Pages

Friday, December 18, 2015

Xplorasi Goa : 11 - Sunset At Panjim

Selepas berpisah dengan Suresh, aku ambik ferry merentasi Mandovi River ke arah Panjim.

"Jika mimpi... masa silam......... "

* tarik key Layar Impian Ella sambil lentok lentok kepala tepi ferry.

Tak abis nak nyanyi dah sampai !

Billboard casino di area jetty naik ferry

View atas ferry. Ferry ni membawa penumpang motosikal dan pejalan kaki cross Mandovi River untuk yang ingin ke Panaji atau kawasan sebaliknya.

Ferry dia percuma je. Ada setiap waktu berulang alik dari dua dua arah. Biasanya yang ramai yang bawak mostosikal sebab dia orang tak nak pegi naik jambatan yang agak jauh sikit laluannya.

Mungkin cara ni nak mengelakkan kesesakan atas jambatan jugak lah. Apa yang penting, ianya memberi kemudahan kepada penduduk di Panaji yang berulang alik dari dua dua kawasan.

Ferry tu bergerak perlahan je tapi most of the time memang ramai orang.

Ferry bergerak perlahak merentas sungai. Kelihatan Mandovi Bridge dari kejauhan

Setelah mendarat di area Panjim...  giliran yang sebelah sini pulak cross ke arah sana.

Kawasan area naik ferry belah Panaji

Lepas turun dari ferry tu aku dah tak tau nak ke mana.

Nak balik hostel macam masih awal lagi. Aku nak tunggu sunset tapi aku pun tak pasti ada sunset ke tidak hari ni. Dan aku pun tak sure tempat yang aku nak tengok tu boleh nampak ke tidak sunset di Goa ni.

Mundar mandir tak tau nak buat apa, sudahnya aku melepak kejap tepi tebing mengadap sungai tu. Duduk kat situ melayan perasaan, tengok tengok orang, tengok ferry bergerak ulang alik. Sesekali ada kapal bergerak di tengah sungai membawa penumpang ke haluan masing masing.

Kawasan tebing tepi sungai di Panaji

Kapal casino yang tak beroperasi di siang hari

Bangunan di Panaji. Di tempat ni la aku ambik bas sewaktu ke Miramar dan Dona Paula semalam.

Memang tak de apa nak buat. Aku lepak je tepi sungai tu melayan perasaan. Nak pegi cari tempat makan takut macam jauh nak menapak nanti nak patah balik, silap silap aku miss sunset. Tak pe la bertahan dulu.

Dahaga jugak. So aku cross jalan ada kiosk jual jajan kat situ aku singgah beli air dan biskut.

Lapar perut weh !

Habuan

Duduk kat sini melayan perasaan

Bot bergerak merentas sungai Mondavi di Panaji

Suasana petang di Panaji

Aci aci tengah gosgos sambil tunggu bas

Sedikit mengenai Panaji.

Panaji atau juga di kenali sebagai Panjim merupakan ibu negeri Goa di India. 

Terletak di tebing sungai Mondavi, Panaji ini merupakan pekan kecil yang masih menyimpan sejarah lama pendudukan Portugis yang banyak di lihat dari struktur bangunan di kawasan Old Quarter. Pekannya tidak la terlalu sibuk tapi merupakan pusat pentadbiran dan perniagaan utama bagi negeri Goa ini.

Rata rata penduduknya ramah dan sedia membantu.

Panaji atau Panjim ni bagi aku OK la bandar dia. Brezzy dan tenang. Banyak tempat tempat casino atas air di buka di kawasan ni yang menarik ramai orang untuk ke Goa selain daripada tarikan pantai pantai dan kawasan sejarah Old Goa.

Kawasan Panaji ni bersih dan terjaga jugak lah. Sangat sangat berbeza dari kawasan yang aku pernah pegi dulu macam Jaipur, Agra dan Delhi. Kat sini orang orang dia lebih bertamadun sikit dan tak de la sampai kencing tepi jalan selamba bomba jer.

Tapi aku jumpa gak yang kencing merata ni, cuma tak de la ramai macam kat bandar bandar lain.

Cuma pemilihan aku untuk stay di Panaji ni dan bergerak ke tempat lain aku rasa tepat sekali sebab Panaji kiranya center di antara tempat tempat seperti North Goa dan South Goa.

Untuk aktiviti aktiviti dan tempat yang boleh di lawati di Panaji/Panjim ni boleh usha : Wikitravel Panaji

Dan macam biasa petang petang kat tepi sungai tu ramai je orang lalu lalang. Ada juga yang busy dengan hal masing masing. Ada yang melepak membuang masa dan macam biasa geng geng remaja pun macam sekali sekala keluar ke bandar dan bersuka ria sesama mereka.

Dan macam aku pernah cakap, dia orang ni memang suka bergambar.


Santai petang

Ni ada satu group muda mudi duduk kat kerusi tak jauh dari aku. Awal awal lagi dia orang menyanyi dan berjoget joget

Bab ambik gambar tak payah cerita lah.

Kejap kejap posing. Kejap kejap sorang pakai topi pastu tukar pastu pakai spec dan yang lain tukar. Accessories dah jadi macam harta pemilikan bersama jer.

Masa dia orang menari nari tu aku tengok gak la. Makin aku tengok makin la dia orang seronok. 

Menari nari dan menyanyi dengan bisingnya

Beraksi untuk bergambar

Beraksi lagi

Dan lagi

Tu je la hiburan untuk aku petang tu. Lain lainnya agak bosan jugak la menunggu sunset. 

Tengok matahari macam ada awan awan terlindung. Aku pun tak pasti ada rezeki ke tak hari ni. Jangan jadi macam semalam sudah lah.

Petang di Panaji


Awan membentuk seekor anjing

Mentari masih meninggi

Dah buntu tak tau nak buat apa, sudahnya aku pegi beli air kelapa.

Warung jual air kelapa. Kat sini murah je. INR 30

Abang Goa penjual air kelapa

Dan beli jagung bakar bagi mengalas perut yang masih lapar

Jagung bakar tu dia sapu dengan rempah kari dan jugak perahan limau. Pedas pedas masam jadinya. Boleh la aku makan sambil lepak lepak tepi sungai tu melayan perasaan.

Menjelang petang, orang makin ramai. Mostly melepak lepak menghirup udara petang.

Yang aku tak berapa gemar kawasan ni banyak sangat burung gagak !

Yang turun naik ferry dengan barangan masing masing pun ada

Matahari sudah mula menyongsang

Burung burung pun dah bersedia untuk pulang ke sarang

Lampu casino dah menyala

Kapal kapal casino yang lain

Haaa tu je orang kencing kat public area yang aku perasan.

Matahari dah pun menghilang

Macam kecewa pulak aku sekali lagi rasanya.

Aku harapkan ada balam balam mentari petang menampakkan cahaya senja tapi macam tak de. Tetiba je cuaca kelam dan gelap menandakan malam bakal mengambil tempat.

Tengah aku melangut tu kejap tetiba nampak cahaya ungu menyinari langit.

Pantas !

Kelam

Dan warna bertukar jingga

Cahaya terpantul di permukaan sungai

Dan bertukar warna lagi lebih damai

Dan senja petang menghilang

Layan sunset dulu di situ. Jauh betul perjalanan hari ni, walaupun awalnya aku sedikit kecewa dengan Goa ni, tapi syukur je la apa yang aku dapat rasa dan nikmati seketika di sini !



Di saat malam mulai turun
Perlahan-lahan gelap
Menyelimuti bumi
Menyelubungi dunia
Meruntuhi angkasa

Terlihat dari kejauhan
Titik putih di langit
Berkilauan cahaya
Bertebaran disana
Menghiasi angkasa

Di antara berjuta-juta bintang
Hanya satu bintang yang paling terang
Di antara berjuta-juta orang
Hanya kamu yang paling aku sayang

Di antara berjuta-juta bintang
Hanya satu bintang yang paling terang
Di antara berjuta-juta orang
Di hatiku tetap dirimu sayang

Terlihat dari kejauhan
Titik putih di langit
Berkilauan cahaya
Bertebaran disana
Menghiasi angkasa

Di antara berjuta-juta bintang
Hanya satu bintang yang paling terang
Di antara berjuta-juta orang
Hanya kamu yang paling aku sayang

Di antara berjuta-juta bintang
Hanya satu bintang yang paling terang
Di antara berjuta-juta orang
Di hatiku tetap dirimu sayang

Tungguku terbang bersama angin
Masuki mimpi dalam tidur lelapku
Aku tenggelam sulit terpejam
Membayangkan wajahmu

Di antara berjuta-juta bintang
Hanya satu bintang yang paling terang
Di antara berjuta-juta orang
Hanya kamu
Hanya kamu
Hanya kamu

Sekurang kurangnya tak de la aku balik dengan tangan kosong. Walaupun senja berlaku begitu pantas tapi aku sempat jugak la menikmati senja di Panaji ni.

Malam di Panaji


Gelap

Bila cuaca dah gelap tu aku pun menapak nak balik ke hostel. On the way tu memang aku nak gi cari 2 kedai halal yang aku dah aim tu. Sempat aku cari cari info pagi tadi dan memang aku nak pegi untuk makan malam ni.

Dah terbayang bayangkan dapat makan ayam tandoori. Pergh...

Ada 2 kedai yang aku jumpa tu nama dia Pakiza dan Shalimar. Sebab Pakiza tu terletak lebih dekat dengan area Old Quarters so aku rasa aku nak pegi situ je. On the way balik ke hostel jalan kaki boleh aku singgah makan kat situ.

Hari dah gelap aku melangkah di bumi Panaji ni.

Ni adalah tandas awam. Aku nak terkencing jugak rasa tapi macam tak lalu nak kencing sini. Tahan je lah dulu

Pekan Panaji di waktu malam. 

Kawasan bangunan biasanya dah gelap tapi kawasan dekat dekat dengan pusat casino kat tebing sungai tu baru nak start meriah.

Belah malam agak challenging jugak nak cross jalan di Panaji ni terutama jalan besar tepi sungai tu. Lama aku menunggu nak cross tapi malam malam banyak lak kenderaan. Kena lebih hati hati di sini !

Jalan punya jalan dengan semangat membara nak makan dan cari kedai Pakiza tu. Tup tup aku hilang arah. Macam jalan dalam peta dengan jalan yang sebenarnya tu lain jer.

Berpusing pusing aku cari simpang masuk tapi tak jumpa. 

Akhirnya fed up. So aku fikir menapak balik hostel je lah.

Nampak kedai pure vege ni, tapi macam tak menarik lak nak singgah


Jalan memasuki Old Quarter balik ke hostel

Sampai kat satu area tu, aku perasaan jalan yang restoran Pakiza tu bersambung kat situ. Tapi sebab belah belakang ada bukit dan jalan gelap tu yang aku tak berani nak masuk dari belah sana tadi.

Sampai kat situ, aku nampak ada kedai jahit. Ada sorang lelaki kat situ so aku pun tanya.

"Do you know this place?"

Dia tengok skrin iPhone aku yang aku dah skrin captured alamat kedai.

"Oh.. where are you from?"
"Malaysia"
"I have been to Malaysia...."

Suka lak dia nak borak dengan aku.

Mamat ni bukak kedai jahit kat situ. Siap tanya aku nak tempah seluar ke tidak dengan dia? Sewel ke apa? Aku ni lapar nak makan ! Jangan suggest yang bukan bukan, kang aku makan orang !

Last sekali dia tunjuk jalan ke belakang kedai dia. Memang kedai Pakiza tu kat situ, tapi tutup !!

Dah la kedai hujung sekali. Gelap lak tu sign kedai pun tak der. Kalau tak tanya orang memang payah nak cari kedai ni. Ntah ntah dah tak beroperasi

Patah semangat. Putus harapan.

Memang aku tak jumpa kedai makan. So aku bergerak je la jalan balik hostel. Last resort yang ada, aku fikir aku gi je makan kat kedai semalam. At least, semalam aku makan OK la jugak walaupun pedas. Tapi pedas tu sebab salah aku sendiri !

Singgah kedai runcit ni beli air dan jajan sikit. Kot la kedai tu tutup ker. Aku rasa aku kena kencing kat kedai ni sebab macam beli air air dengan biskut je tapi kena dekat RM 20 lebih. Mahal tu,

Nampak gerai buah. Singgah beli buah pisang. 

Pastu nak sampai kat hostel tu aku perasan ada restoran ni di Panjim Inn. Kedai dia lawa. Setting nampak macam mahal. 

Aku masuk je la nak usha menu dia.

Ada seat kat belah atas. Ada mat salleh je lepak lepak makan kat sini

Tengok menu. 

Harga memang boleh tahan mahal. Tapi yang buat aku tetiba nak angkat kaki tu sebab menu dia ada serve pork !

Terus terbantut impian nak makan kat situ.

Sudahnya aku keluar dan tuju ke restoran semalam tu jugak. Sekali lagi berPanca Sitara !

Masuk terus buat formation.

"Tara kucha. Tara kucha cha..... "

Agak agak orang tak layan, duduk dan ambik menu tutup muka menahan malu.

Tapi tak mengapa... aaaaaaaaaaaaa ku derita. Param Param !

Pilihan menu

Dinner untuk malam tu. Vege Beryani dan Prawn Chili. Minum jus tembikai.

Pergh.. heaven !!!

Satu Goa aku berjalan hari ni, kat sini jugak rezeki aku dapat jumpa nasi. Vege Beryani dia tu sedap. Prawn Chillies tu kureng skit sebab berkuah dan udang tu jadi kembang sebab salut tepung.

Kali ni aku mintak mild spicy jer. So tak de la pedas sangat. Banyak betul aku makan. Walaupun tak abis, tapi separuh pinggan gak la abis beryani tu.

Sedap dan memang aku kelaparan.

Syukur dapat makanan. Balik hostel terus terbongkang ! Esok masing belum ada agenda lagi, tapi aku dah tau aku nak cover Souh Goa dan esok malam aku kena berada di airport untuk ambik penerbangan pulang.

End of day 3 di Goa.

bersambung...................

2 comments: