Pages

Tuesday, April 26, 2016

Backpacking Laos : 20 - VTE | Patuxai ( Victory Monument )

Aku tak spent lama mana kat Buddha Park tu sebab bagi aku tempat tu macam biasa biasa jer. 

Memamg banyak statue dan patung patung Buddha dan Hindu tapi macam tak berapa nak menarik perhatian aku. Sudahnya tengok matahari pun makin condong, aku decided nak balik ke Vientiene je lah.

Ngantuk ya Bang?

Tunggu bas tepi jalan. Bas yang sama or cari yang No #14 ke Southern Vientiane Bus Station. Tambang sama 6000 kip. Jauh lebih murah kalau ambik transport pakej kat hostel

Duduk dalam bas diam diam. Layan view Thailand di seberang sana

Mekong River sebagai boarder yang memisahkan Laos dan Thailand

Pekan Nong Khai di Thailand

Bas masuk semula ke kawasan boarder untuk ambik penumpang yang cross boarder

Duty free area kot. Bas berhenti agak lama sebab tunggu penumpang naik bas. Akhirnya penuh jugak bas yang menuju ke Vientiane ni

Makcik sebelah main game. Bosan la tu????

Aku bosan gak. Tapi aku layan view je la sepanjang perjalanan pulang ke bandar Vientiane

Temple tepi jalan

Aku tengok cuaca macam dah nak masuk senja. Sebaik saja bas masuk ke bandar Vientiene menuju ke bus station, pergerakan mula tersangkut sangkut. Banyak kenderaan. Maybe orang baru balik keje.

Last sekali, bas berhenti dan aku terus turun.

Aku tak leh buang masa. Ada few agenda aku nak buat dulu sebelum malam menjelma.

Turun bas aku terus jalan kaki menuju ke Patuxai. Destinasi yang aku memang nak pegi di Vientiane ni.

Abis monk ni aku potong !.... ke tepi..... muatan besar dan panjang nak lalu.... hiks

Suasana petang di jalan utama Vientiane

Masa berjalan kaki tu aku berkira kira untuk ke That Luang. Stupa besar di Vientiane yang menjadi simbol kebangsaan dan juga imeja rasmi Laos.

That Luang merupakan monumen yang paling suci di negara ini. That Luang dari luar kelihatan seperti sebuah kubu yang dikelilingi oleh tembok tinggi dan ia mempunyai dua kuil dengan stupa utama, bahagian atas dilindungi dengan daun emas, berdiri 148 kaki tinggi.

Berkira kira dengan masa sambil kaki melangkah dengan gigih agar aku tak ketinggalan untuk menyaksikan senja dari Patuxai nanti. Then aku decided aku forgo je la That Luang tu dan spend masa kat Patuxai yang turut di kenali sebagai Victory Gate ni.

Nampak dekat tapi terpongeh gak la menapak ke sana

Patuxai adalah satu perkataan yang digabungkan dari Patuu dan Xai.

'Patuu' atau 'patu' bermaksud "pintu" atau "pintu masuk" dan 'Xai', dari bahasa Sanskrit 'Jaya', Yang bermaksud "kemenangan". Oleh itu ianya bermaksud "Victory Gate.". Patuxai dibina dalam masa peperangan masih berlaku di Lao. Ia dibina sebagai memperingtati tentera Laos yang mati semasa Perang Dunia ke 2 serta tugu kemerdekaan yang diperolehi dari Perancis pada 1949.

Monumen ini telah di bina menggunakan dana yang diberikan oleh Amerika Syarikat. Bahan bahan asal yang digunakan untuk pembinaan Victory Gate ini pada awalnya ingin digunakan untuk pembinaan sebuah lapangan terbang baru di Laos. Patuxai telah direka oleh Them Sayasithsena seorang arkitek dari Laos pada tahun 1957. Kos pembinaannya dianggarkan mencecah 63 juta kips dan Them dibayar sebanyak 30 000 kips sebagai upah kerjanya.

Patuxai dan kawasan sekitar yang menjadi tumpuan pelancong ke Vientiane dan juga tempat santai warga tempatan setiap petang

Lengkuk arch dengan senireka yang hampir serupa dengan Arc de Triomphe di Paris. Patuxai mempunyai empat gerbang, menghadap Utara, Selatan, Timur dan Barat.

Sejarah

Bumbung dari arah dalam Victory Monument dengan hiasan dalaman  gambaran dewa Vishnu, Brahma, Indra.

Since dah petang memula aku teragak agak jugak nak naik atas. Tapi alang alang dah sampai then aku pun beli tiket untuk panjat monumen ni dah menyaksikan panorama bandar Vientiane ini dari atas menara.

Kaunter tiket. Harga tiket nak naik atas adalah 3000 kips sahaja

Victory Monumeng ini mengandungi tujuh tingkat tugu termasuk tingkat tingkat yang menempatkan pejabat pentadbiran serta kedai cenderahati, muzium dan galeri serta viewdeck di bahagian atas.

Naik tangga. Tangga naik dan turun ikut laluan berbeza. Tak de la steep sangat. Jangan tak percaya monk monk ni pun reti selfie kat atas nanti.

Kalau penat boleh singgah beli cenderamata di level level yang ada orang berjual

View deck yang pertama. Ada kawasan ruang legar yang boleh tengok kawasan sekitar

Patuxai Park di sekeliling menara tugu. Di bahagian bawah juga terdapat kolam air pancur yang didermakan oleh negara China.

Pemandangan sekitar dari aras tinjau Victory Gate, Vientiane

Bangunan bangunan kerajaan di persekitaran kawasan Patuxai Park

Dari aras level tinjau di Victory Monument ni

Patuxai direka sebagai memberi penghormatan kepada budaya dan tradisi negara Laos. Hiasan luaran menampilkan kedua-dua simbol-simbol agama Hindu dan Buddha seperti daun teratai dan stupa serta patung-patung animis Kinnari (separuh wanita dan separuh burung) serta naga. 

Empat menara penjuru dan menara pusat kelima Itulah mahkota gerbang melambangkan lima prinsip Buddha yang bijaksana keramahan, fleksibiliti, kejujuran, maruah dan kemakmuran.

Stupa

Sebenarnya dari level menara tinjau yang pertama di tingkat 6 tadi, pelancong boleh lagi naik sampai ke aras paling tinggi. Cuma tangga nya lebih kecil dan viewdeck dia pun tidak seluas lantai tinjau di bahagian bawah.

Tangga bulat naik ke atas

Jeriji berbentuk patung Buddha

Lang Xang Avenue ke arah Mekong River. Arah aku datang tadi

Sebelah satu lagi di Patuxai Park. Di hujung sana terdapat sebuah gong yang dihadiahkan oleh kerajaan Indonesia  

Aku cuma sekejap je kat atas. Lepak lepak ambik gambar. Ramai pulak yang sibuk nak selfie kat tangga sampai susah nak berjalan. Dah la tangga kecik. 

Laluan turun ada detour sikit dan kena lalu kedai kedai cenderamata yang ada. Nasib baik masa tu banyak kedai dah nak tutup.

Turun bawah, aku usha sikit kawasan sekitar Victory Monument ni iaitu Patuxai Park.

Ramai orang beristirehat

Kolam air pancur

Plag perasmian kolam air pancur dan tanda hadiah daripada kerajaan China

Kawasan persekitaran yang dijaga rapi dengan pokok pokok hijau

Mentari senja dari bawah gerbang Victory Gate dengan statue patung Hindu

Matahari semakin menyongsang di balik tugu Patuxai

Plan aku nak bergegas ke tebing Sungai Mekong untuk menyaksikan sunset dari sana !

Tak boleh buang masa. 

Fuh. Gigih nak jalan kaki. Tak tau la sempat ke tidak. Nak naik tuk tuk, aku tanya dia nak 15.000 kips untuk hantar sampai ke sana. Macam mahal dan aku agak kedekut, so aku nekad jalan kaki sepantas mungkin !

Bye bye Patuxai

Waktu operasi Patuxai adalah dari 8:00 - 16:30 pada hari Isnin hingga Jumaat, dan 08:00 hingga 17:00 pada hari Sabtu dan Ahad.

Bagi aku Patuxai ni wajib singgah dan kena usha dengan lebih dekat kalau berkesempatan di Vientiance ni. Sebagai simbol perjuangan dan kemerdekaan, sudah pastinya ia menjadi satu tugu cinta bagi memperingati pahlawan pahlawan mereka yang telah gugur di medan peperangan.



Ku pinjam sebuah ilusi dari lautan sepi
Senja indah kian temaram
Sembunyi di balik kegelapan
Ku ukirkan sebuah nama
Bersama jemari gementar
Ingin hati mengabdikan sebuah tugu cinta

Titisan airmata pilunya hati ini
Deburan ombak memecah membahana
Musnahlah sebuah citra cinta berganti airmata

Kulangkahkan kaki yang guntai
Menyusur buih yang menghilang
Dalam hati pun bertanya
Bilakah ombak 'kan reda

Senja makin hampir menghilang

Tunggu !! Aku datang................... 

Berjalan dengan laju tapi aku rasa aku tak mampu berada di tebing Sungai Mekong untuk melihat senja di sana dengan waktu yang ada.

Aku perlu lakukan sesuatu..... ah. Kenapa lah aku tak leh terbang?

bersambung...................

8 comments:

  1. Lawa kakloh Patuxai, meme mace Paris doh

    ReplyDelete
  2. Jauh perjalanan luas pemandangan 😉

    ReplyDelete
  3. masa aku pegi dulu hujan lebat.
    mendapat la ramai2 berteduh bawah tu dengan orang local.

    tangga tu sempit meng.
    aku takut je jatuh tergelincir, habis la orang belakang sama tersungkur

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sempit. kalau sorang naik, dah tak leh potong. lagi panas hati tengah tengah tangga dia sibuk nak selfie.

      aku humban ke bawah baru tau..

      Delete
  4. kannnnnnn........kata supermengggg :p

    ReplyDelete