Pages

Saturday, June 4, 2016

Jom Usha : Floria Diraja Putrajaya 2016

Setiap tahun antara aktiviti wajib yang diadakan di Putrajaya adalah Floria Diraja Putrajaya atau FLORIA !

Floria 2016

FLORIA DiRaja yang mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai antara pameran flora tersohor dan pentas mengumpulkan pakar industri landskap, hortikultur dan florikultur terkemuka dunia muncul buat kali ke sembilan pada tahun ini.

Dan aku tak de la teruja dan beriya pun follow dan nak datang tengok bunga bunga di sini. Pernah jugak la datang Floria ni dulu sekali dua tapi dah lama dah. Tahun lepas tak datang rasanya sebab panas !

Tapi tahun ni ada satu hari yang indah hari tu, aku berada di Putrajaya untuk meeting. Janji meeting kol 12 tengahari. Tup tup bila sampai sana, postponed pulak ke pukul 2.30 petang !

Aduh ! Nak makan dah kenyang.

Jadi apa nak buat ni? Last sekali member aku ajak ke sini. Layankan je lah.

Dengan kegigihan yang luar biasa, dengan buasana opis dan kamera iPhone, maka aku singgah tengah tengah hari buta di sini untuk menjamu halwa mata dan buang masa !

So, layan gambar je lah sebab aku pun tak de la beriya mana ke sini.

Beli tiket. Harga tiket RM 7.50 dewasa dan RM3.50 untuk kanak kanak. Ada tiket untuk Magical Garden dengan tambahan RM 10.50 dewasa dan RM5.50 untuk kanak kanak. Memula aku beli tiket biasa jer.

FLORIA Diraja adalah pameran bunga dan taman berbentuk festival anjuran Perbadanan Putrajaya (PPj) sejak 2007 dan dijadikan acara tahunan bermula 2009 kerana mendapat sambutan amat menggalakkan daripada pengunjung.

Sebab tengahari berdiri orang tak ramai lagi, tapi cuaca memang mencabar emosi dan fizikal.

Alang alang ada di sini, snappy cepat cepat !

Minum dulu elakkan dehidrasi

Tarikan utama hiasan kaler kaler penyeri tapak festival

Jalan yang mana harus di tuju dulu?

Ada banyak zone dengan taman taman landskap bertema serta bunga bunga di pamerkan di sini. Bunga bunga memang banyak tapi dah banyak sangat aku pun tak tau mana satu nak tengok. Tapi yang menariknya adalah garden garden yang di bina dengan tarikan dan keindahan tersendiri yang mampu menarik pengunjung untuk ke pesta tahunan ini. Antara taman yang ada di sini termasuk lah Gardens of Malaysia, Royal Garden, PPj Garden, DBKL Garden, Musical Garden, Corporate Gardens, Chrysanthemum Garden dan macam macam lagi.

Jom usha ! Kalau ada shade lagi menarik. Tapi sebab tak de DSLR tak menarik jugak sebab ambik gambar tak leh nak berfokus fokus. Layan kan je lah apa yang ada !

Royal Garden of Johor

Bunga bunga

Putrajaya Gardens

Tak pasti la nama bunga ni

Tapak pesta Floria

Corporate Gardens

Perak

Penang

Ombak Chrysanthemum

Chocolate House

M&M

Bunga apa ntah ni

Gardens

Bunga bunga macam sama jer semuanya

Tapi landscape banyak yang menarik

Tasik Putrajaya

Perahu perahu

Garden antarabangsa

Taman Bonsai dan Suiseki

Taman DBKL

Landscape

Do you believe in magic?

Snow in Sahara?

Aku memang tak spend banyak masa dan tak abis explore especially bahagian taman taman landscape. Rasanya macam banyak lagi taman taman lain yang ada di sini.

Kawasannya pun buleh tahan jugak luasnya.

Tapak Floria 2016

Bunga bunga

Kawasan belah sana banyak orang jual jual tanaman dan macam macam tapi aku tak pegi usha pun

Sebab cuaca panas aku mencari cari tempat berteduh.

Salah satu pameran bunga di bawah khemah

Mula mula boleh tahan la lepak situ jap. Tapi tetiba ramai pulak orang datang, so aku tengok ada satu khemah tertutup so bajet bajet ada aircond.

Rupanya khemah tu ada pameran lain iaitu Magical World of Floria

Sebab panas sangat, so aku ingat ekon nak masuk la dalam khemah tu, rupa rupanya kena bayar lagi !

Dan sebab malu dan jatuh air muka sebab berpeleseran nak menumpang ekon tapi ditanya banyak banyak kali oleh pekerja situ akhirnya aku beli je tiket sendiri.

See? Aku ada ticket ni ! Bukan sekadar nak menumpang aircond jer !

Hahahaha.

Tambah lagi RM 10.50

Dah beli tiket masuk dalam yang aku pun tak tau apa benda, ingat buleh la masuk terus ! Rupa rupanya kena tunggu pulak. Lama pulak tu !

Memula tunggu kat luar. Pastu dia suruh masuk dalam ada ekon. Kira OK lah.. Dalam tu ada konon konon taman ajaib yang di bina menggunakan teknologi canggih dari Eropah bagi menghasilkan Hutan Mistik, Taman Bunga Kekwa, Dunia Duyung dan Laman Manisan dengan bayangan menerusi Taman Ajaib  Antara komponen baru yang menarik ramai pengunjung dan pelancong asing pada tahun ini ialah pameran Keajaiban Taman Muzika dan pameran Terrarium bertemakan Keajaiban Tropikal Dalam Balang Kaca.

Taman ajaib

Cendawan

So memula aku ingat dalam tu macam taman dan pameran tengok tengok je lah tapi rupa rupanya tidak ! Dalam tu ada tayangan video. Bukan satu tapi 2 ! Dah la kena tunggu turn dari satu area ke area yang lain yang mana pengunjung di lepaskan mengikut group.

"Tidak !!!! Apa benda semua ni? Aku tak de masa untuk ni semua ! Aku cuma nak menumpang aircond jer !!!"

* begitu aku menjerit dalam hati.

Nasib tak kena pelempang.

Tayangan video bermula

Memang aku tak de masa nak tunggu ni semua. Sebaik saja video tu start, aku cari pintu keluar dan ada budak jaga kat situ.

"Dik. Saya nak keluar. Boleh tak?"
"Tapi Bang... Tayangan baru nak start"
"Ah ! Tak kira. Tak nak tengok !"
"Tak boleh Bang ! Abang kena tengok... abang dah bayar"
"Tak mau !!!!"
"Abang kena tengok Bang !!!! Tolong la Bang tengok. Tolong laaaaa !"

Dan berlakulah pergelutan di antara ke dua dua nya sehingga mengundang hinaan dan cela !

Hahahahaha......

Imaginasi tinggi tu. Sebenarnya dia lepas je aku keluar, so aku keluar then ada satu group lagi tengok tengok video yang lain di section selepas tu. Aku memang tak ambik port ! 

Dah lambat ! Keluar sekarang !!!!

Then keluar masuk ke ruang pameran satu lagi.

Kupu kupu malam

Hiasan indoor

Hasil seni

Singgah jap

Tumpang ekon sikit lagi

Juga taman lain yang tak sempat nak explore

Abis kat situ je lawatan singkat aku.

Memang tak sempat nak explore apa pun. Memang tak dok lama. Bergegas keluar sebab nak pegi meeting. Rugi je beli tiket Mystical Garden dan terperangkap lama buang masa kat situ. Tapi lega skit dapat rasa ekon.

Rasanya ada banyak lagi tarikan di Floria DiRaja 2016 ni.

Minum Milo tambah tenaga

Pegi meeting macam baru lepas balik bertarung di medan perang. Melekit satu badan ! Menyesal gak lah sikit sikit. Hahaha.

So bagi yang berkesempatan boleh usha FLORIA Diraja ni.

Sampai 4th June 2016 (Sabtu)

Tahun ini, festival  ini telah bermula pada 27 Mei lalu dan akan berterusan hingga 4 Jun ini, dibuka antara jam 9 pagi hingga 10.30 malam (Isnin hingga Khamis) dan jam 9 pagi hingga 12 tengah malam (Jumaat hingga Ahad)di tapak kekal iaitu di Anjung Floria, Presint 4, 

Untuk maklumat lanjut sila layari : FB : FloriaPutrajaya dan Web : Floria Putrajaya

Selamat berkunjung dan nikmati keindahan di syurga ciptaan manusia !



Tiada bahasa seindah puisi
Tiada lukisan seindah pandangan
Begitu juga cinta kita ini
Lautan madu kita renangi bersama

Badai di samudera tiada ku peduli
Takkan ku hiraukan kemarau di bumi
Demi ikatan kalimah yang suci
Keagungan sebuah mimpi cinta kita
Kini nyata akhirnya…

Saat saat indah begini
Usah biar berlalu pergi
Kita layarkan bahtera
Cinta yang mengusik jiwa…

Detik detik manis berlalu
Jangan biarkan ditelan waktu
Kita padukan kasih yang dibina
Bersama…

Lupakan sengketa yang melanda jiwa
Hilangkan rasa gundah, rasa curiga
Ucapan cinta berjanji setia
Takkan pernah pudar
Walau sepanjang zaman
Kita tetap bersatu

Relakan dirimu
Relakanlah sayang
Usah berpaling pada
Derita sengsara

Bukalah hatimu
Bukalah sayang
Pada sebuah cinta
Ciptaan kita…

6 comments: