Pages

Thursday, July 21, 2016

Trip Penang 2016 | 04 : JJCM Penang - Part I : Padang Kota Lama

Walaupun trip ke Penang aku ni adalah untuk tujuan majlis lain yang mana most of the time makan dekat hotel dan kawasan sekitar Gurney Plaza tu, tapi sempat jugak la aku curik curik melilau pekena makanan makanan yang tersohor di Penang ni !

Tak best la kalau datang Penang tak pekena makanan di Penang ni ye tak?

Sepetang di area Padang Kota Lama. Makan makan dekat food court kat situ.

Padang Kota Lama

Petang petang perut pun meroyan mintak di isi. Tapi sebab malam tu nak makan berat di hotel jadi keluar ni makan light light jer.

Lepak makan di food court kat Padang Kota Lama ni jer.

Macam macam ada di sini. Order je ikut selera dan anak tekak !

Kawasan food court ni pun luas dan selesa. Bersih dan banyak pilihan makanan. Jadi kalau dah banyak hidangan tersedia, semua benda rasa macam nak di jamah.

Yuk ! 

Kabulkan selera tekak sendiri !

Makan nasi lemak bungkus

Katanya sedap terangkat. Aku try la jugak. OK lah. Pedas sikit. Aku kurang daya tahan kepedasan ni. Lagi parah bukak bukak tengok nasi lemak ada ikan. Erkkk.

Rejek yang tu. Ambik yang kedua. Ada udang. Tapi udang pun macam dari zaman silam je. Semua body macam supermodel. Isi tak der.

Overall. Nasi lemak yang di gembar gemburkan enak ni bagi aku biasa biasa jer.

Sebab pedas. Ulam ulam minum air. Siap order tambahan coconut shake lagi.

Order pasembor. Makan ramai ramai. Aku makan macam macam tu je lah. Tak berapa minta sangat.

Highlight of the day ! Mee Sotong. Aku makan ni walaupun agak kenyang. Tapi sedap ! Memang sedap. Memula konon nak gi makan kat Bangkok Lane tu tapi tak jadi. Khabarnya kebersihan di sana agak mendukacitakan. Tapi serious, mee sotong ni sedap gila !!! ( walaupun aku makan tak abis )

Kenyang. Alhamdulillah.

First time aku makan mee sotong kat Penang ni memang tak mengecewakan !

Petang hari ke 2 keluar lagi ! Ronda ronda cari kudap kudapan petang dan kami makan di Medan Renong Padang Kota Lama. Yang ni bukan kat padang tapi kat corner dekat dengan Dewan Sri Pinnag.

Orang kata kat sini lagi mengancam !

Layan dulu suasana petang

Medan selera. Ada tempat orang Melayu dan ada tempat Chinese juga

Senja yang tak berapa nak ada

Gigih memancing mat salleh ni

So kat sini pun sama. Ada area food court dengan pelbagai makanan boleh di pilih mengikut selera.

Orang pun boleh tahan ramai juga

Kerang rebus. Princess aku suka beno la ni. Suka kopek tapi tak suka makan !

Sotong dengan kangkung. Aku tak redha nak makan ni. Bukan makanan aku kalau benda nampak macam tak berapa masak ni. Tapi OR kata sedap

ABC

Dan highlight di sini Pasemboq !!

Terbaik hanya dari Warung Gani !

Sebab aku tak berapa suka sangat pasembor ni so aku makan lite lite jer.

Overall, nice place to eat. Banyak choices of food. Hati hati je la berbelanja sebab banyak benda rambang mata semua nak rasa. Kang time bayar, kelip kelip mata carik duit tak jumpa !

Apa apa pun Alhamdulillah kenyang............

Boleh jadi lokasi tujuan bagi sesiapa ke Penang dan mencari makanan !

Sabar menanti senja



Tiada kata bagimu
Sebagai buluh perindu
Kan ku nantimu
Bekal ku hanyalah rindu
Walau dipisah lautan
Duhai kasihku...

Kala senja dikau datang
Walaupun hanya lamunan
Aduhai....
Sabarlah menanti
Ku takan lama

Daku pergi demi tugas
Walau apapun beratnya
Oh relakan
Pesanmu tak kulupakan
Sumpah setia demi cinta
Oh percayalah

Bila sinar suria
Menghampiri dikau
Sabarlah dik sayang
Ku kembali...

bersambung...............

12 comments:

  1. Mee sotong tu brp rm sepinggan boh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dok ingat starang.. tapi rasanya dok mahal mana...

      Delete
  2. Tergoda tgok sambal Nasi Lemak tu..tahun lps pergi Penang x sempat nak ronda byk tempat :)
    http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.my/2015/10/pulau-pinang-part-2penang-art-street.html

    ReplyDelete
  3. Mee sotong bangkok lane mmg sedap...klau nak rasa lebih baik tapau, makan kt bilik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. next time la cuba. hari tu sepupu sepapat dah pegi dulu. dia orang kata ramai sgt org... tu yang tak moh pegi situ tu

      Delete
  4. pada aku mee sotong dia manis sikit dan bukan taste aku la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus. kurangkan manis dlm makanan..... lebihkan manis dlm senyuman

      Delete
  5. dulu mee sotong tu pedas gila.. skrg dah kurang.. mayb sbb ramai komplen...start lepas dia masuk rancangan best of world kot yg org tu makan sampai nangis2 dia kurangkan pedas.. skrg dah kurang sedap compare dulu..tapi still sedap lagi la..

    bangkok lane pn sedap.. nak kata kebersihan kurang tu takdelah teruk sgt.. lebih kurang je cam hameed pata ni.. tp yg bangkok lane tu dia tumpang kedai kopi cina..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa.... kalau pedas mau aku baling meja kat situ.. ekekeek....

      nanti la try semula pegi bangkok lane tu.

      Delete