Pages

Friday, December 16, 2016

Jom Singgah : Masjid Saidina Umar Al - Khattab, Bukit Damansara

Salam Jumaat !

Untuk edisi singgah masjid kali ni, kita ke  Masjid Saidina Umar Al - Khatab, Bukit Damansara yang terletak di Damansara Height.


Bangunan Masjid Saidina Umar Al - Khattab (MASUAK)

Masjid ini telah di buka secara rasminya pada 22 March 1984 oleh Yang di-Pertuan Agong ke 7, Sultan Ahmad Shah Pahang.

Nama masjid ini di beri bersempena dengan nama Khalifah Al Rasyidin Saidina Umar Al Khattab, 

Tak banyak info berkenaan masjid ini, so kita usha gambar je lah.


Pintu masuk


Bangunan masjid yang tersergam di atas bukit

Seingat aku dulu dulu selalu jugak aku Solat Jumaat kat sini. Kalau time hari Jumaat, ada orang jual cendol dan macam macam lagi. Jadi port makan yang menarik.

Tapi kalau hari Jumaat parking memang sakit sikit. Kalau hari biasa, kawasan perkarangan masjid memang banyak kosong untuk kemudahan jemaah.

Parking

Masjid Saidina Umar Al Khattab

Kemudahan dan arah tuju dalam kawasan masjid

Ke bangunan utama

Bangunan masjid ini dibina 2 tingkat. Di bahagian bawah ada kemudahan tempat wuduk. Bilik mesyuarat dan lain lain lagi.

Walaupun kerap datang ke masjid ni, tapi aku jarang masuk ke dalam. Selalu solat pun dapat hujung hujung simen je. Biasalah, datang pun lambat !

Melengah lengahkan waktu. Not good !

Jom usha bahagian bawah masjid ni.

Ada taman taman sikit di bahagian atas. Level yang sama dengan dewan solat utama

Di bahagian bawah ada tempat wuduk, tandas dan juga ruang untuk solat

Bahagian bawah

Ini tingkat atas dan dewan solat utama

Ada ruang solat di bahagian luar daripada dewan solat utama

Karpet

Pintu masuk ke dewan solat utama

Dewan solat utama

Ciri utama masjid ini adalah tidak mempunyai kubah bulah seperti lazimnya masjid masjid yang lain. Ruang bumbung dengan lantai juga agak rendah dan menjadikan kawasannya agak malap dan gelap.

Walau bagaimanapun, pencahayaan dari tingkap yang berkaca dan berwarna warni dapat mengindahkan lagi seri dalaman masjid ini.

Dewan solat

Sisi lain dalam dewan solat utama

Karpet dalam dewan solat utama

Mihrab

Walaupun masjid ini tidak mempunyai kubah besar dan bulat, tetapi di ruang tengah bahagian bumbung di tengah tengah dewan solat utama ada seninya yang tersendiri. 

Dengan rekabentuk bumbung yang lebih tinggi turut sama di paparkan kalimah suci Al Quran dan nama Allah dan Nabi Muhammad SAW di setiap penjuru bahagian atas.

Bumbung di dewan solat utama

Lampu chandelier

Titik tengah bumbung dengan tulisan kaligraphy ayat ayat suci dan nama Allah

Chandelier

Senibina dalaman di bahagian bumbung

Mimbar masjid

Ukiran dan motif di dinding sekeliling dewan solat utama

Aktiviti aktiviti harian di Masjid Saidina Umar Al Khattab ini

Ruang hadapan masjid

Pemandangan dari arah masjid ke arah Pusat Bandar Damansara

Masjid Saidina Umar Al-Khattab
Jalan Setia Budi
Bukit Damansara
50490 Kuala Lumpur

Website MSUA
FB untuk aktiviti semasa :  MSUA Bukit Damansara

Sila singgah !

5 comments:

  1. ok gak ek Masjid yang ada update aktiviti di FB... nice sharing

    ReplyDelete
  2. Penah dtg zaman student dolu2 utk bukak pose... Hehe

    ReplyDelete