Pages

Tuesday, December 29, 2015

Jom Ngopi : Library Coffee Bar, Uptown Damansara

Ngopi sambil makan makan.

Aku keluar sebab nak gi cari barang skit kat Uptown Damansara. Sambil sambil tu cari tempat makan. Memula nak makan kat Arjuna Village dekat food court Uptown tu tapi tutup la pulak.

Riki punya riki, nak try la makan kat sini.

Library Coffee Bar, Uptown Damansara.

Gi library baca buku aku malas ! So pegi yang boleh lepak minum minum lah sambil cuci cuci mata.

Moh usha.

Makan kat library kena makan diam diam kan? Shhhhhh

Terletak berhadapan dengan Uptown food court

Ada all day value meal. Tapi sampai 2 petang je.. Tak all day mana lah

Usha usha menu. Macam ada kopi, waffles dan makanan jugak. So kami sepakat nak dinner kat sini je lah.

Usha dulu kawasan dalam kedai Library ni.

Self service. Masuk order bayar dan cari tempat.

Nasib la orang tak ramai. 

Kalau tak de buku bukan library namanya.. Aku pun tak usha apa jenis buku yang ada

Boleh la pilih nak lepak santai santai pun OK. Tapi tak de smoking area.. so kurang skit bagi aku

Boleh ngopi di sini.

Aku pun tak tau nak order apa. Tengok menu menu skit then belasah je la.

Dah bayar duduk la menunggu

Menunggu dalam suram. Cemana nak duk library lampu suram cam ni? Kalau aku mau terlelap terus kejap lagi

Masa aku kat sini orang tak de la ramai mana, tapi menunggu agak lama.

Tak tau la maybe sebab order dinner kot, makanan lambat nak prepare. Air je la yang datang dulu.

Cappuccino untuk OR. RM 11.32

Enough of coffee on that day, aku opted for ice lemon tea. Macam mahal je air ni.

Ice lemon tea tu macam tak umpph sangat. Macam tak berbaloi dengan harganya dekat RM 13.21 satu cawan tu. Cappucino OR tu sedap ! Dia pun cakap sedap. Aku rasa sikit pun memang kaw kaw !

So, kalau ke sini, sila order kopi !

Aku tak tau cemana harga makanan dia bersen sen macam tu padahal harga belum GST tu. Maybe campur service tax kot.

Now makanan makanan sampai untuk di jamu.

Aku order Pasta Chicken Carbonara. RM 14.91

OR order Nasi Daging Rendang. RM 16.98

Cantik kan terhidang atas meja. Nampak sedap tak?

Jawapannya : TAK SEDAP LANGSUNG !

Aku tak nak la jahat sangat bagi review. Dan aku pun bukan la jenis cerewet sangat makanan ni. Kalau sedap dan boleh makan, aku OK jer. tapi yang ni... memang ngeri nak cerita.

Tak sedap langsung. Kering. Muak. Mushroom rasa tak sedap. Ayam pun tak sedap. Nasi Rendang OR tu aku jamah sikit, pedas dan memang tak tau nak cakap apa.

Sorry to say. Aku tak sure menu menu lain tapi food yang aku makan ni memang OUT !

Kami makan tak abis pun.  Nasib budak budak tak ikut sebab kalau dia orang ada, mesti nak order bukan bukan, pastu tak sedap membazir jer.

Tapi kedukaan kami agak terubat bila mana desserts sampai.

Berries Waffles. RM 12.28. Cemana ntah 28 sen harga tu.

Nasib baik la waffle dia sedap !

Tapi nak tunggu dia prepare punya la lama. Dah abis makan tu aku ingat dia datang la tanya sebab aku dah order awal awal. Tunggu hantar pun tidak. Bila aku tanya baru la terhegeh hegeh nak buat.

Service slow lah walaupun tak de orang !

Anyway... aku perasan kedai ni ada jual alchohol kat bar dia. Tapi makanan dia pork free.

So aku tak berapa nak recommend sangat lah unless kalau nak try kopi dengan waffles boleh. Di persilakan ! 

Nak makan? 

Hmmm... Tak payah lah. Tunggu la dia orang buat sesuatu dengan masakan dia orang tu supaya lebih sedap dan menepati selera ramai. Ke tak kena dengan selera aku je kot? Gi la try !

Total makanan for two : RM 72.80.

Balik rumah nak tidur je beryoga dulu sebab perut tak kenyang

The Library Coffee Bar Damansara Uptown
No 78, SS21/39, Damansara Utama
Petaling Jaya, Malaysia
03-7496 6378


Mereka juga ada beberapa cawangan di tempat lain. Check : The Library Coffee Bar Malaysia

Selamat mencuba kalau berminat !

4 comments:

  1. ada jg di Maju Junction, tapi ntah rasa malas nak dok dlm library..hihi..
    bolehlah nak try waffle yg awesome tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waffle tu buleh di cuba.. yang lain lain... tengok dulu.....

      Delete
  2. Meng;

    Kalau dah service pun lembab ... memang menyakitkan hati kan !!!

    Ini yang saya belajar dari buku bizniz ... banyak franchise atau branches hancus atau gagal disebabkan gagal untuk mengawal tahap quality yang di janjikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. 10 markah utk en ghaz.

      so bila kita nak bukak frachise nasi kukus ayam berempah kat canada? agak agak laku tak?

      Delete