Pages

Saturday, April 16, 2016

Backpacking Laos : 12 - LP | Alms Ceremony - Monks at Dawn

Kegigihan tak terbendung !

Sunset di Sg Mekong, Luang Prabang

Lepas layan sunset di Sg Mekong yang tak berapa nak ada tu, aku nekad nak jugak cari Nazim Restaurant dekat Luang Prabang ni. Selagi aku tak jumpa selagi tu aku tak puas hati !

Tengok jam, masa kecederaan. Tak lama lagi basikal ni aku kena pulangkan. Jadi dengan masa yang singkat, walaupun peha macam masih cramp kadang kadang, aku gagahkan diri untuk terus mencari.

Ayuh.. M Kumaresan. Azizulhasni Awang... buat apa korang tercegat di situ? Mari kita mulakan !

Apa? Korang dah pancit? Tak rawk la cam ni. Tak pe. Aku pegi sorang.

Lalu jalan yang sama ke Nisha Restaurant tu dan belok ke kiri dekat Dara Market. Market khusus untuk yang berdara jer kot....

Tu lah hasil terperinci yang aku perolehi dari maklumat yang aku godek godek kat internet kat kedai nasi goreng udang tak sedap tadi tu.

Di sebatang jalanraya yang tak berapa panjang tu, aku mundar mandir mencari alamat yang ada. Pegi dan balik dan akhirnya aku buat keputusan sebulat suara.

Restoran Nazim ni dah tak ader !

Yang tinggal................

Digantikan dengan restoran vege ni !

Memang confirmed dah penuh yakin aku rasa itu la jawapan yang aku cari !

Tak de la rasa ralat sangat tak jumpa sebab aku pasti jawapan aku kali ni dah berjaya tenangkan persoalan sejak dari tadi.

By the way, hasil risikan aku selepas tu memang Nazim Restaurant di Luang Prabang ni dah di tutup. Jadi memang tinggal Nisha Restaurant je lah kalau nak mencari makanan halal di sini ni !

Dah selesai tugas dan misi penting tu aku pun balik semula untuk pulangkan basikal. Sebab hari dah malam, pasar malam dan kedai kedai dah pun di pacak di sepanjang jalan utama. Jadi aku kena ikut laluan lain. Sebenarnya jalan utama dia Luang Prabang ni one way, so aku tersilap perhitungan aku redah je jalan tu. Few times jugak kena hon.

Ada aku pedulik?

Malas layan ! Aku dah kesuntukan masa. Last sekali aku masuk simpang dan heret basikal redah ikut pasar malam tu je. Nasib baik la orang belum ramai lagi.

Dah senja. Basikal dah di pulangkan

Aku tak de agenda lain dah malam ni. Just nak balik ke hostel dan tidur untuk perjalanan yang jauh hari esok menuju ke Phonsavan.

Dari tempat pulang basikal tu aku menapak balik ke hostel. Kena redah pasar malam. So usha usha sekali lagi pasar malam di Luang Prabang ni.

Malam menjelang

Pasar malam di Luang Prabang

Jualan t shirt. Macam tak menarik je kain dia.

Lao Whiskey. Tak lalu aku nak beli. Tengok pun ngeri

Barang cendermata dan kraftangan warga tempatan

Kad 3D pun di jual

Aksesori. Kalau lumba lari pakai ni sah sah kena tinggal di tempat tercorot sebab berat

Usha usha gerai makanan

Last sekali aku cuma beli buah potong je. Boleh campur campur. Harga pun agak murah 10,000 Kip /RM5 satu bekas

Abis tu aku menapak balik ke guesthouse aku.

Sampai kat guesthouse tengok macam ada persediaan party. Ingatkan sebab nak celebrate New Year, rupanya nak celebrate birthday anak tuan rumah ni. Aku pun tak tau yang mana. Tak ambik pot pun. Aku just usha macam tu je. Dia orang macam tak de jemput aku pun.

Sampai kat guesthouse

Persiapan party hari jadi

Balik bilik, mandi dan buat apa yang patut, aku tidur awal malam tu.

Terjaga lebih kurang pukul 1 pagi dengar orang riuh rendah kat bawah. Family ni betul betul berparty sampai pagi. Dengan muzik kuatnya. Karaoke suara macam jahanam memang menganggu tidur aku.

Tak pasti dia orang stopped pukul berapa tapi sampai pagi jugak lah. Aku pun lelap lelap ayam je. 

Tapi sebenarnya aku dah kunci jam sebab nak keluar tengok alms giving ceremony di Luang Prabang ni.

Alms ceremony — monks at dawn (05:30) collecting alms of rice from kneeling villagers and tourists, who form the majority, along Sakkaline Road near Wat Sensoukharam. Just look for the long row of rice baskets and stools that have been laid out for tourists who have paid for the privilege of giving alms. Seeing these tourists, who make up the majority of the alms-givers, seated on plastic stools participating out of fun rather than sincerity definitely reduces the authenticity of the moment. 

To make things worse, some are dressed inappropriately: please, if you want to give alms, at least cover up and do not show the monks your cleavage. If you are white, please keep a distance from the monks so people can take authentic photos without a European backpacker getting in the way. Ask your guest house host to assist you the day before in preparing if you'd like to get up and give alms in the morning. 

Please note that the alms giving ceremony is one which, while picturesque, is not without its detractors. Unscrupulous local merchants have used the eagerness of tourists to participate in a local tradition as a means of making easy money, and sometimes sell unsuitable, stale and even unsafe food. This has resulted in monks falling ill after having consumed the offerings, and resistance to continuing the tradition. However, the government has made it clear that the monks have to continue the tourist pageant or risk being replaced with lay people clothed in saffron robes in order to keep up appearances, and thereby maintain tourist revenue. 

So if you wish to participate in this ceremony, prepare the food or fruit yourself, and avoid giving food of unknown quality. Another problem is the photography: while it looks nice on your collection, think about how it must feel for the monks to have hundreds of tourists photographing them every day. Some lowlifes even stand right next to them, flashing them in the eyes. Strongly consider only watching this old tradition from a distance instead of using it as a tourist attraction, as this may detract from the beauty of the ritual - both for locals and tourists alike. You can always download a picture of it somewhere on the net for your collection.

Sebenarnya setiap malam aku aim nak tengok upacara ni di Luang Prabang. Tapi cuaca di Luang Prabang ni kalau subuh subuh memang sejuk beku. Buat rasa malas nak bangun jer. Lagi pun acara ni biasanya bermula jam 5.30 pagi. Time tu tengah syok syok dibuai mimpi beradu.

Tapi since hari ni hari terakhir aku di Luang Prabang ni so aku nak jugak usha !

Aku bangun awal pagi, bersiap siap dan turun bawah. Rupanya ada 3 orang guest di gusesthouse yang sama ni pun bersiap nak keluar jugak nak tengok. Masalahnya pintu berkunci !

Tuan rumah dah tidur mampus selepas penat berparty agaknya. So kami berempat ni dalam gelak dok cari cemana nak bukak pintu depan yang berkunci tu !!

Godek godek. Cuba punya la banyak kunci yang kami jumpa. Dah macam pencuri pun ada. Semuanya salah. Dekat 10 minit mencari, dah dok kejut tuan rumah tak bangun bangun jugak, akhirnya baru la berjaya.

Tu pun ada anak Tuan rumah yang tertidur kat luar rumah. Mabuk sebab berparty kot sampai terbongkang kat situ ! Dia tersedar sebab kami gegar gegar pintu.

Dapat keluar je terus je kami bergerak ke jalan utama tak jauh dari guesthouse ni. Bebudak bertiga tu aku nampak macam berjalan terus ke kawasan simpang utama tapi aku stay kat tepi jalan tu je sebab kat depan tu ada kuil.

Tangga ke arah kuil depan jalan utama

5 minit menunggu then aku nampak monks monks dah start turun dari kawasan kuil dan berjalan di pinggir jalan utama di situ

Dan di tepi jalan, dah ramai yang menunggu. Ada yang bersedia untuk bagi makana makanan pada monks ni dan ramai juga yang berniaga.

Sebenarnya.. tujuan asal adalah memberi makanan atau sedekah kepada monks berupa roti, beras atau wang ringgit tapi sebab benda ni dah too commercial, jadi di tukar kepada biskut dan jajan jer

Ada nampak ramai jugak la monk monk ni beratur untuk ambik makanan makanan ni. Cuaca pun masih gelap lagi so gambar tak berapa menjadi time low light, so aku pegi ke belah tengah dekat simpang utama depan Tourist Information Center. Situ kawasan cerah sikit dan kat situ lagi ramai orang menunggu !

Kebanyakkannya pelancong. Tua muda. Semua siap dengan kamera. Ada yang bawak anak pun sama. Masing masing bangun dan berkumpul di pinggir jalan untuk melihat aktiviti ini di jalankan.

Dan monk monk ni akan berjalan dari satu kuil ke kuil yang lain dan di sepanjang jalan, ramai je yang nak bagi sedekah ni baik warga tempatan mahupun pelancong. Yang lebih teruja adalah penjual basket basket makanan ni. Kalau abis, dan dan je dia pegi letak depan mat salleh tu so nak tak nak terpaksa lah bagi lagi dan lagi selain tak abis barisan monk monk tu lalu.

Benda ni dah jadi macam too commercial. Belum kira lagi pelancong yang tala camera dengan flash, kesian monk monk ni semua. Muka pasrah je. Dah la masing masing macam mengantuk gila je muka.

Tapi barisan dia orang ni biasanya ramai dan tak putus putus dari segenap arah jalan utama di Luang Prabang. Kalau barisan ni abis, kang tak lama sampai lagi barisan lain. Selagi ada orang nak bagi, selagi tu la dia orang beratur dan berhenti di setiap bahu jalan.

Aku lepak kejap je. Tak de la rasa macam nak tunggu lama.

Sempat beli air dan usha dari jauh. Layan rokok dan tengok orang ramai. Masa time aku jalan nak balik ke guesthouse tu, tetiba nampak satu lagi rombongan dari depan.

Sedang elok aku dapat spot yang menarik untuk snappy.

Monk monk di beri sedekah

Wajah masing masing

On the way balik ke guesthouse tu, aku lalu kat satu kuil ni, so tergerak hati nak usha. Apa dia orang ni buat dengan makanan yang banyak banyak yang dia orang kutip tu.

Wat di pinggir jalan utama depan guesthouse aku

Naik atas

Dia orang kumpul makanan makanan tu kat dalam satu bangunan

Dan dia orang berehat rehatan

Aku dengar cerita sebab dia kebanyakkan dia orang dapat biskut dan jajan, so dia orang jual semula kat kedai kedai dan dapat duit. Duit tu la baru di guna untuk beli keperluan dan kelengkapan yang dia orang nak.

Bagi aku, alms giving ceremony di Luang Prabang ni agak menarik untuk di tonton, tapi kena lah ada rasa hormat jugak kat dia orang sebab benda ni sebenarnya acara keagamaan. So kena respect dan jangan sampai menganggu mereka.

Abis menengok ni semua, rasa nak balik ke guesthouse je berkemas barang sebab pagi ni aku akan bergerak meninggalkan Luang Prabang ni ke destinasi seterusnya.

Tapi sampai depan gusethouse, rasa macam nak gi singgah kat satu tempat dulu.

Nak usha buat kali terakhir sebelum Luang Prabang ni aku tinggalkan sebentar nanti !



Menyinta dirimu
Untuk yang terakhir kali ini
Lihat ku di sini
Setia untuk dirimu

Kasih yang ku belai
Gugur selama-lamanya
Waktu yang terpisah
Menghukum luka
Yang lama terpendam

Kesuraman yang telah menjelma
Di hujani sedih ku
Melara kan di jiwaku ini
Di akhir pemergian mu ini

Tinggalah aku menanti
Pedih yang semakin membakar di hati

Hanyalah dirimu
Yang bertakhta di hatiku kini
Tak rela memendam sedih hati ku ini
Bersemadi cinta ku di sini
Biar mekar mengharumi
Andai ada cinta
Di samping mu
Kasih...

bersambung.............

4 comments: