Pages

Monday, June 20, 2016

KEMBARA IMAN 2016 : 12 - Madinah : Masjid Qiblatain

Destinasi seterusnya adalah Masjid Qiblatain atau dikenali juga sebagai Masjid Qiblatayn.

Masjid Qiblatain (Masjid dua kiblat) adalah salah satu masjid terkenal di Madinah. 

Masjid Qiblatain

Masjid ini mula-mula dikenali dengan nama Masjid Bani Salamah, kerana masjid ini dibangunkan di atas bekas rumah Bani Salamah. Terletak di tepi jalan menuju kampus Universiti Madinah di barat laut Kota Madinah. 

Ia merupakan satu daripada 3 masjid paling awal dalam sejarah Islam selain Masjid Quba dan Masjid Nabawi. Di namakan Qiblatain kerana di sini lah umat Islam pertama kali ditetapkan mengadap ke arah Kaabah di Masjidil Haram, Mekah.

Menara

Sejarah Masjid Qiblatain

Dahulunya, sebelum kiblat solat umat Islam ditentukan mengadap Kaabah, kiblat asal adalah ke arah Baitulmuqqadis ( Masjidil Aqsha ) di Jerusalem/Palestine sehinggalah turun wahyu kepada Rasulullah SAW untuk memindahkan kiblat ke arah Masjidil Haram di Mekkah.

Peristiwa itu terjadi pada tahun ke-2 Hijrah iaitu pada hari Isnin dalam bulan Rejab. Ketika itu Rasulullah SAW tengah bersolat menghadap  Masjidil Aqsa. Sedang Nabi menunaikan solat Zuhur, tiba-tiba turunlah wahyu dari surah Al Baqarah ayat 144 maksudnya:

“Sungguh Kami (sering) melihat muka mu mengadap ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arah nya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahawa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.”

Setelah turunnya ayat tersebut di atas, berkata seseorang dari Bani Salamah, 

"Ketahuilah, sesungguhnya kiblat telah diganti" 

Maka mereka berpaling sebagaimana mereka menghadap kiblat, dan kemudian meneruskannya dengan memindahkan arah kiblat menghadap ke Masjidil Haram. 

Sebelum itu sebenarnya Nabi Muhammad SAW selalu di ejek oleh kaum Yahudi kerana berkiblatkan ke arah kiblat mereka (Sham). Maka itu, Nabi sering berdoa semoga Allah menunaikan permintaan baginda untuk mengadap ke arah Kaabah (Baitullah) sebagai kiblat umat Islam.

Orang yang bodoh di antara manusia akan berkata: "Apakah yang memalingkan mereka [Islam] dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini?" 

Katakanlah: 

"Kepunyaan Allah-lah Timur dan Barat; Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus"

Arah kiblat yang mengadap ke Baitullah

Sebenarnya sewaktu ziarah luar, bas tu memang lalu kat masjid ni tapi tak berhenti. So sebab tak puas hati tak dapat singgah, aku masukkan dalam ziarah aku sendiri dan datang ke sini.

Jom usha Masjid Qiblatain ni.

Kawasan sekitar masjid yang di penuhi dengan orang berjualan

Kubah Masjid Qiblatain

Pokok kurma yang rimbun di luar masjid

Jom usha masuk dalam.

Aku turun ke bawah dulu untuk ambik wuduk dan naik ke atas semula menuju ke dewan solat utama.

Menuju ruang solat utama

Pintu masuk

Pintu masuk blah dalam ke dewan solat

Yang menuju terus ke arah mihrab tempat imam bersolat

Sebaik masuk pintu terus je nampak mihrab yang mengadap Baitullah

Mihrab dan mimbar

Kiblat asal yang mengadap ke Jerusalem

Tempat al quran

Karpet

Masuk masuk je aku terus solat tahiyatul masjid dan solat dhuha.

Then baru usha usha kawasan sikit.

Ruang solat dalam dewan utama

Bahagian hadapan masjid

Lampu di bahagian atas

Arah sisi dewan solat

 Tak de la aku berlama laam, usha lebih kurang then pegi ke bahagian luar bangunan masjid pulak.

Bahagian atas

Ukiran kayu pada pintu utama

Senibina

Masjid Qiblatain dari arah hadapan

Kawasan sekitar masjid

Bangunan berdekatan

Kawasan lapang

Masjid

Sempat aku lepak jap beli aiskerim

Jalan utama di hadapan masjid

Arah berlawanan

Tunggu driver Uber untuk bawak aku balik semula ke Masjid Nabawi

Bagi aku Masjid Qiblatain ni tak de la lawa mana dari segi binaan, tapi nilai sejarah dan peristiwa yang berlaku di sini itu lebih menarik minat untuk di lawati.

Lagipun, pembangunan baru masjid ini telah menghilangkan ciri khas 2 kiblatnya dan yang ada cumalah satu arah sahaja iaitu mihrab yang menghala ke Baitullah.

Kalau ke Madinah dan ada masa, boleh singgah di sini nanti.



Sejauh mana pun ku lari
Menggapai hasrat yang terpendam
Biar berkali rebah ku bangun
Walau payah

Kuhimpun kudrat dan harapan
Mengiringi azam yang usang
Sinar seakan pudar

Bila terbit sang suria
Begitulah semangat tegar
Meskipun musim kan silih berganti
Ku terus melangkah

Daku gagahi
Mencari arah
Oh Tuhan
Sinarilah kiblatku

Keringat diteman embunan
Kicau unggas turut berdoa
Purnama bagai tenangkan perang
Di dalam hati

Kuhimpun kudrat dan harapan
Mengiringi azam yang usang
Sinar seakan pudar

Bila terbit sang suria
Begitulah semangat tegar
Meskipun musim kan silih berganti
Ku terus melangkah

Daku gagahi
Mencari arah
Oh Tuhan
Sinari lah kiblat ku

Kala sujud ku ada kesyukuran
Dalam mimpi ada sedih
Menghantui andai ku alpa
Langit kejayaan ku
Berkiblat pada Mu
Hanya satu...

Bila terbit sang suria
Begitulah semangat tegar
Meskipun musim kan silih berganti
Ku terus melangkah

Daku gagahi
Mencari arah
Oh Tuhan
Sinari lah kiblat ku..

Sumber : Masjid al-Qiblatayn

bersambung.............

10 comments:

  1. Mmg pun.....selalunya lalu shj kat sini...muttawif akan bercerita jer...untungla dpt jln sendiri...huhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. dah alang alang sampai, kalau tak jejak masuk rasa mcm tak complete jer... tu yang panjang langkah tu...

      Delete
  2. Replies
    1. yang van ni tak sedap sgt. yang tepi tepi bangunan keluar dr masjid tu sedap... boleh jadi ketagih. subuh2 pun terasa nak bedal aiskerim

      Delete
  3. bestnya..boleh berlama-lama, snap2 gambo..dulu pergi sempat solat je, itupun berebut-rebut nak cepat..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. org kata.. relaks relaks jer... jgn ikut org.. ikut pace sendiri.. apa yang penting. pengisiannya tu biar pada kadar maximum !

      sambil2 tu boleh la cilok lawat tempat2 lain juga

      Delete
  4. Actually kita suka tgk senibina Qiblatain dan Quba ... macam icing kek gitu !!!

    ReplyDelete