Pages

Tuesday, October 11, 2016

Jom Makan : Kopimeo, Seksyen 9, Shah Alam

Keluar makan malam keluarga di hari minggu !

Periuk belanga di rumah perlukan rehat yang mencukupi bagi menghilangkan karat dan cela noda pada besi.

Ayuh !

Kita ke Shah Alam untuk mencuba makan makan di Kopimeo !

Agaknya nama dia Meor kot. YES ! I am right. Nama owner dia Meor dan Leena.

Terletak di Seksyen 9, Shah Alam berdekatan dengan Concorde Hotel dan Shell

Kalau datang malam parking agak OK. Kalau siang maybe agak mencabar.

Masuk dan usha dulu setting dalam cafe ni dulu !

Seat belah dalam. Kat luar pun ada few seats untuk yang nak merokok dan sukakan suasana yang lebih open.

Konsep di sini layan diri. Pegi ke kaunter, order, bayar dan makanan di hantar ke meja.

Kaunter cafe

Pasangan berkahwin Meor dan Leena membuka kafe ini dengan satu visi iaitu menjadikannya salah satu kafe kontemporari paling digemari ramai dengan menyediakan hidangan lazat disertakan sentuhan klasik barat sambil mengekalkan ciri-ciri tempatan dalam setiap hidangan.

Nak order apa?


Pegi ke kaunter

Usha menu yang ada

Kalau tak nampak di sana usha di sini

Biasanya orang order coffee

Makanan banyak berupa pasta dan western tapi tak berapa beraneka sangat

Desserts pun ada di sediakan

Macam aku cakap menu dia agak limited. Tak berapa banyak mana. Mostly pasta je yang ada plus desserts. Nasi nasi kurang ada.

So order la based on menu tu.

Now layan setting dalam resto dulu sementara tunggu makanan sampai.

Ada gambar gambar gitar gama, Maybe Meor pandai main gitar, Betul tak Meor?

Can Lah. Lite Lite..... Jawapan reka sendiri

Cafe dia agak sempit dan seat pun agak limited

Seat kat luar dan kat dalam

Ada section belah belakang ada tangga berpusing cam ni

Ada sikit pokok pokok tanaman

Dan juga perhiasan

Yang menarik ada ruang untuk budak budak bermain. Maybe dikhususkan untuk anak anak mereka.

Dan anak aku pun bukan main lagi suka main kat tempat ni di bawah tangga

Area tempat main untuk budak budak tu agak interesting. Mengundang rasa budak budak nak bermain especially Princess yang ralit dengan block dan permainan yang ada. Ruang tak de la besar mana tapi cukup lah untuk sorang dua budak membuang masa dari meragam menunggu makanan kalau lambat tiba.

Now makanan dulu.

Ni set makanan untuk kids. Princess punya ni tapi sebab dia seronok main tak sentuh pun makanan ni. Hero yang habiskan.

Gulai Lemak Pasta untuk OR. Dia kata tak sedap. Aku rasa OK jugak. Not bad lah.

Spagghetti Bolognese untuk Hero. Dia kata tak sedap sangat. Aku rasa dan agree jugak. Biasa biasa jer.

Sebab menu tak banyak dan aku pun tak tau nak makan apa so aku order all day big breakfast. OK lah. Biasa biasa je tak de apa buleh di puji puji pun.

Minuman. Sah sah dalam botol ni agak mahal harganya. Malas nak order coffee hari tu so minum air ni je lah. Ada yang sedap dan ada yang rasa macam hapa hapa jer

Overall makanan biasa biasa je. Tak menarik mana.

Menu dan aneka hidangan agak limited. So agak mengecewakan pelanggan kalau datang dari jauh dan expect nak makan yang lebih daripada setakat pasta jer.

Desserts kami tak try tapi tak nampak banyak pun yang ada.

Services OK lah. Not bad.

Ambienace pun biasa je cuma kid's playground tu adalah sangat menarik untuk kunjungan family !

Harga makanan dan minuman plus minus dekat RM 100. Hidangan pun hit and miss so overal tak de la nak recommend mana.

Boleh la sekali sekala nak mencuba

Thank you Kopimeo walaupun biasa biasa jer semuanya...

Kopimeo. You can never have enough. 

Tapi bagi aku sekali kunjungan ke sini dah mencukupi lah. Bak kata Suhaimi Meor Hassan......

Kau bukan untuk ku, 
kau dan aku, tak mungkin bersatu !

Cuba tempat lain pulak nanti !

KOPIMEO  
29, Jalan Tengku Ampuan Zabedah B 9/B,
Seksyen 9,
40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Phone: +60 3-5480 0861

Opening Hours:
Saturday - Thursday 12–10PM
Friday Closed

FB : Kopimeo
Insta : Kopimeo Shah Alam



Kau tersenyum manja
Menyatakan hasrat kepadaku
Kau kata kau cinta
Cinta pertama kepadaku

Ku hampir tergoda
Bergelora dalam kalbu
Kau bukan untukku
Kau dan aku tak mungkin berpadu

Nun di sana
Beri beribu batu
Kau kutinggalkan bersama hatimu

Nun di sana
Kau meratap pilu
Satu masa nanti
Kau akan mengerti
Apa maksudku

Kini kau menanti
Harapanmu abadi terhadapku
Kau coretkan lagi
Rahsia hatimu kepadaku

Ku doakan dikau
Bertemu seorang teman sejati
Yang satu aliran
Satu kepercayaan
Aduhai Kathy

8 comments:

  1. suka eh pi kaw shah alam..
    my play area nih..
    heheh (bila la boleh terserempak dengan diva malaya nih)
    klu terserempak pun bukan kenal ..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak anash..(tetiba hehe). Bila ntah leh kenal supermeng malaya nih?

      Delete
    2. kak anash.. yang diva tu kak anash la kakak kawasan..
      saya menumpang jer.. sekali sekali pegi kawasan jiran sebab situ byk tempat makan.

      Delete
    3. An : kalau terserempak buat buat tak kenal jer. jangan sesekali tegur lagi lagi kalau bab seluar dlm kat luar.

      ahaks

      Delete
  2. owhh biasa2 jerk yer...xder ker yg luar biasanya...hmmm....xper2 Supermeng..gali lagii tempat2 menarik nak pergi makan yg luar biasa sedapnyaa..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada gak yang menarik.. kid playroom tu walau kecik tapi something lah. plus owner dia yang pompuan tu friendly jugak. cuma mungkin kena banyakkan menu skit.

      Delete
  3. Penah mln brownies yg kacangnya tengik kat sini... Erghhh
    Tp penggemar kambing boleh cuba lamb mess, 4 keping lamb (cukup utk 2 org) tp diwajibkan mkn pakai tgn. Hoyehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kambing me no like. gi speedmart sebelah je la beli biskut

      Delete