Pages

Tuesday, January 26, 2016

Jom Makan : My Mum's Kitchen, Uptown Damansara

Makan lagi !

Kalau tak travel, makan je la keje aku ni. 

* kesat airmata tengok tubuh badan sendiri.

Kali ni, kita terjah kat kedai Mak Saya !

Mak sapa?

Mak saya !

Saya tu sapa? Linda Onn?

Meh kita tanya.

My Mum's Kitchen aka Dapur Mak Saya !

Sesuai juga untuk penyayur....

So nak tau ke ni kedai mak sapa?

"Meng.... kedai mak kita lah" - Soo Wincci

So dah tau kan kedai mak sapa? So tak leh la nak claim kedai mak sendiri pulak unless boleh jadi mak mertua.

"Hi Wincci !.... Mak kita sihat?"

* mati la kena tembak kang.

Memula aku pun ingat Kedai Linda Onn tapi sebenarnya bukan. Dapur Mak Soo Wincci ni terletak di Damansara Uptown. Satu row dengan Standard Chartered, opposite food court Uptown yang famous tu. 

Masuk dan sila duduk

Para perokok boleh duduk kat luar

Yang hisap vape boleh duduk kat dalam. Tu pun kalau tak kena halau

Kedai ala ala kopitiam

Kerusi meja pun ala ala warung Cina

Atas meja

So dah duduk, boleh la order !

Tengok buku menu

Nasi lemak berbentuk love. Kalau Soo Wincci yang masak boleh jatuh cinta terus ni.

Makanan makanan lain

Rasanya Nasi Lemak kat sini signature dish dia kot

Tapi kami tak order nasi lemak pun. Hero nak nasi goreng !

Aku punya Fried Chicken Chop

OR ambik Grilled Chicken Chop datang sekali dengan pasta

Minuman kot kot tercekik

Kedondong asam boi yang agak sedap

Now verdict !

Soo Wincci tak de kan? So biar je la aku berterus terang.

Makanan dia so so jer. Tapi nasi goreng tu boleh tahan. Chinese style. Simple yet berasa. Chicken Chop dia terlebih garing dan kering. Grilled Chicken Chop pun terlebih grilled agaknya terus jadi macam keras dan liat. 

Black pappers sauces dengan mushroom sauces dia boleh tahan.

Air memang win ! Makanan Halal certified.

Ambience kedai agak santai. Tak ramai orang time tu. Kedai bersih dan kemas. Pekerja dia agak attentive dan pantas jugak.

Harga not bad. Tak mahal sangat. Nasi Goreng less than RM 10. Chicken Chop around RM 12.90. Air plus minus RM 5.

Nak repeat, tu tak lah buat masa ni. Lain kali kalau Soo Wincci ajak baru aku pegi. Boleh lah berkenal kenalan dengan mak dia.

"Hi Mommy ! Mommy sihat? Ada apa apa yang nak di tolong? Apa? Nak angkat tong gas 14 tong? No sweat ! I can do that with one hand !!!"

* koma bawah lori angkut gas

Anyway, boleh order thru food panda juga

Boleh di cuba kalau nak rasa air tangan mak Soo Wincci. Mana tau, time korang pegi So Wincci yang memasak ! 

Haaaa..  Mesti selera tahap kuda bila makan !

Soo Wincci dan bakal Mak Mertua I...... opsss

Soo Wincci dengan para peminat.

"It is okey Wincci. I am not jealous ! Dont worry, I lah orang yang paling memahami you, remember?"

* penyepak pulak bakal hinggap kat pipi. 

My Mum's Kitchen's
40, ss21/39
Damansara, 
Kuala Lumpur, Malaysia

Facebook : My Mums Kitchen, Uptown Damansara

Nah ! Ada lagu rupanya Soo Wincci ni.

Terus terang, lagu dah catchy tapi Joe Flizzow lak menyibuk.

I is jeles.



Wincci :
Terus terang lah
Terus terang lah pada aku
Katakan lah apa yang ada
Dalam hati mu

Joe :
Yeah..... Ini cerita biasa
Mengenai cinta yang luar biasa
Mereka bercerita yeah itu biasa
Sebar berita dan fitnah tanpa siasat
Tapi sekarang hanya kita berdua
Ku rasa seperti lelaki paling bertuah
Ku hanya meminta dan perlu satu peluang
Cinta ku berikan masa dan ruang

Wincci:
Terus terang lah
Terus terang lah pada aku
Katakan lah
Apa yang ada
Dalam hatimu

Joe :
Ku terus terang
Kerja waktu malam tapi ku terus pulang
Perempuan melaram tapi ku tidak curang
Mereka datang rapat tapi aku kasi jurang
Ayat memang kurang Apa guna dusta
Ku nampak mereka tapi tidak pernah usha
Hubungan perlu usaha dan komunikasi
Jadi sayang dengarkan bisikan hati

Wincci :
Kau kata kau jaga diriku
Kau kata kau beri semua
Tegak mu berdiri untuk ku

Joe :
Setiap yang ku buat hanya untuk mu

Wincci :
Jadi apa yang kau tunggu lagi
Hampir semua kita lalui
Tegak mu berdiri untuk ku

Joe :
Daku kan sentiasa jadi laki itu

Wincci :
Terus terang lah
Terus terang lah pada aku
Katakan lah
Apa yang ada Dalam hatimu

Wincci :
Tunjukkan pada ku
Jika benar benar kau cintai aku
Kau sayangi aku
Biar hati ku dengar
Bisikan cinta itu
Ku tunggu selama ini

Wincci :
Terus terang lah
Terus terang lah pada aku
Katakan lah
Apa yang ada
Dalam hatimu

Joe :
Sayang sekarang kau hadir
Cinta pandang pertama untuk kali terakhir
Begitu indah cerita dan suratan takdir
Bangun untuk senyumanmu setiap pagi

Wincci :
Kau kata kau jaga diri ku
Kau kata kau beri semua
Tegak mu berdiri untuk ku

Joe :
Setiap yang ku buat hanya untuk mu

Wincci :
Terus terang lah
Terus terang lah pada aku
Katakan lah
Apa yang ada Dalam hatimu

Joe :
Terus terang ku katakan sayang

Wincci :
Katakan lah
Apa yang ada Dalam hati mu

2 comments:

  1. Soo Winci bukan ker yang masuk MasterChef tuh?

    Hehehehe ... mula mula kita baca pun ingat Linda Onn punya kedai.

    ReplyDelete