Pages

Monday, August 8, 2016

Jom Layan : Sesuatu Yang Indah

Monday blues? Chill dan rilex rilex dulu................

Baca ni !

Tidak perlu mencari sampai ke hujung dunia untuk menemukan keajaiban. Keajaiban itu ada di sekeliling kita yang telahpun kita miliki atau untuk kita miliki. Jadi, jangan sampai terlupa untuk kita selalu mensyukuri...

Kita hidup di gunung, merindukan pantai. Kita hidup di pantai, merindukan gunung. Kalau kemarau kita tanya bila hujan? Di musim hujan kita tanya bila hari akan panas kembali?

Duduk di rumah, berkeinginan untuk keluar. Setelah keluar, berkeinginan untuk pulang. Waktu sunyi mencari keramaian. Waktu ramai cari ketenangan.

Ketika bujang mengeluh keinginan untuk berkahwin. Sudah berkeluarga mengeluh belum miliki anak. Setelah ada anak, mengeluh perbelanjaan hidup. Setelah semua memeningkan kembali ingin membujang.

Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, dan mengabaikan apa yang sudah dan sedang kita miliki....?

Mungkinkah sehelai daun yang kecil dapat menutupi bumi yang luas ini?

Jadilah insan yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki. Syukuri apa yang sudah kita miliki sebagai tanda nikmat untuk kita memuliakanNya.

Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki..
Bersyukur atas keluarga yang kita ada..
Bersyukur atas pekerjaan dan rezeki.
Bersyukur atas kesihatan yang kita perolehi
Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang diberi.
Bersyukurlah dan sentiasalah bersyukur di dalam segala perkara kerana syukur itu indah !


Pabila malam mengheret balam balam senja yang terakhir pergi menghilang.

Senja dari Tanjung Harapan.






















Mengapakah kita selalu berjauh hati
Selalu sendiri dan terasa hati
Apakah kita tak sehaluan lagi
Berat bagiku
Berat bagiku

Melepaskanmu...
Bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini
Pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati
Kala malam tidurku tak lena mengenangkanmu

Apakah salahku
Kau buatku begini
Selalu sendiri...tinggal sendiri
Cinta yang ku pinta
Kau balas dengan dusta
Berat bagiku..

Melepaskanmu...
Bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini
Pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati
Kala malam tidurku tak lena mengenangkanmu

Ku cuba pertahankan...
Separuh jiwaku hilang ikut terbang bersamamu
Episod cinta hitamku kini berulang kembali
Berulang kembali menguasai diriku ini

Oh tuhan
Ku mahu yang terbaik
Terbaik buatku
Insan kerdil ini

Oh tuhan
Noktahkan kehilangan ini
Munculkan dia
Dia terakhir buat ku..

Dan buat diri nya..................

8 comments:

  1. Blog ko mmg the best meng... 😀
    Wpun aku dah jrg tinggal komen, blog ko tetap aku terjah selalu...hehe
    Doakan akuuuu gigih hapdet blog wei.smlm buka laptop, blurrr taktau mna nk mula tulis.terus tutup balik...hehuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana jadi pembaca setia...

      cepat update blog tu. kang tumbuh pokok durian pulak ssitu

      Delete