Pages

Monday, May 2, 2016

Jom Ngopi : Beans N Beans, Citta Mall

Beans N Beans Coffee.

The Cafe

Pernah nampak cafe ni di buka di Citta Mall, cuma tak pernah nak try.

Kali ni try sekali see how !

Heh. Peminat peminat K Pop mesti merasuk tengok ada tulis Korea tu kan?

Aku just nak try je. So usha dulu kedai nya.

Beans N Beans

Korean Dessert


Dalam

Kecik je kedai dia

Interior

Seating arrangement

Rak

Hiasan dinding tak menggambarkan Ke Koreaan

Cafe ni menyediakan coffee dan jugak korean desserts.

Coffee tu bagi aku dah biasa. Tapi Korean desserts tu aku tak pernah try lagi. Macam tak tau nak try cemana.

Bagi yang tak tahu jugak, baca ni.

Special Korean Dessert

Nama nama dia kot

Ada lagi

Ni rupa yang di displayed

Nampak macam menarik, tapi tak terasa nak try

Baca bagai nak rak macam nak masuk exam.

Last sekali order !

Coffee dengan Mocha Cake jer

Cara cara mengorderan.

Pegi ke kaunter cashier. Cekak pinggang. Buat muka bengis. Pandang cashier tu atas bawah. Pastu tanya.

"Dah pukul berapa ni eh?"

Hahaha. Kalau agak agak nak kena lempang, lari cepat cepat.

Kalau rasa nak ambik hati, order je lah. Bila dah order nanti dia bagi benda alah ni.

Ni bukan cakera untuk di lempar.

Dah bayar apa semua, nanti dia kasi benda alah tu. So pegi la duduk kat meja mana mana. Bila order kita siap benda alah tu akan vibrate !

Ya. Vibrate ! 

Awas kalau melatah, nanti terbaling kat kepala orang meja sebelah.

Dah vibrate tu tanda dah siap. Pegi la pick up semula kat kaunter cashier tadi tu. Jangan lupa tanya sekali lagi.

"Agak agak, sekarang pukul berapa ek?'

Dan lari sebelum kena maki !

Ayuh, kudap hidangan yang ada.

Air apa ntah ni, aku lupa

Mocha Cakes. Terlebih manis bagi aku

Cappucino Iced 

Coffee dia bagi aku tak sedap mana. Aku lebih suka dr cafe Coffee yang sebelah dia lagi.

Cakes sangat la manis terlajak tahap potong kaki !

Kedai agak sempit tapi lawa. Ambiance kalau tak ramai orang OK.

Harga agak pricey jugak.

Abis makan lap mulut. Comot !

Rasanya sekarang dia ada outlet di Citta Mall je kot.

Check FB mereka : Beans N Beans, Citta Mall

Selamat mencuba ! 

Nah ! Walaupun aku tak minat KPop... dengar ni sebagai hiburan. Tajuk pun aku tak tau so tak jumpa nak cari lirik.


12 comments:

  1. meng!hehehe lamanyaaa tak komen sini...eh ko tau, arini aku pestaim tau kat mana Citta Mall ni weh...hahaha sila jgn kecam okeh, aku orang pinggiran jer...hahahaha sebab td aku nak cuba kat Double A cafe, terlalu Citta Mall...dalam hati mmg teringat ko jer lahhh...hehehe

    Nanti ko try la Double A tu...adik aku ckp kopi dia sedap gak...tapi masa aku pi tadi dia tutup plakkk...panas je aku tau pi jauh-jauh tapi kuciwaaa...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh aku dah pegi Double A tu.... cuma belum sempat nak buat entry.. lama lagi la kot nak tunggu..

      tapi makanan dia not bad.. and owner dia friendly. nanti kau pegi terjah semula

      Delete
  2. Yang ice shaved bingsu die tu agak sedap juga sbb die pakai ice yang memang dah dibekukan dgn coklat n flava2 lain.. makanan die so so je. harga food die mahal tapi food die mcm biasa je ,tak rasa sedap sbb mahal dan presentation xcantik . I try sandwch die xsedap pun sbb mcm pakai roti murah. Dgn desert die yang roti ada whip cream tu pun biasa2 je rasa. Dtg sbb nak mkn bingsu je boleh lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. x reti lagi nak makan makanan2 kpop ni. kena layan lagu kpop dulu baru mesra selera....

      Delete
  3. kena ingat jangan melatah terbaling kat orang sebelah laa ye haha

    ReplyDelete
  4. abang meng, saya pernah try sini..bingsu dia sedap gak, roti2 pesen2 dalam display tu pernah kawan oder, dia guna roti gardenia je pastu harga belas2 RM.
    itulah harga yg perlu dibayar utuk insta gambar makanan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah.. ayat last tu macam biasa bermain2 di minda je..

      hahahaha. tak pe la. sekali sekala cuba apa salahnya

      Delete
  5. Baru je singgah last week.
    Belgium Chocolate dia sedapp!

    ReplyDelete