Pages

Monday, May 30, 2016

Jom Makan : Selera Tok Wan, Ayer@8 Putrajaya

Apa panggilan korang untuk nenek ataupun datuk?

Opah?

Tok?

Tokki?

Tokwan?

Kalau di Italy of chos aku panggil Granny dan GrandPa !

Mampu korang ?

Haks. Okey. Kali ni nak bawak gi makan Nasi Beryani dari Selera Tok Wan. Katanya resepi asli dari Negeri Johor. Orang Johor?

Put your hands together and say

"Aaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaaa !!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

* mati la tak de orang layan

Semua lapar kah? Kalau lapar jom masuk dan usha !

Kedai Selera Tok Wan. Signage baru nak naik. Masa ni baru di bukak kot

Aku buat kemunculan di sini pun atas ajakan dari kawan kawan. Katanya nak makan nasi beryani dari Johor dan ada kedai ni baru di bukak di area Ayer@8 di Putrajaya.

Since aku berada di kawasan sekitar, gi la mencuba makan di sini !

Suasana dalam kedai

Time ni lunch hour. Tak ramai orang

Tapi sebenarnya banyak menu yang dah abis sebab ada orang borong sebelum tu lagi !

Resto ni konsep layan diri. Pegi berdiri di kaunter. Tengok menu dan order apa yang nak di makan ! Layan menu nya.

Selera Tok Wan. Selera Tok Wan ke selera sapa?

Ada makanan ala ala Johor yang popular iaitu Nasi Beryani. Ada lauk ayam, kambing dan daging. Tapi masa aku pegi kambing dah abis. Tak pe la aku pun bukan minat kambing pun.

Jadi, order apa yang ada.

Nasi Beryani Daging

Satu set lagi daging

Ini aku punya. Ayam masak merah tapi tak kaler merah

Masa aku pegi ada promosi order nasi beryani ni dapat free refill air sirap selasih.

Verdict !

Nasi beryani dia biasa biasa je bagi aku. Kalau nak compare, beryani UNITEN lagi power. JM Beryani pun boleh menang bergaya. Tapi kalau mencari kelainan, boleh lah mencuba.

Lauk ayam merah macam sedap dan menarik jugak.

Daging tu member aku komen liat. Aku tengok dia mengunyah pun macam tak abis abis.

"Aku rasa macam makan chewing gum dah ni. Rahang dah jem"

Maksudnya apa?

Maybe sedikit liat !

Apa apa pun, bagi ruang untuk mereka menambahbaik. Maybe by now banyak improvement. Lauk dia manis sikit. Air sirap tu manis gila ! Kalau tak mintak ais memang confirm potong kaki keluar kedai !

Harga makanan tak sure sebab orang belanjaa tapi range dalam RM belas belas jugak satu set tu.

Apa apa pun selamat mencuba di Selera Tok Wan. Maybe selera Tok Wan tak sama dengan selera orang muda muda. Tok Wan kena kasik hipster skit !

Kemon Tok Wan.. Alompak A Go Go !

SELERA TOK WAN PUTRAJAYA
No.8,Jalan P8 G/1,Presint 8
Putrajaya,
Wilayah Persekutuan, Malaysia
012-608 8148

FB mereka : Selera Tok Wan Putrajaya

Tak de lagu Tok. Layan lagu Wann.... Lagu time orang kugiran kawin. Aku dia dan Tok Wan.



Ku bertemu hanya semalam
Ku berkata hanya sepatah
Ku terlupa serata alam
Kini ikatannya cinta

Kau memberi senyuman rindu
Ku tak dapat melupakanmu
Kau kuiring senyuman mesra
hanya semalam saja

Suasana sepi
Hanya terdengar kata dan lagu
Lagu teman hati
Hanya mimpi

Hanya itu kisah semalam
Kisah menjadi suatu ciptaan
Kisah aku, dia dan lagu
Jangan dipisahkan

Alang alang di Putrajaya, snappy sket !

Ini jambatan Seri Saujana di Leboh Sentosa.  Jambatan Seri Saujana merupakan sebuah jambatan utama di Putrajaya. Jambatan ini merupakan jambatan jenis gerbang kabel-penahan. Jambatan ini siap dibina pada 31 Mei 2003 dengan kos USD 20 juta.


Lima blok bangunan pejabat kerajaan yang terletak di Presint 4, Putrajaya iaitu Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Wisma Tani


Wisma Tani sebelah satu lagi


Kementerian Kesihatan. Opis sapa ni sila angkat tangan !!


Spot paling popular di Putrajaya. Dataran Putrajaya


Istana Kehakiman atau Palace of Justice


KPDNKK


Kementerian Kewangan aka Perbendaharaan Malaysia

Bangunan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Siapa tau ni bangunan apa?

Siapa jawab dengan tepat dapat air Teh Tarik

Kalau salah, dapat air kopi tarik


Menara PJH


Hot air baloon

Macam syok je nak naik.

Wisma Putra

Ruang Legar

Fountain


Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)


Menara Tulus


Perbadanan Putrajaya

Tamat urusan. Boleh bergerak pulang semula

Tapi apa apa pun Putrajaya tetap best. Masih bersih. Tetap hebat ! Harap kehebatan ini dapat dikekalkan selamanya.

Kalau nak tau apa apa perkembangan semasa dan terkini di Putrajaya termasuk aktiviti dan program yang diadakan, boleh refer FB....


Sekian, aku, Tok Wan jalan jalan cari makan di Putrajaya.....

10 comments:

  1. Baru je balik dr putrajaya tgk bot berhias.Bot iguana tu dari negeri mane ek?? 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada bot iguana ke? alah tak dan nak usha.... dari neger pasir berdengung kot. hehehehe

      Delete
  2. Mengggg!!! Hahahahaha benci lah lalu jer tak roger2....hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lambai lambai dah..... nasib tak langgar pasu tepi jalan.

      Delete
  3. Replies
    1. tapi susah nak masuk.... dpt masuk curik2 lah snappy

      Delete
  4. beryani gam..pening pusing2 Putrajaya, cari presint...bdr terancang ni kdg2 boring jg..takde org jual burger tepi jalan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ! tapi kiosk yang proper gak lah. ada depan istana kehakiman tu ada gerai2 kecik...

      Delete