Pages

Tuesday, February 23, 2016

Kembara Di Bumi Taiwan - 20 : Hualien > Taipei

Masih lagi tersadai di Hualien.

Hualien

Hualien merupakan sebuah bandar yang terletak di sebelah Pantai Barat Taiwan dan mengadap Lautan Pacific.serta Central Mountain Range.

Bandar terbesar di sebelah barat Taiwan ini menjadi destinasi persinggahan bagi pelancong yang ingin melawat ke Taroko Gorge National Park.

Tu jer.

Pastinya akan aku ingat sampai mati nama bandar ni. Bandar yang mungkin tidak ada apa apa tapi beri aku pengalaman berbeza yang tak mungkin aku lupakan sampai bila bila.

Tak de banyak aktiviti yang boleh di lakukan di bandar ini tapi beberapa tempat di sekitar Hualien ini menjadi destinasi pelancongan yang boleh di lawati.

Bangunan bangunan berhadapan dengan Hualien Railway Station. Bangunan kaler cokelat ada billboard biru tu la hotel yang aku bermalam semalam.

Dan saat ini aku masih menumpang di lobby hotel untuk menggunapakai wifi dia orang. Tumpang charge handphone. Tumpang duduk dan berlindung dari hujan dan cuaca yang tak menentu di Hualien ni.

Sejak dari tengahari tadi aku duduk di sini. Duduk diam diam tak de sesiapa pun yang ambik pedulik. Tiba tiba tengah aku mengelamun, Apek yang aku syak tokey hotel ni muncul.

"What are you doing here?"

Tu soalan dia pada aku. Terus aku betulkan kedudukan. Kalau tadik nampak sangat santai bersandar di kerusi orang, di lobby hotel yang aku dah tak de apa apa hubungan kecuali sebagai bekas penginap di sini.

"The train is not yet moving. I have been changing the ticket for few times. My next train will be at 7 O clock"

Aku cuba cuba menyampaikan apa yang berlaku dari pihak aku. Aku harap dia faham dan mengerti.

"Oh yeah. I saw it on TV. The typhoon destroyed some stretch of the railway. They need some time to fix it"
"That is bad. I need to go back to Taipei to catch my flight tonite. And I dont think I can make it to the airport on time"
"Oh.... then you need to buy a new flight ticket?"
"I bet so"

Dan kami berborak borak lagi. Dia musykil cemana aku pandai cakap English. Aku pun ada kemusykilan yang sama. Rupa rupanya dia pun pernah study di US dulu dekat Connecticut.

Tapi baik la apek ni.

"If you need any help, please look for me. My name is Steve. You can ask around if I am not here. You can stay here as long as you need. You can use the restroom at the back. If you need something to eat, just let me know"
"Thank you. I'll be fine. I just need to use wifi to send email and what not"
"Sure, No problem. Take your time"

Tiba tiba aku rasa terharu !

Masih ada juga yang baik dan berhati mulia sudi membantu aku yang dalam kesusahan ni

* bersandar di dinding sambil menangis, slow slow jatuh terduduk ( effect dari filem )

Mesti nak tengok rupa apek tu kan?

Aku sempat snap dari jauh je.

Apek Steve yang memakai seluar apek

Apek Steve tinggalkan aku dan buat hal dia dan aku semakin mereput di mamah usia !

Then bila dia lalu dekat aku mesti dia tengok jam.

"4 more hours?"

Aku sengeh je.

"What have you been doing today?"
"Nothing. I went back and forth to the station and kept changing the ticket"
"Did you go anywhere in Hualien?"
"No. I want to go to the beach, but I dont know how"
"Get the bus ! You better be going somewhere rather than sitting here and do nothing. You dont come to Hualien everyday. Come on. Go. Go to the beach"

Dia pulak yang bersungguh sungguh.

Pastu dia ambik map dan tunjuk aku pantai Qixingtan Beach yang aku nak pegi tu.

"There is a bus going to that place. You go to the bus station and ask them"
"You mean normal bus?"
"Yes"

Aku menurut je apa yang Steve bagitau tu. Moga moga hajat aku nak ke pantai tu terlaksana. 

Aku cross jalan dan melangkah ke bus station yang kaler orange tu.

Jalan nak pegi bus station kena lalu depan Wow Hostel ni

Bus station Hualien

Dekat kaunter tiket bas tu aku tanya la sorang pakcik muka bengis ni. Dia tengah main game.

"I want to go to Qixingtan Beach, which bus should I take?"

Dia jawab tapi aku tak tau apa dia sebut.

"Should I take Taroko Shuttle bus?"

Dia angguk je.

"Do I have to pay full 250 dollar?"
"Yes"

"So what time is the next available bus?"

Aku dengar tak dengar apa yang dia sebut. So aku tanya dia balik.

"3 what?"

Dua kali aku paksa dia ulang. Tiba tiba dia menjerit.

"Three Thirty !!!"

Kuat dia menjerit sampai semua orang yang tunggu bas kat tempat menunggu tu pandang. Tak tau la pandang dia ke pandang aku. Maybe pandang dia nak tau kenapa mamat ni menjerit, dan pandang aku sambil keji dalam hati sebab aku kena marah depan public !

"Oh then"

Aku sendiri pun terkejut bila dia tinggi suara macam tu. Memang aku tak faham apa dia sebut.

Tak tau la kot dia marah sebab aku kacau dia main game.

Tapi memang jelas aku kena naik Taroko Shuttle Bus jugak untuk ke sana. Tambang dia fix TWD 250. Mana aku ada duit sebanyak tu ?

Sebab malas nak bertekak, aku balik semula ke hotel.

Steve siap siap berdiri tunggu aku sampai.

"What happen. Why dont you go?"
"There is no bus going there. The only bas is Taroko Shuttle and I need to pay full 250 dollar"
"Then why dont you just buy the ticket and go?"

Aiyoo.. Pakcik ni tak tau aku tak de fulus !!!

"Well. I dont have enough cash"
"You need cash? I can spare you some cash. How much do you need?"

Eh !

"No.. I have cash but very limited. Dont worry. By the way, do you know where I can change the money?"
"You mean the currency? Bank is closed today. No. You cant change today"
"Bank closed because of typhoon?"
"Yes"

Pastu borak borak lagi. Steve ni la yang cerita kat aku pasal bas yang hilang dekat Taroko tak dijumpai sampai sekarang ni.

"If you cant go to the beach. Why dont you go to the lake> There is a lake not far from here, but you still need to take the bus"

Pakcik ni beriya suruh aku pegi berjalan !

"It is OK. I am not going back to the bus station. That guy was so rude. He shouted at me"
"Why so?"
"It is nothing, just some communication breakdown. I think he has a difficulty to speak in English, and he wasn't OK being bombarded with lot of questions"
"Yes but he should do that to you"
"No worry. I am fine. Some people are just like that you know?"
"No !... Even though he cant speak English, he cant humiliate you in front of other people. I dont like that kind of attitude"

Berkobar kobar pulak Apek ni nak mempertahankan aku.

"You know what. I'll go there. Let me talk to him"

Dan dan tu, dia masuk sekejap dan keluar semula naik motosikal dan terus menuju ke bus station tu.

Sudah ! Aku pulak jadi tak tentu arah. Garu garu kepala aku kejap.

Tak lama lepas tu dia balik semula.

"I think you are right, that guy is really a bastard"

Aku gelak gelak je lah.

Steve cakap bus nak pegi lake tu ada, tapi dia takut aku tak lepas balik sebelum pukul 7 sebab dia tak dapat pastikan bus balik tu pukul berapa dari sana.

Jadi petang tu sampai sudahlah aku terdampar kat lobby hotel tu.

Dah mereput sampai naik kulapuk dah menunggu jam mencecah pukul 7 malam. Hujan pulak turun balik semula. Nasib baik la aku tak keluar ke mana mana, kalau tidak, basah lencun la aku jadinya.

Jam 6.30 petang aku pegi ke train station untuk check status train aku. Alangkah gembira rasa di hati, train dah mula berioperasi petang tu. Train pertama jam 7.10 malam dan train ke dua pukul 7.23 petang. Kiranya aku akan naik train yang ke 2.

Suasana dekat train station

Sebab dah confirm train dah beroperasi, aku cepat cepat balik ke hotel tu semula untuk guna wifi dan book penginapan aku malam nanti di Taipei ! Aku book thru Agoda je sebab tu je cara supaya aku tak perlu bayar guna cash.

Malangnya aku tak sempat jumpa Steve sebelum aku blah. Rasanya dia keluar kot. Aku just pesan kat makcik yang jaga reception tu supaya sampakan ucapan terima kasih aku pada Steve.

Semoga apek ni sihat tubuh badan, di murahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Amin.

Pukul 7 malam aku bergerak semula ke train station. Kali ni aku confirm aku tak akan berpatah balik lagi ke sini.

Chan Tai Hotel. Not the best hotel but definitely the best owner I have ever met

Hari dah nak malam. Cuaca pulak masih hujan

Langit semakin kelam di Hualien Railway Station

Suasana di train station Hualien padat dengan manusia. Masing masing tak sabar sabar nak ambik train untuk ke destinasi masing masing selepas terkandas lebih 24 jam di sini.

Board dah mula menyala tapi sebab ramai sangat orang, orang yang check tiket pun dah tak boleh nak buat apa apa. Semua main serbu jer

Malas berebut aku beli kopi dan layan kopi dulu sebelum naik train. Tak sure sapa pakcik ni tapi dia tolong jagakan kopi aku sementara aku nyalakan rokok sebatang !

Dan misi aku cuma satu. Nak lepas balik ke Taipei walaupun aku tahu aku tak akan sempat naik flight malam ni.

Sebab ramai sangat orang kat train station tu, keadaan dah jadi huru hara. Ada yang train 7.23 pegi serbu train pukul 7.10 termasuk lah aku !

Aku sebenarnya tak tau. Nak masuk gate tu, aku tunjuk la tiket aku,  mamat tu suruh aku pegi naik train yang tengah menunggu kat platform tu.

Bila aku nak masuk train tu aku tunjuk tiket sekali lagi. Ada sorang mamat  tak bagi naik tapi yang sorang lagi suruh aku masuk. Bila aku masuk dia terus tutup pintu. Menjerit jerit yang kat luar tak lepas masuk. 

Aku rasa sebab aku sorang kot so dia lepaskan je aku naik train pukul 7.10 petang tu.

Orang beratur nak naik train

Train memang penuh macam sardin !

3 jam setengah perjalanan dari Hualien ke Taipei tu penuh dengan manusia. Ada yang berdiri di aisle. Ada yang berdiri di ruang antara coach. Ada yang siap duduk dalam jamban ! Tapi konduktor train tu baik jugak, dia siap bukak bilik dia suruh orang duduk mana yang dah berhimpit himpit tu.

Aku?

Kat tangga !

Dan view aku cuma ni jer.

3 jam setengah aku terpaksa mengadap pintu ni jer

Nasib baik train ni dah penuh dari Hualien so dia tak berhenti mana mana pun. Terus je ke Taipei Station. Tapi train bergerak slow la terkedek kedek sampai 3 jam setengah. Padahal masa aku datang train laju sikit cuma 2 jam jer.

Saja la tak nak bagi aku naik flight malam ni kan?

Train ke Taipei

Akhirnya................ train sampai juga di Taipei

Sampai di Taipei Station aku terus jalan ke station MRT untuk ambik MRT ke hostel penginapan aku. Barang aku masih ada di sana. 

Minah hostel tu dah email kata bilik aku dah ada orang booking untuk malam ni so dia dah keluarkan barang barang aku dari bilik tu.

Tengah jalan jalan tu nampak prayer room kat Taipei Station

Boleh sujud syukur dulu

Then aku ambik MRT dsri Taipei Main Station ke Station Xinyi Anhe

Sampai di Station Xinyi Anhe. Exit nak balik ke hostel. Nampak Taipei 101. Gemilang di waktu malam

Jalan balik ke hostel

Ada lalu Night Market kat situ. Nama dia Tonghua Night Market. Aku just lalu dan tengok tengok macam tu je lah.

Jual jual baju.

Makanan !

Dah agak lengang

Aknirnya sampai ke JVs Hostel. 

Aku jumpa minah nama Rice tu dan settlekan semua bayaran. 

Marah dia sebab aku tak consult dia sebelum pegi ke Taroko tu. Nak buat cemana, benda dah nak jadi pun. Tapi mianh tu baik lah dan sangat helpful. Aku lebih banyak borak dengan dia thru email je daripada face to face.

Tapi depan depan pun friendly jugak dia tapi tak sefriendly Jean kat hostel yang memula aku stayed tu.

Aku recommend jugak la JVS ni sebab hostel dia nampak OK jugak dan staff dia baik baik. Cuma dari luar bangunan dia macam buruk jer.

JV's Hostel
Ln.101 Tonghua St.
Taipei Taiwan
p. +886-903061359

Rate private room dia TWD 800 weekday / TWD 1000 weekend. Per nite.

Sebab JVs Hostel tak terima Visa Debit so aku kena cari hostel lain. Aku dah riki riki kat Agoda dan ini yang aku jumpa dan terletak tak jauh dari hostel JV;s tu. So tak de la aku nak kena jalan jauh jauh malam malam buta nak cari hostel ni.

Nama dia 101 Single Bar. Hostel yang agak high class sikit lah. Harga pun mahal dari rate hostel biasa. Tapi bilik dia semua single dan private room.

Tak susah nak cari, dan tak jauh pun aku terpaksa menapak. Cuma pintu masuk dia je payah nak jumpa sebab tak de tulisan.

Sorang mamat menanti aku tiba. Urusan check in semua pantas dan dia tunjukkan aku bilik penginapan aku untuk malam tu.

Lobby check in cum bar

Lobby

Bilik penginapan aku di tingkat atas

TV dalam each room

Dalam bilik

Shared bathroom

101 Single Bar
No.150, Section 2, Keelung Road, 
Xinyi District, Taipei, Taiwan 10677

Rate private room dia dalam TWD 1300 per nite. Agak mahal tapi bilik cantik dan bersih ! Lokasi pun tak jauh dari Taipei 101

Aku ambik masa untuk mandi dan segar segarkan tubuh sebelum siap siap nak berbaring.

Tergerak hati aku nak check status online flight yang sepatutnya aku naik malam ni balik ke Malaysia.

Nak terpelanting dari katil tengok status flight tu sebenarnya delayed.

Flight sepatutnya bertolak jam 11.45 malam tapi delayed dan waktu sebenar berlepas pukul 2.07 pagi !

2 pagi tu cukup masa untuk aku pegi ke airport malam tadi dan balik Malaysia dengan flight yang sama.

Cis. Bedebah betul Air Asia X ni. Dah la tak de courtesy nak SMS ke bagitau. Saja je nak suruh aku abis duit beli tiket baru. 

Memang macam ni la perangai dia ni. Kejap kata sayang bagi tiket murah murah, pastu buat aku murka ! Memang dasar talam 2 muka.

Aku declare gaduh dengan Air Asia X sehingga next trip aku yang akan datang !!!



Inikah caranya kau membunuh cinta
Jiwa ku berdarah dah ditikam dusta
Hanyut tak berdaya
Lumpuh tak bermaya

Perihnya hatiku dihukum tersiksa
Di sangkar terkurung meringkuk durjana
Sudah cukup sudah puas ku merana

Biar…biarkanlah aku meronta
Untuk menerima segalanya
Lepaskan ku dari jerutan kalbu
Kisah dua mukamu

Perihnya hatiku dihukum tersiksa
Di sangkar terkurung meringkuk durjana
Sudah cukup sudah puas ku merana

Biar…biarkanlah aku meronta
Untuk menerima segalanya
Lepaskan ku dari jerutan kalbu
Kisah dua mukamu

Jika ku mati hidup kembali
Kau takkan ku rujuk semula

Biar…biarkanlah aku meronta
Untuk menerima segalanya
Lepaskan ku dari jerutan kalbu
Kisah dua mukamu

Subuh subuh hari aku booking tiket balik Malaysia malam nanti. Harga tiket balik lagi mahal daripada return ticket aku ke Taiwan ni.

* nanges sedu sedan kesat airmata dengan toweR hostel. 

Tak pe lah. Janji lepas balik malam nanti !

bersambung............

10 comments:

  1. Replies
    1. tu lah... semoga beliau di beri hidayah. cara bercakap je kasar sikit. jenis suara kuat

      Delete
    2. Amiin.
      Haha. Normal la kan org sana. Meeting pun bunyi supo bergaduh

      Delete
  2. Huuuuuhhh..... Janji dpt lepas balik ke kl semula lah uncle... Siksa n sengsara sungguh rasanya kalau strendard mcm tu.. # nanges

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. sorang sorang lak tu. kalau ada geng buleh gak buat lawak bodo gelak gelak.

      Delete
  3. Mak aih pengalaman betul nasib ada Steve yang baik hati. Hmmm ya love-hate relationship dengan Air Asia tuh memang tak dapat dielakkan hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. benci benci aku benci.. tapi kang gatal kaki sambung berkasih sayang semula.

      i love Air Asia..

      * pusing belakang muntah hijau keluar cacing pita

      Delete