Pages

Sunday, February 7, 2016

Kembara Di Bumi Taiwan - 06 : Jiufen

Jiufen ni memang terkenal dengan Old Street nya.

Kawasan ini masih menyimpan khazanah dan kepelbagaian warisan sejarah sewaktu Taiwan menjadi bekas jajahan Jepun.

Area ni memang ramai orang. Jalan agak sempit dan kenderaan banyak naik dan turun, jadi kena hati hati sikit di sini.

Pandangan dari kawasan berbukit bukau di Jiufen. Kalau sunset memang lawa pandangan dari sini nampak terus bahagian laut di bawah

Kedai kedai yang terdapat di Jiufen

Lengkuk jalan yang menjadi penanda di Jiufen

Di Jiufen ni, tarikan utama di sini adalah Old Street yang menampilkan lorong lorong kecil dengan kedai kedai yang menjual bermacam benda.

Jalan nak turun tu tricky sikit, kalau tak perhati betul betul memang tak perasan.

Lokasinya dekat dengan jalan corner tu, kat situ ada 7 Eleven.

Masuk ikut 7 Eleven tu

Masuk ikut lorong ni

Pastu usha la apa apa yang di jual. Bagi aku tak de yang menarik pun. Makanan banyak tapi tak leh makan so tak guna nak tenung lama lama.

Jualan

Lorong kecil

Apa nih? Oh.. maksiat !

Telur

Nanti akan jumpa tangga dan lorong lorong kecil turun ke bawah. Ada area area yang lawa dan menarik juga

Di bahagian bawah

Bangunan yang menjadi ikon Jiufen

Kedai kedai

Jiufen Old Street

Okey jugak la bagi aku area Jiufen Old Street ni. Cuma orang ramai dan jalan sempit, payah jugak nak bergerak. Kena slow slow. Kalau malam pun menarik tempat ni.

Tu pun aku jalan secepat mungkin dan cover mana yang sempat jer then naik atas semula.

Memula ingat nak tunggu sunset, tapi tengok jam macam awal lagi. Baru pukul 3 petang time tu. Fikir punya fikir, aku terasa nak pegi ke Shifen.

Aku ada terbaca pasal Shifen dan air terjunnya yang terkenal tu tapi sebab aku bajet timing aku hari ni aku dah fully occupied dengan 3 destinasi  so tak sempat nak ke sana. Tapi since masih awal lagi, aku fikir baik la aku cari jalan. 

Sekurang kurangnya, aku boleh menambah destinasi hari ni !

Lupa kan Jiufen. Lupakan sunset.

Aku tunggu bas untuk ke Ruifang. Pekan yang aku lalu sebelum bas mendaki bukit naik ke Jiufen ni tadi.

View dari Jiufen

Teksi di Jiufen

Ayuh bergerak !

Yakin boleh ! Pastikan boleh !

Bangunan di Jiufen

Sebab orang ramai kat bus stand atas, aku menapak dan turun ke bawah. Tunggu bas kat bawah tu. 

Naik bas ke Ruifang tak susah sebab semua bas akan melalui Ruifang dulu sebelum ke mana mana. Aku naik bas menuju ke Keelung City so tambang bus ke Ruifang TWD30. Turun bukit tak terasa sangat jauhnya.

Tapi tiba tiba aku terasa bersaing dengan masa !

Bus mula menuruni bukit bukau menuju ke Ruifang

Pemandangan Jiufen dari atas bukit

Sampai di Ruifang, aku turun dan usha kat bus stop depan station keretapi.

Ruifang bus stop


Ruifang

Kat situ aku gathered info cemana nak ke Shifen ni. Ada bus dari Ruifang ke Shifen tapi aku tak pasti tunggu kat mana sebab sepanjang jalan utama depan train station tu ada few bus stop.

Aku tanya sorang minah ni. Memula dia cakap

"I dont know"

Then aku OK je lah.

Riki punya riki, aku dapat maklumat dari board ni.

Aku yakin aku tunggu di tempat yang betul untuk bas ke Shifen

Tetiba minah tadi datang kat aku dan bagitau aku bus ke Shifen tu tak berhenti kat situ. Kena jalan jauh sikit sampai kat balai polis dan tunggu bus kat sana.

Berbelah bahagi jugak aku di buatnya tapi since dia macam beriya nak tolong aku, so aku ikut la cakap dia.

Misi mencari station bus lain di Ruifang

Jenuh aku menapak, sampai kat sana tak de pun bus tu. Aku baca info kat bus stop tu, memang tak de bus laluan ke Shifen berhenti kat situ pun.

Biar betik minah ni. Terus rasa tertipu !

Aku patah balik ke bus stop asal tadi dan on the way tengah berjalan kaki tu ternampak bus yang menuju ke Shifen tu lalu !

"Hey ! Woiiii ! Stop !"

Macam la suara aku gegak gempita boleh bikin drebar bas tu berhenti !

Dan bas tak berhenti sebab bukan di tempat bus stop dan drebar bas tak akan berhenti ikut suka suka hati dia.

Tetiba aku rasa angin je dengan minah tadi tu ! Membuak buak rasa amarah menguasai gelora jiwa. Tetiba nak bertukar kaler jadi Incredible Hulk.

Jalan kaki semula dengan perassan berkecamuk dan menahan marah balik ke bus stop yang memula. Dekat bus stop tu aku nampak minah tu ada lagi kat situ. Aku bagitau dia yang dia bagi salah info kat aku. Terkulat kulat dia diam tengok aku dah bengang.

Memang lah aku bengang ! Pastu boleh pulak dia lari menyorok belakang tiang buat buat macam tak de apa apa berlaku. Lagi stress bila tengok next bus ke Shifen cuma akan ada satu jam lagi. Hari dah petang, aku takut tak dan dah nak ke Shifen tu.

Terbuku dendam kesumat dalam hati. Kalau minah tu kutu, aku tindas tindas sekuat hati !!!

Ketik !

Tindas sampai berbunyi.

Ketik ! Ketik ! Ketik !

Aku tindas 3 kali lagi biar betul betul mati !! Argh...............



Cinta aku tiada gantinya
Sekali bila ku serah
Harus untuk selamanya

Jangan pernah untuk berubah hati
Walau jauh mana kau pergi kasih

Usah engkau lukakan hatiku
Tercipta hanya untukmu
Percayalah kataku

Tidak akan ku biar lepas lagi
Cinta kan ku bawa hingga ke mati

Aku akan selalu ada menemani
Setiap detik waktumu
Dalam nyata ataupun payah
Takkan hilang dari pandanganku

Kasih ini ternyata untukmu
Tiada lain di hati hanya dirimu
Ku ingin semua rasa cinta yang ada
Biar sampai akhirnya

Genggam janji kau beri padaku
Katamu kau penawar semua dukaku
Sekali pun tak akan hancur cintamu
Yang pasti untuk aku

Kau bintang menerangi malamku
Tiada arah hidupku tanpa dirimu
Tetapkan setia tetapkan rela
Hingga masa mata tak akan terbuka

Rindu hanya untukmu
Dan hanya untukmu saja

Cinta aku tiada gantinya
Sekali bila ku serah
Harus untuk selamanya

Jangan pernah untuk berubah hati
Walau jauh mana kau pergi kasih hati

bersambung............

11 comments:

  1. Huh, nayo mu...
    Lamo x khenyek kutu

    ReplyDelete
    Replies
    1. org greece panggil khenyek ke?

      lama sgt merantau lupa bahasa kedua.. hiks

      Delete
    2. khenyek khenyek tu mcm bertubi tubi perbuatannya.. mcm lagi ganas tu

      Delete
  2. Replies
    1. tu lah. semoga jean dan warga taiwan semuanya selamat di sana

      Delete
  3. best sangat supermeng malaya
    Salam kenal ...wow...bestnya klu dpt bcuti kat sini,

    read balek ya lake toba tour package

    ReplyDelete
    Replies
    1. lake toba... hmmmmmmm rasa mcm nak repeat. one fine day in sha allah

      Delete
  4. Hahaha..hangin ler habang ye. Apa ler motip minah tue tipu hang meng..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. dah memula ckp tak tau dah la kan.. sibuk nak mendajal sucikan aku yang suci dan murni ni.

      Delete
    2. tapi tak pe lah. dah balik ni dah tak kisah dah. masa time tu je rasa bengang je.. tapi elok gak. mengajar kita supaya jgn mudah percayakan orang dan selalu berhati hati.

      tapi dalam hati hati................ esoknya den terkono sekali lagi !!

      Delete