Pages

Thursday, February 11, 2016

Kembara Di Bumi Taiwan - 08 : Shifen > Keelung City > Taipei

Aku tinggal kan Shifen Scenic Area dan menapak balik ke Shifen Station.


Masih tergambar lagi keindahan air terjun Shifen ni walaupun aku tak sempat nak spent lama lama di sini..

Hari dah makin gelap. Malam bakal menjelang tak lama lagi.

Jalan balik ke Shifen Station agak sunyi. Ada beberapa buah rumah tumpangan di kiri kanan jalan menghala keluar dari kawasan menuju balik ke station keretapi.

Aku jalan perlahan lahan. Tiba tiba..

Zapppppppppppppp !

Argh. Sudah. Kaki nak cramp!

Please. Please. Please. Jangan cramp di sini !

Terpaksa aku slow down melangkah. Takut tetiba urat belakang betis tertarik mau meraung aku sorang sorang diri tepi jalan ni.

Sesekali aku berhenti dan buat senaman regangan kaki.

Dengan kiraan 8. Lapan lagi.

Kau mampu bersenam maghrib maghrib buta tepi jalan?

Dua tiga kali jugak aku berhenti tepi jalan dan regang regangkan kaki supaya urat tak tegang.  Sakit oo kalau tetiba kaki cramp. Hari tu kat Goa hampir terkena tapi tak jadi kena. Kali ni jadi lagi. Maybe sebab hari ni aku push berjalan lebih pada biasa. Sesekali ada motosikal lalu, aku buat buat check camera.

Cubaan mengelirukan pihak musuh !

Tu lah. Hari biasa bukan reti nak bersenam senam. Banyak bersenang senang. Ni la bahana nya !

Slow slow berjalan akhirnya aku tiba juga di Shifen Old Street berdekatan dengan kawasan train station.

Shifen Old Street

Suasana di sekitar Shifen train station agak meriah waktu tu.

Ramai yang berkumpul di tengah tengah laluan keretapi dan menyalakan lantern dan melepaskannya di udara. Aku just nikmati suasana je. Sambil tu duduk dan betul betulkan betis.

Nasib baik tak jadi nak kena cramp. Tapi cover cover jugak la urut betis sendiri slow slow.

Lantern dilepaskan ke udara

Sebenarnya acara melepaskan lantern ni lebih popular di Pingxi. Pekan yang tak jauh dari Shifen ni, Dan di sana suasananya lebih meriah.

Terdapat festival lantern di adakan setiap tahun di sana yang di namakan Pingxi Sky Lanteran Festival tapi kalau tak sempat ke Pingxi tu, memadai la setakat nak tengok tengok di Shifen ni jer.

Masing masing sedang bersedia dengan lantern untuk di lepaskan

Lantern lantern ni ada banyak di jual di kedai kedai di sekitar Shifen Old Street tu. 

Rasanya harga dalam TWD 100 setiap satu.

Sebelum melepaskan lantern lantern ni ke udara, mereka akan menulis sesuatu macam harapan dan impian dekat lantern tu.

Setelah selesai menulis. Mereka akan sama sama melepas kan ke udara selepas api dinyalakan. Ada jurukamera yang akan bersedia ambik gambar setiap daripada mereka 

Lepas dah ambik gambar baru la perlahan lahan lantern di lepaskan

Dan terbang lah lantern lantern ni memenuhi suasana langit malam.

Nampak macam menarik dan cool jugak. Tapi sebab tak berapa banyak dan tak serentak so tak de la nampak macam meriah mana.

Tapi rata rata kat kawasan ni memang ramai lah yang datang untuk melepaskan lantern ni.

Menunggu giliran

Acara melepaskan lantern ni sudah menjadi begitu popular di Taiwan.

Taiwan Lantern Festival merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Biro Pelancongan Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi di Taiwan untuk meraikan Pesta Tanglung.

Terdapat banyak aktiviti di seluruh Taiwan sewaktu Taiwan Lantern Festival ini. Semasa Taiwan Lantern Festival, beribu-ribu lantern akan dilepaskan ke langit dengan cahaya menyala terutamanya di kawasan Pingxi. Acara ini di sambut pada asalnya adalah untuk menghindari kejahatan dan penyakit. 

Pesta Sky Lantern di Pingxi pada asalnya adalah untuk memberitahu orang ramai yang keadaan di bandar tersebut selamat. Lampu di hiasi dengan harapan dan doa doa tertentu pemilik lantern tersebut.

Bermula dari tahun 1990, Biro Pelancongan dan kerajaan tempatan telah meraikan Lantern Festival ini pada hari kelima belas, bulan yang pertama dalam kalendar lunar dan akhir Tahun Baru Cina. Tujuan perayaan ini adalah untuk mempromosikan tradisi rakyat Taiwan.

Suasana di kawasan Shifen Old Street

Aku lepak dan perati lebih kurang je then bergerak ke Shifen Station. Beli tiket balik ke Ruifang station dan plan aku nanti untuk ke Keelung City sebelum balik ke Taipei semula malam nanti.

Beli tiket train dengan harga yang sama. TWD 19/RM2.50 ke Ruifang

Train ke Ruifang Station

Dari Ruifang station aku ambik bas ke Keelung City. Tambang bas TWD 30/RM 3.80

Tujuan aku singgah di Keelung City adalah aku nak gi usha the famous Night Market di Keelung ni iaitu Keelung Miaokau Night Market.

Bas akan lalu di kawasan Keelung City dan memamg ramai pun yang nak ke sana so bas berhenti tepi jalan, so aku pun turun je ikut orang ramai.

Keelung City

Keelung Miaokau Night Market

Keelung Miaokau Night Market merupakan antara pasar malam yang paling terkenal di seluruh Taiwan yang popular dengan kepelbagaian makanan. Terletak di pusat bandar Keelung City, ianya meliputi beberapa lorong di tengah tengah deretan kedai tidak jauh dari Stesen keretapi Keelung.

Night Market Miaokou di Keelung mempunyai semua jenis makanan tetapi lebih menyediakan banyak makanan laut yang segar kerana kedudukannya berhampiran laut dan pelabuhan. Walaupun size Night Marketnya agak kecil tapi ianya menjadi tarikan warga tempatan dan juga pelancong asing untuk memburu makanan yang sedap dan enak di sini.

Selain daripada makanan, terdapat juga barangan lain yang di jual dengan harga murah dan berpatutan.

Ya. Kat atas tu ayat buku. Ni pulak ayat aku !

Masa aku sampai hari tu kedai kedai baru di buka. Orang belum berapa ramai lagi.

Memang banyak makanan berasaskan seafood di jual di sini tapi tak bermakna aku boleh makan dengan sewenang wenangnya.

Dah la perut lapar gila. Tengok lagi makanan kiri kanan tambah stress pulak aku jadi nya. Baru la ingat satu hari aku tak makan hari ni. Cuma makan maggie cup pagi tadi dan juga roti yang aku beli kat Family Mart. Banyak nya minum air je.

Berjalan di pasar malam ni memang buat aku tambah stress.

Dah lah banyak jual makanan, tapi makanan tak leh nak makan. Tak de pekdah je.

So aku just usha dan tawaf sekali lalu.

Abang jual apa tu Bang? Bola bola api?

Tak agak agak kakak jual sotong ! Kalau boleh makan pun aku tak lalu nak makan yang ni.

Jual air telur katak. Ramai lak tu orang beli. Dia sebenarnya bukan telur katak tapi jelly bulat bulat dia letak dalam air. Pun tak lalu aku nak minum.

Jalan jalan usha kawasan

Jual barangan lain pun ada jugak.  

Main game pun ramai kat area pasar malam ni.

Abam ni membuat demo mesin memotong lemon untuk di buat juice

Apam balik? Oh. Kalau la aku dapat menikmatinya.............. !

Suasana di Keelung Miaokau Night Market

Abang Aji menunjukkan demo cemana nak teror menyapu macam Cinderella

Memang tambah rengsa berjalan kat pasar malam tu.

Dah la tak menarik. Dan kalau menarik pun aku tak leh nak makan. Sudahnya aku give up lah. Malas nak usha lelebih. So aku menapak jalan kaki ikut tepi pelabuhan tu menuju ke Keelung Station.

Ada Star Cruise docking kat sini. Siap tulis GENTING besar besar. Tetiba rindukan tanah air sendiri

Malam di Keelung City. Local berkumpul sambil ada yang menyanyi. Siap ada yang menari nari. Dan ada jugak yang melepak menghirup udara nyaman di malam hari.

Malam di pelabuhan di Keelung City

Lepas abis usha usha kawasan tepian laut di Keelung City tu aku pun bergerak ke Main Station nak ambik bus balik ke Taipei.

Masa lalu kat satu bangunan tu tetiba aku nampak Burger King !

Pergh. Tetiba kelaparan tahap mak. Perut rasa bergelora tahap bergulung gulung. Sungguh aku lapar. So ingat aku nak beli je fish fillet kat Burger King tu.

Masuk. Beratur. Pose pose gaya mata sepet tahap tak leh bukak ni supaya tidak di kesan.

Perhati menu satu persatu. Then aku tengok menu menu yang terpampang kat situ. Tetiba datang rasa sesalan dan tak sampai hati nak main bedal je.

Tarik nafas dalam dalam.

OK. Tak pe lah. Sabar Meng. Masih boleh bertahan lagi ni.

Keluar dari queue dan keluar terus dari Burger King tu. Ntah kenapa aku rasa tak sedap nak order fish fillet kat situ.

Area Keelung Main Station

Then nampak kedai bakery Yamazaki ni. Masuk usha usha then aku beli roti yang aku rasa boleh lulus untuk di makan.

Then pegi ke bus station tepi train station tu, beli tiket balik ke Taipei. Tambang TWD 55/RM 7

Dalam bas tak de orang. So sebaik je bas bergerak aku terus la bukak bekalan roti tu dan makan dengan lahapnya.

Lantak la kalau orang pandang. Aku kebuluran neh !

Dah kenyang melapik perut, mata pulak rasa terbuai. Perjalanan dari Keelung ke Taipei memakan masa lebih kurang 40 minit jer. Belum sempat aku terlelap pergerakan bas mula tersangkut sangkut. 

Aku yakin dan pasti, kalau dah jem ni, mesti dah masuk area city. Bas bergerak pelahan menuju ke Taipei Station. Sedang elok jugak sebab aku boleh usha tiket untuk perjalanan aku esok !

Bus yang aku naik dari Keelung City tu berhenti di station bus kat tepi Taipei Station. Area ni memang besar gegila. Bus station pun ada lebih pada 1. 

Aku gi usha tiket untuk perjalanan Taipei ke Sun Moon Lake untuk pagi esok. Penat beratur rupa rupanya salah station bus.

Kena gi beli kat station bus lain.

Nasib lah tak jauh.

Semalam Jean dah pesan kat aku, kalau nak ke Sun Moon Lake, maybe aku kena beli tiket lebih awal sebab selalunya tiket sold out. Dah alang alang aku di area Taipei Station ni aku usha je la terus tiket tu.

Tanya dua tiga orang kat situ, susah semuanya nak faham English.

Lama tu baru la dapat sorang staff dia.

"I want to buy a ticket to Sun Moon Lake tomorrow morning"

Dia ketuk ketuk komputer dia.

"Tommorw morning no ticket. 3.30 pm only"
"What?"

Argh.... Igauan ngeri aku bermula lagi.

Aku nak try dia selitkan aku sorang mana mana bus trip pagi dia kata memang tak de kosong.

Pasrah !

Sudahnya aku pegi ke Taipei Station. Station terbesar yang menempatkan semua train yang menghubungkan antara bandar bandar di Taiwan ni dengan jenis jenis keretapi yang berbeza. Expresss, High Speed, Local train, MRT semuanya di bawah satu bumbung.

Taipei Station

Bangunan dia besar gila. Masuk dalam tengok orang bergelimpangan tidur kat ruang tengah. Nak beli tiket pun masih nak kena beratur.

Aku sebenarnya nak cari bus station satu lagi. Nak try nasib kot ada tiket ke Sun Moon Lake tu.

Dah tengok kat sign tu dia cakap kena ikut entrance belakang. Aku follow je lah, then jalan terus ikut laluan kat basement macam jauh gila. Pastu masuk dalam mall. Then mall pun dah nak tutup. 

Kena naik lif, lif pulak satu je. Lama menunggu. Laluan tangga tak der.

Berpusing pusing aku dalam area Taipei Statin ni dekat 2 jam nak cari bus station. 

Sampai sudah aku tak jumpa !

Pedih betul rasa.

Last last aku keluar kat mall ni belah belakang train station. Letih betul berjalan dalam bangunan ni jer. Bus station tak jumpa jumpa.

Lepak kat luar hisap rokok depan kuda.

Kuda diam ! Langsung tak membantu.

Abis sebatang rokok aku tinggalkan kuda tu sendiri.

Balik semula ke train station ni. Nak tanya tiket pun punya la panjang orang beratur. 

Malas nak tunggu lah. Tawar hati ! Putus harapan.

Apa apa, esok je la cerita. Aku dah tak larat dah. Nak balik hostel. Nak mandi !!!

Sebab mall dah tutup banyak laluan ke MRT pun di tutup. Sejam lagi aku sesat dalam bangunan ni nak cari laluan ke MRT balik ke hostel.

Menyirap betul rasa. Tapi tak tau nak marah sapa.

Fuh !

Betul betul mencabar kesabaran malam ni.

Aku rasa punca utamanya adalah sebab aku lapar kot. Aku ni kan jenis kena jumpa nasik. Kalau tak boleh menyebabkan kemurungan.

Then aku malas nak fikir. Aku terus je balik ke hostel.

Memang agak kecewa tapi slow slow aku pujuk diri sendiri. Pagi tadi aku dah berjanji, trip ni akan jadi trip santai dan redha je. Kalau aku sempat, aku buat dan pegi, kalau tak jadi, aku kena redha dan berserah diri.

Balik bilik mandi apa semua then belasah makan maggie lagi. 

3 maggie cup dah down, tinggal lagi 3. Baru 2 hari ni.

Hari ni tak jumpa nasi ! Mampukah aku terus bertahan lagi ?

Malam tu aku tidur lena. Dah kunci jam nak bangun awal. Dan aku dah jumpa Jean masa balik tadi dan sekali lagi dia menyelamatkan aku untuk ke destinasi esok hari. 

Atas nasihat dan budi bicara dia, aku sebenarnya kembali yakin dengan agenda asal seperti apa yang aku rancangkan.

Aku go dengan plan B !

Moga esok semua plan aku menjadi. Malam ni cuba cuba meniduri diri sendiri yang kacak bersari ni dulu................. (No.. Bersari bukan bermaksud tidur pakai sari)

* urut urut betis



Tiada yang lebih terindah
Selain kita
Kau dan aku sama

Biarku sentuh dan rasa
Kasih yang mesra
Hanya kita yang tahu

Tenang memandang wajah yang lena
Tuhan selalu denganmu

Sayang
Tidur saja sayang
Lupakan saja yang semalam
Tidurlah mimpi indah

Oh sayang
Tidur saja sayang
Setia disini ku menjaga
Tidurlah kau lah segalanya

Sayang kau lah segalanya, sayang.

Waktu dan usia berlalu
Saksi padamu
Dewasa dan sempurna

Setiap airmata mu
Hancur hatiku
Mahu kau senyum selalu

Biar luka diubati waktu
Tuhan selalu denganmu

Sayang
Tidur saja sayang
Lupakan saja yang semalam
Tidurlah mimpi indah

Oh sayang
Tidur saja sayang
Setia disini ku menjaga
Tidurlah kau lah segalanya

Sayang kau lah segalanya, sayang.

Selamanya kau bidadariku
Takkan pudar senyuman mu yang pertama
Selamanya tetap kau sempurna
Sayang, sayang.

Sayang
Tidur saja sayang
Lupakan saja yang semalam
Tidurlah mimpi indah

Sayang kau lah segalanya, sayang.

Sayang
Tidur saja sayang

bersambung..............

10 comments:

  1. Teringat ms kecik2 kat Greece suka minum air sirap telur katak (bijik selasih)...

    ReplyDelete
  2. Alaa..bersambung! Dah mcm thriller tv dah baca entry hang ni meng..#suspen

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan thriller la.. ni sinetron... bawang putih.. lada boh

      Delete
  3. Bang Meng.kalau takat nk pusing Taipei city tu better cari hostel area mana?tazabar nk g bln 3 ni.harap xde gempa/taufan la..ngehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak jalan jalan taipei city mana mana yang dekat dgn MRT station pun okey... try dekat Taipri Main Station ker. senang sikit nak bergerak

      Delete
  4. Replies
    1. cantik jugak lah.... kawasan pun bersih dan terjaga

      Delete