Pages

Tuesday, December 6, 2016

Jom Makan : Restoran Enak, Ara Damansara

Pusing pusing cari makan di tengahari.

Tak tau mana nak tuju. Kami ke Restoran Enak di Ara Damansara.

Nama Enak... tapi.. Enak ke?

By the way, ini Restoran Enak. Bukan Enak KL restoran yang dekat Star Hills tu. Ini marhain taraf rendah sikit tapi boleh lah di cuba untuk memastikan enak ke tidak rasa makannya.

Terletak dekat dengan Pacific Place. Parking agak payah jugak la. Tengok nasib. Pusing pusing keliling kalau ada, jumpa lah.

Dah parking, boleh menuju masuk untuk mengiri perut.

Tapi.. Sebelum tu usha dulu dalam resto nya !

Dalam resto

Luar resto

Hiasan dinding. Banyak gambar ikan dan aktiviti memancing. Mesti tuan dia suka memancing. Yawn !!

So Restoran Enak ni jual apa?

Nak tau?

Usha menu.............

Buku menu

Sarapan pagi

Makanan Goreng goreng

Minuman

Rasanya kalau tengahari ada nasi campur. Tapi kalau datang lambat memang mendapat la. Lauk tak tunggu pelanggan. Kalau lambat lauk habis so makan la benda lain !

Ada juga hidangan istimewa sepanjang hari seperti mee jawa, mee kari dan segala macam jenis mee di sini !

So kami usha dan order makanan yang ada.

Air sampai dulu............ banyak pilihan

Nasi Campur....ala ala kampung je lauk dia. Tapi banyak dah abis time kami sampai

Bubur jagung. Princess la ni konon nak. Makan satu dua suap je. Aku yang makan. Sedap juga !

Nasi Ayam ada juga. So so je lah

Cucur udang. Masa memula sampai panas berapi ! Hampir cedera lidah. Bila dah sejuk sikit nak makan, jadi keras macam batu ler pulak. So agak kecewa di situ.

Ada satu masalah kat sini.

Tak pasti apa masalah dia tapi bila order goreng gorengan tu, sampainya... waduh waduh..... kot kelewatan !

Order Nasi Goreng USA

Agaknya dia pegi USA dulu kot. Jauh tu yang lama sangat nak sampai. Sampai hidangan lain dah abis. So tuan empunya pun dah tarik muka merajuk makanan tak sampai.

Tapi rasa agak OK. Cuma kalau orang tak ramai tapi terpaksa menanti macam seribu zaman.

Huh !

Buleh bikin amok !

Anyway based on rasa makanan, macam OK. Kedai pun OK. Bersih dan kemas. Menu pun agak banyak juga dan harga pun masih boleh lantak lagi !

Susah nak cari kedai Masakan Melayu untuk keluarga ni kan. Kalau ada pun... either mahal gila sebab macam glamer atau wujud tapi selalu tak buka !

Di sini, sesuai dengan nama nya.... Tak de la So......... Enak tapi Enak jugak lah.............. !

Restoran Enak  
1673, Jalan PJU 1a/4a,
Pacific Place, Ara Damansara
47310 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia

Rest Enak

Selamat berkunjung Nak !

4 comments: