Pages

Tuesday, December 22, 2015

Xplorasi Goa : 14 - Colva Beach

Dari Benaulim Beach aku menapak ikut tepi pantai sampai ke Colva Beach di Goa ni.

Benaulim Beach


Pohon pohon kelapa melambai


Sepetang di Goa


Benaulim Beach 


Ni route perjalanan aku di South Goa bermula dari Madgao dan ambik bus ke Colva Beach tapi singgah dulu di Benaulim Beach

Matahari sudah mula menyongsang. 

Panasnya sudah tidak membahang.

Berjalan di pasiran pantai sangat sangat mendamaikan.

Pantai Benaulim sememangnya menarik dan terbaik di antara pantai pantai yang sudah aku jejaki di bumi Goa ni !

Puas hati, akhirnya aku jumpa pantai yang aku rasa tertawan di hati.

Benaulim Beach

Ada resort resort kecil dan kawasan perumahan

Pantai yang landai dan panjang

Ada yang duduk berpicnic

Ada yang mengambil kesempatan berjalan bersendirian

Piknik

Benaulim Beach yang masih cantik dan menawan

Sunyi dari hiruk pikuk manusia

Pergi

Surf Rescue 

Zone keselamatan

Lebih kurang 20 minit berjalan dari Benaulim Beach ke arah Colva Beach, Dari jauh lagi aku nampak kumpulan manusia sedang berpesta dan mandi manda.

Aku yakin, aku bakal sampai di Colva Beach !

Orang ramai sedang mandi manda di pantai Colva 

Pantai yang sunyi dan sepi seperti tadi bakan di hujani oleh ramai manusia lain

Ada yang bekerluarga.. dan ada yang cuma berpasangan

Ada yang bercanda di tepian

Okey. Dah sampai ke Colva Beach. Pantai ni lebih meriah. Ramai orang dan facilities pun memang sesuai sebagai pantai tumpuan warga tempatan

Life guard dengan jeep mereka

Jambatan ke belah dalam tempat parking

Sebenarnya aku nak usha dulu kawasan atas sebab nak tengok bas menunggu ke mana. Senang nanti kalau aku dah pasti time nak balik aku naik je bas dari sini balik ke station Margao untuk pegi ke airport

Tempat bas menunggu

Berlegar legar di kawasan atas Colva Beach aku mencari sesuatu yang di makan. Aku lapar ! Ada nampak orang jual kebab tapi tak pasti pulak tahap halal dia. Sudahnya aku akur je tanpa beli apa apa.

Kedai kedai cendermata pun ada di Colva ni tapi macam agak jauh sikit, aku malas nak merayap lebih lebih.

Tempat orang berjual jualan

Last sekali aku nampak kedai nescafe ni. Aku singgah beli nescafe secawan.

Dan ada jaul samosa vege jugak. Terus je la aku beli. Cukup la untuk mengalas perut yang kelaparan ni

Aku lepak lepak tepi pantai ni sambil makan dan minum nescafe. Tapi ada anjing sibuk la duduk dekat dekat. Tak bagi kesian pulak. Last sekali aku share je samosa dengan dia. Nampak macam lapar jugak anjing tu. Kesian.

Pantai Colva Beach agak lawa jugak. Sama macam Benaulim Beach tapi di sini lebih meriah dengan manusia.

Suasana petang tu agak riuh rendah sebab ramai yang datang untuk mandi laut.

Aku lepak lepak je layan angin segar Arabian Sea.

Colva Beach

Colva merupakan sebuah perkampungan di tepi pantai di Salcete, South Goa pantai barat India. 

Pantai Colva sepanjang kira-kira 2.4 kilometer sebahagian daripada coastal area yang panjangnya kira-kira 25 kilometer (16 batu) di penuhi dengan pasir memutih, barisan pohon pohon kelapa dari Bogmalo di utara ke Cabo de Rama di belah selatan.

Colva adalah destinasi pelancongan yang terkenal bagi pelawat yang gemarkan pantai. Hotel bajet, rumah tetamu, pondok santai, kedai makan, restoran, pub dan bar antara kemudahan yang terdapat di Colva Beach ini. Pantainya sentiasa dipantau oleh  life guard dan kawasan yang berbahaya untuk berenang di tanda dengan bendera merah sebagai amaran.

Kampung ini mempunyai kepentingan yang besar kepada Portugal dan merupakan tempat percutian untuk masyarakat yang Goa. Hari ini, kawasan Portugis ini dipenuhi dengan rumah-rumah dan villa villa termasuk bangunan yang telah di tinggalkan.

Pantai ini menjadi tarikan untuk penggemar yang gemar menyaksikan suasana matahari terbenam dan terdapat banyak aktiviti pantai di kawasan ini. Kebiasaannya pantai ini di kunjungi ramai sekitar bulan Oktober hingga Disember.

Penduduk tempatan di Colva sudah biasa menjadi nelayan sejak pertengahan abad ke-16 lagi. Kebanyakkan penduduk di Colva ini adalah pendatang yang datang dari pelbagai wilayah di luar wilayah Portugis ketika itu seperti dari Angola, Mozambique, Brazil serta dari Portugal sendiri.

Tidak jauh dari tempat tumpuan orang bermandi manda, terdapat perkampungan di tepi pantai yang didiami oleh kaum nelayan.

Bot bot nelayan

Masa aku menapak dari arah tengah Colva Beach menuju ke kawasan nelayan ni, tiba tiba ada 2 orang polis datang dekat aku.

Memula dia cakap bahasa Goa, aku geleng tanda tak faham.

"Where are you from?"
"Malaysia"
"Sir... you cant smoke on the beach"

Masa tu aku dah abis pun merokok. Maybe dia nampak asap rokok berkepulan.

"Oh. I am sorry"

Ops !!!

Terus je aku blah. Memang tak leh merokok agaknya kat pantai di Goa ni ! Dah 3 hari aku kat sini, setiap pantai aku pegi aku merokok, tup tup kali ni terkantoi !

Aku menapak berjalan di pinggir pantai menuju ke kawasan nelayan. Kelihatan sebuah bot nelayan cuba untuk ke laut. Ramai orang sedang membantu menolak perahu tersebut supaya sampai ke pantai.

Bot nelayan

Apa yang penting kerjasama !

Selesai

Boat dah berjaya ke laut merentas samudera

Area perkampungan di Colva Beach ni memang menarik.

Selain daripada pantainya yang landai dan cantik, duduk bagi menikmati matahari terbenam sambil melihat suasana kampung dengan penduduk yang sibuk dengan aktiviti masing masing buat waktu terbuai dan berlalu tanpa di sedari.

Yang nyata, Colva Beach ini sememangnya mempunyai tarikan tersendiri dan sangat menarik untuk dilawati.

Highly recommended.



I wanna love you girl

Tlah kutemukan sebuah cinta yang kunantikan
Ternyata engkau yang slalu kutunggu..hiasi hatiku
Baby, you knock me out

(Tak bisa ku jelaskan) Betapa indah sanubarimu
(Sungguh luar biasa) Untuk diriku..kau mengubah hidupku
kembalikan rinduku.. Baby, you knock me out

Could this be that real love I’ve been missing…before I’ve met you
You’re out of this world, my kind of girl..you knock me out
Baby, you knock me out… You knock me out

Kau membasuhku dengan cintamu
hilangkan segala luka yang dulu
Inilah janjiku..tak kan kulepaskanmu
Baby, you knock me out

(Tak bisa ku jelaskan) Betapa indah sanubarimu
(Sungguh luar biasa) Untuk diriku..kau mengubah hidupku
Kembalikan rinduku.. Baby, you knock me out

Could this be that real love I’ve been missing..before I’ve met you
You’re out of this world, my kind of girl…you knock me out baby

Apakah kau merasakan sepertiku
Tak bisa ku melawan, rasa cinta yang sesungguhnya
Kepadamu, hanya kamu
You knock me out.. you make me crazy
You’re out of this world..

Could this be that real love I’ve been missing..before I’ve met you
(Let me tell you baby) You’re out of this world..my kind of girl..you knock me out

Could this be that real love I’ve been feeling..when I’m with you
You’re out of this world..my kind of girl..you knock me out

Baby, you knock me out.. You knock me out

Perkampungan nelayan di Colva Beach

Suasana petang di Colva

Landai

Tapak Sulaiman

Anjingan

Daerah Colva ini memiliki 3 pantai yang terkenal di South Goa ini. Pantai Colva yang merupakan pantai utama. Keduanya adalah Sunset Beach (ke arah Betalbatim di utara) yang kurang sesak dan ketiga pantai Baywatch (ke arah Benaulim di sebelah selatan). 

Colva terletak kira kira 8 km (5.0 batu) dari bandar Margao dan 40 km (25 batu) dari Panajim. Stesen kereta api terdekat adalah di Margao diikuti oleh Vasco da Gama, Goa.  Lapangan terbang adalah Lapangan Terbang Dabolim (GOI) di Vasco da Gama, Goa.

Jarak sekitar Goa dari Colva adalah seperti berikut : Margao - 8 km (5.0 batu), Vasco - 35 km (22 batu), Mapusa - 53 km (33 batu), Calangute - 56 km (35 batu), Ponda - 28 km (17 mi), Lapangan Terbang Dabolim - 28 km (17 batu), Panjim - 40 km (25 batu) dan Tiracol - 82 km (51 batu).

bersambung................. 

9 comments:

  1. Rasa terharu bila ko sudi berkongsi makanan dengan sang anjing....moga sang anjing mendoakan yang baik baik untuk ko Meng...

    Dari aku..sang pencinta haiwan :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. Harap harap begitu la.. walaupun hanya samosa sayuor jer... hahahaha

      Delete
  2. maklumat yang manafaat, tq very much

    ReplyDelete
  3. Goa ni kalu solo female traveller sesuai tak *acah acah nak menyolo

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh !

      selamat sebab feel dia bukan mcm kat part India lain. Sini mcm org nya baik baik dan berhemah je

      kau cuba lah menyolo .... !

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. the beach? yes... memang menarik. one of the best in goa

      Delete