Pages

Friday, June 10, 2016

KEMBARA IMAN 2016 : 04 - Umrah : Shopping

Melontar bukan la salah satu rukun umrah, tapi kalau orang gi umrah melontar ni dah jadi wajib dah !

Bukan melontar batu, tapi melontar wang ringgit untuk shopping !!!!!!!!!!!!!!

* ka ching ! ka ching ! ka ching !.....

Susah nak cakap kalau gi umrah ni dan tak shopping ! Aku yang bukan kaki shopping pun terpalit sama. Dalam pada tak nak beli apa apa, terbeli jugak. Belum cerita duit abis dan menggagau fikir cemana nak beli jugak benda benda yang dikehendaki ni !

Tapi membeli belah di Mekah dan Madinah ni memang lazim lah. Orang kata dah sampai kena la beli. Kadang kadang sebelum pegi orang tu orang ni sedekah duit, kena la jugak balas budi.

So kali ni ayuh kita tengok apa yang ada di Mekah dan Madinah ni, yang boleh di beli atau buleh di usha acara melontar riyal secara gembira !

"Mari mari. Mari dekat beli beli. Murah ! Murah !"

Tu adalah dialog biasa yang boleh di dengari di kedai kedai penjual di sana. Rata rata dia orang ni memang reti bahasa Melayu. Ada yang fasih, dan ada jugak la yang tahu sekerat dua.

Ada bagusnya. Yang bagus senang nak berurusan. Yang tak bagusnya....  dia orang pandai pulak putar belit ayat beli jiwa kita supaya terpedaya !

Shopping ketika umrah !

Suasana di Madinah. Jualan di tepi tepi jalan

Juga di kedai kedai di kaki lima jalan

Kebanyakkan dia orang ni modus operandi adalah berjual lepas abis setiap solat fardu.

Asal abis solat orang start keluar dari masjid ni maka ramai la daripada dia orang ni yang berniaga. Lagi lagi kalau time subuh !

Subuh subuh hari

Lelong !

Pemandangan biasa. 

Siap tarik dan usung jualan mereka.

Jualan macam ni kira lelong. Agak murah kalau kena cara. Tapi ada risikonya. Kalau tengah dia orang berjual then ada peronda lalu, maka berterabur la dia orang ni. Time tu kalau belum dapat duit baki ... sedekah je lah. Memang gegila dia orang lari sebelum barangan di rampas.

Tapi kebanyakkan daripada mereka yang ada kedai di pinggir jalan. Dia orang akan siap sedia menarik minat orang yang lalu lalang untuk berbelanja di kedai mereka.

Cari lah apa yang nak di cari !

Beli lah apa yang di gemari

Yang di sukai. Mau beli emas?

Rata ratanya semuanya ada di sini !

Dan rata ratanya barang yang dia orang jual ni semua sama jer....   Apa yang membezakan adalah layanan dan kesediaan untuk sesi tawar menawar. 

Kebanyakkan dia orang ni memang pandai cakap Melayu so senang je nak tarik pembeli dari Malaysia ni contohnya. So pepandai la negotiate harga dengan orang orang cam ni. Letak je rendah rendah, kalau dia tak bagi, cari kedai lain ! Semua kedai jual barang yang sama. Dan kadang kadang dia orang ni malas nak melayan especially kalau kita nak tengok size lah apa lah. Boleh siap bergaduh jadi nya. Dan dia orang ni memang kasar kasar orang nya dan bila bercakap macam nak pecah rumah !

Boleh bikin kita yang stress pulak.

Satu lagi kalau gi ziarah luar, ramai orang jual jual tu especially budak budak. Kalau tak nak beli jangan di layan dia orang ni. Kang susah kita di buatnya.

Sebab aku ke Madinah dulu, so aku shopping siap siap kat sana. Kurma dan barang yang orang kirim tu aku beli dulu. Dan dari pengamatan aku, dari segi pilihan barang serta harga, elok lagi berbelanja di Madinah. Lagi pun kat Mekah tak de banyak masa sebab sibuk nak beribadah jer.

Barang barang macam kacang dan kurma tu elok beli di Madinah jer. Lebih murah harganya

Biasanya dia mutawif akan bawak kita ke kedai kedai yang dia dah biasa contohnya di Pasar Kurma ni. Dan beli kat sini lebih murah dari beli kat ladang kurma !


Buat lah pilihan yang bijak sewaktu membeli kurma. Sebaiknya pegi tanya tanya harga dulu kat beberapa kedai lain. Susah susah beli kat Malaysia je. Harga pun beza sikut jer....

Maka beli lah apa yang hendak di beli ! Ingat, bagasi pun ada limitnya so berpada pada la juga.

Dan aku ni memang bukan jenis reti shopping. OR suruh cari Jubah Abaya... Banyak kedai aku keluar masuk dan tanya... sampai sudah tak jumpa. Pastu aku terfikir balik.

"Betul ke Abuya? Ke Abaya?"

Tadik semua kedai aku tanya Abuya !! Hmm patut la semua orang tak tahu !

Sampai sudah aku tak jumpa. Baju Princess pun tak de yang aku berkenan ! Last sekali give up ! Malas mencari dah. Kualiti pun macam tak berapa bagus jer.

Tapi aku memang suka beli buah buahan ! Segar dan murah.

Bawah Movenpick Hotel di Madinah pun ada Bin Dawood. Boleh beli macam macam kat sini. Tapi harga mahal sikit lah.

Tengok apa aku jumpa !!! Ali Ali Cafe.... ! Tapi tak beli pun.

Kedai kedai di kaki lima bangunan hotel di Madinah. Kedai kedai ni kalau time orang solat dia orang memang tutup.

Selain banyak jual cenderamata

Banyak jugak yang jual wangian dan Oud.

Nama kedai pun VaVaVoom !

Jangan tak caya Giordano ada jual kain ihram oke !.. Currrlust pakai kain ihram cap Giordano !

 
Kedai I Love Madinah

Dan kalau nak cari benda benda macam inai lah, apa benda lah yang orang biasa kirim tu, kat Madinah much better.

Kalau boleh cari kedai kedai yang macam ni dan jauh sikit dari gate masjid. Lebih murah harganya

Jualan lambak

Macam aku kena cari inai. Keliling tempat aku cari. Bukan tak de.. tapi aku nak harga yang murah. Kalau yang lain jual 20 riyal. Akhirnya aku dapat yang jual 10 Riyal. Yang penting kena rajin survey dan negotiate

Tapi ada jugak yang aku terkena. 

Aku beli minyak Habbatul Sauda yang dalam botol tu. Dapat murah dah, tapi bila balik check check, minyak tu cuma separuh botol jer ! Cis.. Tipah tertipu lagi......

Mekah

Walaupun dah shopping di Madinah, tapi masa kat Mekah pun terjerumus jugak ! Especially cari barang untuk aku sendiri dan Hero !

Di Mekah, ada jugak tempat shopping tepi tepi jalan macam di Madinah tapi lokasinya agak jauh dari penginapan aku so aku tak berapa usha sangat.

So cari kat belah bawah tower ni je.

Belah bawah tower tu memag ada shopping mall tapi tak de la branded mana. Ada nampak kedai Guess tapi letak nya hujung hujung kat ceruk jer.

Tapi kat basement tu ada kedai kedai ramai bangla yang berniaga. Jual benda yang sama juga

Tapi barang barang macam tasbih dan sejadah lebih murah di sini daripada Madinah

Cenderamata pun ada

FM aku jumpa banyak di jual di Masjid Hudaibiah. Harga dalam 3 riyal.

Dan untuk diri sendiri aku tak lupa juga. Sedih sedih beribadah mengenang dosa silam. Mohon keampunan pada Tuhan tapi... shopping tetap jalan !!

Aku memang selalu bingung dengan bau bauan kat Mekah dan Madinah. Dulu aku memang tak suka bau bau arabian ni, tapi bila kat sana mak aii... kadang kadang rasa nak gi tanya je.

"Ante pakai minyak wangi cap apa da? Bau nya menusuk kalbu Ana..."

So aku dok cam cam bau so cuba cuba gak la cari oud di sana moga moga ada bau Arabian jugak bila balik ke tanah air ni.

Arabian Oud. Antara kedai perfume dan Oud yang famous. Aku suka masuk dan try, selain dari Arabian Oud ni, Koleksi Abdul Samad Al Qurashi pun sedap jugak tapi bapak la mahal... 

Beli serba sedikit. Moga bau arab ni hilangkan rindu aku pada tanah suci nanti.

Dan member pada member aku tu ada bawak ke kedai ni untuk cari jubah yang memang kain elok elok sikit.

Jubah memang lawa, tapi pekerja tak faham English... cakap ayam itik. Sudahnya aku ingat ada diskaun rupanya tak der. Beli jubah untuk aku dengan Hero 2 helai je dah dekat RM 400. Nak mengelupur aku kat situ ! Abis cash !

Terus insap dan berhenti melontar riyal di sekeliling Mekah !

Hahaha. Tapi aku shopping tak de lah banyak mana. Tak de lah sampai beli extra beg. Tapi berat beg ngam ngam 25 kilo time balik ! Kus semangat. Beratnya kekacang dan kurma tu jer.

Oh lupa. Teman ku selalu.... Kalau terdesak.. belasah je la rokok arab pun arab laaa. Janji berasap !

Apa apa pun, Peluang yang ada ke sana patut di isi dengan aktiviti ibadah dan pengisian jiwa. Jangan fikir nak shopping jer. Dan kalau berpeluang tu, beli lah dengan peniaga peniaga yang dah tua dan kurang upaya.

Boleh beli

Dan juga bersedekah seikhlas hati

"Dah ! Dah ! Dah ! Duit abis dah. Abis dah shopping. Gi masjid nuh !!.... Insaf insaf la sikit.... jangan asyik nak menyopping jer"

Selalulah ingatkan diri sendiri supaya tak over berbelanja dan terdedah pada virus virus membazir.



Wahai jiwa-jiwa yang tenang
Berhati-hatilah dirimu
Kepada hati-hati yang penuh
Dengan kebencian yang dalam

Karena sesungguhnya iblis ada dan bersemayam
Di hati yang penuh dengan benci
Di hati yang penuh dengan prasangka

Laskar cinta
Sebarkanlah benih-benih cinta
Musnahkanlah virus-virus benci
Virus yang bisa rusakkan jiwa dan busukkan hati

Laskar cinta
Ajarkanlah ilmu tentang cinta
Karena cinta adalah hakikat
Dan jalan yang terang bagi semua umat manusia

Jika kebencian meracunimu
Kepada manusia lainnya
Maka sesungguhnya iblis
Sudah berkuasa atas dirimu

Maka jangan pernah berharap
Aku akan mengasihi menyayangi manusia-manusia
Yang penuh benci seperti kamu

Laskar cinta
Sebarkanlah benih-benih cinta
Musnahkanlah virus-virus benci
Virus yang bisa rusakkan jiwa dan busukkan hati

Laskar cinta
Ajarkanlah ilmu tentang cinta
Karena cinta adalah hakikat
Dan jalan yang terang bagi semua umat manusia

Wahai jiwa jiwa yang tenang jangan sekali kali kamu
Mencoba jadi tuhan dengan mengadili dan menghakimi
Bahwasanya kamu memang tak punya daya dan upaya
Serta kekuatan untuk menentukhan kebenaran yg sejati

Bukankah kita memang tercipta laki laki dan wanita
Dan menjadi suku-suku dan bangsa-bangsa yang pasti berbeda
Bukankah kita memang harus saling mengenal dan menghormati
Bukan untuk saling bercerai-berai dan berperang angkat senjata

bersambung............

12 comments:

  1. Replies
    1. baik lagi di negara sendiri................

      Delete
    2. takkan mungkin boleh terlawan baiknya tanah rasulullah saw...

      Delete
    3. jawapan di atas tu adalah dalam konteks berbeza..bagi menjawab soalan yang di tanya.

      Delete
  2. Pasor khemme! natang ganah puok2 tu! harap2 mu dok kene pegang kemah kemming. susohang nok tembo lari. Base bodo, nyaknye org nok gi bbeli

    (maaf, bahasa ganu piyor... teringat bubor lambuk ori, dan nekbak)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nok gok nekbak... sedak tu. dong dang nok cari lagi bulang pose ni....

      akok juper doh. woh gomok tak dok lagi

      selamat berposa SM !

      Delete
  3. mengimbau kenangku pada tahun 2014. nice.

    ReplyDelete
  4. Suka tengok orang orang Malaya shopping ... semua barang dia orang beli ! Meriah !!!

    Peniaga peniaga pun suka dengan orang orang Malaya !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah.... pegi ziarah pun makcik2 siap bawak beg tarik.. ingatkan nak buat apa. kosong je.. katanya nak isi barang utk shopping..

      memang bersemangat

      Delete