Pages

Wednesday, September 14, 2016

Jom Makan : Italiannies @ Paradigm Mall

Aku agak kurang gemar kalau pegi tempat yang sama berulang kali. Baik tempat travel mahupun restoran tempat makan !

Tapi dah tentu la kadang kadang ada exception nya.

Dah lama tak pegi Italiannese, last pegi pun masa  Buka Puasa 2014 - Italianese Empire dan sebelum tu masa celebrate birthday Hero.

Lama jugak la tu. 

Tapi !

Anak aku yang sorang ni. Dia punya kemaruk dengan Creme Brulee memang boleh tahan. Manjang je kalau tanya dia nak makan apa, tu yang dia sebut. Dan dah banyak kali dia sebut. Kebetulan hari tu aku nak pegi Paradigm Mall so Italiannese memang ada kat situ, so alang alang, aku kabulkan permintaan dia yang dah lama tu.

Tu pun masa sebelum tu tanya.

"Abang nak makan apa malam ni"
"Ikut Papa lah"
"Creme Brulee nak?"
"Nak ! Nak !"

Teringin dah lama la tu..... kesian dia. So kali ni, Papa tunaikan hajat dia so kita ke Italiannese.......... Tastes from my village...................

See tajuk?

Italiannies, Paradigm Mall

Selesaikan misi mencari barang dulu, then baru kami gi makan.

Usha setting kedai resto dulu....

Dah lewat time tu. Orang pun dah tak ramai

Resto bersih dan cantik

Dapat seat untuk kami semua

Duduk dan sedia untuk di layani

First thing selepas dapat seat, kami diberi buku menu untuk mengorder makanan.

Menu book

Tak tau sebenarnya apa yang menarik

Tapi OR memula nak order carbonara

Dan Hero macam biasa.. dia dah aim Creme Brulee dia tu. RM 20.85 satu !!

Princess pulak, aku tanya.

"Adik nak makan apa?"
"Adik nak macam abang. Sama macam abang. Bule Bule"

Hahahaha. Tak reti nak sebut.

Dah aim dah masing masing nak memenuhi selera masing masing. Tup tup mamat waiter tu tunjuk kertas ni.

Promotion. 3 set menu boleh di pilih dengan harga RM 99.

Dan bersungguh sungguh pulak dia goda aku suruh order set ni. Aku pulak macam kesian kat dia beria ria macam dia yang nak makan.

Terpedaya, Terpesona. Kau memang dabomb !

Manusia kan, mudah sangat tergoda dengan iklan dan pujuk rayu. Padahal bukan tu pun yang kami nak makan mula mula nya, tapi sebab dia sibuk la kata set ni lebih jimat la apa lah.. akhirnya kami ikut kata dia !

Argh.....................

Ya... Ni ada kes salah order lagi ni..... 

Dalam promo tu, ada pizza dan makanan lain tak berapa menarik sebenarnya. Hmmph ! 

Standard kalau makan di Italiannese ni dia akan kasi roti makan dengan cuka tu. Bagi aku sedap je benda alah ni

Air dulu. Hero order Strawberry smoothies.. yang lain lain order air biasa jer

Caesar Salad. Princess tu dia dah start suka makan salad salad cam ni. So bagi je la dia makan

Set appetizer : Quattro Platter. Ada Fried Calamari, Cheesy Balls, Risotto Balls dan benda serabai serabai tu. Apa ntah nama dia. Dah aku dulu pernah order benda ni jugak dan aku complain tak sedap. Now aku order lagi dan aku tetap complain sekali lagi !

Cuma Calamari goreng tu je sedap dan rangup. Yang lain lain tu semua OUT !!! Tekak Italy menafikan makanan seperti ini kekurangan keHitaly-an nya....  * abis lah kena buang negara lepas ni

Chicken Milanese. OK lah. Yang ni boleh la di abiskan

Italiannies Special Pizza. Tak sedap jugak. Sudahnya Hero ratah udang udang dia jer.

Pendek kata, buat kesekian kalinya... kami salah order lagi !

* tunjuk diri sendiri.

Apa kena ntah dengan aku ni. Asal gi makan kedai Italy je salah order. Adakah jati diri dan budaya keItalian dalam diri sudah lama berkurangan?

Hmmm kena balik kampung lah macam ni !

Tapi serious kalau gi makan kat luar especially kalau bayar mahal untuk food yang salah order dan tak sedap... perasaan dia adalah.....................kepedihan.

PEDIH !!



Jelingan manja mu  yang mempesonakan
Membuatkan hatiku indah terasa
Mungkinkah kita akan merasakannya
Hidup berdua hingga ke akhir hayatku

Mata bertentang hati pun berkata
Engkaulah satu tiada duanya
Hidup gembira mesra sentiasa
Akhirnya musnah jua oleh orang ketiga

Adakah ini dugaan semata
Untuk aku pelajari erti dewasa
Untuk terima kehidupan tak selamanya
Harus menjanjikan bahagia

Sungguh ku tak menyangka tangan ku hulurkan
Demi masa depanmu tergamak engkau
Mendustakan kau nodai

Apa yang aku kesalkan kau tak menghargai
Cinta yang ku berikan
Cinta yang tak berbelah bagi cinta suci

Jelingan manjamu yang mempesonakan
Membuatkan hatiku indah terasa
Sehingga aku ke tepikan segala
Engkau aku bagaikan sebutir mutiara

Lepas ni kena selalu beringat supaya tak buat silap lagi. Kalau dari rumah dah ada niat nak makan apa, order je yang tu. Jangan mudah terpedaya dengan pujukan rayu waiter waiter walau apa jua promosinya.

Or maybe lepas ni aku dah tak leh makan makanan Italian dah. Kena makan tauhu dengan tempe jer....

Tapi tak pe lah. Balik kepada niat asal, nak fullfill keinginan Hero nak makan Creme Brulee.

Creme Brulee idaman

Wajah keriangan dapat apa yang di idamkan

So kos makanan semuanya adalah RM 183. Agak mahal la sebab tak berapa nak puas hati ! Apa apa pun. Alhamdulillah. Tu je rezeki. Lain kali tak moh makan sini lagi...

Kat mana Creme Brulee lain yang sedap sedap?

ITALIANNIES
CF-15 & 23, Level C,
Paradigm Mall, Kelana Jaya
No. 1, Jalan SS7/26A, Petaling Jaya,
47301, Malaysia

Telefon:+60 3-7887 4677
Masa: 10:00PG–10:00PTG

6 comments:

  1. Aik, kata Hitaliannies? Sutun celup ttepung dia dok best?

    ReplyDelete
    Replies
    1. calamari tu je yang mcm ok skit.... yang lain semua... calapergi...

      tak belajar dari kesilapan aku ni. ( short term memory loss)

      Delete
  2. oo yg tu roti makan dgn cuka rupanya.. igtkan olive oil.. hhhahahah

    aritu pi makan italiannese paragon, dapat roti tu dgn cuka tu.. mula2 rasa x sedap.. lama2 cam sedap jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. vinager campur dgn olive oil kot. dulu memula memang rasa semacam je rasa dia, tapi lama lama tekak kembali beritaly..

      nasib baik tak kena keji lupa diri

      Delete
  3. Meng ...

    Tekak Hitaly yang dah di Terengganukan hahahhahaaa ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la pasal..... kennot go kalau pure italiano ni.. hiks

      Delete