Pages

Thursday, September 8, 2016

08 : Cuti Sekolah Dekat Jer...... Ipoh - Funtasy House Trick Art, Ipoh

Sebab cuaca panas berdeting di luar, jadi lawatan ke Ipoh ini terpaksa menolak mentah mentah sebarang yang melibatkan aktiviti luar bangunan.

Jadi salah satu tempat lawatan yang kami berjaya lakukan adalah melawat Funtasy House Trick Art, Ipoh !

Funtasy House Trick Art

Lokasinya terletak di bahagian Pekan Lama Ipoh. Tapi nak mendapatkan parking agak bercinta jugak. Pusing pusing keliling kawasan tu baru la jumpa. Tu pun agak jauh dan terpaksa menapak.

Park kereta dan kami jalan kaki ikut celah celah bangunan. Tak sangka rupanya ada lorong yang telah di bangunkan begitu lawa dengan kedai kedai menjual pelbagai cenderamata untuk pelancong.

Usha kawasan sipppp !

Di celah celah lorong

Ada orang jual jual

Ada juga cafe cafe kecil

Dan kedai kedai menjual cenderamata

Mural dan lukisan

Kedai

Posto posto !

Juga pokok kaktus untuk yang nak bercucuk tanam

Ice Ball

Meriah

Cak !

Warna ceria

Ralit berjalan di celah celah lorong tu akhirnya membawa kami ke bangunan rumah kedai yang mana menempatkan Funtasy House tu.

Sampai

Masuk kena bukak selipar/kasut. Dan beli lah tiket di kaunter tepi tu

Ada orang jaga situ

Harga tiket masuk. Somehow aku rasa harga dia macam mahal pulak. Macam tak berbaloi

Tapi dah alang alang sampai, masuk je lah.

Ini Trick Art Museum ke 2 aku masuk selepas di ICT Shah Alam. Aku ingat lagi budak budak bukan main seronok masa kat Shah Alam tu so aku pun letak expectation yang tinggi untuk tempat ni.

Awal awal lagi aku dah rengsa.

Sebaik je masuk, ada pekerja dia mengekor !

Mana aku melangkah, dia tak duduk jauh. Aku pandang dia. Dia senyum.

Aku faham dia keje sini, dia kena membantu tetamu yang datang tapi perlu ke dia ikut ke mana saja kita berjalan?

Then bila aku ambik gambar, dia insist nak ambik gambar aku sekali !

"Hello !!!!"

Then dia sibuk nak bagi komen sebagai juri tetap tempat ni. Itu ini begitu begini. Aku tak boleh lah. Aku rasa rimas. Nak beraksi dan bergaya bukan bukan pun tetiba aku rasa macam tak best !

Kenapa dia masih mengekor aku ke sana ke mari?

Nak kena chop?

Then masuk ruang yang lain, ada lagi pekerja dia menunggu !

Still sama. Dia akan insist nak ambik gambar. Pastu bagi komen. bla bla bla. Setakat membantu tu OK lah. Then kau duduk la jauh jauh sikit. Aku kan nak beraksi seksi? 

Tak boleh ! Dah dia ada aku jadi segan dan silu....

Salah sorang pekerja dia. Adik ni OK sikit..... Dia duduk pun jauh jer

Ada minah yang jaga bahagian ni sangat la kecoh. Baru nak try try beraksi dia dah pangkah ! Sudahnya semua malas.

Menyemak je minah tu.....

Sudahnya tak de orang nak beraksi kat set terbalik ni

Anak anak aku separa gembira. Ada yang OK, ada jugak Princess takut. Lagi lagi dia orang ni kalau ada orang lain segan berkali kali la jadi nya....

Tempat dia tak de la besar mana. Rumah kedai 2 tingkat dengan ruang dari depan sampai ke belakang kedai. Di antara tu ada few bilik yang di lukiskan dengan mural mural 3D ni.

Laluan adalah sehala, jadi nak melepas tu agak perit kalau orang sebelum kita masih belum bergerak lagi. Terpaksa la menunggu.

Ruang yang sempit menjadi lebih sempit bila orang start ramai.

Putera katak

Hantu pokok kacang

Kejam betul 3D Art dia

Kurita mengganas

Yang ni aku suka. Macam duduk dalam snow ball

Harry Porter wannabe

Olympiad

Tumpang ambik gambar orang lain

Adik ni tunjuk perasaan

Tak sampai sejam kami dah keluar semula.

Memang rasa tak berbaloi !

Tak tau apa yang tak kena. Great and fun place to visit but not the best !

Boleh cuba visit kalau berada di Ipoh. Lepas abis melawat Funtasy House Trick Art Ipoh ni, kami menapak semula balik ke kereta.

Pekan lama

Bangunan lama

Kedai

Funtasy House Trick Art
16, Jalan Market,
30000 Ipoh, Perak


Business hours:
9am – 6pm (weekday)
9am – 8pm (weekend & public holiday)

Harga Tiket:
MYR19.00
• Adults without MyCard
MYR15.00
• Adults with MyCard
MYR10.00
• Kids (4 years old & above)
• Students (with Student ID)
• Senior Citizens (above 60 years old)
Free Admission
• Disabled (with OKU Card)
• Infants (below 4 years old)

bersambung...............

4 comments: