Pages

Wednesday, June 1, 2016

Jom Makan : Vivo American Pizza & Panini Restaurant, Empire Gallery, Subang Jaya

OR tak de, so aku kena jaga budak budak dan pastikan mereka makan ! Senang je. Aku bawak budak budak berdua tu pegi makan kat luar !

Pegi ke Empire Gallery di Subang Jaya tu pastu cari tempat makan yang menarik.

Kalau tanya Princess dia mesti cakap.

"Adik tak nak makan. Adik dah kenyang"

Walhal tak makan apa pun.

Kalau tanya Hero. Jawapan standard dia adalah.

"Ikut Papa lah"

Tu la anak anak aku, so nak tak nak aku kena buat keputusan dan memilih nak makan di mana. Mengambik aura Italiana sesuai dengan tanah asal usul maka jom makan makan di Vivo - American Pizza & Panini Restaurant !

Apa kena mengena Vivo dengan Italian? Jawapannya. Ntah ! Aku pun tak tau. Memang dasar Italian celup lupa daratan aku ni.

* tutup muka menanggung malu.

BTW Vivo means 'in life' dari bahasa Latin.

Vivo - American Pizza dan Panini

Kedai terletak di LG Empire Gallery shopping mall

Kami sampai dah lewat malam. Tapi resto belum tutup. Boleh pilih nak duduk di dalam

Atau di luar. Papa memilih duduk di luar sesuai dengan habit Papa yang nak merokok !

Masa aku pegi ke sini orang dah tak berapa ramai. Resto pun dah macam nak tutup. Dua tiga kali aku confirm dengan staff dia masih boleh menerima pelanggan ke tidak.

Staff bangsa asing. Dia cakap Okey tapi geleng kepala. Aku yang jadi pening tak tau mana satu yang dia maksudkan !

Duduk dan kami di beri buku menu.

Buku menu

Pelbagai signature dish yang ada di sini

Western. Asian fushion dan macam macam lagi. Pizza pun ader

Dessert pun tak ketinggalan

Sebenarnya aku dah kenyang ! Sebab dah makan sebelum tu. So plan nya nak bawak budak berdua ni je yang makan,

So dah tanya dia orang, apa nak makan. Tengok gambar kat buku menu, hati terus tertawan !

Macam biasa. Menu pilihan Hero. Ada nasi, ada ayam kira jalan lah. Nama dia Spicy Lemon Chicken Chop. Aku jamah jugak... macam kureng je sebab sos dia tu tak berapa sedap. Tak kena dengan nasi. Ayam tu kira OK lah.

Set tu di datangkan dengan mushroom soup. Yang ni aku yang makan !

Puas memujuk akhirnya Princess kata nak spaghetti ni. Makan seurat dua je, so aku yang kena habiskan. So cemana aku nak diet cam ni?

Air satu sorang ! Papa menumpang jer

Masing masing tak abis makanan yang di order tu. Tapi masa order tu ada pulak yang tertarik nak makan dessert ala ala volcano diam mu gunung berapi ni !

Try je lah.

Ada chocolate dengan aiskerim vanilla.

Ini bagi sesapa pun sure nak punya. Dan sedap pulak tu. Cuma harga mahal dekat RM 20 satu set ni.

So desserts je berjaya di habiskan !

Kos makan semua sekali adalah RM 91.90. Tak tau la mahal ke tidak tapi rasanya tak sedap mana. Macam tak menarik je makanan dia kecuali desserts tu lah.

Tapi ada banyak pilihan menu yang terdapat di resto ni so boleh la cuba mana yang berkenan. Pizza pun ader. 

Resto Halal ! So tak de was was.

Bil

Abis makan, ambik keta dan balik rumah !

Ni FB mereka : Vivo Pizza

Selamat berkunjung dan menjamu selera !

Now layan selera telinga dengan Il Divo. Tak de kena mengena dengan Vivo tapi asal ada Vo Vo Vo tu kira aci je lah.

Volvo?



Lonely
The path you have chosen
A restless road
No turning back
One day you
Will find your light again
Don't you know
Don't let go
Be strong

Follow you heart
Let you love lead through the darkness
Back to a place you once knew
I believe, I believe, I believe
In you

Follow your dreams
Be yourself, an angel of kindness
There's nothing that you can not do
I believe, I believe, I believe
In you.

Tout seul
Tu t'en iras tout seul
Coeur ouvert
A L'univers
Poursuis ta quete
Sans regarder derriere
N'attends pas
Que le jour
Se leve

Suis ton etoile
Va jusqu'ou ton reve t'emporte
Un jour tu le toucheras
Si tu crois si tu crois si tu crois
En toi
Suis la lumiere
N'eteins pas la flamme que tu portes
Au fonds de toi souviens-toi
Que je crois que je crois que je crois
Que je crois
En toi

Someday I'll find you
Someday you'll find me too
And when I hold you close
I'll know that is true

Follow your heart
Let you love lead through the darkness
Back to a place you once knew
I believe, I believe, I believe in you

Follow your dreams
Be yourself, an angel of kindness
There's nothing that you can not do
I believe, I believe, I believe
In you.

6 comments:

  1. Hebat kan jd papa... Kena jd tukang perabis mknn anok2. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu memang selalu....... tak perlu di sangkal lagi. hiks

      Delete
  2. dessert je nampak menarik. cakes pun not bad

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu je la yang sedap. maybe makanan tu kami salah order kot... lagi pun resto dah nak tutup. waiter dia tak sabar2 nak bagi bil.

      nak suruh berambus la tu agaknya

      Delete
  3. Meng, mano cito hok mung gi umroh..asik gambo makang..makang..makang...hu aloh.... lapor peghut ambo....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum posa abiskan entry makan dulu.

      entry umrah dlm proses.. nak cuba jugak keluarkan sempena bulan puasa ni. tapi tak abis tulis lagi....

      tulis 1 ayat.... pengsan.. bila ntah nak siap ni

      Delete