Pages

Saturday, January 16, 2016

Laos : Budget & Itinerary

Ini perihal budget and itinerary aku sepanjang 8 hari 7 malam di bumi Laos.

Aku cuma cover bahagian utara saja dan bergerak dari Vientiane, Vang Vieng, Luang Prabang dan seterusnya ke Phonsavan sebelum balik semula ke Vientiane yang merupakan ibu negara Laos.

Highlight dah keluar di sini : Laos - The Highlights

Laos

Sebelum nak pegi Laos, kita kena tau serba sedikit mengenai negara ni.

Laos, secara rasmi dikenali sebagai Lao Republik Demokratik Rakyat (Lao PDR), adalah sebuah negara yang agak miskin dan ketinggalan jika dibandingkan dengan negara negara lain di Asia Tenggara ini. Dikelilingi oleh kawasan pergunungan dan sepenuhnya daratan, Laos bersempadan dengan Vietnam ke timur, Kemboja ke selatan, Thailand ke barat, dan Myanmar dan China di utara.

Dahulunya berbanding dengan negara negara persempadanan yang lain, Laos kurang terkenal sebagai destinasi pelancongan pilihan masyarakat barat. Thailand promotes itself as amazing, Vietnam can well be described as bustling, Cambodia's Khmer temples are awe-inspiring... tapi Laos seperti tidak di sebut sebut mempunyai tarikan. Namun ianya berubah dengan pantas dan kini tourism menjadi sektor terbesar dan terpenting dalam pertumbuhan ekonomi negara Laos dengan jumlah pelancong yang meningkat naik. Tourism Laos telah memperkenalkan slogan "Laos - Simply Beautiful"

Beautiful ke sheols?

Kini semuanya berubah dan Laos telah menjadi pilihan pelancong untuk satu destinasi dengan gaya yang laid-back yang mungkin turut memberi maksud lain untuk "Lao PDR" sebagai Lao - Please Don't Rush.

Peta Laos
01. VISA

Malaysian tidak memerlukan Visa untuk ke Laos disebabkan Laos juga merupakan negara anggota ASEAN.

Malaysian tidak memerlukan visa masuk ke Laos dan boleh tinggal tidak melebihi 30 hari.

02. WHEN TO GO

Ni kena ambik maklum. Walaupun Laos dekat dekat dengan Malaysia tapi cuaca mereka agak berbeza. Laos mempunyai tiga musim yang berbeza:

Musim panas adalah dari Mac hingga Mei, apabila suhu boleh meningkat setinggi 40 ° C.

Musim hujan sedikit sejuk adalah dari Mei hingga Oktober, apabila suhu sekitar 30 ° C. Hujan lebat tropika yang kerap (terutama bulan Julai-Ogos)

Musim kemarau pula dari bulan November hingga Mac yang mempunyai hujan yang rendah dan suhu serendah 15 ° C.

Pengalaman aku sepanjang di sana, cuaca agak subjektif. Kejap panas bertukar mendung terutama di Vang Vieng dan Vientiane. Luang Prabang agak sejuk suhunya tapi berawan so possibility untuk mendapatkan sunset yang lawa pun agak kureng.

Sunset ala ala di Mekong River, Luang Prabang

Sewaktu di Phonsavan pulak cuaca agak sejuk dan breezy sebab kawasan tanah tinggi. Ada possibility hujan jugak, so kalau ke sana sila lah bawak payung atau baju hujan ! Waktu terbaik ke Phosavan adalah sekitar bulan February.

Kawasan tanah tinggi di Phonsavan

Apa apa pun November hingga Februari adalah musim puncak jadi penginapan agak penuh dan charge pun tinggi.

03. CURRENCY

Mata wang Lao dikenali sebagai kip. Aku nasihatkan bawak USD atau Thai Baht untuk di tukar ke wang Kip. Boleh tukar di airport setibanya di sana. Sepanjang pengamatan aku, duit Rm tidak di terima di Vientiane tapi ada currency exchange yang terima RM di Luang Prabang tapi dia ambik murah gila. Macam tak berbaloi.

Aku ada terbaca ni "For Malaysians, it is best to change money to baht, where the rate is MYR10 = THB100 or more, then change the baht to kip in Laos. This is because they give not so good rates in Laos for Malaysian ringgit" tapi aku tak pasti sebab tak de buat urusniaga tukar duit RM.

Wang kertas LAK. Note dia besar besar macam Rupiah.

USD 1 ( RM = 4.302 ) = 8,163 Kip ( Disember 2015).

Contoh rate convertion : 100,000 Kip = RM 53,  20,000 Kip = RM 10.50.

04. ACCOMODATION

Accomodation di Laos boleh di katakan affordable dan murah depends on jenis bilik dan lokasi. Sepaanjang di sana average aku dapat private room di hostel dan guesthouse dengan harga RM 60 semalam which is considered murah lah. Kalau 2 orang pun boleh share tu.

Kalau nak lagi murah, duduk dorm pun banyak murah murah. Hostel dan GH pun nampak macam OK. Bersih dan facilities pun tahap terbaik.

Kalau family atau memang nak selesa dan mewah, banyak je hotel hotel dari range 1 bintang ke 5 bintang di Laos ni.

Lucky Backpackers Hostel di Vientiane. Aku tak stay sini pun.

Hotel dan GH di pesisir sungai di Vang Vieng

05. ITINERARY

Ni itinerary aku sepanjang di Laos selama 8 hari 7 malam.

Destinasi yang aku sempat terjah

Sebenarnya aku tak de itinerary khusus pun. Aku cuma congak congak dalam kepala dan macam biasa refer wikitravel tempat tempat yang aku nak pegi. Dan since aku ada banyak masa dan memang tak rush, aku lepak dulu kat satu satu tempat tu sebelum decided nak bergerak ke mana.

Day 01 - KLIA 2 - Vientiane - Vang Vieng.
Day 02 - Vang Vieng - Laung Prabang ( nite bus )
Day 03 - Luang Prabang
Day 04 - Luang Prabang
Day 05 - Luang Prabang - Phosanvan (by mini van)
Day 06 - Phonsavan - Vientiane (Nite sleeper bus)
Day 07 - Vientiane
Day 08 - Vientiane to KLIA

Details Itinerary.

DAY 01 : KLIA 2 - Vientiane - Vang Vieng.

Flight dari KLIA 2 ke VTE( Vientiane). Flight pukul 7.40 pagi dan sampai di Wattay International Airport pukul 9.20 pagi waktu Laos. ( Laos lambat sejam dari Malaysia ). Jarak penerbangan 3 jam.

Airport VTE

Dari airport naik tuk tuk ( 10,000 Kip ke town ) dan pusing pusing Viantiane. Tunggu tepi jalan kat luar airport kalau nak murah. Kalau ambik kat airport tu 30,000 Kip.

Wat di VTE

Boleh ronda ronda naik basikal. Tapi aku jalan kaki jer.


Vientiane, Laos

Pukul 2 petang ambik VIP Bus/Mini Van ke Vang Vieng. Boleh beli tiket kat mana mana hostel atau guesthouse di Viantiane especially area city center. Dia orang ni kata je VIP bus tapi macam hampeh.

Jarak perjalanan dari Vientiane ke Vang Vieng adalah 4 jam walaupun cuma 100 lebih KM jer. Jalan berlubang lubang dan agak teruk. Malam sampai VV dan overnite di sana. Tambang 40.000 Kip.

DAY 02 - Vang Vieng - Laung Prabang ( nite bus )

Siang tu pusing pusing Vang Vieng.

Sapa berminat buleh tubing di VV ni

Tengahari ke Blue Lagoon. Sewa motosikal 40,000 Kip sehari. Jarak dari pekan VV ke Blue Lagoon 8 KM.

9 malam ambik sleeper bus dari VV ke Luang Prabang. Perjalanan 6 jam. Sampai LP pukul 2 pagi ! Mereng kejap aku. Tambang sleeper bus 110.000 kip. Kat luar boleh dapat 100,000 kip.( RM 50 )

DAY 03 - Luang Prabang (LP)

Hari ke 3 aku ronda ronda LP waktu pagi.

Sungai Mekong di LP

Wat di LP. Banyak wat wat kat sini, tak de Wat Gapo dengan Wat Guane jer

Mekong River

Pastu pegi ke Kuang Si Waterfall. Ambik tuk tuk kat pekan LP tu. Bargain hard. Dia biasa letak 40,000 Kip sorang shared tuk tuk. Try la mintak 30,000 Kip. Kalau satu tuk tuk dalam 200,000 Kip.

Cascade Kuang Si Waterfall

Top level waterfall di Kuang Si Falls

Petang ronda ronda LP dan pegi pasar malam.

Luang Prabang, UNESCO site sebagai kota tinggalan Perancis

Night Market di LP

DAY 04 - Luang Prabang

Hari ke 4 ni aku ronda ronda LP jer.

National Museum

Royal Palace

Vat Xieng Toung

Sunset over Mekong River

DAY 05 - Luang Prabang - Phosanvan (by mini van)

Hari ke 5 aku bergerak dari Luang Prabang ke Phosavan.

Pagi tu sempat tengok alms ceremony di LP

Perjalanan dari LP ke Phonsavan. Naik minivan 120,000 Kip. 8 jam perjalanan. Please take note perjalanan dari LP ke Phonsavan cuma ada waktu siang je sebab jalanraya yang berliku liku.

Dan possibility kenderaan rosak atau tayar pancit adalah tinggi !

Seharian di habiskan diperjalanan dari LP ke Phonsavan ni. Tapi view memang stunning !

DAY 06 - Phonsavan - Vientiane (Nite sleeper bus)

Hari ke 6 aku ke Plain of Jars di Phonsavan. Kalau ambik tour dalam 200,000 Kip sorang shared. Kalau single boleh cecah 500,000 Kip untuk 1 day trip ke Jar Site.

Jar site ni ada 3. Jar 1, Jar 2 dan Jar 3.

Aku sewa motosikal for a day 80,000 Kip and travel to all these site more than 100 KM ( termasuk sesat )

Plain of Jar - Site 1

Plain of Jar - Site 2

Plain of Jar - Site 3

Selain daripada Plain of Jars di Phonsavan ni, apa yang lebih menarik di kawasan ni adalah view dia !

Phonsavan

Phonsavan

Phonsavan

Sunset di Phonsavan


Phonsavan

Malam tu ambik bus dari Phonsavan ke Viantiene. Jarak perjalanan 12 jam. Tapi sebab bas rosak, cecah 15 jam !

Akhirnya bas sampai Vientiane selepas 15 jam ! ( 150,000 Kip)

DAY 07 - Vientiane

Hari ke 7 pusing pusing di Vientiane je sebab first day to tak abis melawat.

Ke Budha Park. Ambik bus tambang 6,000 Kip 1 way.

Pituxai, The Victory Gate


View dari atas Pituxai

DAY 08 - Vientiane to KLIA

Hari terakhir ambik flight balik dari VTE ke KLIA. Flight pagi.

Ternampak alms ceremony di Vientiane pagi terakhir.

06. FOOD

Jangan risau, ada halal restaurants di major cities di Laos ni.

Beryani Chicken di Vientiane

Di Vientiane ada few. Boleh pilih la sebab banyak choices. Aku cuma sempat makan di Nazim dan New Delhi jer.

Di Vang Vieng ada Nazim dan Nisha. Take note Nazim di VV ada dua. Satu yang halal satu lagi yang tak halal.

Di LP ada Nisha je. Nazim dah tutup rasanya sebab aku cari tak jumpa jumpa.

Di Phonsavan ada Nisha.

Jadi, makan di Laos tak susah. Harga makanan dalam 20,000 - 40,000 per meal.

Nisha Restaurant di LP

07. WHAT TO BUY

Seriously sebab aku tak shopping mana so aku tak tau nak beli apa. Mostly boleh beli textile dan hasil kerja tangan orang Laos.

Macam ni

FM ada tapi macam tak menarik, aku pun tak usha.

Tapi bagi aku paling heaven adalah beli buah sebab murah dan berlambak orang jual.

08. BUDGET & EXPENSES

Flight tiket : KLIA - VTE - KLIA = RM 530.

Accommodation : Book thru Agoda untuk 3 malam = RM 164.
Accomodation lain bayar cash.

Aku tukar USD 200 dari simpanan travel lepas kat airport VTE dapat 1,620,000 Kip. Rate dia kalau ikut dalam RM 860.

Dan sebab tak cukup aku tukar lagi THB dari simpanan travel lepas sebanyak THB 2000, dapat dalam 450,000 Kip.

Altogether duit aku guna adalah RM 1,060 dan ada balance 200,000 Kip ( RM 100 ) tak abis guna.

TOTAL : RM 530 + RM 164 + RM 960 = RM 1654

Total untuk 8 hari/7 malam termasuk flight tiket, accomodation, makan minum, entrance fees, ground transport etc. Aku memang tak shopping apa apa. Cuma beli cable iPhone je sebab tertinggal.

Kalau nak bajet lagi, dapat kan flight tiket yang murah. Accommodation boleh duduk dorm lagi dapat murah. Entrance fee satu satu tempat di Laos ni range 10,000 Kip to 30,000 Kip. Transport varies cost dia dari one place to another.

Overall, aku rasa Laos ni agak OK dan affordable.

09. MY VERDICT

Overall bagi aku Laos ni lawa dan agak laid back. Relaks je. Orang orang dia pun agak baik baik la. Kalau kat city ramai yang boleh speaking English, tapi kalau macam kat Phonsavan tu kureng skit.

Destination pulak Luang Prabang is the best. Memang best tempat dia. Vang Vieng agak relaxing dan santai. Phonsavan memang lawa dengan scenery dia plus Plain of Jars yang nominated to be the nest Unesco Site di Laos ni.

Vientiane tak de apa sangat but OK la to spend 1 day.

Overall... bukan nak gebang lebih lebih, tapi bagi aku.. Laos : Simply Beautiful !

10. TIPS & RECOMMENDATIONS.

Tips aku boleh share kalau sesapa ke Laos.

01: Bawak duit USD atau THB untuk di tukar di Laos. Boleh tukar di airport atau mana mana currency exchange di VTE, VV dan LP. Phonsavan belum well developed lagi so tak perasan ada currency exchange counter.

02: Dont rush. Relaks relaks je. VTE boleh skip kalau tak de masa. VV boleh spare 1 day cukup dah. LP adalah wajib pegi dan stay at least 2 days. Phonsavan kalau berminat nak tengok Plain of Jars boleh terjah at least 1 day. Tapi Phonsavan punya view memang stunning gila ! Dont miss it ! Semua tu belah Northern Laos. Southern Laos aku sendiri belum cover but 4000 islands pun macam menarik !

03: Try sleepers bus kalau nak save on accommodation, but be sure tak kisah berhimpit himpit dengan orang sebelah sebab sleepers dia macam katil single untuk 2 orang ! Kalau travel dengan kawan atau partner OK lagi, kalau solo... bertabah la bergesel gesel dengan orang sebelah dan jalan raya berliku liku dan tidur pun tak lalu.

04 : Di VTE aku recomend naik bas je or jalan kaki. VV boleh sewa motosikal to go around. LP jalan kaki or sewa basikal. Phonsavan boleh sewa motosikal. Kalau nak sewa basikal or motosikal, check betul betul condition. Minyak biasanya di kosongkan siap siap so kena isi gas sendiri. Take not, Laos drive belah kiri berbeza dari Malaysia !

Pakcik sedut minyak moto

05 : Bangun awal ( 5.30 pagi ) kalau nak tengok alms ceremony di Luang Prabang tapi jangan la pegi tala kamera dan flash dekat dekat mereka ni. Hormati la mereka !  Anyway kat Vientiane pun ada. Sama la kena bangun awal ! Hati hati kalau nak join, takut terkena scam dengan makcik makcik yang jual bakul makanan tu. ( sebab bila monks ramai beratur.. dia akan sua sua kan lagi basket tu ) last last sampai beratus ratus !

06 : Apa apa pun bargain hard ! Transport ke, beli ke... mana tau rezeki dapat lebih murah ! Entrance fees tu memang kena bayar la tapi agak mimima.

07 : Di Plain fo Jars, Site 2 and Site 3 tu kena hati hati simpang dia sebab tak de sign. Tanya tanya orang lah kalau tak sesat lebih 30 KM macam aku. (simpang dia tak berapa jauh pun dari simpang Site 1 - dalam 4 KM). 

08 : Kondisi jalan raya di Laos adalah hazab tahap tak tau nak cakap cemana. Expect jalan berlubang lubang dan tak berturap. Kalau bawak motosikal, pastikan ambik helmet dengan visor. Kalau naik bas expect perjalanan yang memakan masa yang lama. By the way, kencing siap siap sebab bas kekadang berenti tepi jalan je suruh orang kencing ramai ramai tepi jalan tu.

09 : Kalau flight tiket ke VTE mahal, boleh opted ambik train dari BKK ke sempadan Laos. Sampai sempadan Laos terus pegi Budha Park sebab dah dekat.

10 : Laos agak selamat untuk solo traveller, male or female. Untuk family aku tak rekomen sangat sebab infra tak berapa bagus.


Dont worry, Laos selamat dan memang aman damai. ATM Machine tepi tepi jalan macam ni je, kalau kat sini dah lama lori tarik.


"Bye Meng. Jangan serik serik tau datang Laos"

Pastinya trip ke Laos akan aku kenang sepanjang masa. So, selamat berkunjung ke Laos ! 



Tak tertahan pedih hati ku
Terkenang peristiwa
Antara kita terpisah

Rindu melanda selalu
Dalam hati tersedu
Dan wajahmu ku terbayang
Aduhai... sayang...
Engkaulah kekasih hati ku

Akan ku kenang
Pahit dan manis percintaan
Bila ku sepi ku termenung ku biarkan
Airmata ku berlinangan

Kau yang ku sayang
Kau yang ku rindu
Sukarnya aku melupakanmu

Kau yang ku sayang
Kaulah yang ku rindu
Masih segar lagi di dalam ingatan


Blog : Muncity Blogspot : Special thanks to Rara for sharing so much info !

35 comments:

  1. Tq uncle meng... Info yg mendalam... Mula2 rasa nk pegi... Tp mcm serba tak selesa je... Ragu2.. Boleh ke seri ke sana??????

    ReplyDelete
    Replies
    1. mendalam? hahahah...

      kalau nak pegi bercuti tak sesuai sgt. kalau backpacking ok laaa

      Delete
  2. hmmm.. kita gi date yg lebih kurang.. tapi nina nye travel ntah apa2 sikit.. malu nak cita kat masyarakat.. hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh ada pulak nak malu. Lain orang lain pengalamannya.... hah citer kena kelentong masa naik sleeper bus tu> hat tu kenapa?

      Delete
    2. yg tu sbb time beli tiket bersungguh pompuan tu kata bus cantik sebijuk cam dalam gambar yg dia tunjuk..yg jenis sleeper sorg2.. dia siap cakap kalau bus tak sama blh dtg balik marah dia.. sampai kat stesen bus amik hang bus 2 tingkat sleeper yg katil single tp kena tido 2 org tu.. gila scary.. sempit gila bus tu.. kalau banyak masa mmg dah patah balik marah pompuan jual tu.. hahaha.. sbb agak rushing, so layan je la..

      Delete
    3. Haaa tu la... sama la kita terkena. tapi aku x de la dia bagitau awal awal pun bas tu cantik, cuma bila naik je aku rasa beza betul mcm aku naik di vietnam dulu.

      single tilam kena bertempek 2 orang. sepanjang jln tak tidur. nasib baik la tak berapa lama sgt.. masa tu dr VV ke LP

      Delete
  3. Mknanya laos punya cerita nnti kurg drama ke??hehehe tp atm machine tu mmg uniklahh...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama tak banyak sangat.. lite lite jer. tunggu !!!

      mesin ATM tu memang special. Money exchange pun duduk dlm kotak kayu mcm tu jer. kalau orang rampok dengan pondok2 tu org bawak lari

      Delete
  4. dulu aku ronda VTE...jalan kaki jek ahahaha...naik putus urat kentut aku dgn panas membara...phewww

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. kawasan flat je tapi cuaca panas.... berpeluh jugak la ketiak

      Delete
  5. Insyaallah harap dapat pegi sini.


    Aku bengang ah dgn AA ni now tix so ekspensip

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... destinasi dah tak banyak..yang aku dok aim tu mahal mencanak... terpaksa la tahan diri dulu neh

      Delete
  6. oOooo.....that's alms ceremony ke nama dia...oooo baru tau :P

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. ada la... berlambok lana.... kat vientiane la. tempat lain ada gop.. tapi dok banyok la...

      Delete
  8. Thank you for sharing such an informative trip to Laos. Great job I just went thru your blog. Will be travelling there this Thursday. Solo traveller as the saying goes. I ada a few questions nak tanya u ni :-
    1) VTE takdak HRC ka?
    2) Kena spare duit extra la cenggini especially nak naik tuk tuk. Last time travel ngan partner.
    3) Nisha Restaurant yg dkt LP tu senang tak nak cari?

    Terima Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Kat Laos McD pun tak de.. apatah lagi HRC.. Belum lagi kot.
      2. Naik basikal org jalan kaki je.. atau sewa moto... tuk tuk biasanya agak mahal jugak. tapi terpaksa lah kalau nak ke kuang si falls.
      3. Senang je. Ambik jalan depan Tourist Info Center (TIC) LP tu je. Tanya org kat TIC tu pun boleh.

      Have fun and enjoy laos !

      Delete
  9. Info terbaik...dalam tahun nie...mesti samapi.n...selamat tak trvel solo....masuk melalui hanoi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat. Insha Allah.. Jangan cari pasal dgn orang sudah. Banyak banyak baca doa semoga sentiasa di lindungi.

      Delete
  10. Mana nak beli tiket bas dari Vang Vieng ke Luang Prabang pukul 9 malam yang sleeper bus tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat tepi tepi jalan tu banyak... cari je dan bagitau nak jenis bas macamana dan pukul berapa.

      good luck

      Delete
  11. ada sewa kereta tak kat sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya ada tapi bukan normal praktis... jalanraya teruk sgt. mencabar kalau nak drive sendiri sendiri. or maybe ada hire kereta sekali dgn driver.

      tanya pakcik google lah

      Delete
  12. Adake sewa untuk skuter? atau hanya motosikal shj?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya ada options motosikal atau scooter...tgk kedai

      Delete
  13. salam.. will be going to Loas this 7/11 and ade a few questions

    1)ticket price dari Vientiane to LP for sleeper bus(normal price)
    2)ticket price dari LP ke Vientiane for minivan(normal price)
    3)Tuk tuk tu, harge dia atas sorang ke atas group?
    4)Nk sewa moto kene ad lesen tak. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak i dont know la sebab I went to VV dulu dari Vientiane sebelum ke LP.

      Tuk tuk pegi waterfall tu price per pax. 30K yang 200 K tu per tuk tuk

      Sewa moto tak payah lesen

      Delete
    2. have fun ! enjoice.................

      Delete
  14. Hi. Terinspirasi ke Laos lepas baca blog ni. Nak tanya di mana nak beli tiket sleeper bus dari Phonsavan ke Vientiane? Boleh beli online tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti,

      masa dulu tak de. skrg maybe dah ada kot. kena google.

      Delete