Pages

Sunday, October 30, 2016

14 - Trip Viva Hitalia - Keppok Gongdee Bukit Tok Beng ( BTB 2209 )

Entry sekali lalu.

Kalau korang datang ke negeri aku yang cantik dan budaya yang menarik ni, pastinya mencari keropok lekor ada dalam itinerary masing masing kan?

Kalau di sini,  cakak tranung orang sebut keppok gongdee atau khepok getey.

Dok gitu?

Dan popularity keppok gongdee yang sedap di Terengganu ni sentiasa berubah. Biasalah naik turun carta. Kejap Keropok Losong mengungguli carta, kejap khepok Kak Yah ( sebelum Kak Yah berhijrah ke Amerika dan menukar nama kepada Mariah Carey) ;-) Pastu adalah beberapa tempat buat keropok lain yang turut sama popular macam Keropok Kelulut dan sebagainya.

Dan ni salah satu daripadanya. Keropok Bukit Tok Beng.

Bangsal dan kedai keropok Bukit Tok Beng yang terletak di Kg Bukit Tok Beng di Seberang Takir.

Aku tak de kena mengena dengan dia orang ni. Tak de ikatan tali persaudaraan pun jauh sekali ada hubungan asmara.

Aku pun just singgah sebab budak budak opis suruh beli keropok kat sini.

Dia orang lagi tau mana nak cari keropok yang sedap di KT ni... Sungguh aku rasa malu pada diri sendiri.

* sembam muka dalam air rebusan keropok lekor

So layan gambar je lah.

Nasib aku pegi pagi pagi. Kalau tak ramai yang beratur menunggu giliran nak beli. Siap kena ambik nombor giliran. Orang memang berduyooon tiba... * tolak Juliana Banos masuk kawah keropok lekor

Gadis pekerja kedai khepok BTB

Kalau nak beli yang rebus boleh consult dengan 'akak akak sangatttttt' ni...

Sambil sambil tu boleh usha di kawasan bangsal pembuatan keropok

Mengadun

Gadis gadis desa getey khepok

Kayu api di gunapakai

Kau sehangat api

Keropok getey sedang di rebus

Pembungkusan

Khepok panas panas....

Hasil belian. Ni pun semua orang kirim. Nasib Malindoair ada free luggage

So kalau mencari khepok enak di KT.. Boleh lah berkunjung ke sini.

Keropok Lekor Bukit Tok Beng BTB 2209
Kampung Bukit Tok Beng
Seberang Takir,
21300 Kuala Terengganu

No. tel : 017-966 1209 / 012-562 0748
Waktu Operasi: 9 pagi – 6 petang

Siap boleh tempah online, OTW ke airport boleh pick up.

Hebak ngguh orang Bukit Tok Beng ni.

Sebab hubungan aku dengan khepok getey ni  dari dulu lagi macam sebuah hubungan terlarang so aku tak tau nak cakap rasanya sedap ke tidak. Dulu masa aku kecik kecik, Makcik Mona ambik upah hiris keropok getey ni, so aku selalu lah kena tolong angkat or pegang khepok khepok ni.

"Mother.. I cannot go la khepok khepok ni.... Smelly you know. You should understang me Mother"
"Baser ni... mung dok soh belanja!"

Tu ayat amaran dari Menteri Kewangan kalau tak nak tolong dia buat apa apa. Dari tak dapat duit belanja, so terpaksa la aku pakai macam ninja tutup muka baru boleh nak tolong mak aku. Sekarang ni OK skit lah. Mengada taik kuda tu dah kurang tapi yang mentah memang aku tak leh makan. Kalau goreng... buleh !

Apa apa pun kalau dah ramai orang suka tu dah cukup untuk menunjukkan khepok BTB 2209 ni memang thorbaik di serata raya bimasakti ini dan pastinya mengungguli juara khepok lekor di KT. 

Yang tetap nombor satu. Numero Uno. Dan mungkin akan kekal di takhta pertama carta khepok lekor buat beberapa ketika !

Selamat mencuba.



Cinta punya maksud yg berbeza
Syg sukar untuk kau menghilang
Hati tk mampu bersuara lagi
Hidup seperti kosong
Tiada bererti

Sedih bila diibas kembali
Tika kita berdua
Hanyut dilanda asmara
Namun kini segalanya
Bagai layang layang terputus talinya

Benar kau yg pertama
Menyinar memenuhi ruang di jiwa
Tapi mengapa tergamak kau pergi
Meninggalkan sebuah kesetiaan
Ohh tuhan
Bantulah ku melupakan
Kesudahan cinta yg penuh seksa...

bersambung.............

14 comments:

  1. Replies
    1. adik beradik bukang syarikat bas ke?

      dok tau pulop dia jual khepok etek

      Delete
    2. Eh, adik beradik ko tigo beradik... Hmmm

      Delete
    3. ada la keropok losong adik beradik.

      Delete
  2. tapi kopok tok beng juga telah mengalami hipsternisasi, ada kopok cheese. kot saya dtg sekali lagi dah ada meja2 pallet dengan bean bag depan kedai diorg

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka maju seiring dengan peralihan zaman..

      pernah try gak keropok cheese tu.. tapi cannot go !

      Delete
  3. Betul! Kepok lekor KT paling win! Kemamang punya pun tak leh lawan. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sungguh? kedai keropok cap kapal layar kat kemaman tu sedap gak.

      Delete
  4. Saya lg suka makan kepok Lekor Bayu, atas skit dari Batu Rakit, kat Merang, jalan menghala ke Setiu. Kedai dia dekat dgn Petronas Merang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauh pulok nok kena gi di atah nu.. tapi tak pe la. kot sesapa yang lalu kat situ nanti buleh cuba beli dan test power dia pulak

      Delete
  5. Mari ahh kappong aku meng, kepok lekor selekoh di serengah... berehh sokmo

    ReplyDelete
  6. Jln Sg Rengas - Pulau Musang. Mudoh jer cari

    ReplyDelete
  7. ooh.. dinung. Dok rajing main alik nung

    ReplyDelete