Pages

Thursday, April 7, 2016

Backpacking Laos : 04 - VV | Sepetang Di Vang Vieng

Aku tinggalkan Blue Lagoon untuk berpatah semula ke pekan Vang Vieng.

Sebenarnya aku dah tak de hala tuju. Cuaca panas macam ni buat aku mengantuk jer.

Perjalanan dalam cuaca panas

Tengah bawah moto ikut kawasan ni nampak pondok di tengah sawah. Nampak tak? 

Aku siap singgah dan membuta kat situ ! Hahaha.. Lena jugak la sejam dua !

Bila cuaca dah teduh sikit baru la aku balik ke pekan Vang Vieng semula. Sebab tak tau nak ke mana aku just lepak lepak je tepi Nam Song River tu tengok aktiviti petang sementara menanti senja.

Nelayan di Nom Sang river

Tempat hentian orang berkayak

Ada gerai gerai santai di tepi sungai di Vang Vieng ni. 

Tempat lepak lepak

Orang berkayak

Aku beli air dan lepak di one of the gazebos tu sambil rendam rendam kaki dan makan roti

Jualan petang petang

Jambatan buluh merentasi sungai. Yang ni tak payah bayar kalau nak cross.

Budak budak ni ponteng sekolah agaknya. mandi sungai

Abis lepak lepak kat tepi sungai tu, aku pegi usha kat pekan jap. Nak tengok kedai Nazim yang halal tu. 

Pagi tadi aku dah lalu, ni nak usha balik semula sambil ronda ronda kawasan Vang Vieng.

Kedai kedai di pekan Vang Vieng. Tak banyak kedai pun. Jambatan buluh tu belah kiri daripada bangunan K Mart tu

Okey. Hati hati di Vang Vieng ni ada 2 restoran Nazim. Yang ni tak halal !

Ni Nazim yang halal. Letak nya tak jauh tapi kalau nampak tanda halal tu, ya la tu. Sebab masih awal aku tak nak dinner lagi, so aku ronda ronda lagi tanpa arah tuju

Jualan hasil tani

Aku nampak sign ni dan ikut laluan tu turun ke arah sungai. Motosikal park je kat tepi jalan

View sungai yang agak menarik

Lepak lepak kat sini menikmati suasana petang.

Syok jugak. Aman damai je. Sesekali bunyi jerit pekik orang bertubing. Ada few bar tepi sungai dan ramai jugak yang sedang lepak lepak.

Menjelang petang, hot air balloon kelihatan mula terbang di udara Vang Vieng

Langit petang. Sementara menanti senja

Tak de keje

Boleh pulak aku terjumpa cincin kat sini

Aku tinggal kat sini

Tengok hot air balloon berterbangan. Kalau nak naik ni bayar USD 80

Lepak menanti senja yang tak berapa menarik. Port dah cun

Tapi awan gemawan melindungi cahaya mentari

Cari tempat makan dan dinner di Nazim Restaurant

Dalam resto. Service lembab jugak walaupun tak de orang.

Aku order beryani ayam. Tak sesedap kedai semalam kat Vientiane tu. Harga pun agak mahal di Vang Vieng ni. Dalam 40,000 kip (RM 20). Dah la tak pedas.

Aku mintak cili sos dia kasi aku cili nih ! Berdesip kena sebijik.

Di Vang Vieng ni, kalau kat most kedai makan atau bar, dia orang akan pasang sitcom Friends. So kalau suka layan boleh la layan.  Semua kedai macam pasang cerita Friends je merata rata.

Dah abis makan, aku gi hantar motosikal then jalan kaki balik ke guesthouse aku. Ambik beg. Lepak jap menunggu pick up. Kata pick up pukul 7 malam. Kol 8 pun tak muncul muncul. 8.30 baru datang.

Pick up ambik dan bawak ke tempat bas tepi airstrip tu.

Sleeper bus dari Vang Vieng ke Luang Prabang.

First time naik sleepers di Laos. Sangat berbeza dengan Vietnam dan sangat tak selesa. Bayangkan single bed tu nak kena baring 2 orang. Nasib la mamat sebelah aku tu kurus tapi aku pun tak selesa jugak.

Sudahnya bertahan lah. Tidur pun tak lena.

Bas berhenti beberapa kali, sempat aku turun naik kencing dan merokok.

Pukul 9 malam dari Vang Vieng, katanya pukul 5 pagi baru sampai Luang Prabang. Tup tup pukul 2 dah sampai !

Kami di turunkan di station bus Luang Prabang. Suasana senyap dan sunyi di kawasan ni

Bersama sama aku ada minah salleh solo. Mat salleh satu family dan 3 orang budak budak korean. 

Since aku dah tersilap booking penginapan di Luang Prabang malam tu, sepatutnya aku tak payah booking sebab aku naik sleeper bus. So sebab dah booking, aku ambik je tuk tuk ke penginapan aku ni pukul 3 pagi. Memang aku tak de alert apa apa pun, gamble je ni pada aku tak de arah tuju.

Budak budak Korean tu nak ikut sekali. Tambang tuk tuk dari bus station ke pekan Luang Prabang 20,000 kip sorang. Mahal gak lah tapi sebab awal pagi. Dah la cuaca sejuk.

Lagi haru sampai kat guesthouse aku tu, gelap gelita. Panggil panggil tak de orang menyahut. Jenuh aku seru. Macam macam bunyi aku buat. Gate tetap berkunci. Rumah gelap gelita.

"Helll...............oooooooooooooooo it is me ! "

* keluar suara parau Adele.

Pastu cepat cepat masuk chorus sebab tak ingat lirik.

"Hello from the other side. I must have called a thousand times..................... "

Haram jugak tiada sebarang tindakbalas. Nak buat apa lagi? Buat bunyi batuk?

"Kong. Kong. Kong"

Sekuat hati aku batuk mengalahkan orang sakit TB. Tapi tak berkesan jugak.


Kesian budak budak Korean bertiga tu. Konon teman aku, pastu dia orang nak tanya kot ada bilik kosong kat guesthouse aku ni. Dah dekat lama tak de jawapan, aku suruh dia orang cari hostel lain je. So dia orang blah dan aku tertinggal sorang sorang berteman dingin malam dan suasana sunyi.

Misi di sambung semula.

Ketuk besi kat pagar.

Kletung ! Klentang !

Tak de hasilnya.

Ha ! Buat bunyi anjing?

"Arf, au au, bow-wow"

Isk tak jalan jugak. Ke aku menyalak ala ala manja macam anjing puppy je?

Tiba tiba sayup sayup kedengaran laungan anjing lain melolong lolong buat aku jadi ngeri serta merta !

Dan mereput lah aku kat situ menanti dan terus menunggu............... Deng !



Ku membayangi jiwa hati mu tapi perpisahan menunggu
Ku ingin membelai mu namun kasih ku tiada restu

Diri begini kerna selama di tinggalkan marah sengsara
Hingga hilang terlupa siapa aku sebenarnya sayang…

Oh dengarlah sayu tangisan ku
Mengapa degupanmu ku seru
Kerna kesepian nan berlalu
Kembalikan hidup yang ku rindu... oh...

Oh dengarlah sunyi tangisan ku
Kau tahu ku amat menyayangi mu
Oh pergilah kau bukan milik ku
Pulang pada yang mengasihi diri mu… ohh

Kesepian berlalu… oh... Maafkan daku… yeah...

Sampai di sini ku lepaskan pergi
Biar ku damai bersemadi
Luka mu ku mengerti
Kan ku hilangkan derita… ini... yeahh...

Oh dengarlah sayu tangisan ku
Mengapa degupanmu ku seru
Kerna kesepian nan berlalu
Kembalikan hidup yang ku rindu... oh...

Oh dengarlah sunyi tangisan ku
Kau tahu ku amat menyayangi mu
Oh... Pergilah kau bukan milik ku
Pulang pada yang mengasihi diri mu…
Kau ku seru…

bersambung...................

10 comments:

  1. aiyoo tetiba lagu hantu keluarr

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. ingat aku yang salah eja... jenuh aku cari mana line silap tu..


      dia org jual panggang panggang. ayam itik lembu babi semua ada.


      Delete
    2. banyak jugak yang jual roti canai.. ala ala crepe ada pisang...

      Delete
  3. Panas itu yang tak tahan..tapi berbaloi view awesome.

    ReplyDelete
  4. Hiiiiiiiii...... Berani nya uncle... Tk tau lah kalau seri...#nangis ketakutan

    ReplyDelete
    Replies
    1. takut gak la.. seram seram sejuk.. takut org rompak jer.. tapi alhamdulillah tak de apa apa..

      Delete