Pages

Friday, January 22, 2016

Jom Makan : d'Tandoor, Damansara Utama

Bertukar selera, yok pekena makanan North India !

* feeling feeling berguling guling di Kashmir

Dinner di d'Tandoor, Damansara Utama.

d'Tandoor Uptown

d'Tandoor yang terletak di kawasan yang sama tapi lain blok

Buku menu di entrance

Dulu dulu aku pernah la makan kat d'Tandoor ni few times. Branding dia pun dah agak established dan memang terkenal dengan Mughal food. ( North Indian )

Tapi macam dah lama tak datang makan di sini.  Dan tak pernah makan kat outlet Damansara Uptown ni. 

Tapi seingat aku jugak, dulu lokasi dia belah lain, sekarang ni je dah pindah facing highway Sprint jalan menuju ke tol Damansara NKVE tu.

Kami sampai ada few pelanggan. 1 family yang agak ramai anggota keluarga tapi dah siap siap nak beredar dan satu lagi couple tengah menjamu selera.

Masuk ambik tempat duduk.

Layan suasana dalam restoran ni dulu.

Kedai yang bersih dan suasana yang tenang

Peralatan tersusun rapi. Dekat dinding ada gambar gambar PM datang makan di sini. Ada Tun M. Pak Lah.. dan tak lupa Jibby dan Rossy pun ada.

Dah lengang

Hiasan dinding

Setting di meja.

Tempat yang kami duduk ni di bahagian bawah. Rasanya ada satu floor lagi di atas di kenali sebagai Maharaja Floor. Sesuai untuk group yang ramai kalau nak buat special event.

Sebab kami datang bukan untuk apa apa event yang special. Duduk je la kat bawah tu jer.

Duduk dan di beri menu.

Menu book. Here;s Good Cooking !!

Ada cerita dan sejarah pasal d'Tandoor ni

Buntu jugak la nak pilih mana yang memenuhi selera

Aneka pilihan minuman penghilang dahaga

Aku tak nak makan nasi. Aku nak makan Nan.

OR nak makan nasi. So dia order nasi. 

Then kami order lauk dan sayur sebagai pelengkap hidangan.

Dimulakan dengan papadom. FOC rasanya

Air kosong dalam bekas bijana

Air berperisa. Ais Lemon Tea

Time tu memang tak de orang. Just kami sefamily dan ada dua tiga orang pekerja.

So menunggu hidangan tiba. Nasib la tak lama. Sempat aku ke toilet sekejap. Toilet bersih. Ada 1 untuk Maharaja dan 1 untuk Maharani. Kalau pondan, kencing berdiri je antara kedua nya !

Ahaks.

Garlic Nan !..Gebu. Lembut. Sedap !

Buttered Chicken. Sedap tapi cepat muak !

Sayur.. Kentang dan cauliflower di masak berkuah sikit. OK laa.

Nasi beryani. OR share dengan Hero. Aku jamah sikit

Roti Nan abis di kerjakan.

Makan roti tu je pun dah kenyang. OR dan Hero pun makan jugak. Princess macam biasa mogok lapar tak nak makan.

Dia tu berperang je kalau nampak makanan. Susah betul nak makan.

Nasi Beryani tu pun aku tibai sikit. Bila makan dengan buttered Chicken tu jadi cepat muak dan cepat kenyang.

Rezeki makan malam.

Alhamdulillah. Mengenyangkan.

Roti Nan dia memang terbaik dari India Utara ! Lauk tu maybe ada yang lebih inzal lagi kot, aku pun tak pasti tapi buttered chicken tu rasanya bukan pilihan terbaik.

Apa  apa pun.. Kenyang !

Kos makanan semuanya adalah RM 84. Agak overpice tapi considering ambiance dan service aku rasa OK lah kot.

Boleh di cuba sekali sekala !

Ada jugak tiger prawn. Sure la mahal ni

d'Tandoor pernah berjaya di nobatkan Best Indian Restaurant dan mereka mempunyai cawangan di beberapa tempat di serata dunia antaranya New Zealand, UAE, Australia, Saudi Arabia dan juga Cambodia.

Tak tau pulak ada kat Cambodia. Kalau tak, maunya aku cari time kat sana dulu tu.

Anyway, boleh di cuba. Recommended !

Charges

Waktu operasi

Mereka juga ada outlet di tempat tempat lain.

Sila rujuk website untuk informasi :  d'tandoor Restaurant

Ni alamat di Damansara Uptown.

d'Tandoor
63-65 G, Jalan SS 21/60, Damansara Utama, 
47400 Petaling Jaya, 
Selangor, Malaysia
+60 3-7728 2020

Opening Hours:

Sun - Thurs 1100 - 1500 & 1830 - 2230
Fri & Sat 1100 - 1500 & 1830 - 2300


Terima kasih d'Tandoor

Recommended bagi yang mencari kelainan dan ingin menikmati masakan North India.

Great for family, good ambience. Cuma harga agak mahal sikit tapi food memang sedap.

Nah lagu ! Live version from original singer. Enjoice !



Janam janam janam saath chalna yunhi
Kita akan berjalan bersama seperti ini di setiap kelahiran
Kasam tumhe kasam aake milna yunhi
Sumpah demi dirimu aku akan selalu datang menemuimu seperti ini
Ek jaan hai bhale do badan ho judaa
Meski raga kita terpisah namun jiwa kita tetap satu
Meri hoke hamesha hi rehna
setelah kau menjadi milikku tetaplah bersama selamanya
Kabhi na kehna alvida
Jangan pernah ucapkan selamat tinggal

Meri subah ho tumhi aur tumhi shaam ho
kaulah pagiku dan kaulah senjaku
Tum dard ho tumhi aaram ho
Kaulah deritaku dan kaulah pelipurku
Meri duaaon se aati hai bas yeh sadaa
hanya inilah suara yang bergema dari doa- doaku
Meri hoke hamesha hi rehna
setelah kau menjadi milikku tetaplah bersama selamanya
Kabhi na kehna alvida
Jangan pernah ucapkan selamat tinggal

Teri Baahon Mein Hain Mere Dono Jahaan
dalam pelukanmu terletak dua duniaku
Tu Rahe Jidhar Meri Jannat Wahin
di mana kau berada, di sanalah surgaku
Jal Rahi Aggan Hai Jo Yeh Do Tarfa
api asmara yang membara di kedua sisi
Na Bujhe Kabhi Meri Mannat Yahin
tak akan pernah padam karena hasratku ada di sini
Tu Meri Aarzoo, Main Teri Aashiqui
kau adalah kerinduanku, aku adalah asmaramu
Tu Meri Shaayari, Main Teri Mausiqui
kau adalah syairku, aku adalah musikmu

Talab Talab Talab Bas Teri Hai Mujhe
aku hanya menginginkan dirimu seorang
Main Som Tu Nasha, Banke Ghulna Yunhi
aku adalah arak dan kau rasa mabuk, kita menyatu seperti ini
Meri Mohabbat Ka Karna Tu Haq Yeh Adaa
kau penuhi kewajibanmu untuk mencintaiku
Meri Hoke Hamesha Hi Rehna
setelah kau menjadi milikku tetaplah bersama selamanya
Kabhi Na Kehna Alvida
jangan pernah ucapkan selamat tinggal

Meri subah ho tumhi aur tumhi shaam ho
kaulah pagiku dan kaulah senjaku
Tum dard ho tumhi aaram ho
Kaulah deritaku dan kaulah pelipurku
Meri duaaon se aati hai bas yeh sadaa
hanya inilah suara yang bergema dari doa- doaku
Meri hoke hamesha hi rehna
setelah kau menjadi milikku tetaplah bersama selamanya
Kabhi na kehna alvida
Jangan pernah ucapkan selamat tinggal

Alvida..
selamat tinggal

22 comments:

  1. Erm rasa ada 1 kt ayer8 tu...boleh coba nnti mkn nan dia...ko diet eh meng mkn roti je...hehehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ade. aku pun perasan hari tu..... sila la pegi menchoba. kau mesti dah khatam semua kedai kat ayer& tu ek?

      Delete
    2. Xkhatam lagi...ada je kdai aku xmuk lg sbb xbape nak inzal...kuikuikui...tp ada baru yg not bad arr, nanti aku share eh...

      Delete
    3. aku pun mcm dah lama tak gi jenguk sana. mesti banyak kedai2 baru di bukak

      Delete
  2. ha?? post hari ni tak dak lagu at the bottom of the posting? oohh,.. a bit dissappointed.. ingat ada lagu hindustan ke tadi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... thanks for editing and tambah lagu Janam Janam tu.. mmg dah expect Meng akan add lagu tu sbb lagu Gerua dah keluar dlm posting sbelum ni..

      Delete
    2. hahahaha. tak sempat nak buh lagu sebab busy bebeno....

      Delete
  3. Alahaii princess..jaga badan ke apa tue susah no nk mkn..hihiks

    ReplyDelete
  4. tahniah kerana berjaya buat aku menyanyi lagu janam janam pepagi neh :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak agak sedap tak? hahahaha

      part al vida tu tarik panjang2....

      Delete
  5. pengasas D'Tandoor ni org penang.. penah gi kursus dgn dia.. very humble person.. dia start form zero knowledge..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak la.. dia mmg mamak penang.. pastu keje kat restoran masakan north india kat KL,sbb dia suka masak (tapi family dia x suka).. pastu bukak restoran sendiri, bangrap.. pastu pi berniaga kat kelab selangor pulak, ade org offer, pastu time kat kelab selangor ade org offer dia ajak gi australia jadi tukang masak kat sana.. 2 tahun dia dok sana, kumpul duit dia balik msia bukak dtandoor ni..

      Delete
    2. I see... tapi ok la. not bad. staff2 dia pun friendly

      Delete
  6. Meng, dapur dia berjiran dengan kita orang, nak rasa nasi beriyani, pi suah pinggan jer...hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh. bagus sgt la tu. buat buat baik.. antar la makanan kat depa.. mesti dpt balasan yang sedap2

      Delete
  7. abg meng pon kena demam dilwale ke? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dok eh.... tak de terasa nak tengok pun. OR aku je dok pujuk ajak gi tengok wayang citer ni.

      puh-lease... i italian.. hindustan nehi nehi babujeeeee

      Delete
  8. dulu kerap juga makan sebab D'tandoor ni ada kat tempat kerjaku di Menara KL. Selalunya, tunggu time bos offer makan free atau ada event je. he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah dulu sana ada satu. now dah tutup ek? dah jadi petting zoo

      Delete