Pages

Monday, October 31, 2016

15 - Trip Viva Hitalia - Gud Ba Negeri Cantik Budaya Menarik

Setiap yang bermula pasti akan berakhir.

Begitu juga la trip Viva Hitalia pulang ke Halaman Asmara ni.

Emosi sungguh bila time nak kena balik ke kotaraya semula.

* poyo tahap max ni.

So entry terakhir ni, sekali lalu je layan gambar gambar sudah lah. Saat saat perpisahan dengan kampung halaman tercinta untuk pulang ke kota menyambung kehidupan biasa. 

* poyo lagi..

Hahahaha...

Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu.

Terbang pulang.. Tapi naik kapal terbang, bukan naik burung

Jom kita usha airport KT ni pulak.

Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud (IATA: TGG, ICAO: WMKN) adalah sebuah lapangan terbang yang menguruskan penerbangan dari dan ke Kuala Terengganu, sebuah bandar raya yang terletak di persisir pantai timur semenanjung Malaysia di negeri Terengganu.

 Lapangan terbang ini terletak 15 km dari pusat bandaraya Kuala Terengganu yang menghadap Laut China Selatan.

Dalam tahun 2005, lapangan terbang ini menguruskan 419,475 penumpang dengan 4,623 pergerakan kapal terbang.

Nama lapangan terbang ini adalah diambil bersempena dengan nama Sultan Terengganu yang ke-16, Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah, baginda memerintah negeri Terengganu dari tahun 1978 sehingga tahun 1998.

Pada bulan Januari 2008, Kerajaan Malaysia telah meluluskan RM200 juta bagi menaik taraf lapangan terbang ini bagi dijadikan sebuah lapangan terbang antarabangsa. Hal ini termasuklah memanjangkan landasan terbang dan menaik taraf terminal lapangan terbang ini. 

Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud akan dijadikan sebuah lapangan terbang antarabangsa setelah kerja naik taraf diselesaikan dan memulakan penerbangan antarabangsa ke Singapura, Kunming, Hong Kong dan lain-lain. 

Malaysia Airlines telah bersetuju dengan Tabung Haji bahawa ia akan juga membawa penumpang ke Tanah Suci Mekah melalui Jeddah dan Madinah.

Pada Oktober 11 2008, sebuah Boeing 747-400 Penerbangan Malaysia mendarat disini pada jam 1456 dari Kuala Lumpur di mana pesawat tersebut adalah Boeing 747 pertama mendarat disini.  

Layan gambar gambar dalam bangunan terminal Lapangan Terbang Sultan Mahmud ni.

Interior yang luas dengan bumbung tinggi memberi ruang yang berbeza kepada airport ni

 
Ruang check in penerbangan

Interior yang menarik

Sebagai warga Ganu, aku tumpang bangga sebab airport KT ni pun menarik dan ada keunikkannya yang tersendiri.

Selain daripada rekabentuk bangunan terminal yang melambangkan keGanu-an, airport ni jugak menyediakan kemudahan yang tak tidak kalah kalau nak di bandingkan dengan airport airport lain di Malaysia ni.

Layan sikit lagi gambar sementara menunggu penerbangan pulang.

Boarding

Menunggu ke pesawat

Airport runaway

Pesawat

Siapa ni?

Bukan jugak untuk aku

Haaa. ni baru betul. Mampu naik Malindo sajork

Sebab hari weekdays, so airport tak busy mana. Flight pun tak berapa penuh.

So layan je lah diri sendiri dalam pesawat membawa aku pulang ke ibukota semula.

Terengganu

Pemandangan

Penghujung lebuhraya

Pandangan luar

Usha usha

Dari udara

Bersedia mendarat

Jet peribadi bagi yang berkemampuan

Tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang

Selesai sebuah perjalanan

Alhamdulillah, selamat kembali ke ibukota. Banyak benda nak kena settlekan hasil lawatan kerja yang singkat ni. Selamat tinggal negeri cantik, budaya menarik.

"TRANUNG... MUNG TAK MBOH MAGHI KE?"

Walaupun trip aku ni cuma kunjungan singkat tapi bagi aku masa jugak untuk aku melawat beberapa tempat yang sebelum ni aku tak berapa ambik port sangat nak lawati. Maklum la kalau balik dengan family... banyak benda dan hal hal lain lagi yang perlu di utamakan lagi.

Walaupun singkat, sedikit sebanyak terubat jugak kerinduan lama tak balik kampung. Semoga lepas lepas ni aku lebih gigih lagi balik sana. Banyak lagi tempat yang aku teringin nak pegi dan masih belum berkesempatan. Harap di beri masa dan peluang nanti.

Aku dan KT... kami punya hubungan tersendiri. Hubungan seistimewa ; sehati dan sejiwa !


Kita memang dijodohkan bersama
Sehati serta sejiwa
Walau esok atau akhir nanti
Kita telah ditakdirkan bersama-sama

Wahai kekasih bersabarlah menempuhi dugaan
Kita sedaya telah berusaha untuk berdua
Tapi selagi ada jurang terpisah
Impian kan musnah kita masih ada cara untuk
Leraikannya

Kita jatuh cinta bukan kerna paras rupa
Atau harta benda yang diidami manusia
Seharusnya kita bersyukur kepada tuhan
Kita mengecapi bahagia selagi hayat ada

Hanya engkau kekasihku hanya aku kekasihmu
Dengan satu rasa dalam dua jiwa
Kita ditakdir bersama…

ABIH DOK STARANG !!!

Sunday, October 30, 2016

14 - Trip Viva Hitalia - Keppok Gongdee Bukit Tok Beng ( BTB 2209 )

Entry sekali lalu.

Kalau korang datang ke negeri aku yang cantik dan budaya yang menarik ni, pastinya mencari keropok lekor ada dalam itinerary masing masing kan?

Kalau di sini,  cakak tranung orang sebut keppok gongdee atau khepok getey.

Dok gitu?

Dan popularity keppok gongdee yang sedap di Terengganu ni sentiasa berubah. Biasalah naik turun carta. Kejap Keropok Losong mengungguli carta, kejap khepok Kak Yah ( sebelum Kak Yah berhijrah ke Amerika dan menukar nama kepada Mariah Carey) ;-) Pastu adalah beberapa tempat buat keropok lain yang turut sama popular macam Keropok Kelulut dan sebagainya.

Dan ni salah satu daripadanya. Keropok Bukit Tok Beng.

Bangsal dan kedai keropok Bukit Tok Beng yang terletak di Kg Bukit Tok Beng di Seberang Takir.

Aku tak de kena mengena dengan dia orang ni. Tak de ikatan tali persaudaraan pun jauh sekali ada hubungan asmara.

Aku pun just singgah sebab budak budak opis suruh beli keropok kat sini.

Dia orang lagi tau mana nak cari keropok yang sedap di KT ni... Sungguh aku rasa malu pada diri sendiri.

* sembam muka dalam air rebusan keropok lekor

So layan gambar je lah.

Nasib aku pegi pagi pagi. Kalau tak ramai yang beratur menunggu giliran nak beli. Siap kena ambik nombor giliran. Orang memang berduyooon tiba... * tolak Juliana Banos masuk kawah keropok lekor

Gadis pekerja kedai khepok BTB

Kalau nak beli yang rebus boleh consult dengan 'akak akak sangatttttt' ni...

Sambil sambil tu boleh usha di kawasan bangsal pembuatan keropok

Mengadun

Gadis gadis desa getey khepok

Kayu api di gunapakai

Kau sehangat api

Keropok getey sedang di rebus

Pembungkusan

Khepok panas panas....

Hasil belian. Ni pun semua orang kirim. Nasib Malindoair ada free luggage

So kalau mencari khepok enak di KT.. Boleh lah berkunjung ke sini.

Keropok Lekor Bukit Tok Beng BTB 2209
Kampung Bukit Tok Beng
Seberang Takir,
21300 Kuala Terengganu

No. tel : 017-966 1209 / 012-562 0748
Waktu Operasi: 9 pagi – 6 petang

Siap boleh tempah online, OTW ke airport boleh pick up.

Hebak ngguh orang Bukit Tok Beng ni.

Sebab hubungan aku dengan khepok getey ni  dari dulu lagi macam sebuah hubungan terlarang so aku tak tau nak cakap rasanya sedap ke tidak. Dulu masa aku kecik kecik, Makcik Mona ambik upah hiris keropok getey ni, so aku selalu lah kena tolong angkat or pegang khepok khepok ni.

"Mother.. I cannot go la khepok khepok ni.... Smelly you know. You should understang me Mother"
"Baser ni... mung dok soh belanja!"

Tu ayat amaran dari Menteri Kewangan kalau tak nak tolong dia buat apa apa. Dari tak dapat duit belanja, so terpaksa la aku pakai macam ninja tutup muka baru boleh nak tolong mak aku. Sekarang ni OK skit lah. Mengada taik kuda tu dah kurang tapi yang mentah memang aku tak leh makan. Kalau goreng... buleh !

Apa apa pun kalau dah ramai orang suka tu dah cukup untuk menunjukkan khepok BTB 2209 ni memang thorbaik di serata raya bimasakti ini dan pastinya mengungguli juara khepok lekor di KT. 

Yang tetap nombor satu. Numero Uno. Dan mungkin akan kekal di takhta pertama carta khepok lekor buat beberapa ketika !

Selamat mencuba.



Cinta punya maksud yg berbeza
Syg sukar untuk kau menghilang
Hati tk mampu bersuara lagi
Hidup seperti kosong
Tiada bererti

Sedih bila diibas kembali
Tika kita berdua
Hanyut dilanda asmara
Namun kini segalanya
Bagai layang layang terputus talinya

Benar kau yg pertama
Menyinar memenuhi ruang di jiwa
Tapi mengapa tergamak kau pergi
Meninggalkan sebuah kesetiaan
Ohh tuhan
Bantulah ku melupakan
Kesudahan cinta yg penuh seksa...

bersambung.............

Saturday, October 29, 2016

13 - Trip Viva Hitalia - Musing Ketang Bando KT - Part 2

Ikon - Enchanting Terengganu muncul semula tanpa di minta.

Atas desakan peminat, kontrak di sambung semula. So kali ni, kita musing semula sekali lagi usha usha tempat tempat menarik dan destinasi destinasi popular yang ada di KT ni.

Start selalu................. !

Ke first time?

Dataran Shahbandar tempat berlangsungnya event event yang diadakan untuk warga KT

Gerbang Daulat Tuanku. Aku rasa kat KT ni memang banyak gerbang gerbang macam ni.

Macam pokok tapi bukan pokok.

Taman di hadapan Istana Maziah

Perkarangan Istana Maziah. Aku pun tak pasti tempat ni untuk apa

Bukit Puteri. Pengakuan berani mati... aku dulu pernah dating atas bukit tu... Kampung sungguh kan dating atas bukit. Hahaha

Gate Istana Maziah

Istana Maziah. Official palace of Sultan Terengganu

Tugu Darul Iman

Asyik gambar ni je. Tempat apa pun aku tak tau...

Pasar Payanggggggg.... beli khepok dengan nasi dagang !!!

Pulau Warisan

Gerbang ni muncul lagi. Apa la sepupu aku ni asyik ambik gambar yang sama jer

Pejabat SATU ( Syarikat Air Terengganu)

Wisma Darul Iman. Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri

Dulu dulu aku bangga gila dengan senibina Wisma Darul Iman ni. " I am still proud of you KT"

Tak pasti bangunan apa. Ke rumah kot, Maju KT dan ada banyak pangsapuri

Senja tak berapa nak menjadi

Pantai Batu Burok

Usaha tekun jaya.. Itulah amalan kita..

Usaha tekun tentu jaya.. tradisi kekal abadi. * matilah tengah tengah dah tak ingat

Masjid Terapung Kuala Ibai

Senja di Kuala Ibai

Hospital KT. Aku ada kenangan sedih dan pilu kat sini... Tapi tak pe lah... * kesat airmata dengan kain sutera Noor Arfa Batik.

Bangunan bangunan baru ni

Masjid Al-Muktafi Billah Shah atau Masjid Ladang

Daulat Tuanku. 

Stadium Tertutup... Ni pun salah satu bangunan yang aku banggakan yang ada kat KT sebab dulu dulu kalau glass building memang bijok ah....

Yang lama di lupa jangan

Sungai Terengganu

Terdampar sepi

Pulau Duyong

Rumah tradisi Terengganu

So best tak negeri aku ni? Ada orang nak maghi ke dok ni?

* plekong dengang chetong bekok chobong slalu....

Orang Terengganu ni suka sebut perkataan selalu tapi selalu ni maksud dia bukan kerap atau acap kali.

Dulu dulu, ada sorang member ni dia masuk kedai photostat, tapi time tu kat Kuantan.( orang Kuantan pun ada gok set set ganu ni). So minah ni suruh la pakcik tu copy dokumen yang dia nak copy tu.

"Nok selalu?"

Pakcik tu tanya dia. Dan dengan blurnya dia jawab.

"Tak lah. First time !"

* sah sah aku pekup mulut takut terkeluar gelak langsuir kat situ.

Oh Rosmaria.!



Dengar...
Rentak rindu alunan kekasih hati
Memanggil menyeru oh namamu
Tiada tertanggung rindu pada dirimu

Dengar...
Sayup-sayup ku dengar merdunya suara
Menghilang kan sunyi dalam kalbu
Penawar di jiwa pabila ku berduka

Rosmaria...
Kembali segera kekasihku
Biar ku belai jemari nan halus lembut
Agar terubat resahku

Oh rosmaria...
Kembali segera kekasihku
Terlalu lama aku menanti
Pulang segera oh kekasihku
Damaikan jiwaku

Bila...
Mata bertentang mata debar ku rasa
Lidah ku kelu oleh suaramu
Indahnya memori bagai hanya semalam

Manis...
Senyuman kau ukir nan penuh bermakna
Lafaz barismu tersusun indah
Segala kenangan menjadi lambang cinta
Oh Rosmaria... oh Rosmaria...

bersambung.....