Pages

Monday, December 7, 2015

Xplorasi Goa : 01 - Perlepasan

Ini perihal trip aku ke Goa, India.

Highlight dah keluar dulu kat sini : Goa, India - Highlights

So untuk edisi ni aku hanya aku share some photos yang aku ambik dan jugak berkongsi pengalaman yang aku lalui dalam misi explorasi Goa selama 4 hari 3 malam ini.

Buckle up !

Ayuh kita mulakan.

Trip aku hari tu adalah pada hari sabtu 29 Ogos 2015 dan aku beli tiket ni bersempena cuti Hari Merdeka. Kebetulan jer, since ada cuti agak panjang sikit time tu so aku riki riki tiket flight dan Air Asia ada route baru ke Goa. Terus je aku sambar !

Kebanyakkan info untuk trip ni pun aku dah gebang masak masak kat sini : Goa, India - Budget & Itinerary

Segala preparation apa semua pun aku dah share di situ termasuklah cara mendapatkan visa secara online ke India ni.

Flight pukul 7.50 malam. Lepas asar aku dah gerak ke airport. OR yang hantar. Budak budak tak ikut sebab nak tengok TV.

Sampai KLIA 2 agak awal. OR pun tak nak singgah, so dia dropped je aku dan aku pun membawa diri yang lara kat airport ni

Masuk balai berlepas. Orang macam biasa agak ramai. Masing masing dengan agenda dan bermisi yang sama iaitu ambik penerbangan ke destinasi masing masing.

Macam biasa. Since aku sampai awal tu, pegi usha dulu kawasan ni sebab nak hisap rokok sambil tengok kapal terbang turun naik. Dah lama tak naik flight sebenarnya.. last trip aku pun masa ke Koh Phangan tempoh hari

Dah tak de apa nak buat, aku terus je masuk boarding. Dah check kat board, check in kat gate je terus. Lagipun aku tak de apa apa bagage nak check in. Bawak sendiri jer. Travel light. Baju pun bawak lebih kurang je. Untuk 3 hari ni, standard aku packing, 4 helai t shirt, short, undergarments, 2 kain pelikat dan bawak dua maggie cup in case aku kelaparan kelak.

Travel pun pakai selipar jer.

Travel light plus bawak crumpler jer

Since gate aku dekat pintu P 13. Kena menapak jauh skit. Tapi aku ada banyak masa so tak kisah sangat. Sempat lagi ke bangunan tengah dan layan hisap rokok dulu.

Sempat jugak gi beli rokok sebagai bekalan di India nanti.

Urusan imigration semua pantas. Scanning pun tak ramai orang, jadi awal awal lagi aku dah tercegat kat pintu P 13. Orang lain pun belum ada lagi.

Kapal terbang dah sedia menanti

Hari hampir senja

Malam dah nak menjelma

Masuk waktu pegi surau jap buat apa yang patut. Then kembali ke gate P 13 semula. Tengok orang masih tak ader.

Biar betik ! Macam aku je yang naik flight ni. Tak de orang ke Goa kah? Macam tu kemusykilan melanda diri.

Dua tiga kali aku check benda alah ni memastikan aku berada di gate yang betul dan memang wujud flight ke Goa ni.

Waktu aku berangkat ke Goa ni, flight ni memang baru lagi. So aku antara orang yang terawal la yang dapat grab ticket AA ke sana.

Nasib baik la tak lama lepas tu nampak sorang demi sorang muncul. Walaupun tak ramai macam flight biasa tapi ada jugak la orang lain dan buat aku rasa sedikit lega.

Ada few orang dah masuk boarding room

Waktu yang di nantikan pun tiba.

Annoucement memaklumkan bahawa penumpang dipersilakan masuk ke perut pesawat. Masa tu aku yakin, flight memang tak penuh. Bagus jugak. Lagipun aku memang ambik seat belakang supaya aku dapat 3 seats so aku buleh la regang regangkan kaki time penerbangan nanti.

Siap semua dah masuk, pesawat mula bergerak meninggalkan tarmac KLIA 2.

Bye bye KLIA 2

Queue pun tak lama, sedar sedar pesawat dah berada di udara.

Dan aku bersama sama pesawat sudah di udara terbang melayang menuju Goa, India. Aku tak tau apa nak expect di Goa ni tapi aku begitu teruja untuk ke sana !



Bila kini kau panggil namaku
Aku yakin datang mendekatmu
Janganlah tersisa rindu di hati
Separuh diriku tak bisa mengerti

Ada sesuatu dalam hadirmu
Selalu membuat hasratku tergoda
Dan ku tak mungkin menepis rasa

Ku ingin membara bersama di pelukanmu.
Melayang bulan menari
Di atas angan langit cintaku
Biarkan malam berlalu
Habiskan waktu tuk bersamamu

Tak de apa yang boleh di buat melainkan cuba cuba membutakan mata. Memula masa aku nak duduk tu ada sorang makcik India kat seat aku, aku bagitau dia, tu seat aku then dia sengeh sengeh terus blah.

Ada hati nak curik seat aku la tu.

Tapi since flight memang kosong especially belah belakang, so dia dapat seat kosong

Awal awal penerbangan lagi, masing masing dah ambik posisi untuk melenakan mata sendiri. Flight agak smooth jugak memula, tapi lepas tu berantakan. Berkocak kocak jugak lah jadinya. Berkali kali lampu isyarat pakaikan tali pinggang keledar di nyalakan.

Aku nak tidur tapi aku lapar. So tunggu dia nak jual makanan tu aku baca baca magazine dulu.

Majalah 3Sixty bulan August 2015

Sebab ramai yang dah membuta, laju je trolley makanan ni bergerak. Dan since Air Asia ada menu baru, aku pun try la order Nasi Dagang ni. Datang satu set dengan dodol. Not bad lah. Janji kenyang.

Dah kenyang tak tau nak buat apa, last last terlena.

Perjalanan seterusnya agak bumpy jugak, nak baring pun susah sebab kena pakai tali pinggang keledar, so aku duduk je la pejam pejam mata.

Sempat gi toilet sekali. Crew crew kat seat belakang dok main game. Ada jugak yang curik curik tidur. Penat la tu agaknya.

Terlena kejap je then tersedar tengok kat luar cuaca cerah. Dari atas flight dengan ketinggian lebih 30 ribu kaki ni nampak jelas cahaya lampu.

Tak sure bandar apa tapi aku yakin masa ni aku dah masuk ruang udara India

Penerbangan dari KLIA2 ke Goa. India mengambil masa 4 jam setengah.

Tengah dok pejam pejam mata, tetiba lampu dalam flight di pasang tanda pesawat dah nak mendarat.

Kapal terbang mula decending menuju ke Goa

Finally landing !

Pesawat akhirnya berjaya mendarat di Dabolim Goa International Airport tepat jam 10.55 malam waktu tempatan. Waktu di Goa India, 2 jam setengah lewat dari waktu Malaysia. 

Aku dah siap siap betulkan waktu jam tangan.

Keluar dari pesawat kami terus ke kaunter imigration. Malam tu tak de flight lain so tak ramai orang sangat. Departure card tak di bagi masa dalam flight, so kat airport baru semua kocoh kocoh nak isi.

Aku memula beratur dengan orang lain jugak, tapi bila sampai turn aku kat kaunter, pegawat tu tanya.

"eTV?"

Aku tunjuk print out yang aku dah print masa apply electronic Tourist Visa tu.

Dan dan tu dia suruh aku ke sebuh bilik lain. 

Mata ngantuk jugak, mamai mamai je rasa. Pegi ke bilik tu tengok tengok tak de orang. Ada kaunter jer. Lama gak aku mundar mandir tak de sesapa pun kat situ. Kat 5 minit aku patah balik ke kaunter imigration yang memula tu, baru nak tanya tetiba muncul sorang lelaki dan dia suruh aku ikut dia.

Dokumen yang perlu di isi

Rupanya mamat tu baru nak bukak kaunter. Nak bukak kaunter means baru nak bukak PC. Lama jugak la aku menanti. Tengah menunggu tu tetiba ada 2 orang lagi kat belakang.

Ntah apa masalah kaunter tu, kamera tak leh nak on. Pastu tukar kaunter lain. Lama jugak la jadinya. Dari satu hal ke hal yang lain, sudahnya 3 kali tukar kaunter baru la PC OK. Kamera baru OK dan fingerprint reader untuk capture cap jari pun baru la boleh guna.

Lama jugak la aku tersadai kat situ. 30 kali agaknya mamat tu suruh aku pose pose depan kamera tu. Bila dia nak capture, tak jadi jugak. Rasa kejung pipi sengeh walaupun muka separa toya !

Lepas dah ambik cap jari tu ingat semua selesai.

Aku nak keluar je, then ada sorang lagi pegawai nak check passport aku tu, tetiba dia check pastu dia geleng kepala. Langsung tak cakap apa apa dia suruh aku ikut dia balik semula ke bilik tadi tu.

Ah. Sudah ! Apa dah jadi?

Tup tup mamat yang uruskan passport aku tadi tu salah stamping tarikh !

Badigol betul. 

Lepas tu baru OK.

Nak keluar dari terminal tu pun kena check berkali kali. Nasib la lugagge aku tak besar dan aku tak de apa apa nak declare. Sudahnya kastam tu lepas je aku keluar.

Keluar keluar je tengok orang ramai menanti.

"Taxi Sir ! Sir... "
"You need hotel?"

Macam macam ayat aku dengar. Serabut jadinya. Tapi aku malas nak layan. Aku cuba usha usha kawasan tu jap. Sebab dari pembacaan aku, ada kaunter teksi kat luar tu. Tapi aku masih nak mencuba nasib nak naik bas ke town dari airport ni.

Selepas buat bodo dan tak ambik pedulik orang orang yang bertanya tu, aku gi kat kiosk jap beli air. Sebenarnya nak tukar duit sebab duit aku semua duit besar besar.

Beli air kat kiosk tu dan tukar duit. Lambat pulak dia nak bagi change. Aku tanya mamat tu la dia kata bas dah tak de  malam malam buta !

Tertelan air liur jap. Fikir cemana aku nak ke Panaji tempat aku dah booking penginapan aku malam ni. Nak tak nak kena naik teksi.

Jangan confused kalau kejap di sebut Panaji, kejap di sebut Panjim sebab ianya adalah tempat yang sama !

Aku pegi hisap rokok dulu kat depan. Masih ada dua tiga orang yang mengekori tapi aku buat bodo je tak melayan. Abis rokok sebatang, aku gi check kat kaunter teksi di luar bangunan terminal ketibaan.

Yang ramai tu kaunter prepaid teksi

"Sir you want teksi?"

Tetiba ada sorang lelaki tegur aku.

"Yes"
"Where are you going?"
"Panaji"
"OK. You come with me. INR 700"

Aku diam je memula. Nampak dia macam beriya.

"Nevermind, I'll ask the counter"
"Counter more expensive Sir"

Aku tau la masa tu dia ni teksi ulat. Aku blah je dari dia dan pegi ke kaunter prepaid teksi. Buat buat tanya, dan dan tu mamat tu letak harga INR 900 sebab dah lepas puku 11 malam.

Hmmm.. 

Fikir balik, kalau INR 900 macam mahal jugak. ( RM 58 ). Dah la aku sorang je pun. Last sekali aku blah dari situ dan buat buat hisap rokok semula.

Jauh skit la dari kawasan kaunter tu.

Tup tup ada sorang lelaki lagi datang.

"You need taxi?"
"Yes"
"Where you going?"
"Panaji"
"OK. Come"
"How much?"
"INR 600"

Dia letak harga. Dan dan aku tawar terus INR 500. Dia diam sekejap... then bersetuju.

Aku terus je follow dia ke teksi dia. Ulat ulat ni agak di keji sebenarnya kalau ambik passengers sebab mamat mamat prepaid teksi dah sedia menanti untuk bawa penumpang. Masalahnya tu la, harga dengan dia orang tu cekik darah sikit.

Aku pun dah lega. Masuk je kereta, mamat tu terus dari meninggalkan GOA Airport. Laju jugak la dia drive. Dah la ikut jalan sunyi. Blast lagu techno Tamil sekuat kuat hati. Ting tong kepala aku kejap.

Tawakal je lah. Tapi memang dia bawak macam pelesit. Main potong moto dan kereta sesuka hati jer.

Tapi dekat seteengah jam lepas tu dia bagitau aku yang kami dah sampai. Dia pun tak sure kat mana hostel aku tu, so dia tanya orang tepi jalan based on alamat yang aku bagi. 

Tak jauh sebenarnya dari situ, lewat waktu tengah malam, aku sampai di hotel penginapan. Nama hostel ialah OldQuarter by The Hostel Crowd di Panaji.

Suram suram je hostel yang aku dah book ni

Mamat teksi tu memang tak banyak songeh. Lepas aku yakin aku dah sampai, then aku bayar dia INR 500 then dia blah. (RM 32)

Reception dah tutup time tu tapi ada park guard jaga. So dia yang bagi kunci bilik kat aku. Tapi dia muskil sebab aku datang sorang sedangkan bilik tu untuk 2 orang. Berulang ulang kali dia tanya kenapa aku tak datang 2 orang.

Eh. Suka hati aku lah kan?

Lobby reception

Mamat tu cuma pak guard je so dia pun tak leh nak check in kan aku. Dia mintak passport then bagi kunci bilik. Masalahnya bilik aku tu bukan kat bangunan tu.

Kena menapak lebih kurang 5 minit dari bangunan lobby tu. 

Kat building tu cuma dorm je, kalau private room dekat bangunan lain. So mamat tu la yang bawak aku ke sana.

Sambil tu dok borak borak gak la dengan dia. Aku lupa dah nama mamat tu, tapi friendly jugak la dia.

Sampai kat bangunan yang dimaksudkan, dia panggil aku.

"Let me tell you the secret"
"OK"
"This is the code number for the door.. 1..2..3..4..5..6.... then #"

Nak tergelak pulak aku. Secret la sangat nombor macam tu. Siap bisik bisik ni takut orang dengar.

Bangunan tu agak macam buruk sikit, Ada 2 tingkat dan bilik di bahagian atas dan bawah. Private room la semuanya. Dia tunjukkan toilet dan bilik aku. 

Ni nama hostel yang aku tinggal untuk 3 malam di Goa. Aku book private room shared bathroom RM 60 per nite. Agak OK lah.

Address. Lokasinya memang bagus.

Bilik dia agak luas tapi basic. Ada katil dan meja. Bilik aku terletak di tingkat atas

Ada tingkap mengadap bangunan lain di luar

Bilik air dan shower di tingkat bawah. Ada 2 bilik air sebenarnya.

Yang tak bestnya, wifi tak sampai kat dalam bilik aku, so kalau nak online aku kena turun kat common area. Letih jugak lah turun naik.

Overall, penginapan aku ni just OK. Maybe sebab private room dia agak jauh dari main lobby dan wifi tak dapat dalam bilik so aku agak rasa tak best. Bilik air dia bersih dan sentiasa di bersihkan. Tapi aku perasan sepanjang 3 hari aku kat situ, aku sorang je guna bilik mandi tu. Memang nampak ada orang lain kat situ especially mat salleh dah couples tapi pelik jugak.. agaknya dia orang tak mandi kot !

Aku tak recommend sangat private room kat sini tapi kalau nak duduk dorm, aku recommend hostel ni sebab dorm dekat bangunan lobby jer. Lain lain rasanya OK je. Kemudahan pun OK. Lokasi agak dekat dengan bus stand Panaji. Pagi ada free breakfast. Staff dia pun agak helpful dan cukup membantu.

Lepas abis mamat guard tu buat tour kat situ, dia pun blah. Aku turun dan mandi dulu. Badan berlengas. 

Settlekan apa yang patut dulu dan sedar sedar aku dah terbongkang. Lena tidur malam pertama di Goa, India !

bersambung................

10 comments:

  1. best nya naik flight tak ramai org.. bahagia je rase..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.... boleh buat mcm flight sendiri.. baring baringan

      Delete
  2. Aku pun kena tanya sama macam ko psl booking room utk dua org tapi dtg sorg di Vizag. Berkali-kali mamat kaunter hotel tu tanya aku kenapa dtg sorg tapi booking room utk sorg saja. Aku pun jwb dgn nada sarkastik, aku ckp nanti aku ajak artis bollywood temankan aku mlm tu then aku blah naik ke bilik, dlm 15-20 minit lepas aku check-in, ada beberapa pegawai polis dtg ketuk bilik aku ckp nak tengok passport dan suruh aku buka beg aku dan tunjuk apa yg ada dalam beg aku, ketua pegawai polis tu siap tanya kenapa aku dtg Vizag, terpaksa explain satu per satu kenapa aku nak visit Vizag malam tu..siap kena tunjuk kat mana tempat aku nak kena pergi dan sbgnya..mamat kaunter tu siap sengih tepi pintu dan cakap "no problem, sir, no problem"..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh ada jugak sini?

      hehehe...

      tu la dia org pelik sebab bilik private tu biasanya couple yang sewa. aku single patut duduk dorm je la.. tapi ikut suka kita la kan?

      heheheh..

      lagi sadis tragedi kau bro kat sana... siap macam pencegah maksiat datang. nasib tak kena tangkap basah dgn ranee mukerjee.. hiks

      Delete
  3. Flight kosong, apa lagi . Sebaris tengahlah gamaknya tido hehehe
    Hari tu DXB-BOSTAN flight kosong, tak sempat nak cop, mat salleh dah landing hahaha

    Depan seat kosong , apa lagi

    Nanti kalau balik ke Tanah Melayu , nak kena cop dulu hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau flight kosong memang best. lagi lagi kalau wide body boleh terus ambik seat tengah. tidur berdengkur pun org tak leh nak marah.

      enjoice Boston Pak Itam !

      Aku baca bostan tu mcm ponstan je... terus sakit kepala jelesi org gi us

      Delete
  4. salam,


    dari pantai chalungte ke airport bagaimana yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena naik teksi..

      kalau bas kena tukar kat panjim dan vasco.. leceh lagi lagi kalau banyak luggage

      Delete
  5. sedap nampaknya..dodol + nasi dagang...lauk ayam ke tu, ker ikan tongkol..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh sebenarnya dodol tu memang sedap.. mcm terkesima je masa rasa... tak liat.. mesti 4 malam kacau kawah dodol tu...

      nasi dagang lauk ayam... boleh la

      Delete