Pages

Tuesday, January 19, 2016

Jom Usha : Istana Budaya, Kuala Lumpur

Performing art theatres secara umumnya adalah sebuah panggung yang besar dan biasanya sebuah tempat yang di bina dengan begitu indah. Setiap daripada panggung theater ini mempunyai nilai estetika tersendiri dan menyimpan sejarah tersendiri serta tempat di mana watak dan personaliti dipersembahkan untuk tatapan umum melaui bentuk lakonan, persenbahan dan sebagainya yang rata ratanya melambangkan sesuatu budaya.

Antara panggung panggung terkenal di dunia termasuk lah Palau de la Música Catalana Barcelona, Royal Albert Hall London,, Sydney Opera House, Odeon of Herodes Atticus Athens. Dan negara kita jugak tidak ketinggalan memiliki sebuah panggung bertaraf dunia iaitu Istana Budaya, Kuala Lumpur. 

Hari tu masa gi tengok konsert Siti Nurhaliza tu, sempat aku usha usha tempat ni. Ini bukan la kali pertama aku ke sini, tapi kali ni aku ada misi nak usha dengan lebih gigih untuk snappy apa yang menarik dan berkongsi dengan orang yang mungkin selama ni hanya mendengar saja nama Istana Budaya ni tapi belum berkesempatan ke sana.

Jadi. Ayuh kita sama sama !

Bangunan Istana Budaya

Istana Budaya atau juga dikenali sebagai The Palace of Culture, dibuka pada September 1999, adalah teater utama Malaysia untuk persembahan seni dan teater dari dalam dan luar negara termasuk teater muzikal, opereta, opera, seni tari dan juga persembahan orkestra muzik klasikal dan konsert. Istana Budaya terletak bersebelahan dengan Balai Seni Lukis Negara di Jalan Tun Abdul Razak di tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Idea pembinaan teater bertaraf antarabangsa ini bermula dengan cadangan pada tahun 1964 untuk menubuhkan sebuah pusat kebudayaan bagi menggantikan “Panggung Negara”. Kerja pembinaan bermula pada tahun 1995 dan siap sepenuhnya pada tahun 1999. Sesudah siap dan mula beroperasi, Panggung Negara atau National Theater berpindah ke bangunan baru ini. 

Pembukaan Istana Budaya dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad pada tahun 1999.

Selamat datang ke Istana Budaya di Jalan Tun Razak

Istana Budaya mula dibina pada tahun 1995 dengan kos pembinaan sebanyak RM 210 juta yang mempunyai keluasan 5.44 hektar serta keluasan lantai 21,000 meter persegi. Istana Budaya boleh dibanggakan sebagai sebuah panggung yang pertama di Asia yang mempunyai mekanisme pentas yang tercanggih untuk pementasan teater.

Rekabentuk bangunan ini adalah bercirikan kebudayaan Melayu. Istana Budaya terletak berhampiran Tasik Titiwangsa di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Pembinaannya telah siap pada tahun 1998.Pembukaan Istana Budaya dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad pada tahun 1999. 

Kabinet telah memutuskan pemansuhan penggunaan nama Panggung Negara kepada ISTANA BUDAYA secara rasmi pada tahun 2000.

Laluan masuk ke basement

Perkarangan Istana Budaya

Pelangi senja di Istana Budaya

Keunikan senibina Istana Budaya bersandarkan konsep beberapa aspek kebudayaan Melayu. Dilihat dari atas, bangunan Istana Budaya berbentuk seperti wau bulan Kelantan. Bentuk bangunan pula seperti sirih junjung – lambang pemula upacara yang sering digunakan didalam istiadat perkahwinan Melayu dan upacara menyambut tetamu.

Rekabentuk seperti sirih junjung

Bangunan berkonsepkan bentuk rumah Melayu dengan tiga bahagian utama – serambi untuk lobi, rumah ibu untuk Panggung Sari, serta rumah dapur untuk pentas utama dan dewan latihan. Tangga untuk ke Panggung Sari berkonsepkan tangga tradisional rumah Melayu Melaka.

Bahagian hadapan

Pintu masuk dan tangga bahagian hadapan

Bangunan ini direka oleh Muhammad Kamar Ya'akub, seorang arkitek tempatan. Sumber inspirasi untuk reka bentuk bangunan ini adalah berdasarkan kepada layang-layang tradisional (wau bulan) yang sedang terbang. Bahagian rekabentuk bangunan utama pula diambil dari bentuk 'junjung sirih', satu corak susunan tradisional atau hadiah yang dibuat dari daun sirih yang digunakan untuk upacara sambutan atau perkahwinan orang Melayu.

Sepertimana reka dalaman rumah tradisional Melayu, bahagian dalam bangunan ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu "serambi" sebagai lobi dan ruang legar, "rumah ibu" atau ruang utama sebagai auditorium, dan "dapur" sebagai pentas dan dewan raptai.

Corak ukiran kayu pada daun pintu utama

Keris sebagai pemegang pintu


Pintu masuk utama dari belah dalam

Lobby utama

Tangga untuk ke Panggung Sari yang berkonsepkan rumah Melaka

Rekaan dalaman bangunaan ini dibina menggunakan sumber-sumber tempatan seperti marmar dari Langkawi dan kayu tropika berkualiti tinggi untuk pintu-pintu yang diukir dengan tangan untuk membentuk corak bunga dan daun. Hamparan yang menghiasi lantai lobi pula bercorakkan bunga cempaka yang sedang mekar dan pokok beringin. Gambaran ini diambil berdasarkan pementasan tradisional Melayu, Mak Yong dan wayang kulit.  

Siling bumbung lobby utama

Lantai

Tingkat bawah

Lobby utama

Pintu masuk

Rekaan dalaman

Karpet

Pintu ke Panggung Sari bahagian atas

Gong

Rebana

Dewan teater yang dipanggil "Panggung Seri" mempunyai kotak tempat duduk khas yang direka khas menyerupai tingkap rumah tradisional melayu. 

Dewan ini boleh menempatkan seramai 1,412 orang pada satu-satu masa. Teater ini merupakan teater pertama di Asia yang dilengkapi dengan peralatan–peralatan canggih dan terkini. Istana Budaya juga dikelaskan di antara sepuluh teater tercanggih di dunia, dan tarafnya diletakkan bersamaan dengan Royal Albert Hall di London.

Panggung Sari

Kotak khas tempat duduk menyerupai tingkap rumah. ( tapi macam tak de fungsi je aku nampak )

Panggung Sari mempunyai 3 tingkat tempat duduk

Bahagian bawah

Pentas utama

Nah belanja gambar  keseluruhan Panggung Sari dari arah pentas. Gambar dari Google

"Lambang Sari" merupakan panggung yang saiznya lebih kecil berbanding dengan Panggung Sari. Ia terletak di sebelah kanan Panggung Sari. Panggung ini sesuai untuk persembahan produksi-produksi kecil dengan kapasiti 281 orang penonton pada satu-satu masa. Pentasnya adalah berbentuk arena dengan keluasan lantai 500 meter persegi.

Yang ni aku tak sempat nak usha.

Di Istana Budaya ni terdapat beberapa facilities lain termasuk lah surau, cafe dan sebuah gallery yang mempamerkan sejarah awal Istana Budaya ini.

Cafe Istana Budaya

Kawasan Istana Budaya

Laman galeri

Sudut galeri

Gambar gambar kenangan

Brad Pit dengan Angelina Jolie

Bagi aku, Istana Budaya ni memang sesuatu yang boleh di banggakan. Selain memementaskan karya seni tempatan dan antarabangsa, reka bentuknya juga melambangkan budaya tempatan dengan facilities tahap terbaik !

Ada kelas tersendiri dan memang tak malu la nak tunjuk kat orang ! Cuma kena rajin rajin maintain sebab kalau dari kayu cepat nampak buruk kalau tak di jaga.

Istana Budaya, pentas bertaraf dunia.

Dan ni layan beberapa keping gambar Istana Budaya di kala malam. Gambar gambar aku snap pakai iPhone jer.






So kalau berkesempatan boleh la berkunjung bila bila ada event event, konsert ke boleh terjah tempat ni.

Sememangnya Istana Budaya ni satu satu nya istana untuk rakyat rakyat biasa macam kita boleh pegi lawati bila bila jer. Boleh la feeling feeling seperti berada di istana kayangan sendiri.



Mataku memandang
Hatiku bergoncang
Bibirku berbisik
Menyebut namamu
Di langit terbentang
Awan berirama
Tertulis ini cinta kita

Kain yang ku pakai
Sulamnya sutera
Bukannya basahan
Hiasan diraja
Seri wajah kita
Menerangi senja
Terlupa malam dan siangnya

Jari jemariku
Bertaut sepuluh
Menyusunkan sembah
Hati nuraniku
Melafazkan Rindu
Kalam tak berubah
Bagai di kayangan
Kita disatukan
Dalam persandingan

Gelisah di kalbuku
Sesaat tidak bertemu
Ku bagaikan boneka
Tak mampu tak berupaya
Mencipta gembira
Mencipta gelora
Bercintalah sepenuhnya
Di kayangan indah kita
Sendiri

Gelisah di kalbuku
Sesaat tidak bertemu
Ku bagaikan boneka
Tak mampu tak berupaya
Mencipta gembira
mencipta gelora

Cinta sepenuhnya
Di kayangan kita
Cinta di kayangan kita
Di kayangan kita
Di kayangan kita

Sumber maklumat : Wiki Istana Budaya
Gambar aku sendiri otherwise stated.

Untuk maklumat aktiviti boleh refer

FB : FB Istana Budaya
Portal rasmi Istana Budaya - Portal Rasmi

6 comments: