Pages

Tuesday, February 2, 2016

Kembara Di Bumi Taiwan - 01 : Perlepasan

Ayuh kita mulakan edisi pertama siri Kembara di Bumi Taiwan ini.

Barang di ingat entry Taiwan ni agak panjang dan penuh emosi. Jadi maafin Inul kalau terbawa bawa emosi waktu kejadian dalam karangan blog ni !

Highlight trip ni dah pun menjelma sebaik saja trip ini berakhir pada bulan October 2015 yang lalu.


Mukadimah.

Aku memang dah lama teringin nak pegi Taiwan. Memang masuk dalam bucketlist walaupun aku tak pasti apa yang menariknya di sana sebenarnya. Tapi sebab nak pegi, so aku selalu la usha tiket AAX yang murah murah ke sana time sales. Lagipun dah tak banyak destination yang tinggal untuk aku usha jadi aku aim few destinations je yang aku belum pegi.

Lagipun aku memang jenis tak suka repeat tempat yang sama berulang kali unless ada reason yang kukuh !

Satu hari tu, konon AA ada sales tapi bila aku check, harga ke Taiwan ni memang macam tu je. Tak turun turun malah makin mahal. Jadi panas hati, aku beli je time tu dengan harga RM 303 one way ke TPE. Sebab return ticket agak mahal jadi aku beli separate, TPE - KLIA dapat harga RM 202. End up flight ticket untuk return sebanyak RM 505.

Pejam mata je lah !

Penerbangan dari KLIA ke Taipei dengan Air Asia X

Aku memang aim nak travel time cuti raya Haji sebab ada cuti weekend boleh di campur sekali.

Tapi aku lupa kenapa aku beli awal nya tu 6 hari untuk trip ni. Seingat aku lah, maybe aku nak buat detour dari TPE ke Okinawa Jepun dan spend few days di sana dan the rest di Taiwan. Lagipun aku memang tak study apa lagi pasal Taiwan dan aku tak rasa ada banyak tempat menarik aku boleh usha.

Hari berganti hari, masa bertukar ketika, maka sampai la hari yang di nanti nanti.

Seminggu sebelum fly, baru aku nak ambik tau pasal trip ni. Time tu lah nak apply cuti apa semua. Tu pun time tu la aku realized dan menyumpah diri sendiri kenapa aku beli tiket ke Taipei ni lama sangat?

Siap aku riki nak cut short date balik ke KL sebab aku tak rasa aku boleh ke Okinawa sebab tiket dah mahal gila nak ke sana ! 

Menyedihkan juga, tiket nak balik ke KL untuk tarikh yang aku nak percepatkan tu pun mahal nak mampus. 

Sudahnya, redha je lah. Pasrah dan buat la apa aku nak buat nanti di Taiwan tu.

2 hari sebelum berangkat, baru la aku fikir pasal itinerary dan nak booking hostel. Harga hostels memang buat aku terkejut badak. Boleh tahan la mahal. Plus aku tak berani nak tempat sebab aku tak de itinerary lagi time tu. Kebetulan tengok ada member kat Instagram baru balik dari Taiwan so aku mintak idea dia mana nak cover.

Dan akhirnya, sehari sebelum bertolak, aku dah ada itinerary mana nak pegi walaupun tak complete dan details tapi boleh la menjadi panduan dan rujukan pergerakan aku selama 6 hari nanti. Dan aku dah book hostel yang sepatutnya di Taiwan tu nanti.

Bajet & Itinerary pun dah buat kemunculan di sini.

Taiwan - Budget & Itinerary - Part 1
Taiwan - Budget & Itinerary - Part 2

Tarikh aku bertolak ke Taiwan ni adalah time hari raja Haji ! Tapi flight petang masa tu so pagi tu sempat la beraya dan buat apa apa yang patut.

Tengahari, OR hantar ke airport.

Singgah di Subang Parade dulu nak tukar duit

Currency pun dah parah duit Taiwan dengan duit Malaysia sekarang RM 1.30 = TWD 10. (Sept 2015)

Pasrah.

Aku sendiri tak sure nak tukar berapa. End up aku tukar RM 1500 ke New Taiwan Dollar. Duit tu la nanti nak bayar hostel dan transport semua. Aku belum bayar semua hostel di Taiwan tu. Tak pasti cukup ke tak, tapi kalau tak cukup, aku memang ada currency lain yang aku bawak saki baki dari trip dulu dulu.

Makanan pulak, aku cuma bawak roti Gardenia dengan maggie cup 1 pack, in case memang tak jumpa makanan halal di sana nanti.

Dah tukar duit terus kami ke airport.

Cuaca jerebu. OR hantar aku. Budak budak tak ikut sebab sibuk bermain dengan sepupu sepapat dia orang

OR pun nak balik kampung petang tu sebab ada kenduri kawin anak buah dia. Dan macam biasa aku mintak excuse je la. Hahaha.

Dia tak leh nak kata apa sebab aku dah memang macam ni. Lagi pun aku dah bagitau dia awal awal aku ada trip ke Taiwan ni time raya haji so aku tak berapa buleh nak beramah tamah dan bermasyarakat !

Dah sampai KLIA 2

Hari raya tapi airport tak berapa busy. Tak ramai sangat orang time tu. Maybe ramai yang dah balik kampung hari sebelumnya.

Macam biasa, masuk kat terminal dan check gate berapa aku nak kena berlepas.

Aku memang travel light jadi memang tak de nak check in luggage. Bawak baju pun sikit sikit je. Sebab tak ambik luggage jadi aku make sure beg aku tak berat mana. Tu pun dua tiga kali aku suruh OR buang balik baju dalam beg yang dia dah lipat sebab aku takut melebihi 7 kg.

Baju memang aku plan bawak sikit je, so in case needed aku beli je kat sana.

Currency exchange di airport. Mahal gila dia jual TWD. Nasub aku dah tukar siap siap.

Lepak jap kat tepi terminal hisap rokok

Agak agak dah tak de apa nak buat, aku terus je masuk terminal. Urusan immigration apa semua cepat jer. 

Gate pelepasan aku di bangunan sattelite, so agak jauh kena menapak.

Sambil sambil tu snappy sana sini.

Jerebu

KLIA dari kejauhan

Pesawat di terminal

Duty free. Macam biasa, beli bekalan rokok dulu. Aku beli 1 karton

Bangunan sattelite di KLIA 2

Sebab kat gate tu tak de smoking room, aku hisap rokok dulu siap siap. Cukupkan bekalan nikotin untuk perjalanan selama 4 jam setengah nanti

Solat Asar dulu kat surau

Dan menunggu.

Agak ramai juga penumpang yang mahu ke Taipei time tu tapi cuma aku je Melayu kot. Ramainya bangsa Chinese dan ada few mat salleh.

Menunggu dan terus menanti sampai la pengumuman di buat untuk masuk ke perut pesawat. Pesawat dah ready nak berlepas.

Rambut biru tu !!

Macam biasa, masuk dalam flight, aku duduk kat seat yang aku dah book.

Sebelum web check in aku tukar seat time pegi ke belah belakang sekali dengan harapan, aku dapat 3 seat sorang sorang. Time balik aku beli seat dekat Quiet Zone sebab flight malam dan esoknya aku kerja, so aku harap aku boleh tidur dengan aman dan larat nak bangun pegi keje esoknya.

Dan tekaan aku memang tepat !

Walaupun flight agak penuh dengan rombongan puak puak tu, tapi seat belakang yang aku dah ambik tu memang kosong. So aku dapat 3 row sorang sorang !

Nyaman !

Baca magazine dulu.. Tambah ilmu

Tapi sebenarnya aku dah baca magazine tu masa balik dari Goa. India hari tu. So just flipped thru tengok tengok gambar je.

Pastu mengelamun sementara pesawat mula bergerak menuju ke landasan.

Pesawat mula berlepas

Meninggalkan landasan. Cuaca jerebu menghadkan jarak penglihatan

Dah di ketinggian yang mendamaikan

Isi perut dulu. Lapar ! Padahal pagi raya tadi dah belasah makan nasi minyak hari raya.

Pesawat meluncur laju membelah zon waktu. 

Aku berlepas jam 4.50 petang waktu Malaysia dan menentang waktu.

Walaupun masa di Taiwan adalah sama dengan waktu di Malaysia tapi peredaran matahari begitu cepat dan tak lama lepas tu, langit biru bertukar menjadi senja kelabu.

Sayap pesawat Air Asia X

Awan berkepuk di bawah

Pesawat membelah waktu menuju ke arah timur

Matahari mula menghilang di ufuk barat

Balam balam warna senja yang terukir di langit petang

Harikan berganti lagi

Aku just lepak lepak je sambil melayan perasaan sendiri.

Cuba cuba nak menidurkan diri tapi macam gagal.



Walaupun langit pada malam itu
Bermandikan cahaya bintang
Bulanpun bersinar betapa indahya
Namun menambah kepedihan oh

Ku akan pergi meninggalkan dirimu
Menyusuri liku hidupku
Janganlah kau bimbang dan janganlah kau ragu
Berikan senyuman padaku

Selamat tinggal kasih
Sampai kita jumpa lagi
Aku pergi takkan lama
Hanya sekejap saja
Ku akan kembali lagi
Asalkan engkau tetap menanti

Tak tau aku terlelap jugak ke tak. Tidur tidur ayam ler kot. 

Sedar sedar pesawat terasa menurun dan pengumuman dibuat dan disahkan pesawat dah nak mendarat di Taipei.

4 jam setengah perjalanan terasa macam cepat jer.

Dari tingkap pesawat, cahaya bergemerlapan di bumi Taiwan.  Negara yang bakal aku jejaki sebentar lagi.

Flight descending

Approaching Taoyuan International Airport, TPE 

Touched down

Aku jadi excited at the same time tak tau macamana nak expect.

Jam menunjukkan pukul 10.30 malam. Harapnya ketibaan di bumi Taiwan ini dipermudahkan hinggalah sampai di tempat penginapan.

Pesawat bergegar seketika landing gear mula menghenyak landasan.

Hati aku berbunga riang. Satu lagi impian kini telah kesampaian. Menambah satu lagi negara yang bakal aku jejaki.

"Welcome to Taiwan Meng !"

* bisik hati sendiri..............

bersambung....................

10 comments:

  1. tak sabaq haih tunggu posting taiwan settle...bleh la buat rujukan kalau p sana...memang ada dalam bucketlist... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezza... nanti boleh refer dan study apa yang patut.. enjoice taiwan nanti k !

      Delete
  2. phewwitttt....x sabor rasanya nak tunggu saat emosi ko tu kekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah. bila aku baca balik aku rasa mcm poyo gila. tapi aku malas nak edit. biar lah.. sebab aku pun tak tau cemana aku buleh end up tulis mcm tu

      Delete
  3. Yeahhh..muncul pon entry taiwan. haar x sabar nk tunggu saat emosi supermeng..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar la menanti............ hehehehe sebulan entry taiwan saja

      Delete
  4. taiwan.. sedih bila mengenangkannya. patutnya dapat trip sebab jadi pekerja cemerlang.tapi.. punah segala harapan. terkubur sebab ada masalah dalaman. alangkah kejamnya pengurusan ketika itu. ooops!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabo la bebanyak. kalau kau pegi kang belum tentu kau happy.. ok la tu. next time buleh plan lagi baik... pegi pun seronok...

      teruskan kecemerlangan kau tu supaya tahun depan company antar gi rwanda.

      Delete