Pages

Saturday, April 23, 2016

Backpacking Laos : 18 - Phonsavan to Vientiane

Lepas duduk melepak dan borak borak dengan minah minah dan Pakcik Pondan kat Nisha tu aku bergerak menuju ke tempat yang dah dijanjikan dengan pakcik yang aku beli tiket semalam tu.

Nasib baik la tak jauh pun kedai dia tu dari Nisha ni.


Hujan di Phonsavan. 


Aku ingatkan aku bakal naik bas ni rupanya bukan.

Pakcik tu memang cam aku sebab semalam aku borak lama jugak la dengan dia.

Waktu aku sampai tu dia tengah makan dengan family dia kat luar kedai.

"Come Come.. Seat"

Dia pelawa aku duduk.

Ada wife dia dan sorang awek. Aku assume anak pakcik tu la kot. Then ada sorang lagi minah dari kedai sebelah. Aku tau dia dari kedai sebelah sebab dia dok ulang alik masuk ke sana. Dan mereka tengah menikmati makan malam.

Wife pakcik tu siap bubuh nasi dalam pinggan nak ajak aku makan sekali.

"No. Thanks. I have already eaten"

Dia orang payah sikit nak borak sebab tak tau English tapi boleh la borak borak kosong je.

Wife pakcik tengah melantak

Menu makan malam depa

Borak borak then dia orang siap bagitau aku menu makanan dia orang. Ada nasi. Sayur dan pork !

* pengsan.

Ada hati nak ajak aku makan. Berdosa tau????

Aku just lepak dan borak borak dengan dia orang kejap sebelum pakcik tu ajak aku beredar. Dia suruh aku follow dia dan dia bawak aku ke station bas.

Pakcik jalan kat depan

Pakcik ni antara peniaga yang jual tiket tiket bas di Phonsavan. Banyak kedai kedai yang mostly tour based yang jual ticket dan pakej di sini. Dan semalam aku singgah dan beli tiket kat kedai dia je. Tiket beli sleepers dari Phonsavan ke Vientiane dengan harga 150,000 kip.

Pakcik ni hantar aku ke station bas yang sama masa aku sampai hari tu. Tak jauh pun jalan kaki. Sampai sana dia bagi aku tiket sebenar then tunjuk aku bas mana satu yang bakal aku naik.

Station bus

Bus dah menunggu

Orang jual pisang pakai tandan kat station bus tu

Sebab awal lagi so kena la tunggu. Sempat la borak borak kosong dengan Pakcik ni.

"I'll be fine. You can leave me here"
"Okey?"
"Sure"

Aku tak nak la dia buang masa tunggu dengan aku. Lagipun bas pun memang siap siap menunggu dah. 

Then aku lepak lepak, tiba tiba minah pengkid dengan kawan dia tu tegur aku. Rupanya dia orang pun nak naik bas yang sama tapi dia orang bakal singgah di Vang Vieng. Bas ni akan melepasi Vang Vieng sebelum meneruskan perjalanan ke Vientiane. 

Tapat pada masanya bas pun mula bergerak meninggalkan Phonsavan.

Memula aku macam seronok sebab duduk sorang. Space dia sama macam sleepers yang aku naik hari tu ke Luang Prabang. 

Sleepers  ke Vientiane

Bas bergerak dan aku mula betul betulkan urat. Tak sampai setengah jam. Bas berhenti kat station bus dan ramai lagi yang naik ! Terus sebelah aku ada orang. Dan bermula la mimpi ngeri duduk bertempek dekat dekat. 

Ergh. Rengsa sungguh rasanya. Tapi pasrah je lah. Tak selesa tapi cuba cuba selesakan diri. Nasib baik mamat sebelah aku tu kurus kering. Dah naik naik bas je dia membuta.

Seawal 2 jam pertama bas bergerak smooth je. Tapi sebab suasana gelap kat luar tak nampak apa pun cuma aku perasan jalan dia bengkak bengkok. Then aku dengar bunyi bas ni macam semacam je. Macam ada yang tak kena di bahagian gandar dan tayar bas.

Dan bas berhenti sempat berhenti few times untuk toilet break. Kadang kadang berhenti tepi jalan je dan ada je yang turun kencing. Aku menyempat je turun nak hisap rokok since nak tidur pun tak lena. 

Kelakar bas berhenti kat kawasan gelap then semua orang cari port nak kencing. Sebab gelap, cari punya cari, baru nak pancut rupanya ada orang tengah kencing kat situ ! Hahahaha.

Then bas berhenti sekali kat tempat makan. Drebar yang turun makan.

Bas dari Phonsavan

Layan nescafe

Jajan di jual. Tak beli pun

Dan sewaktu bas berhenti kat tempat makan ni, lama gila la pulak dia orang stop. Rupa rupanya tunggu mekanik datang.

Dan bermula la episode baiki bas lama gila. Kejap baiki pastu OK. Then bas bergerak pastu bunyi macam bas nak roboh. Few times drebar terpaksa berhenti check check. 

Ramai yang dah membuta dah pun time tu dalam bas, aku je la. Every time bas berhenti aku turun. Usha usha macam tu je. Nak tolong tak reti, lagipun gelap gelita kat luar.

Perjalanan dah tak smooth dah lepas tu. Dengan jalan bengkang bengkok, memang aku tak leh nak lelap. Dekat pukul 4 pagi baru aku terlena. Bas berhenti kat Vang Vieng pun aku tak sedar. Bedal je la tidur. Tak tau la dengkur ke tidak. Mamat sebelah tu lena jer.

Sepatutnya sebelum matahari terbit, bas dah sampai ke Vientiane. Tapi sebab asyik rosak je, aku terjaga, matahari dah bersinar kat luar dan bas masih bergerak tak sampai sampai.

Adui !!!

Nasib baik bed ada yang kosong jugak so aku pindah je ambik port yang available. Selesa lah. Sudahnya sambung membuta lagi.

Dah masuk area Vientiane pun bas masih tersedut sedut lagi nak bergerak.

Sempat drebar tu berhenti kat tepi jalan then ada orang datang baiki lagi. Mereput la aku dalam bas tu. Konon 10 jam ni dah lebih dekat 14 jam dah !

Dengan tak mandi nya, dengan busuk dan selesa. Redha je lah.

Bas berhenti lagi tepi jalan

Tersadai di sini

Jemuran

Apple yang tak sempat di makan

Rengsa duduk dalam bas yang tak sampai sampai ke destinasi.

Nasib baik la hari ni aku tak de aktiviti khusus. Cuma nak spend masa kat Vientiane je. Kalau aku ada flight balik hari ni memang haru jugak la di buatnya.

15 jam dalam perjalanan akhirnya bas sampai di Bus Station Utara di Vientiene. Lega rasanya. 

Turun dari bas ting tong kepala kejap. Aku merangka rangka cemana nak balik ke City Center. Nak naik teksi sure mahal. Last sekali tanya orang then dia kata ada bas sampai ke town. Harga nya 5000 Kips je. Tunggu kat area tu jugak.


Bas ke city center

Lega rasanya dapat bas ke city center. At least ada sinar pengharapan untuk aku hari ni.

Baru la mood rasa ceria kembali !



Masa tetap jua berlalu
Kian hari hanya temanku sepi
Resah masih membara di dalam... dadaku
Secebis kenangan yang ku lalui

Beratnya jejakku menggagahi
Namun ku pasti meneruskannya
Cekal hati menerima semua... melanda
Agar di suatu masa ternyata

Kini bergema sinar cahaya
Bagai irama ceria
Kini bahagia dengan relanya
Terjalinlah kasih dan sayang

Tidak ku duga bersua jua
Kemesraan yang lama
Hindarkan duka dan rasa hiba
Menyinari rasa cinta... mesranya

Kini suara hati berlagu
Dikaulah teman suci dalam hidupku ini
Luhurnya cinta berada di dalan dadaku
Segala impian manis ku miliki
Sayangku...

Bersama kita yang mengahrunginya...
Hidup baru
Mencapai hasrat yang tersimpan
Bebas dari rintangan...

Alhamdulillah !

* seka manik manik kaca yang mengalir di pipi nan gebu

Walaupun perjalanan memakan masa lebih kurang 15 jam akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki semula di Vientiane ni. Sekurang kurangnya aku tak risau sebab ini tempat terakhir sebelum aku balik ke tanahair esok.

Dah masuk hari ke 6 aku Laos ni, memang terasa lama trip kali ni,tapi sebab aku moving from one place to another, tak berapa terasa.

Turun dari bas aku ada misi penting. Misi untuk cari penginapan aku hari ni di sini. Aku baru je booking hostel ni masa kat Phonsavan. Memang sekadar nak bermalam satu malam je so aku cari yang murah je lah. Tapi aku jumpa single room so aku rasa agak senang hati !

Apa perancangan aku di Vientiane ni hari ni aku belum dapat putuskan, yang paling utama, cari hostel yang aku dah book sebab aku tak tahan nak mandi. Melekit satu badan dan rasa tak best.

Akhir akhir perjalanan semalam aku tidur lena jugak la dalam bas tu, tapi masih ada rasa mengantuk lagi pagi ni.

Kembali ke Vientiane

Vientiane. Hari tu tak sempat nak explore, so hari ni sehari aku ada untuk terjah bandar ni.

Mencari arah tujuan

Sebab hostel ni aku baru booking, so aku tak de la print out apa apa pun. Peta pun aku ada capture dalam phone tapi bila check balik macam salah kawasan je.

So aku nekad sendiri based on masa aku cari hostel ni kat website untuk pastikan lokasi sebenar.

Merewang rewang aku pagi tu kat pekan Vientiane ni. Memang aku pasti yang hostel aku booking ni tak jauh dari laluan utama so aku assume kawasan tak jauh pun dari tempat aku turun bas tadi.

Cari dan mencari


Tuk tuk di Vientiane


Bangunan di Vientiane

Masuk satu jalan dan cari setiap arah dan bangunan. Berulang kali aku lintas Setthathirath Road dari hujung sana ke hujung satu lagi.

Aku ada address dan aku pasti aku berada di jalan yang betul. Tapi bangunan hostel yang aku cari tu memang aku tak jumpa jumpa. 2-3 kali aku melintas di jalan yang sama, cuaca pulak makin panas. Stress pulak aku di buatnya time time macam ni. Dah lah mata mengantuk lagi !

Pusing keliling pekan Vientiane

Dua tiga kali lalu jalan yang sama. Sambil sambil tu snappy tempat menarik.

Laos National Culture Center

Salah satu bangunan penting di Vientiane

Memang betul betul menduga iman dan kesabaran betul. Sudahnya aku nekad cari cafe yang ada internet dan aku boleh guna wifi dan check balik address hostel aku tu.

Tempat yang menjadi pilihan. Scandinavian Bakery

Alang alang, aku singgah makan sekali. Haloba makan macam setahun tak jumpa makanan ! Nasib sedap walaupun mahal sikit.

Dah dapat internet aku check balik baru la aku yakin dan pasti, aku memang cari di jalan yang betul tapi kawasan yang salah !

Hostel tu kena walk further up dari area aku mundar mandir di Setthathirath Road tadi tu.

Hish. Buang masa je. Dah la panas. Mengamuk Che Ta kalau dia jalan dengan aku ni sebab make up dia sure cair. Aku ni muka pun tak basuh lagi. Taik mata je makin melenyek macam keledek penyek.

Salah satu bangunan bercirikan tradisional Lao di Vientiane

Abis makan sambung menapak. Ada nama restoran macam nama Arab Muslim

Vat

Cross ke sana. Tadi masa mencari aku berhenti sampai sini jer

Akhirnya jumpa jugak ! 

Lokasinya tak jauh dari tempat aku beli cable iPhone hari tu. Aku kena cross jalan sebab jalan yang tadi aku cari tu memanjang lagi. Hish !

Akhirnya jumpa jugak. Orange Backpackers di Vientiane ni.

Sampai sampai aku check in terus. Since kiranya booking aku malam ni so aku mintak nak check in awal. Nasib dia kata bilik ada. Apa lagi... dapat kunci aku naik terus mandi dan sucikan diri.

Single room with aircond. Bilik air sharing

Time tu baru kol 12 lebih so aku ingat nak rest dulu sebelum aku bergerak nanti ke Buddha Park. Tu destinasi yang aku nak pegi di Vientiane ni nanti.

Aku dah tanya counter kat bawah hostel, dia cakap memang ada tour aku boleh join pukul 2 petang nanti, tapi dia suggest aku naik bas je.

"I will show you how to go to the bus station"

Hmmm. OK lah. Aku setuju je.

Pakej ke Buddha Park yang biasanya ada di mana mana hostel di Vientiane ni

Dah mandi terus aku sambung membuta. Lega dan mood rasa OK semula.

bersambung...............

6 comments:

  1. hahhaa.. bus tu nighmare betul kalau igt balik.. dah la nak naik bus kene bukak kasut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... tiap kali nak keluar... kena usung kasut turun naik.... tapi ok la tak de la dalam bas comot nanti

      Delete
  2. mak aih cabarannya nak sampai ke destinasi

    ReplyDelete