Pages

Thursday, May 12, 2016

2016 | Ke Melaka Kita : 04 - Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung

Berkesempatan ke Melaka, kami pegi makan di Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung.

* pose pose jadi duyung bertenggek tepi tembok tunggu air pasang

Duyung ke dugong ni hah?

Memang kami tak pernah ke sini. Tau pun dari pembacaan. Hari tu dah try di Parameswara, Umbai kali ni skodeng di Parameswari sini pulak sambil mengisi perut yang kelaparan.

Dengan bantuan Waze, membaca kami terus dari hotel penginapan ke sini. Jalan tak jem tapi sampai di kawasan ni nak cari parking adalah hazabiah walseksah !

Muara Sungai Duyung

Nak dapat parking agak siksa time peak hours. Orang memang berpusu pusu datang dan tiba. Yang bergerak pulang tak de la pulak. Timing kena baik lah !

Datang awal atau lewatkan sikit masa kalau tak de hal hal lain.

Medan ikan bakar di Muara Sungai Duyung

Dan parking datang lagi satu tekanan !

Nak dapat seat kena beratur !

Beratur pun boleh tahan panjang barisannya.

Dan saat ini la anak anak senang di goda.

Sebab ada orang jual jualan

Mostly mainan

Kena pandai pandai la ubah perhatian. Kalau tak memang lari misi. Misi datang nak makan dah jadi misi beli mainan untuk budak budak.

Ada jugak gerai sampingan. Brader ni jual aiskerim potong. Hero dan Princess beli satu sorang.

Di samping tu ada jugak jual benda benda lain. Macam madu, asam dan kerepek. 

Beratur dekat setengah jam baru dapat seat !

Sampai sini baru di beri seat. Kami dapat seat di luar. Kira OK lah. Macam sesak nafas je nak duduk dalam kedai ni.

Tapi kalau dah dapat tempat duduk belum kira selamat lagi. Kena ada nombor meja pastu kena beratur lagi untuk order ikan dan makanan !

Lagi makan masa.

Tu pun OR yang beratur. Aku duduk kat meja je dengan budak budak.

Air minuman orang datang ambik order kat meja. Lauk lauk kena beratur kat kaunter sana.

Ada nak makan otak otak?

Minuman dah datang terhidang. Makanan belum sampai giliran nak order. So menunggu je lah !

Ada nasi lemak bungkus atas meja. Aku jamah satu share dengan Hero. Rasa agak pedas dan tak de la menarik mana.

Sebab orang ramai, nak merokok pun jadi tak selesa. So aku terpaksa beredar jauh sikit nak merokok. Budak budak dah rengsa menunggu lama. Nasib baik masing masing busykan diri main game

Di kaunter order, OR sibuk order. Beratur untuk order, tapi tak leh pilih sendiri ikan udang apa semua. Dia piliih dan dia timbangkan. Pastu bagitau nak masak apa. Baik tak payah beratur macam tu ? Kann?

Sejam lebih menunggu !

Akhirnya.

Pencecah sampai dulu.

Kailan Ikan Masin

Udang goreng butter

Sotong goreng tepung. Gambar gegar sebab tak sabar nak ngapppp

Ketam masak cili

Kalau di ikutkan masa yang diperutukkan untuk beratur dan makan di sini memang aku pangkah la kedai ni.

Sekali ni je lah tak moh datang lagi.

Tapi !

Makanan dia sebenarnya sedap ! Tak de la sedap gila gila tapi kira kena dengan rasa dan selera lah. Bila makan sedap baru rasa penat menunggu berbaloi. Tapi kalau datang semata mata nak beratur lama rasa macam patah semangat jer.

So kalau berkesempatan boleh cuba. Nak repeat tu, tak de la kot. Maybe dalam jangkamasa yang lama bila dah lupa peritnya beratur dan menunggu lama baru boleh datang semula.

"Abang baju merah ni muncul di mana mana dalam gambar aku. Abang kenapa cekak pinggang? Abang ada 2 pilihan... nak pegi cari kayu api atau pose pose jadi duyung hijabista?" * sambil pegang tudung Fareeda sweetlove siap sedia nak sarungkan

Apa apa pun makanan memang OK. Sedap especially sotong goreng tu.

Harga pun tak mahal mana. In all, aku spent dalam RM 120 untuk semua makanan tu. 

Masakan memang berbaloi, tapi part menunggu tu................... hmmm.

Tapi kalau nak cakap, mana mana pun orang ramai kalau kedai yang menjadi buruan selera ramai. Jadi kena bertabah dan bersabar.

Janji, kenyang ! Alhamdulillah.

Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung  
Jalan Padang Temu,
75050 Melaka, Malaysia
Telefon:+60 12-636 2339

FB : Medan-Ikan-Bakar-Muara-Sungai-Duyung

bersambung......

18 comments:

  1. kena bersemangat waja nk makan kat sini..

    di sini beratur, di sana beratur,nk mkn kena berdisplin..hihi..kena tukar nama jd 'Medan Ikan Bakar Beratur'..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul gak tu... nasi kandar beratur dah ada.. medan ikan bakar beratur sampai lebam tak de lagi.

      maybe buleh di guna di sini

      Delete
  2. hahaha...abang baju merah tau ko selebruti kut Meng...hikss..btw makan kat situ memang memerlukan tahap kesabaran dan keimanan yang tinggi...jadi kalu nak uji tahap kesabahran silalah makan di sinun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia suka photobomb gambar2 aku.. x pe la.. glamer lepas ni abang ni.

      sorry bang... kalau jadi artis jgn lupa bagi komisyen...

      betul tu. sabar memang kena ada kalau datang sini !

      Delete
  3. hmm...agree ..part kena beratur tapi tak bole pilih..cam tade maknenye ...baik amik jer order. hehe

    ReplyDelete
  4. Kalau hari biasa , bukan musim cuti sekolah pun sama gak , ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti la pulak... time saya pegi hari tu cuti sekolah dah weekend. memang ramai la kot. kalau hari biasa maybe kurang skit...

      Delete
  5. Mana lebih sedap? Sotong Goreng tepung. Melaka ke terengganu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. * merenung langit memikirkan jawapan..

      kenapa melaka dan terengganu?

      kalau tukang goreng dia pandai.... dari senegal sekalipun enak sudah tentu...

      Delete
  6. Penah gi 2-3 kali, semua time org xramai. Muahaha. Mmg bole thn sedap & harga pun agak ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoh.... glamer gok la tempat ni dok...

      nanti kalau gi melaka aku nak try kat lain pulok

      Delete
  7. Cuti sekolah bulan 3 ada dtg sini. sblm nak gi, kiterang call reserved dulu sbb takut ramai (pastu dia tulis nama kat whiteboard tu).
    Tp sbb mungkin dtg awal (sblm maghrib) pastu hari Isnin.. dpt la makan dgn aman dan tenang.
    Takde masalah parking, takde masalah nak beratur apa seme. Makanan pun cepat sampai. Cuma...bab air lah..mintak satu jug, lama juga menunggu smpai asben 2,3kali p tanya kat kaunter. yg tu je select sket. lelain okeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung la....

      tu la namanya planning yang bagus ! good job. makan pun berselera kan kalau tak de masalah yang remeh temeh or terpaksa menunggu lama lama.

      kdg kdg mood lari lintang pukang, nak makan pun dah tak best.

      so sesapa yang nak gi tempat ni boleh la ikut modus operandi puan stroberry ni.

      Delete
  8. Nampak sedap! Cuma bab menunggu tu memang lemah la sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut nasib lah... pegi awal atau lewat sikit... time org tak berapa ramai. shud be oke

      Delete
  9. Baru nak try,tp kalo xleh pilih kene beratur baik g tempat lain je huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. gi la rasa sekali pengalaman makan kat sana.. mana tau kena dengan selera

      Delete