku agungkan....

Makin ku pejam
makin ku sedih
tangis ku tangis
berlarutan

Sandaran asmara
hanyalah harapan
esokku dambakan
disisimu tak lagi ku akan

Baru kusedar kenapa tercipta kesepian
kenapa hidup harus berpasangan
kerana tuhan mahu menyatakan cintanya kepada kita insan

Syukur ku sedar sebelum bercerai nyawa badan
sempatlah diri buat perhitungan
janganlah pulang dengan kekesalan
cintanya...
tak pernah ku agungkan....

16 comments:

  1. Syabas, semoga terus terbang & berkongsi pengetahuan...
    Tak mboh wat entry pasal saman tu ke boh?.... Heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahah... tgh fikir... menarik gak pelangalaman tu.. nanti la.. ada masa skit kena mengarang dgn emosi sendu penuh di jiwa.. sebab citer dia mcm sedih sedih pilu di dalam hati ku.

      Delete
  2. Dasyat..pengakhiran penuh dgn madah pujangga hehe. Apapun selamat tahun baru 2017. Semoga kita melangkah lebih jauh lagi pada tahun mendatang. InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. asal aku nak menaip je.. mesti nak pegi ke arah situ situ gak.. nak syahdu2 lelebih.. maybe sebab akhir tahun.. insap skit

      Delete
  3. Selamat menyambut tahun baru 2017 Meng.. teruskan penjelajahan di bumi Allah ni, agar dapat dikongsi bersama dgn picture2 yang menawan..

    ReplyDelete
  4. Macam baca puisi lak entry ni..yg pasti tanah suci itu pasti dirindui..huhu. Selamat tahun baru Meng!😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya nak tulis macam lain tapi jadi macam lain.... ahaks.. mood berlari2

      Delete
  5. tahniah meng. hehe. setahun yg sentiasa ada cerita nya yg tersendiri.

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. tq nohas. terima kasih kerana selalu baca dan komen

      Delete
  7. selamat tahun baru 2017 meng.
    semoga yang baik-baik mengiringi kita.
    amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau emosi ke ni ustajah? sedih??

      jgn sedih2 naa.... tahun 2017 kita jalan lagi jauh jauh.

      semoga yang baik baik juga datang pd kita. amin

      Delete