Pages

Friday, November 25, 2016

Jom Singgah : Masjid Bandar Diraja Klang

Jom singgah masjid !

Kali ni kita ke Masjid Bandar Diraja Klang yang terletak di tengah tengah bandar dan di tebing Sungai Klang.

Pandangan Masjid Bandar Diraja Klang 

Aku singgah di sini untuk solat Isyak. Sebab agak dah lewat ingatkan mula dah tutup tapi usha usha bukak lagi, so boleh lah singgah dan tumpang solat di sini.

First time datang sini. Agak terkesima dengan bangunan masjid yang tersergam dan kelihatan dari pelbagai sudut kawasan bandar DiRaja Klang dan kini menjadi salah satu mercu tanda baru di bandar ini.

Siap dibina pada 21 Ogos 2009

Dengan nama asalnya Masjid Klang Utara, masjid yang berkeluasan 0.72 hektar dan dibina dengan kos keseluruhan sebanyak RM24.3 juta ini boleh menampung 1,500 jemaah pada satu-satu masa.

Masjid ini pernah mengalami pelbagai masalah teknikal sepanjang pembinaannya, namun akhirnya dirasmikan dan diberi nama baru (Masjid Bandar Diraja Klang) oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersempena keputeraan baginda yang ke-64.

Mula dibina pada 30 Ogos 2003 bagi mengatasi masalah limpahan jemaah di Masjid India dan Masjid Sultan Sulaiman, Klang.

Pembinaan masjid itu juga selaras dengan pembangunan pesat yang sedang dan akan dilaksanakan di bandar Klang di samping memberikan kemudahan tempat beribadat yang lebih selesa kepada masyarakat Islam yang berurusan dan juga bekerja di Klang.

Pembinaan masjid ini adalah berkonsepkan masjid terapung bersesuaian dengan kedudukannya yang terletak di tebing Sungai Klang.

Bagaimanapun di atas sebab teknikal air sungai Klang tidak dapat disalirkan di sekeliling kompleks masjid ini, sebaliknya kitaran air bersih terpaksa digunakan secara mekanikal untuk menimbulkan impak apungan kepada kompleks masjid ini

Kawasan parking

Daripada segi kemudahannya, kata beliau, masjid ini mempunyai dewan solat utama dan dilengkapi kemudahan bilik pejabat, bilik-bilik kuliah, ruangan solat luar yang boleh menampung 1,300 orang, bilik pengurusan jenazah dan ruang penyediaan makanan.

Usha kawasan dalam bangunan Masjid Bandar Diraja Klang ini.

Pintu masuk utama

Kaunter pertanyaan

Pintu masuk

Plak perasmian

Sejarah masjid

Tingkap kaca

Laluan masuk ke ruang solat utama

Dewan solat utama

Ruang mihrab berserta mimbar masjid

Bahagian atas mimbar di hadapan ruang solat hadapan mengarah ke kiblat dengan rekabentuk serta sedikit kelainan jika di bandingkan dengan masjid-masjid moden yang lain. 

Struktur kubah masjid yang tersergam dengan rekabentuk dan details tersendiri

Bahagian belakang dengan rekabentuk ruang dalaman dengan warna putih dengan ukiran seni yang nampak timbul pada permukaan dinding dan tiang.

Juga ukiran dinding dengan jalinan yang menarik.

Ukiran timbul pada tiang tiang dan binaan dengan jalinan seni yang menarik dalam penghasilan senireka binaan dan hiasan dalaman

Karpet di ruang solat utama dengan warna lembut dan corak corak berulang

Walaupun masjid ini nampak agak limited dari segi ruangnya namun hiasan dalaman dan senireka bangunan memang betul betul di beri perhatian dan mampu menjadi tarikan jemaah ke masjid ini.

Walaupun dalaman masjid ini nampak sempit tapi binaannya cukup unik dan mampu memberi impak gema ke egenap ruang. Sekali pandang macam sebuah 'opera house' dan sudah tentu lah kelebihan sebagai tempat solat dan ibadah.

Usha lagi beberapa kemudahan di masjid utama di daerah Klang ini. 

Laluan ke bilik bilik untuk akhitiviti di masjid ini

Walaupun tapak tanah yang diperuntukkan untuk tapak masjid ini agak terhad namun kemudahan untuk jemaah dan aktiviti ibadah dapat dibina untuk keperluan ahli ahli dan jemaah di sini. 

Namun masih ada kemudahan seperti rumah imam, bilal dan siak tidak dapat disediakan.

Taman permainan untuk kanak kanak

Kemudahan

Tempat wuduk

Tandas

Pembinaan masjid itu juga selaras dengan pembangunan pesat yang dilaksanakan di bandar Klang di samping memberikan kemudahan tempat beribadat yang lebih selesa kepada masyarakat Islam setempat. Tapak masjid ini juga amat strategik kerana terletak di tengah pusat bandar.

Kawasan sekitar masjid juga kini dibangunkan secara komprehensif termasuk kawasan Pasar Jawa yang sedia ada.

Kawasan komersil dan ruang perniagaan juga tersedia untuk para peniaga Islam di sekeliling kawasan masjid ini.

Pusat perniagaan Court Mamooth dan Pasar berhadapan masjid 

Masjid Bandar Diraja Klang  

Jom singgah !

Masjid Bandar Diraja Klang Utara  
Jalan Pasar,
41300 Klang,
Selangor,
Malaysia



Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud .....

" Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus."

6 comments:

  1. oo..masjid di tepi sungai, pernah singgah Pasar Jawa, beli kerepek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah tepi sungai tapi tak jumpa cari port menarik nak shot dari arah sungai

      Delete
  2. Kursus haji kt sini ritu..tapi takdak pon nak menghayati interior masjid ni..mekasih meng sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti masa tu x sabar nak gi tanah suci kan... dah tak fikir yang lain.

      Delete