Pages

Thursday, November 10, 2016

Jom Makan : Restoran Waneeda Tomyam, Kota Damansara

Tekak terasa nak makan tomyam !

Kerah anggota bersiap siaga untuk aktiviti melantak di luar.

Lepas maghrib kami bergegas ke medan pertempuran.

Lokasi pertempuran?

Kota Damansara !

Medan petempuran?

Restoran Waneeda Tomyam !

Pernah nampak tapi tak pernah usha. Sebelum ni lalu je tengok ramai orang, agak agak macam menarik jugak la kot. So singgah sini untuk makan malam !

Waneeda Tomyam. Adik beradik dengan Vichuda Tomyam kot.

Parking kereta malam malam macam OK jugak kat area ni. Tapi bawah pokok banyak burung. Bersedia untuk kereta di berak-ki. 

Tapi agak malang hari tu, time kami makan ada persembahan Opera Cina ke apa berdekatan. Tadah je la telinga dengar persembahan dia orang !

Boleh duduk di dalam

Atau kat luar je

Ada time time orang memang ramai.

Bertabah lah kalau tak dapat seat. Tunggu je la tak lama sebab orang cepat makan dan cepat blah.

Belek buku menu

Tak sempat nak snappy. Cepat sangat orang tu ambik order. Plus dia berdiri kat sebelah meja aku jadi kaget dan tak boleh bersnappy. Segan lah kalau orang pandang !

Tapi mostly makanan di sini adalah tomyam dan seafood. Banyak pilihan dan pilih la ikut selera masing masing.

Dah order. Tunggu.

Service memang tak lama. Hidangan muncul satu persatu.

Ayuh ambik bau ..................... !

Minuman tiba dulu. Aneka minuman tersedia. Ikut je.

Sotong telur masin. Sedap !

Udang goreng butter

Daging masak merah

Ikan kembung 3 rasa

Pucuk paku

Hidangan makan malam. But wait !

Ada lagi ! Ketam masak lemak cili padi

Cukup semuanya boleh bedal !

Makan ikut kehendak dan selera. Ahli anggota time ni ramai sikit tu yang order banyak. Lagipun masing masing ada preference masing masing. Ada yang nak makan ikan tapi tak makan sotong. Ada yang makan ketam tapi tak makan ikan. So setiap lauk ada yang suka dan ada yang tak rasa pun.

Tak pe.. Rezeki yang ada. Makan je lah. Abis semua hidangan. Alhamdulillah.

Overall, food dia agak OK. Sedap lah. Cuma memula aku ingat ketam tu ada kuah lemak cili padi tapi rupanya dia masak kering. Sotong telur masin tu sedap gak. Udang butter pun OK.

Kiranya OK lah kalau mencari makanan tomyam dan masakan seafood di area Kota Damansara ni.

Dah abis makan, siap sedia untuk cuci mulut.

Pulut mangga untuk yang berkenaan. Aku makan mangga je. Tak minat sangat pulut.

Water Chesnut dan nangka. Not bad lah

Tengok la Datin Princess. Dia makan nangka jer...

Sudahnya aku abiskan semua. Air Kelapa gelas besar untuk aku juga !

Suka hati dapat cotton candy

Harga makan semuanya adalah RM 146. Bagi aku kira OK lah considering ketam nipah tu mahal. Sekor je dekat RM 30 dah. Udang pun besar besar saiz nya. Lauk lauk lain tu kiranya harga standard juga.

Yang penting sedap. 

Cuma telinga terganggu sikit dengan geng geng Opera Cina buat persembahan kat area tu time tu.

Dah balik kereta baru perasan cotton candy tak bayar lagi. Patah balik dan nak gi bayar rupanya feee ! Nasib baik tak sampai rumah. Haru kalau patah balik jauh jauh rupanya memang FOC !

Waneeda Tomyam

Restoran Waneeda Tomyam
22A-1, Jalan PJU 5/9,
Dataran Sunway,
47810 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia
Phone: +60 3-6140 7646

Open daily : 11AM–1AM

Boleh cuba. Highly recommended !

10 comments:

  1. Replies
    1. tak de tomyam. Dah banyak sgt lauk... kang membazir jer

      Delete
  2. sakan makcik jubah merah hitam posing ! resto ni memang tema merah ke hape?

    ReplyDelete
  3. Nama lama dia Vicuda.....lama tak pergi....sampai dah tukar nama. Pasal dulu opis seberang tu je...

    Tomyam dia kelas...antara yang terbaik penah dirasa...

    Dari situ boleh menapak ke Sunway Giza....heheheh...2 minit je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh.... geng geng vichuda gak la ni..

      Patut la sedap. Okey.. nanti buleh try tomyam pulop

      Delete
  4. Terrible service sampai skrg sup aku tak sampai

    ReplyDelete