Pages

Thursday, August 25, 2016

Jom Makan : Olive Garden, AEON Mall Shah Alam

First time kami berkunjung ke AEON Mall Shah Alam yang telah dibuka dengan rasminya pada 10 Mac 2016 yang lalu.

Memang terasa nak pegi tapi macam tak berdaya lagi lagi kalau tempat baru ni mesti orang penuh berumbu.

Tau berumbu tu apa? Gi tanya orang Italy !

Tapi kami ke sini akhirnya sebab aku ada misi lain iaitu nak cari barang. Barang apa tu, rahsia. Tak leh bagitau...............

AEON Mall Shah Alam terletak di Seksyen 13, Shah Alam

Gedung membeli belah terbaru di Shah Alam dengan premis premis perniagaan yang pelbagai di bawah satu bumbung

Kebetulan masa aku pegi hari tu ada promo pasal Jepun. So setting agak keJepunan

Okey.

Sebenarnya aku tak de la nak cerita pasal Aeon Mall ni pun. Mall being mall.. bila buka ramai la orang berpusu pusu gi serbu, kang ada yang lain, dah tak jadi tumpuan.

Tapi pada pengamatan aku, AEON Mall ni memang besar. Taraf shopping mall berskala besar dah dengan beberapa anchor tenants yang termasyur termasuk la Uniqlo, H&M, Aeon tu sendiri dan jugak banyak la kedai kedai lain which aku pun tak abis explore.

Orang ramai gila. Timbul rasa penyesalan pulak aku ke sini sebab aku memang cepat pening kalau tempat orang ramai ramai ni.

Tapi aku suka mall ni sebab ada toilet untuk budak budak. Cute jer.

Dan aku tak berapa suka sebab banyak pulak benda benda untuk budak budak kat sini.

Contohnya keretapi ni. Princess nampak dah sibuk nak naik. Masalahnya aku ni bukan macam bapak bapak yang lain tak berapa rajin nak queue.  

Dan macam biasa kat mall mesti ada arcade main main macam ni. 

Hero macam biasa akan main game. Princess nak main tikam tikam pakai kaut tu. Masalahnya dia suruh aku main... Papa ni tak pernah nya lucky bab bab nak menikam waima cabutan bertuah sekalipun. Tak pernah bernasib baik di situ. Dah tak dapat tu, muncung juga.

Tapi pegi tempat ramai orang ni mesti sakit kepala. Lagi lagi kalau budak budak pun buat perangai, mau aku lak yang bersilat kat situ. Sudahnya tak jumpa pun apa yang di cari, pusing lebih kurang dan kami cari tempat makan.

Riki punya riki, jumpa lah tempat ni. Olive Garden, Italian Kitchen.

Olive Garden Italian Kitchen, AEON Mall Shah Alam

Terletak di tingkat bawah

Resto ni menyediakan makanan ala ala Italian. Sesuai la dengan tempat asal usul aku tu. Lagi menambah minat nak cuba makan di sini.

Usha dulu setting dalam resto.

Lawa jugak la setting dia. Cozy dan tak cramp sangat

Tak de choice sebab memang tak de smoking area

Olive Garden

Duduk dan kami di layan oleh waiter bertugas.

Dia bagi buku menu.

Let's eat

Aneka Italian food. Check harga macam agak pricey jugak. Level level Italianese jugak la ni.

Set Tour of Italy..... 

Yang menariknya.. kids eat for free

Princess time mood nak menulis

Sementara menunggu tu aku borak borak dengan OR.

"Awak tau tak cerita Popeye?"
"Tau lah"

Hero pun cakap dia tau tapi tak follow sangat.

"Awak tau tak bini Popeye nama apa?"

OR diam tak jawab. Tak tau latewwww..... Tak pe. Aku kasik jawapan.

"Nama dia Olive !!!"

* mengilai panjang tanda kemenangan.

"Oh.. ya ke? Awak tau tak anak Popeye nama apa?"

Dia pulak nak tanya aku. Apa eh? Tak per... aku sahut cabaran...

2-3 minit dok fikir, aku tak tau pun jawapan.

"Apa nama anak Popeye?"

Aku surrender.

"Pop Yeh Yeh !"
"Ya ke? Tak pernah dengar pun"
"Ya lah. Bapak dia PopEye... anak dia Pop Yeh Yeh .. Mak dia Pop Klasik.. nama Zaitun jer...."

Cheh. Tipah tertipu. Aku siap boleh percaya lak tu awal awal masa dia cakap tu yang anak Popeye tu nama Pop Yeh Yeh. 

Tetiba terus terngiang ngiang suara kumpulan Elite buat kemunculan dari celah celah meja restaurant ni nyanyi lagu Tamparan Wanita.

* OR sebagai Sasha Elite... keluar bawak ekor pari.

Pap ! Pap ! Pap !



Setiap kali kau marahi diriku ini
Tergugur jantungku tergaman membisu
Setiap kali kau kasariku tak mengerti
Kau berjanji tidak kau ulangi lagi

Tiada guna kita bersama
Jika jiwa merana
Akulah wanita
Di sini nokhtahnya, jangan kau cabar

Aku bukannya selemah yang kau sangka
Aku tak rela diseksa, haa!
Beranikah lagi bersemuka
Rasakan kuasa, tamparan wanita

Perasaan cinta tiada lagi di dada
Hanya perasaan takut menghantu minda
Mana bisa ku percaya... janjimu dusta
Lihtalah saja luka daku kau dera

Tiada guna berkata-kata
Masanya sudah tiba
Akulah wanita
Tidak lagi gentar... jangan kau cabar

Aku perlu berdiri tanpamu
Berani berdiri kerana benar

Okey sambung pasal bab makan di Olive Garden ni. Menunggu tak lama, then makanan pun tiba.

Oh by the way, anak Popeye tu nama dia Swee'Pea.

Salad sampai dulu. On the house

Ada bagguette dan 2 jenis soup. Pun FOC

Makan benda benda ni saja pun dah kenyang

Then air pun sampai. Hero dengan Princess dengan Iced Chocolate Shake masing masing. 

OR order watermelon dan aku order strawberry apa benda ntah nama nya

Kids meal. Hero ambik grilled chicken with fries. Sah sah la makanan ciput macam ni anak aku tu tak cukup. Princess ambik pasta carbonara tapi tak dan nak ambik gambar. Portion budak budak kecik je dan macam healty food sungguh. Rasa pun hambar jer.

Ni main dish aku. Rosemarry chicken apa benda ntah nama. Sedih betul. Macam makanan orang sakit. Tak pedas .... sungguh tak Hitaly !

OR punya Aglio Olio.... Not bad la yang ni

Pastu tersalah order benda alah ni....Vegetarian Tour of Italy ! Serba serbi sayur mayur. 

Malu sungguh sebagai warga Hitaly salah order makanan sendiri !

Lasagna sayur. Spaghetti Pesto pun sayur dan Terung Parmagiana.. Terung tu... Kau hado? !......  Dah la tak sedap. Last sekali tak makan pun sebab memang tak sedap !

Kalau makan pun tak boleh kurus jugak sebab hati panas !

Memang nasib malang lah terorder benda alah tu sebab ingat Hero tak cukup makanan dia. Main tengok gambar je pastu order, macam ni lah.

Overall... makanan biasa biasa je. Tak de la menarik mana. Harga agak high end jugak. Service boleh di puji, waiters pun nampak friendly. Kedai bersih.

Tapi sebab terorder makanan berkonsepkan sayur semata dan waiter tu tak bagi khidmat nasihat maka aku rejek tak mao datang dah.

Hehehe.

Memang bukan salah dia lah. Salah aku yang order ikut ikut suka.

Apa apa pun kos makanan adalah RM 193. Mahal kan? Walhal macam banyak je yang free tapi datang bil boleh terdiam jap picit picit kepala yang tak sakit.

Anyway.... sapa nak try boleh la try. Maybe ada makanan lain yang enak dan lazat kot. Aku ni nama je berasal dari Italy tapi kalau makan tu tak berapa reti nak order. Maklum lah.. kat Hitaly pun hujung hujung kampung je duduk nya.. Hari hari makan Ubi Kayu cicah kelapa.

OLIVE GARDEN - Italian Kitchen
Aeon Shah Alam
G-08 & G-09, AEON Mall Shah Alam,
No. 1, Jalan Akuatik 13/64, Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03 2631 5319

Operating Hours
10AM – 10PM (Sun – Thurs)
10AM – 10.30PM (Fri – Sat)

Dan mereka juga ada cawangan di MidValley.

Website : Olive Garden Restaurant
FB : Olive Garden Malaysia

Abis makan, lepas maghrib kami pun blah balik rumah dengan hati yang sedikit terluka.

Terluka kena tamparan wanita. Terluka jugak sebab salah order. Sungguh aku tak berapa nak Hitaly !!!

Bye bye...

Tak nak datang setahun. Tunggu reda dah tak de orang baru aku pegi

10 comments:

  1. Replies
    1. dop. dia buak dok kena stabuk !

      #pasrahhidungtakmancungpipitersorongsorong

      Delete
  2. pada aku bukan biasa2 jek tp mmg x sedap...hambar makanan dia..rasa mcm kering jek makanan dia bila makan...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh? okey. aku buleh setuju dgn statement ko tu.

      aku nak tulis teruk2 sebab tak rasa semua menu dia. so maybe ada exception la kot. tapi kalau kau pun rasa tak menarik. maybe kita betul la kot !

      Delete
  3. aku pun hitaly jugak le sbb makan ubi kayu...hakhak

    ReplyDelete
  4. mak aihh mahalnya.

    dulu suka jugak main tikam kaut tu , suh abah mainkan. hahha gegirl memang macam tu kot =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnya bapak dia ni tak berpotensi nak menang. psycho motor rosak. mata rabun.. selalut kaut kosong je.. tu pun berpeluh peluh dah.

      dia la yang muncung.

      Delete
  5. adehhhhhh skrg nie nak jjcm pun raser mcm seriau laaa...kedai2 konsep cenggini mmg takut nak masuk...harga memang kaw2 dier charges....lps tu x kena dengan selera kiter...buang duit jerk kannn...sedeyyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu sebelum pegi tu riki riki dulu... usha usha pengalaman org lain yang pernah pegi. so tak de la kita mengalami nasib yang sama.

      tapi... kalau tak pegi tak tau. kena pegi dan rasa sendiri.

      Delete