Pages

Monday, January 4, 2016

Highlight Cuti Sekolah Hujung Tahun 2015 - Part 1

Aktiviti aktiviti sepanjang cuti sekolah hujung tahun 2015.

Mula mula bawak budak budak ke KidZania Kuala Lumpur.

Dah lama sangat dia orang azan ajak pegi

Baru kali ni Papa terbuka hati nak bawak

Yang penting dia orang seronok mencuba benda benda kat dalam ni.

Giliran dia orang pulak cari duit. Papa goyang kaki ( ala ala mendera pun ada neh )

Selain tu, Princess sibuk dengan konsert dia !

Konsert sekolah tadika Princess

Macam macam persembahan

Dulu aku sekolah tadika, tau makan, main dan kaler kaler jer....  Budak budak sekarang ni, umur 5 tahun tadika pun ada exam. Tak leh terima aku.

Dan aktiviti cuti hujung tahun kali ni kami ke destinasi percutian yang tak berapa jauh mana. Menyahut seruan pihak Tourism Malaysia untuk bercuti DEKATJER.

Jadi, kami ke Tanjung Karang bagi menikmati suasana kampung desa tercinta !

Tumpang pegi kampung orang lain. Nak balik kampung sendiri jauh di Hitaly nuh dan aku tak banyak cuti berbaki. Ada pun reserve untuk percutian solo ke tempat lain.

Kiranya ni jalan jalan bagi membeli jiwa budak budak sebab bakal kena tinggal. Papa gatal kaki nak berkelana dengan celana.

Memang tak berapa jauh

Kuil besar di Kuala Selangor

Tak lupa, masjid di Tanjung Karang

Merasai kenikmatan Mee Udang Banjir Tanjung Karang yang di gembar gemburkan enak seantero dunia tu

Nak tau sedap ke tidak? Hmmmm tunggu.....................

Menikmati suasana desa dan sawah padi

Menikmati senja di Tanjung Karang

Senja mengoyak waktu

Menikmati ketenangan di hujung hari

Senja yang berlabuh

Dan kami menginap di homestay di tengah tengah sawah padi

Meniikmati kehijauan saujana mata memandang

Budak budak memancing

Tapi ikannya tak dapat dapat. Ajet ajet terror jer ni

Padi menguning

Setelah padi di tuai

Tak lupa menikmati buah buahan tempatan di Tanjung Karang

Misi mencari habuan perut

Untuk di nikmati dalam suasana persekitaran yang berbeza

Bersatu dan mengenali fungsi alam

Dan merasai ketenangan desa permai

Kembali ke alam realiti.

Syok gak dapat menumpang kampung orang bajet bajet macam kampung halaman sendiri.

Ada rezeki, nanti aku gebang pasal tempat tempat yang kami lawati ni !

"Jom balik kampung?"



Burung yang berkicauan
Air mengalir tenang
Sejuk mata memandang
Damai mempesonakan

Padi melambai-lambai
Gadis di tepi bendang
Walau panas membahang
Tetap manis tersenyum riang

Ke kirilah (ahai) ke kananlah (ahai)
Inilah desa yang tercinta (ahai)
Menarilah (ahai) menyanyilah (ahai)
Riangnya suara mereka
Desa tercinta

Haruan atau keli
Masakan cili padi
Makan beramai-ramai
Tusuk tawa mengilai

Dan senja pun berlabuh
Malam pula bertamu
Dengar cerita atok
Nenek pun mula menjeling

emmm... apa tu ?
Jom kita balik

8 comments:

  1. Meng;

    Kita tak ada kampung ... sebab dari kecik mak ayah dah merantau ke KL ... kampung kat Grik hanya tinggal nama ... tinggal sedara mara jer ...

    Suka ngan Nora dan juga Noraniza Idris dan juga Siti bila nyanyi lagu lagu nih hehehehhee

    Tanjung Karang ialah my kampung angkat hahahahah sebab zaman kerja kilang dulu ramai anak anak buah dari sini , dan mereka dan keluarga mereka menjadi akrab !!!

    Rinnnddduuuuuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah. Siap ada kampung angkat tu.

      Kampung angkat I Calgary tau.... nanti kirim salam kat Dato Bandar Calgary dengan ucapan... " kalau makan ketupat dan lemang, jangan lupa anak angkat di perantauan ni"

      Delete
  2. Haaa..xde entry ka p Tanjung Karang ni Meng..mcm best jer dok tgh sawah..mcm tringin gak nk bawa bdk2 p tgk bendang

    ReplyDelete
    Replies
    1. of chos ada. Akan cuba di usahakan. tapi makan masa sikit lah nak mengarang. kena tungguh ruh kerajinan datang

      Delete
  3. tk sabarnya nk baca entry pasal tg karang.. nak tumpang sronok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheheeh... boleh la saling tumpang menumpang...

      aku tumpang kampung kau, kau tumpang seronok ya...

      Delete
  4. lagu tema yang best dan sesuai

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm juri tetap pulak ko ni.

      aku lelagu ni main tangkap muat je.. search kat utube pastu tempek.nak kasik entry panjang sampai bawah sebab aku tak suka tengok kalau singkat.. hihihi

      Delete