Pages

Wednesday, October 26, 2016

10 - Trip Viva Hitalia - Chinatong & Pula Warisang

Salah satu tarikan terkini di bandar Kuala Terengganu ni adalah KT Chinatown.

Selamat Datang ke Negeri Terengganu

Seingat aku masa aku kecik kecik dulu tak berapa berani nak gi area ni sebab area Cina. Tapi dulu aku ingat ada pasaraya Bumi kat sini dan aku pernah la pegi lepak sini beberapa kali.

Dan kini, latarbelakang bandar KT telah berubah seiring dengan pembangunan dan keterbukaan masyarakat berkongsi budaya maka tarikan terbaru di Kuala Terengganu ini menjadi destinasi yang seolah olah wajib bagi yang berkunjung ke bandar ini.

Kampung Cina

KT Chinatown atau Kampung Cina kini menjadi tempat pelancongan yang memiliki banyak bangunan bangunan tua dan lama. Struktur binaan di sini mengimbas kembali kepada zaman 200 tahun yang lampau.

Kewujudan Kampung Cina atau Teng Lang Po telah wujud sudah sekian lama dengan binaan campuran Cina, Melayu, Arab dan Thai masih kekal di kawasan ini.

Kebanyakkan bangunan dan rumah kedai ini telah mengalami banyak program pemulihan dan pengindahan untuk meningkatkan kedatangan pelawat di samping mengekalkan nilai warisan.

Sebab aku tak berhenti pun, so just lalu dan ambik gambar. So layan gegambar je lah !

Tarikan Kampung Cina

Bangunan dan rumah kedai lama

Laluan kecil tetapi agak menawan dengan rumah kedai yang berwarna-warni dan masih mempunyai rasa tradisional dengan kedai-kedai kecil, 

Terdapat banyak cafe dan restoran

KT Chinatown terletak di sepanjang Jalan Bandar.

Mural di dinding

Feeling feeling berada di zaman silam

Kereta pun lama

Terletak berhampiran tebing Sungai Terengganu


Senyum untuk bandar Teganu yang semakin membangun !

Pintu Gerbang Chinatown KT

Untuk maklumat lanjut dan informasi mengenai Chinatown KT sila rujuk sini : Chinatown KT

Tidak jauh dari Kampung Cina di Kuala Terengganu ni, terdapat satu lagi tarikan baru yang menarik dan boleh juga di kunjungi sekiranya berada di bandar KT ini iaitu Pulau Warisan.

Pulau Warisan adalah tarikan terbaru dengan padang esplanade dan jambatan indah di kawasan lapang di muara Sungai Terengganu.

Pulau Warisan

Pulau buatan manusia yang terletak di bandaraya Kuala Terengganu. 

Pulau yang di tambak dalam Sungai Terengganu berhampiran Kuala Terengganu Chinatown ini kini menjadi salah satu tempat kunjungan utama pelancong ke Kuala Terengganu. 

Antara tarikan yang terdapat disini adalah River Cruise menyusuri Sungai Terengganu dari terusan di Pulau Warisan ke Masjid Kristal di Pulau Wan Man melalui juga Kuala Terengganu Waterfront.

 
Terusan yang dibina dan dihubungkan dengan jambatan

Jambatan melengkung yang menjadi mercu tanda kawasan ini.

Pulau warisan ini di buat bagi menempatkan bahan kebudayaan, kesenian dan makanan yang menjadi warisan penduduk negeri Terengganu. Kedai-kedai menjual dan mempamer barang kesenian, songket, batik,tembaga, anyaman, kraf serta pertunjukan permainan tradisional dan kebudayaan yang akan menjadi tarikan pelancong dan juga akan mewujudkan suasana perkampungan bercirikan tradisi Terengganu.

Pulau ini jugak banyak di pasang lampu LED pada pokok tiruan untuk menghiasi suasana malam.

Mendapat jolokan sebagai iCity di KT. Sebab tu orang kata kalau datang sini kena datang time malam.

Sungai Terengganu dan Marina Terengganu tempat berlangsungkan Monsoon Cup

Perahu perahu nelayan

Suasana yang agak aman dengan bot bot nelayan keluar ke laut mencari rezeki

Reputasi Pulau Warisan kini sebagai tempat kunjungan utama warga bandaraya Kuala Terengganu berkumpul dan beriadah, pelbagai agensi kerajaan dan NGO-NGO akan mengadakan program mereka disini seperti Konsert, Talkshows, Pameran dan pelbagai program lagi. Malah setiap tahun masyarakat Cina Terengganu turut mengadakan perayaan dan festival keagamaan mereka di sini seperti sambutan Tahun Baru Cina dan Pesta Tanglung.

I Love KT

Dengan wujudnya Pulau Warisan ini telah memberi nafas baru dan kesan positif terhadap pembangunan bandar Kuala Terengganu serta perkampungan tradisional Kampung Cina kerana kampung ini juga adalah satu warisan yang perlu dipelihara seperti juga warisan warisan lain dari negeri Pantai Timur ini.



Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua

Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya empat

Puteri empat berbaju serong
Puteri empat bersanggol sendeng
Puteri empat bersubang gading
Puteri empat berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya enam

Puteri enam berbaju serong
Puteri enam bersanggol sendeng
Puteri enam bersubang gading
Puteri enam berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya tujuh

Puteri tujuh berbaju serong
Puteri tujuh bersanggol sendeng
Puteri tujuh bersubang gading
Puteri tujuh berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Tuan puteri berbaju serong
Tuan puteri bersanggol sendeng
Tuan puteri bersubang gading
Tuan puteri berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Ku tahu asal usul mu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang ku umbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala

bersambung.....

10 comments:

  1. lawa rupanya area kampung Cina tu...lain kali kena explore nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang dah makin comey.... dah jadi spot pelancongan

      Delete
  2. menarik..dulu gi pasar payang je kt KT..

    ReplyDelete
  3. menggamit kenangannnn.. huhuhu :-(

    ReplyDelete
  4. setiap kali ke sini, teman pasti melawat Kg Cina.

    ReplyDelete
  5. ado jugop dayang nyanyi lagu ulek mayang, ingat ko nyanyi lagu puteri santubong...

    ReplyDelete