Pages

Thursday, January 7, 2016

Jom Kudap : Nadeje - Sunway Giza, Kota Damansara

Ada satu fasa dalam kehidupan lampau aku kemaruk Mille Crepes.

Tapi biasanya kegilaan aku tak lama. Dah dapat makan sekali dua then rasa OK dah puas. Pastu aku lupa dan tak ambik endah.

Tapi baru baru ni tetiba seruan kuih lapisan seribu ni datang menerpa. Riki punya riki, dah ada Nadeje di KL ni. Waktu dulu cuma ada di Melaka jer.

Jom serbu !

Ada cafe terletak di Sunway Giza. Kota Damansara

Tapi time tu dah agak lewat dan budak budak dah tido dalam kereta so singgah tapau jer. Aku tak berapa familiar dengan area ni jadi terpaksa pusing pusing dan ronda ronda mencari.

Akhirnya jumpa jua.

Sunway Giza, Kota Damansara. Ni la bahana kalau co pilot dah terlelap so tak de orang nak tolong snappy dan aku tengah drive. Gegar Vaganza la jadi nya gambar tu.

Kedai dia dalam compound parking berbayar tapi belah luar. So boleh park depan kedai jer.

 Boleh dine in di sini kalau mahu. Dining area ada 2 tingkat

Pergi la ke kaunter dan buat pesanan seperti biasa.

Kaunter. Snappy dengan kadar paling laju !

Sila ambil maklum, Mille Crepes dia ada yang alcoholic dan non alcoholic. 

Sebaiknya tanya dulu untuk pastikan. Kalau makan ting tong nak keluar langgar pintu jangan salahkan aku.

Menu untuk non alco

Alcoholic

Selain daripada Mille Crepes ni ada jugak makanan dan minuman lain yang dijual

Tapi maybe sebab dah jauh malam, time aku pegi tu dah tak banyak choice yang tinggal. Yang non alcohol cuma ada 2 je Original dengan Coffee.

So order je la mana yang available tu.

Original

Jenis jenis yang tinggal

Harga seketul adalah RM 12.60.

Bayar. Tunggu dia bungkuskan. Then blah !

Packing dalam kotak

Siap ada ice pack

Reusable ice pack

Original

Coffee

Mille Crepe - Cake Lapisan Seribu

Aku beli 3. Kami habiskan 1 original dan 1 yang coffee. 1 lagi tinggal kat Princess sebab dia dah tertido.

Verdict !

Tak mengecewakan. Sedap. Nikmat. Lazat. Mengasyikkan. 

OR pun kata sedap especially yang Original. Coffee tu kureng skit. Hero aku tu kau bagi apa pun, dia semuanya sedap ! Kalau bab makan. Tengah tidur lena pun boleh bangkit lagi nak makan.

Cawangan cawangan Nadeje

Founded in 2006, Nadeje has grown from a small local bakery to a chain with three outlets in Melaka and two in Selangor, with their latest outlet opening soon in 1 Utama Shopping Mall. Known nationwide for its famed mille crepe, 18 flavours offer a variant to the signature confection utilising ingredients imported from Japan. A wide range of mille crepes and beverages are also available for patrons to enjoy like, before mille crepes take over diners’ stomachs en masse.

Nadeje does not serve pork but certain cakes may contain alcohol.

Mille crepe: RM12.60 per slice
Mille crepe (1kg): RM95
Mille crepe (1.5kg): RM137
Mille crepe (2kg): RM158

Refer website : Nadeje


Selamat menchoba.

Sambil makan mille crepes sambil layan Dilwale. Eh dah tengok Dilwale? Aku belum teringin lagi nak tengok, tapi dah tengok video clip lagu Gerua ni. Memang terbakor tengok view kat Iceland ni. Tetiba memasang angan angan nak ke sana !

11 comments:

  1. First time tau pasal makanan ni.... Mcm sedap je... Kesian seri....

    ReplyDelete
  2. cerita fasal DILWALE..iols SERU abam MENG terjah tempat2 yg dowang wat video clip nih...tentu lagik ohsem gambo eh...hikss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. Moga moga pamoga...

      Ada rezeki insya Allah buleh sampai.

      Delete
  3. abam MENG..sila terjah tempat dowang wat video clip ni n sila mencapap..sure OHSEm gambo eh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau ingat tempat tu kat Sekinchan? Jauh tu.... aku pun tak tau cemana nak pegi sana.

      Delete
  4. Kajol lawa..*tetiba hehe. Tgk Dilwale mmg berangan nk p Iceland, Goa & Bulgaria Meng ooi

    owhh lupa nk komen makanan, Mille Crepe tue cam kek lapis jer ghopernyer..sedap eh..leh lar nnt nk try..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam kek lapis tapi bukak kek lapis... Rasa dia lembut mcm tisu jer.. Sedap.

      Amboi.. wishlist tak ingat.. semua jauh jauh tu. Insya Allah la tu. Kalau ada rezeki pasti sampai

      Delete
  5. aku br dgr lagu ni kat hotfm...2nd time layan kat sini..demm..goosebump plak..hehe..sedap gak.... anyway.. VC neh memang mabeles..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak ai... dah jadi die hard hindustan ka?? hahahaha...

      Delete