Pages

Friday, September 2, 2016

02 : Cuti Sekolah Dekat Jer...... Ipoh - Kellie's Castle, Batu Gajah

* muncul dengan mode berbisik

Psst ! Pstt ! Meh sini nak royat ni.

Kellie's Castle, Batu Gajah

Tau tak pasal bangunan ni? Tau?

Tau tak tempat tu berhantu? Aku Tau !

Takut tak? Aku takut !

Kalau boleh tak nak jumpa. Mintak dijauhkan. Tapi salah satu misi cuti cuti kali ni adalah untuk singgah dan melawat Kelli's Castle ni.

Aku pernah datang sini, lama dulu. Tahun berapa pun aku dah tak ingat, so kali ni... singgah la kejap alang alang dah berada di kawasan berdekatan.


Istana Kellie atau Kellie's Castle (kadang-kadang digelar Kesilapan Kellie (Folly Kellie) ialah sebuah istana kota yang terletak di tepi jalan Simpang Pulai ke Batu Gajah, Negeri Perak

Cara nak sampai ke sini, kalau kita dari KL ikut Lebuh raya Utara Selatan, kena keluar di Plaza Tol Simpang Pulai dan kena memandu ke jalan menuju ke Batu Gajah.

Ada sign dan penunjuk arah dan senang je nak jumpa sebab kawasan ni terletak di tepi jalan jer.

Masuk kawasan dan parking kenderaan di sini. 

Cas parking sebanyak RM 2 di kenakan. Sila abaikan kuku yang tak berapa nak lawa tu

Sebelum kita merayau rayau di tempat bersejarah ini elok juga kita ambil tau perihal sejarah yang berlaku kepada istana ini dulu.

Bangunan Kellie's Castle di atas bukit

Pada awal tahun 1890-an, pengusaha British juga telah membuka estet-estet getah di sekitar Batu Gajah. Antaranya ialah Ladang Kinta Kellas, Ladang Kinta Valley, Ladang Harewood, Ladang Sengat dan lain-lain. Antara pengusaha British yang paling terkenal di Batu Gajah ialah William Kellie Smith dan Alma Baker.

Kellie's Castle

William Kellie Smith

William Kellie Smith berasal dari sebuah kampung bernama Kellas di bahagian timur laut Scotland. Beliau datang ke Tanah Melayu pada tahun 1890 ketika berusia 20 tahun. Semasa di Pulau Pinang, beliau berkenalan dengan Alma Baker, seorang kontraktor di Kinta. Beliau kemudiannya berjaya di Batu Gajah sebagai pengusaha ladang getah Kellas Estate, Kinta Kellas Estate, dan lombong bijih timah Kinta Kellas Dredging Company.

Di zaman kegemilangannya, hartawan Kellie Smith telah membina sebuah bangunan yang besar dan indah bagi kediaman keluarganya. 

Bangunan yang diberi nama Kellas House mula dibina pada tahun 1910. Bangunan tiga tingkat itu dibina mengikut rupabentuk sebuah istana di India. Tukang-tukangnya dibawa khas dari Madras. 

Bangunan yang mempunyai 14 bilik, sebuah cellar dan terowong rahsia itu juga akan dilengkapkan dengan lift iaitu yang pertama di Tanah Melayu. 

Di tingkat kedua, akan dibina sebuah padang tenis dengan lantai simen. 

Berita mengenai bangunan itu pernah disiarkan dalam akhbar London Financier pada 15 September 1911. Akhbar itu menyifatkan rumah ketua pengurus Ladang Kellas itu mungkin yang paling unik di seluruh Timur Jauh, baik dari segi bentuk mahupun besarnya.

Senibina bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India.

Apabila Perang Dunia Pertama tamat, sejenis wabak Spanish Flu merebak dari Eropah ke Asia, sampai Tanah Melayu dan juga Ladang Kellas. Ramai pekerja ladang dijangkiti wabak itu meninggal dunia. Ketua pekerja meminta Kellie Smith membina sebuah kuil supaya mereka boleh mendoakan keselamatan pekerja dari wabak tersebut. Kellie Smith fasih bertutur bahasa Tamil dan Melayu. Beliau mengarahkan semua tukang yang sedang membina Kellas House supaya membina sebuah kuil baru di kawasan ladang berhampiran dengan jalan raya. Di bumbung kuil itu terdapat sebaris patung dewa Hindu dan di tengah-tengah barisan tersebut terdapat sebuah patung yang memakai pakaian pengurus ladang bangsa Eropah dengan topi putih. Kuil tersebut masih digunakan oleh pekerja Ladang Kinta Kellas hingga ke hari ini.

Walau bagaimanapun bangunan Kellas House tidak dapat disiapkan pembinaannya apabila Kellie Smith meninggal dunia di Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926 ketika berusia 56 tahun. 

Sungguhpun Kellas House atau Kellie's Castle itu hanya seperti bangunan dalam keadaan 'sedang dibina', namun keunikannya menjadi salah satu tarikan pengunjung ke Batu Gajah kini.

Dah abis story pasal sejarah, now kita usha sebagai seorang pelawat.

Kellie's Castle ini dibuka kepada kunjungan awam dari jam 8.30 pagi - 7.00 petang (setiap hari).

 
Kedai makan dan kedai cenderamata serta tapak parkir kereta telah dibina oleh Majlis Daerah Kinta Barat pada tahun 1990. 


Bayaran masuk ke Kellie's Castle

Tiket masuk

Sebuah jambatan menyeberangi Sungai Kinta dibina untuk pelawat mudah ke Istana Kellie.

Sungai Kinta

Cuaca memang agak panas waktu kami di sana. Lepas crossed jambatan tu kena menapak ikut keliling istana lama ni sebelum membawa ke bahagian atas bukit dan juga terdapatnya pintu masuk ke dalam istana ini.

Laluan ke atas. Ada satu pondok istirehat kat atas tu

Pintu masuk dari arah sisi bangunan Kellie's Castle

Sebaik saja masuk ke dalam bangunan Istana ini, maka dengan sendirinya kita boleh tengok bahagian dalaman dan ruang ruang yang telah dibina bagi melengkapkan pembinaan istana ini.

Antara ruang ruang yang ada di tingkat bawah ini.

The Main Hall

Setting ruang tamu yang dibina bagi menggambarkan suasananya. Tak pasti pulak samaada barang barang ni adalah peninggalan daripada tuan empunya atau prop semata

Kerusi dan alat muzik

Nanti cuci bersih. Gunakan Axion untuk bersih tanpa kesan minyak

Potret lama Tuan Tanah William Kellie Smith

Terdapat juga sudut yang memaparkan informasi serta maklumat mengenai tempat bersejarah ini

Ukiran pada dinding salah satu bilik di Kellie's Castle

Tangga ke tingkat 2

Bilik tetamu

Tingkap dengan bingkai yang diperbuat daripada kayu Cengal

Koridor di tingkat 2 yang di bina bagi membantu memberikan pengudaraan yang lebih baik

Tangga Spiral

Tangga spiral turun ke tingkat bawah

Senibinanya yang mempunyai asimilasi konsep Greco – Roman, Moorish dan India dan tidak terdapat  di mana-mana di Malaya pada ketika itu.

Tingkap Kellie's Castle

Batu bata jenis aprikot yang digunakan dibuat di Malaya, begitu juga dengan kayu cengal yang menghiasi  jenang pintu dan tingkap istana berkenaan, kualiti kayu cengal sememangnya diakui serta mampu kekal utuh sehingga 200 tahun lamanya. 

Oleh kerana pada ketika itu simen tidak ada di Malaya, maka dinding istana tersebut dibina dengan kaedah yang sangat unik, iaitu dengan menggunakan campuran putih telur itik, pasir, kapur, gula merah dan madu. 

Pembinaan Kellie's Castle ini juga tidak menggunakan paku, besi atau jentera berat.

Pelan asal sewaktu Istana ini dibina menunjukkan ianya  mempunyai 14 buah bilik yang mempunyai fungsi yang berbeza setiap satunya. Setiap bilik ahli keluarga yang terdapat di tingkat satu mempunyai laluan tangga yang akan digunakan ketika kecemasan.

Bilik khas yang dipercayai menjadi tempat untuk menyimpan minuman keras

Laluan bertangga ke menara

Ruang untuk lif. Seandainya lif di menara  Kellie's Castle ini siap, ianya menjadi bangunan pertama di Malaya yang mempunyai lif.

Bahagian bumbung yang lapang

Serambi berhantu

Dikhabarkan di kawasan ini lah kelihatan Roh William Kellie Smith juga dikatakan sentiasa merayau-rayau di sekitar koridor bekas istananya itu

Terdapat lagi beberapa cerita misteri yang pernah berlaku di Kellie's Castle ini.


Binaan yang belum siap

Di bahagian belakang terdapat sebuah binaan yang turut tergendala yang mungkin menjadi bahagian dapur



Kellie's Castle  ini dikatakan mempunyai tiga terowong dibawahnya, terowong pertama menuju ke kuil Hindu yang berada kira-kira 500 meter dari istana ini, terowong kedua menuju jalan keluar yang berada betul-betul berdekatan kereta milik keluarga Kellie, laluan terowong ini dikatakan telah runtuh dan kereta berkenaan tertimbus dibawah runtuhan tersebut. 

Terowong terakhir, iaitu terowong ketiga masih kekal misteri kemana arah tujunya.

Selain menjadi tarikan pelancongan, tempat ini juga menjadi pilihan untuk photo wedding shoot.

Apa apa pun, Kellie's Castle sememangnya mempunyai misteri dan tarikannya yang tersendiri. Selain daripada kekal sebagai tinggalan sejarah, ia juga boleh di jadikan sebagai salah satu petanda kemegahan kasih sayang.



Langkah ini terasa terhenti-henti
Depan kelabu pedih memilu
Masa bukan lagi temanku

Masih juga aku mengharap cahaya
Biarpun terus meredah belukar
Pecahan kaca menusuk tubuh berdarah
Sakitnya tiada terkira

Istana menanti bertahta hati berseri
Istana menanti tempat kita pasti

Getar jari-jemari
Bertaut pada harapan ini
Aku membilang hari
Apa akan datang hari kunanti
Istana menanti pasti

Kellie's Castle, Batu Gajah

Peta produck pelancongan Batu Gajah Perak.

Selamat berkunjung !

Sumber :
Wiki - Istana Kellie
Harith Sidek
Portal Majlis Daerah Batu Gajah

bersambung..................

12 comments:

  1. Eh, dah bercat dah.

    Dulu2 klu balik mlm mmg cuak area Kellie's Castle... bukan cuak dgn antu tp kerbau suka lepak atas jalan. Bnyk lak tu.

    Wah, lagu best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena la cat.. kang keluar paper maintenance tak di jaga. walhal ada collection bla bla bla....

      Delete
  2. Mcm menarik je tapi nampak bangunan tu pun seram pun ada..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik.

      pegi la siang2.. ramai org. x de apa apa lah. jgn gi berniat nak jadi seeker sudah lah.

      Delete
  3. Wah.. Bangganya baca Supermeng dari Hitaly terbang singgah kat kampung kita di Scotland yang ada Kellie's Castle tu. Rindunya kat kampung halaman kita bila baca entry ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laaa... sekali sekala nak bertukar angin.. asyik duk italy je. nak jugak gi scotland.

      Delete
  4. ehh...apsal harga foreigner yg ko type dgn gamba yg ko ambil mcm x sama jek? Nampak mcm foreigner RM10 tp ko type RM5...ke sbb ko org Hitaly ala2 foreigner dpt rege RM5 ko type camtu rege dia..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala... aku silap tu. yang gambar tu betul. details tu salah. aku cut paste hari tu dari mana ntah. maybe harga lama.

      terima kasih. nanti aku buang.

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. msti supermeng tak tau ada patung kecik kellie smith kat kuil berhampiran~

    ReplyDelete
    Replies
    1. serious tak tau....

      sungguh ke?

      nanti la gi check semula kalau berpelung lagi ke sana. tq

      Delete